Halaman

Isnin, 10 November 2014

Ilmu Itu Untuk Semua

Aku dah banyak kali tulis pasal benda ni. Tapi kali ni in another perspective. Untuk kesekian kalinya, aku akan cerita pasal cara orang kita mendidik sejarah.

Semua orang tau sejarah tu bosan. Camne nak buatkan sejarah tak bosan? Be radical! Ok lets start now. Korang perasan tak, buku sejarah KBSM form 4 ni bias giler? Kalau korang ingat lagi 70% citer pasal sejarah Islam je. Dan akan diulang dalam subjek Pendidikan Islam lagi.


Benda ni tak menjadi masalah bagi pelajar beragama Islam. Tapi camne dengan non muslim? Ok imagine if we were put in their place. Semestinya akan ada rasa tak puas hati sebab rasa terkelu banyak benda yang bukan dari kita punya budaya dan ajaran kan? Sepatutnya benda ni sume kena balance. Aku pun teringin nak tau camne Buddha dapat enlightment, camne Jesus boleh kena buru dengan Roman etc.

Then bias buku sejarah tak terhenti kat situ je. Korang perasan tak, yang die citer pasal kegemilangan tamadun Islam, tapi camne die jatuh cuma 2 ayat je. Then tak citer keadaan sebenar masa zaman Umaiyah, camne Mongol boleh marah dengan empayar Khawarizmi (maaf jika silap). Tak ke korang rasa janggal kat situ? Kejayaan dicerita dengan detail tapi kejatuhan macam takde langsung diceritakan.

Cuba fikir baik2. Apa yang akan kita belajar kalau asyik berjaya je? Bukankah kita patut belajar dari kesilapan. Kita boleh nampak yang buju sejarah KBSM ni propaganda lebih. More like mengajar kita supaya bangga dengan sejarah hebat kita. Kesannya? Akan lahir golongan racial bigots. Mahathir sendiri kata, bangsa yang bangga dengan sejarah silam yang hebat ialah bangsa yang dah jatuh.

Are we leading towards it? Exactly. Zaman ayah aku dulu lengkap dari zaman Nabi ke zaman Umaiyah yang Abbasiyyah ke kedatangan Mongol. Even cerita pasal empayar Moghul jatuh! Nampak tak apa yang berlaku? Kita ni diajar untuk jadi bigots melalui propaganda camni. Cikgu2 ada yang tau, tapi tak boleh cakap pasal boleh didakwa.


Antara kenyataan yang aku kurang senang ialah bila die kata orang Eropah mencedok ilmu orang Islam. Is it relevan? Now put it like this. Ibnu sina sendiri belajar dari buku2 Greek yang diterjemah dalam bahasa Arab. Adakah orang Arab mencedok ilmu orang Greek? Cuba kita fikir, zaman dulu ilmuwan takde pun nak claim copyright itu ini. Diorang cintakan ilmu. Tetibe kita pulak nak cakap orang Eropah mencedok ilmu orang Islam.

Kita fikir lagi, ilmu datang dari Allah. So adakah kita nak cakap yang manusia mencedok ilmu Allah? Tidak. Allah bagi kita ilmu supaya kita sujud kat Dia. Kita claim2 hak ilmu orang itu ini adakah sebab kita nak orang menyembah kita? Tidak jugak. Jadi tak rasional untuk kita buat camni.

Akhir kata, buku sejarah KBSM ada banyak perlu dibaiki. Zaman dulu punya lagi elok daripada sekarang. Penyampaian haruslah lengkap dan tak bias. Benda ni patut diambil kira sebab melibatkan mindset generasi akan datang. Semua yang baik hanya dari Allah, kita manusia tak lepas dari buat silap.

Wallahualam.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Ahnaf Irsyad.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar ilmu itu untuk semua buku sejarah kbsm tingkatan 4 5 spm bias

25 ulasan:

  1. lepas 10 tahun, PM dah ada yang baru, kawan-kawan aku dah beranak pinak. Buku sejarah masih sama?

    BalasPadam
  2. Pernah dengar statement. ..kita lena belajat dr sejarah, supaya kita lebih maju dan tidak mengulangi kesilapan lalu...so sy pun bercadang better dlm pendidikan sejarah tekankan kesilapan dulu selain nak inform general history.

    Tp normal la kan..bila cite pasal history kita pun, cite baik2 je..x baik jgn cite, jatuu aib. Tp sy rasa x sesuai utk pendidikan sbb sejarah mmg sesuatu perkara yg kita perlu pelajari dr kesilapan

    BalasPadam
  3. macam ni baru sedap baca~ senang ati je aku baca dari post pemenang sebelum ni yg buat aku rasa meluat dan gertik baca ntahla mungkin bnyk sangka buruk kat org kot :( tapi x sangka buku ni lagi dia pakai ingatkan dia dah tukar fikir2 balik memang betul dia cerita pasal kejatuhan sikit sangat...

    BalasPadam
  4. muhahaha, tambah lagi bila cikgu yg mengajar sejarah tu non- muslim.
    Memang satu kelas rasa semacam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu sejarah aku dulu india.. tp dia xde rasa kekok pn bila ajar part tamadun islam.. malah dia sendiri baca terjemahan al-quran dn selalu cerita yg baik2 psl isi kandungan al-quran... bila ada org nakal, dia akan ckp, korang ni xtakut dosa ke? dlm al-quran dh ckp kalau xikut perintah Tuhan berdosa & akan masuk neraka. sampai skrg aku masih ingat cikgu india tu.. harap dia dh diberi hidayah & peluk agama islam sblm dia mati

      Padam
    2. tapi malangnya cikgu kau yang bangsa India tu dia lupa pula nak sambung - "...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu maka Allah maha pengampun". Tak terer lagi lah cikgu kau, dia tak sehebat ustaz Azhar Idrus...setau aku la, manusia yang fasiq derhaka aje masuk neraka...yang tak ikut perintah Tuhan belum tentu masuk neraka sebab ada banyak talian hayat...ha ha!

      Padam
    3. Tanpa nama 10:45, org cina/India mmg lebih open bab kebebasan beragama. Even cikgu aku penah quote ayat-ayat nabi Muhammad. Meleis je perasan terlebih Islam. Nak guna perkataan Allah pun x boleh

      Padam
  5. Saya suka masa Sejarah Dunia. pulak tu ketika itu Jejak Rasul (siri terawal-1998) kan teroka ke kawasan sejarah Peradaban Islam. Tapi rasanya masa form 5, masuk Sejarah Malaysia terus malas balik.. zzzz.. keke.. kesudahannya paper spm sejarah memanglah sedikit ke lautan Atlantik. wuwuwu

    Nasiha.

    BalasPadam
  6. Tapi periksa tak kluar pun apa yang ada dalam buku tu.Semua soalan KBAT.Dah tak banyak keluar fakta.Buku form 5 pun perlu dibaiki jugak.Banyak cerita pasal perjuangan UMNO je.Cerita pasal perjuangan golongan radikal tak kurang sangat.Buku teks sejarah yang lama lagi berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Form 4 punya sejarah best. Form 5 duk mengampu umno je

      Padam
    2. Abih tu nak bagi sejarah pasal ape? Pengliwatan Nuar Brahim?

      Padam
  7. aku paling suka masa bab renaissance eras. Art movement!

    BalasPadam
    Balasan
    1. renaissance tu apa? sejenis produk berunsurkan beras ke?

      Padam
    2. google boleh? cakap macam takde akal.

      Padam
    3. Renaissance kan zaman pemulihan Darth Vader nak jadi baik demi menyelamatkan manusia2 yg agak noob daripada kena troll dekat comment section blog ni

      Padam
  8. Tapi Zaman pencerahan eropah banyak cedok dari ilmu dari arab...malah ada yg jumpa artikal dekat belanda...potugis jumpa teknologi baru semasa menakluk melaka iaitu cermin....dan masa penaklukan melaka kelengkapan meriam dimelaka lebih 4ribu pucuk tapi artikel tu dlm bahasa portugis....melayu sendiri buta sejarah kegemilangan melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih tertarik pada Sejarah kegemilangan Islam. Dalam Sejarah Dunia ada sentuh sedikit. kan ada diceritakan ketika Pameran Tamadun Islam yang kerapkali di adakan di KLCC.

      Padam
    2. tapi semua orang tak tau ilmu dari arab itu juga banyak mencedok ilmu-ilmu orang yang dikatakan kafir dan pagan...Socrates, Pilates tapi dinafikan sebab katanya..."you're heretic!"..."blasphemous!"...ilmu-ilmu sains semua datang dari orang Islam...ye lah...kiranya orang Islam aje laa terer...kira sebelum agama Islam ada semua orang nih naif, bodo...kalau sakit kira tunggu mati aje laa...umat Islam dan glorifying benda yang entah apa-apa! pakat masuk syurga semua sebab amal ibadat bertimbun-timbun!

      Padam
    3. Setakat mengaku islam belum terer...tapi ilmuan islam baru lah terer bang eddeved...kita nak masuk syurga bukan kerana amalan tapi atas keredhoan Allah dengan mengikut segala amalan dan aturan yg disampaikan oleh RasulAllah S.A.W cuba kita pikir neraka untuk orang kafir ada satu jer...tapi untuk orang islam tujuh...kalu kita x ikut apa yg disampaikan oleh Nabi S.A.W... Termasuklah salah satu neraka tersebut...x kiralah uztaz ka...hafiz alquran ka...semayang sampai lekuk2 dahika...amalan setinggi gunung ka...tapi kalu tuhan x redho dengan amal perbuatan kita nerakalah dulu sebelum ke syurga

      Padam
    4. terima kasih la eddeved. Aku memang mengaku, kadang kala aku tertinggal solat dan pernah tak cukup 5 waktu sehari. Aku rasa jahil sangat dan berdosa. Tapi bila aku tgk ko, aku sedar..ada lagi manusia yang not even consider nak cintakan agamanya sepenuh hati. terima kasih kerana tunjukkan aku mcm mana 'liberal'nye pemikiran seseorang itu terhadap agama. Syukur aku ada lagi rasa syg tu. Moga2 tidak la aku jadi sampai ke tahap ko.

      Padam
  9. Sy xsuka sejarah. Tapi suka fap fap fap ..

    BalasPadam
  10. aku suka sejarah dari tingkatan 1-3, masuk tingkatan 4-5 haup.

    BalasPadam
  11. Bukan sahaja perlu ubah isi buku teks sejarah, malah rasanya perlu buat sesuatu supaya buku sejarah seronok dibaca...
    Bila buku teks hampir 90% tulisan je, siapa pun pasti bosan...

    BalasPadam
  12. Dahulu kala umat islam cemerlang dengan segala ilmu dunia dan akhirat...sekarang...kelam...ustaz2 ilmuan islam sekarang sibuk dengan isu kilaf yang dah setel lama...sampaikan isu bermahzab pun x perlu...isu rokok jadi haram la...termakan babi kena minum air tanah la....bodoh...belajar dengan wahabi... Bahasa arab fasih buku kitab2 banyak dibaca...tapi isu2 kilaf yg dah lama satel dipertikaikan ada phd doktor tapi terbelit dgn ilmu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.