Halaman

Isnin, 10 November 2014

Sayang anak jangan bagi motosikal ke sekolah

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku Bariah di Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Punca kejadian dikatakan suspek menunggang motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya dilaporkan turut cedera.

Inilah akibat menunggang motor dengan membuta tuli tanpa menghiraukan keselamatan orang lain yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Mari kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber Terengganu Times.
Pelajar sekolah yang dikatakan melanggar seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah.

Dalam sekelip mata, mak nak hantar pergi sekolah, tiba2 meningal kerana dilanggar budak lain. Aku tak boleh bayangkan kalau aku kat tempat budak yang kehilangan ibu tu, pasti aku tak dapat memaafkan budak tingkatan 4 tu sampai bila2. Dan kalau aku jadi budak tingkatan 4 tu, pasti aku akan menyesal dan peristiwa itu pasti menghantui aku seumur hidup. Dan kalau aku jadi mak bapak budak tu, aku pasti tak tahu nak jawab apa pada keluarga budak yang kehilangan ibu itu dan masyarakat.

Sebab itulah aku langsung tidak setuju budak sekolah diberikan motor oleh mak bapak untuk pergi ke sekolah, lebih2 lagi budak melayu. Kalau mak bapak bagi motor pergi sekolah, diorang belajar rajin2 kat sekolah takpelah jugak, ini tidak.



Serius, apa yang kebanyakan budak melayu yang masih bersekolah akan buat bila dapat motor? Diorang akan merempit, bawak laju2, belajar buat willy, wikang, superman dan macam2 skill untuk menunjuk2 depan kawan dan budak perempuan untuk membuktikan yang kononnya mereka itu hebat, sebab dalam pelajaran dan kemahiran lain diorang tak hebat mana. Langsung tak membawa sebarang faedah, malah membahayakan orang lain.


Sekarang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang giat menjalankan operasi nak check skema nombor plat kenderaan pengguna dan keluarkan saman bagi no. plat yang tidak ikut spesifikasi, kerana katanya boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Aku malas nak komen pasal tu, mungkin diorang dah buat kajian R&D dengan bantuan professor2 di universiti yang no. plat tidak ikut spesifikasi antara penyebab utama kemalangan maut di jalanraya.

Sumber Utusan Malaysia
Sumber Msta

Aku cuma nak cadangkan kepada JPJ tolong naikkan had umur kelayakan untuk mengambil dan memiliki lesen motor, sekurang2nya umur 18 tahun ke atas setelah mereka tamat sekolah. Malah haramkan terus budak sekolah terutama yang beruniform sekolah bawa motosikal pergi sekolah.

Kalau dulu waktu kecik boleh je mak bapak hantarkan pergi sekolah, atau jalan kaki, atau naik basikal, atau naik bas dan van sekolah, bila dah tingkatan 4 apahal kena naik motor? Malu dengan kawan kalau pergi sekolah masih mak bapak yang hantarkan? Dah tak macho dah pergi jalan kaki, naik basikal, van/bas sekolah? Sebab tu naik motor nak nampak macho boleh pikat ramai awek?

Aku kongsikan tulisan dari Dr Shukri Abdullah, seorang Motivator:
BAHAGIAN 1:

SEKALI LAGI ....
SAYANG ANAK JANGAN BAGI motosikal KE SEKOLAH !

Entahlah ... mak bapak sekarang.
Rumah tak jauh dengan sekolah.
Anak mudah saja diberi motor.
Kerana anak orang lain dapat motor.
Dalam 10 anak, hanya sorang yang dapat motor betul2 memanfaatkannya untuk pelajaran.
9 dari 10 ...
-- dengan motorlah mudah merayau
-- dengan motorlah belajar buang masa
-- motor bukan untuk bantu mereka belajar
-- motor bantu mereka berseronok
-- motor menambah risiko keselamatan kerana cara mereka menunggang

Kalau diberinya motor:
Diletakkan syarat
--- syarat agar prestasi akademik semakin meningkat
--- syarat agar hanya guna untuk ke sekolah dan aktiviti sekolah
--- syarat menunggang dengan cermat
--- dan lain-lain syarat .... pada masa boleh diterima.

SEKALI LAGI
SAYANG ANAK ... USAH BAGI MOTOR KE SEKOLAH
Biar mereka kayuh basikal.
Mereka masih muda.
Mereka masih kuat.
Jangan bagi kesenangan tanpa tanggungjawab.
Banyak dah Ckgu yang buat pengawasan peperiksaan tengok meja kosong
... hanya diberitahu bahawa "dia meninggal, accident motor Cikgu"
BAHAGIAN 2:
Susulan Posting Ibubapa "Terlebih Sayang" Anak Bagi motosikal.

Seorang rakan FB Adan Ali beri komen beriku kpd posting saya 3 jam yang lalu.

"Sbg cikgu, secara pecahan mengikut kaum, murid melayu yg paling ramai menunggang motosikal ke sekolah. Murid cina dihtr oleh ibu bapa dan murid india dtg menggunakan bas/van sekolah atau pengangkutan awam..."

Kita ulang pemerhatian di atas.
Murid Cina .... ramai dihantar oleh ibubapa ke sekolah>
Murid India ... ramai datang menaiki bas / van.
Murid Melayu .... PALING RAMAI manaiki motosikal.

Saya nak sambung.
Tolong marah kat saya ya !
Kenapa ?
Kerana saya nak guna bahasa yang terus-langsung kepada ibubapa Melayu yang tidak bertanggungjawab. Cukuplah sudah lama menggunakan bahasa lembut !

Mak bapak Melayu ramai yang bagi motosikal sebab
.... mereka MALAS nak hantar anak ke sekolah.
... mereka NAK SENANG tak payah hantar anak sekolah.
... mereka juga NAK SENANG tak payah check kerja sekolah anak.
... mereka juga MALAS nak ambil tahu hal ehwal sekolah anak
... mereka TAKUT pada anak, justeru tak berani bertegas degan anak.
... mereka SIBUK dengan pelbagai drama TV ... justeru tak ada masa dgn anak
... mereka SIBUK nak bagitahu dunia mereka boleh beli motosikal
pada anak, boleh bagi telefon pintar tercanggih pada anak

cukup .... dah pedih dah telinga setengah mak bapak.
Dr. Shukri dah melampau kata kat kami !
Memang saya sengaja nak kata.
Adakalanya manusia cakap berlapek tak ada kesan.
Biar kita cakap terus ke batang hidung.

Kalau ada friend nak tumpang bagi mesej pedih kpd ibubapa, digalakkan SHARE.
Semuga memberi kebaikan kepada bangsa ku yang seaqidah dengan aku.
BAHAGIAN 3:

Orang Putih, Cina dan Melayu ...
Bandingkan Tiga Budaya Berikut
Foto 1: banyaknya basikal di kampus Univ Oxford (universiti ternama dunia)
Foto 2: siswa/i UTAR (Univ T.A.Rahman) Kampar digalakkan berbasikal
Foto 3: tempat parking motosikal di sebuah sek menengah di FELDA


Tengok foto berkenaan dan buat rumusan sendiri betapa silapnya kita orang Melayu terutama mak-ayah Melayu di kawasan desa berebut-rebut membekalkan motosikal kepada anak. Bekalkan motosikal tidak salah. Yang ketara salah ialah memberi motosikal kepada anak dan memBIARKAN ANAK BEBAS:
a. Bawa motosikal ke mana saja.
b. Bawa motosikal bila masa saja (sehingga malam).
c. Tunggang motosikal dgn siapa saja (lelaki-perempuan)

Ini antara lain MENGGALAKKAN:
a. Anak keluar masuk rumah bebas
b. Menyertai geng merempit (yg sesetengahnya sudah tamat sekolah)
c. Bawa girlfriend/boyfriend ke mana saja, berdakapan atas motosikal

Fikir dengan rasional, agak-agaknya:
Kita menggalakkan budaya anak jadi cemerlang, atau
Kita membuka laluan mudah anak jadi kecundang.

Inikah anak Wawasan 2020 yang diidamkan oleh mantan PM Tun Mahathir. Saya yakin tidak. Malah saya yakin Tun M tak nak melayu begini. Malangnya hari ini tiada siapa membuat kempen mendidik i/bpa Melayu khususnya di kawasan desa:
-- Agar tidak terlalu memanjakan anak dengan motosikal
-- Agar tidak terlalu manjakan anak dengan smartphone
-- Agar tidak terlalu manjakan anak, beri semua apa yang diminta.

Malang juga tidak siapa membuat kempen, mendidik i/bapa Melayu khusus di kawasan desa agar:
-- Mendidik anak agar lebih berdisiplin
-- Mendidik anak agar rajin belajar
-- Mendidik anak agar bersolat (on-time dan berjemaah)

Yang banyak program-program TV pakat didik ibubapa Melayu desa agar gemarkan hiburan. Hiburan lawan ilmu sepatutnya ilmu menang. Tetapi di kalangan Melayu, hiburan menang jauh ke hadapan,

Kesihan bangsaku.
Siapa yang nak membela mereka hah ?
Yang melaung nak tolong Melayu senyap saja dengan isu-isu begini ?




tags: sayang anak jangan bagi motosikal motor motorsikal ke sekolah tidak wajar diberi lesen tingkatan 4 kes kemalangan maut kematian ibu dilanggar rempuh budak 12 tahun sekolah kebangsaan tengku bariah kampung pasir panjang kuala terengganu yahama lc rempit bawa laju pesanan pakar motivasi dr shukri abdullah ibu bapa anak

32 ulasan:

  1. Kesiannya... pilu juga membaca ceritanya... tak pulak orang2 situ tangkap pukul bogelkan budak yg membunuh tu... geram kalau fikirkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo la lu najib ada pemerhati tempt kejadian pun ckp budak tu x persn ada makcik sebb ada kenderaan besr halang

      Padam
  2. Ko silap noob.. ini semua takdir ilahi. Terima sajalah. Nabi Adam duduk dlm syurga pun boleh terkeluar, inikan pula kematian.

    Yg oxford dan utar tu, derang tak maju dan tak reti guna nikmat ilahi. Felda skrg dah maju, takkanlah ibubapa pergi menoreh naik roket dan helikopter, anak2 dibiarkan pegi sekolah merangkak mcm biawak? Ada degree pun, buduh berlapis-lapis. Takat bagi naik motor skuter tu, apalah sangat. Mereka tahu mensyukuri nikmat ilahi. Bagi mangsa eksiden, itu buka mangsa, tetapi itu maknanya Allah mengasihi dia. Dia mati sbb dilanggar motor menyebabkan dia dihabtar ke syurga tanpa hisab. Kalo ko nak syurga tanpa dihisab, eloklah pegi tunggu tepi jalan. Ini sumer perancangan Allah. Manusia lemah walaupun dia merasakan dirinya cerdik. Tetapi mereka tetap tak mampu mencipta seekor semut ataupun membesarkan pokok dan memaksa pohon mengeluarkan bunga dan buah.

    Aku tak setuju sbb ini perancangan Allah dan perancangan Allah adalah yang thorbaekkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang kau tak setuju? Tak setuju cadanga mengharamkan budak2 sekolah bawak sendiri motor pergi sekolah? Bagi ko peraturan yang membenarkan budak bawak motor sendiri ke sekolah itu adalah peraturan.yang terbaik sebab ia adalah perancangan Tuhan?

      Ok satu jelah aku nak cakap, apa ke bangang sangat ko ni?

      Padam
    2. Ko jgn layan la dia tu noob. Ko baca ayat dia pun dah tau.dia memang jenis kafir.bukan islam tu noob. Bezanye ko tgk ayat je la. Kalau islam, xde la pesong sampai main2 letak komen bodoh cmtu. Ni sama ada sesat atau memang kafir. Biasa la..sape2 je boleh guna internet

      Padam
    3. Inilah bakal ibubapa n ibubapa yg x sayang anak...diperbodohkan anak.... Ank mintak kau bagi..sepatutnya kau selidiki...keperluan@kehendak... Biarkan ank2 rs kesusahan sedikit spy mrk menghargai kesenangan... Biarkan anak2 rs sedikit kesakitan n kepenatan sedikit supaya mrk xjatuh rebah Bila ditimpa musibah.... Ank2 bukan bahan kajian... Nanti2 Bila dah besar merosakkan n memusnahkan org mcmana? Kau rancang dulu keluarga kau... Baru nanti rancangan Allah tu dikira takdir qada Dan qadar.. Kalau kau hanya tengok Tampa usaha kau mendidik diri n mendidik anak maka itulah salah kau... Bukan salah takdir Allah...mentaliti mcm kau yg banal memusnahkan anak2 bgsa ank dtg.... Maaf...

      Padam
  3. mmg ini perancangan Allah, tp kita manusia kenalah guna nikmat betul2...
    mak bapak bagi motor suruh pergi sekolah... tp bawak laju2.

    sbb ape? maybe bangun lambat kot..
    sbb ape? tidur lambat kot..
    sbb ape? jawab lah sendiri..

    tambah pulak cerita lumba berlambak2 kat tv...

    BalasPadam
  4. Silap lah wei, melayu mana boleh menyesal, rogol ke bunuh tak hal lah. Setakat langgar orang lagilah x rasa ape2.

    BalasPadam
  5. hmm, sebab tu melayu asik kata kenapa cina lagi maju dari melayu dan lain lain, dengki kat orang mmg tak habis. tapi salah diri tak nampak. melayu paling cuai jaga anak, boleh tengok, kat pasaraya anak kena culik , hilang , melayu paling banyak. jatuh flet? kena langgar masa reverse kereta? tahu2 dahmasuk dalam kolah? semua melayu, cuai, malas, memang dalam jati diri.
    kasi anak motor , langgar org sampai mati. cuma yang hairan, kenapa tidak ada siapa yang tahu identiti pembunuh ni? takkan tak ada satu org pun kenal dia?

    BalasPadam
  6. Aku x bape nak setuju ngan Anon 10:35... Takdir ada 2 jenis: Takdir yg boleh diubah dan yg x bleh diubah. Takdir yg x bleh diubah mcm jantina seseorang, bangsa seseorang. Takdir yg boleh diubah adalah seperti peperiksaan; ko study smart @ hard, Insya-Allah dapat keputusan cemerlang.
    Ko memain masa belajar dan memain masa main, result yg ko dapat pon result pasal memain .Dalam kes kemalangan camnih, bagi aku jatuh pada jenis takdir yg boleh diubah. Yakni boleh dielakkan dengan budak tersebut x menunggang secara reckless... Namun timbul pula persoalan, apasal plak tunggang motor lelaju ke sekolah? Bangun lambat? Nape plak bangun lambat kalo ko dah tahu ko masih bersekolah?
    Betul kata Noob, sebab terlalu manjakan anak, diberinya motorsikal, pastu belajar kemana, nyawa org lain pon melayang. Aku SPM dulu tahun 97 pon gi amik exam x naik motor (pasal dok asrama)... Aku first naik moto masa aku umur 19 tahun, masa Matrik kat UPM... Akhir kata, generasi sekarang kebanyakannya 'sakit' pasal mak bapak yg terlalu manjakan diorang n x amik kisah apa yg anak2 diorang buat kat sekolah n bila bersama kengkawan.

    BalasPadam
  7. Corak yg berikan tu salah. Berebut bg mtr kat anak dan anak pulak berebut mintak motor dari ibubapa. Serius aku cakap..kat kwsn rumah aku berlambak yg kecik mcm tingkatan rendah pun dah merewang dengan mtr. Laju giler bawak. Pastu depan mata aku..budak tu nyaris langgar budak2 kecik tgh jalan nak gi kedai. Berderau darah aku nengok. Aku bukan kejam ke ape..tapi aku lebih suke tgk budak bwk mtr tu mati masa tu jugak sebab eksiden sebelum dia menyebabkan kematian org lain. Malaysia kita ni ko nak pendekatan tegas bile ramai budak skolah bwk mtr mati eksiden..mse tu la baru larangan dibuat. Aku tak kesian langsung kat bangsa aku. Bg aku yg rosak2 ni..better mati awal la.aku dah putus asa tgk budak2 melayu sekarang. Dah puas aku dok kl tgk budak2 perangai rosak teramat sngt mcm memang takde mse depan dan hnya jadi virus dlm masyarat. Better mati la..serius..mati la cepat. Dengan mak bapak yg tak reti nak kwal..dengan anak yg perangai haram, pastu pengaruh org lain jadi haram mcm dia, time org solat kat surau..boleh pulak curi motor org surau, pastu rosakkan anak perempuan org..aku langsung tak kisah diorang mati..xde function dlm masyarat. Virus semata-mata.

    BalasPadam
  8. Salam takziah...
    teringat abah aku... aku selalu mintak nak skuter ego, senang pi sekolah... abah aku janji je tapi tak beli... lepas tu dengan muka kerek dia cakap "ingat abah nak bagi anak2 abah naik moto?? laki ke perempuan ke, abah haramkan hangpa naik moto!!" bukan aku je, adik2 aku yang laki pun diharamkan... pasal kes gini laa...

    takut orang lain jadi mangsa :)

    BalasPadam
  9. Aku setuju dengan tajuk ni... Jgn bagi motor... Xder faedahnya pun.. Aku dulu time sekolah naik basikal je pun

    BalasPadam
  10. mohon harga moto dinaikkan selaras dengan kenaikan harga motokar dan rumah

    BalasPadam
  11. kesiannya pd budak yg kehilangan ibu tu
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  12. "nombor plat mengikut spesifikasi mampu mengurangkan kemalangan jalanraya". Berikut merupakan faktor2 yg mendorong pihak berkuasa berusaha mengurangkan kemalangan dengan memastikan nombor plat mengikut standard:-

    kes 1

    Ketika memandu..tiba-tiba ada kenderaan memotong di sebelah. "fuhhhh!cantik giler nombor plat kete ko!!!!..dan BAMMMMMMM!! eksiden sebab tak tumpu perhatian kat jalan depan.

    kes 2

    ketika memandu waktu malam. ada kereta menggunakan nombor plat yang bercahaya terang mengalahkan sportlight."arghhhh!!!!terangnyeeee..silau..silau"...BAMMMMMM!!!.eksiden sebab penglihatan terganggu.


    kes 3

    nombor plat tulisan kecil. "eh..apa nombor plat kete depan tu ek?tak nampak la,kecik sangat..gi rapat sikit la,nak baca"..BAMMMMMMM!!!. sebab terlalu rapat dengan kenderaan depan.

    kes 4

    Cemburu. "siot..cantik giler nombor plat kete mamat tu.jelesnye aku". BAMMMMM!!. langgar kete orang sebab jeles tgk nombor plat dia cantik dan tulisan ada style.


    kes 5

    Nombor plat terlampau besar. "eh,tak nmpak depan la,nombor plat lagi besar dari kete aku". BAMMMMMMM!!. eksiden sebab tak nmpak depan, nombor plat kete besar macam saiz manila kad.

    ..................ada beberapa lagi kes outstanding macam di atas yang dijadikan faktor mengapa polis membuat keputusan bahawa nombor plat mengikut spesifikasi akan kurangkan kemalangan. Pengkaji-pengkaji yang menemui penyelesaian ini terdiri daripada seekor lembu, budak tadika, org asli di pedalaman amazon serta beberapa ekor monyet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen yang paling win

      Padam
    2. Slm... Plat no moto bdk tu tak ikut spec. BAMMMMMMMM

      Padam
    3. ah terbaik la ko anon kelakar haha2 aku pun xtau apa dlm pala otak menteri bangsat ni rmi bagi mcm2 idea bernas dia still nak ambik idea dia yg bodo lebih hina dari bab1! bab1 tul la akin mengarut teruk dah ni leps ni ada idea paling bodo x masuk akal pun akan ada lagi dan xkan berhenti dan penjilat bab1 negara akn jilat dia peduli apa bangsa hancur punah pun janji duit masuk duit poket sendiri ngan mulut ckp besar pertahankan bangsa padahal penipu pembelit bangsa sendiri lebih dari syaitan... geram tul aku

      Padam
  13. Nak bawa basikal perfi sekolah tapi kereta kat jalan raya laju sangat.Even dekat kawasan yang sepatutnya bawak slow pun dieorang akan bawak laju.Majoriti budak sekolah yang bawak motor ni macam celaka.Tak pandang kiri kanan.Bawak laju pulak tu.

    BalasPadam
  14. korang taktau ke. kat trganu, kalo sape dpt pakwe ade motor time high school kira hebat cun gedik bagai. tu yg gegeh g pecut depan sekolah. hadlaju dh ade tp bukan ikut. hopefully pihak sekolah boleh haramkan terus motor kat sekolah. yg ni jpj taknak pulak ronda 24 jam. sibuk cari no plat.

    BalasPadam
  15. Papepun suke title entry ni..sgt menusuk kalbu.

    So, mana statement Pengarah JPJ pasal nak haramkan motor kpd budak bawah 17thn? Or pasal tinted dan no plate isu sengaja diperbesarkan supaya byk tauke kedai aksesori dpt new business tukar tinted baru dan no plate baru, pas2 dpt komisen sikit ke pengarah JPJ.

    BalasPadam
  16. Saya setuju..... Betoi mmg Mak bapak melayu terlalu manja kan anak.... Tapi xpk keburukan atas sifat n sikap mereka yg agak "bodoh" ITU.... Mana kan tidak... Ank2 dibelikan motor dibelikan smartphone diberi kemudahan yg xmasuk akal...krn pd mrk anak2 td mudah utk ank2 blajar... Tp sedikitpun ibubapa TD xpernah tengok buku anak2... Xpernah tahu prestasi anak2...xpernah tahu aktiviti anak2....xpernah peduli sikap ank2... Pergi sekolah hanya utk melaram pergi sekolah hanya until kedatangan pergi sekolah otaknya melayang itulah kebanyakan anak melayu yg dimanjakan Tampa pantauan.......

    Uni oxfort pn naik basikal bukan SBB xberteknologi @ xmghargai teknologi..sy sendiri sewaktu d uni juga naik basikal ke class bbrp tahun yg slalu...penat Tp sihat... Kurang pencemaran...dapat tumpukan perhatian DLM class...Tp bdk2 skolah skarang jalan sikit dikata penat...kalau naik basikal xstandard katanya..itulah melayu... Bukankah naik basikal tu 1 bentuk senaman yg sihat Tampa mengeluarkan kos yg tinggi... Terus terangkan sy Sgt xsuka pd IBU bapa yg rs diri bagus.. Manja kan anak xbertempat bila org tegur xterima... Anggap diri benar... Lihatlah pkembangan ank2 kaum lain.... Cina n India..tlg lihat Dr sudut positif
    .. Mrk Sgt hebat DLM pelajaran..mmg xboleh dinafikan...ank melayu kdg2 mmg jauh ketinggalan... Maka ibubapa didiklah anak2... Habis kan duit utk ilmu n buku..habiskan masa utk buku n ilmu... Jgn manja kan anak xbertempat...lebihkan kasih syg kurangkan kemanjaan melampau...

    BalasPadam
  17. klu zaman aku dulu nak naik motosikal ni mmg dah berbirat dah belakang kena libas tali pinggang...heran aku mcm mna mak bapak skg boleh senang2 je bagi anak2 dorang bawak moto? sampai ke hari ni aku xbawak moto....tapi aku bawak moto g je...huhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sian pulak budak tu...ibunya pergi depan mata...aku xdapat bayangkan klu aku di tempat budak tu....

      Padam
  18. Tak payah bagi motor.Anak buah aku tahun depan SPM dok sibuk ronggeng motor ke sana sini waktu malam balik lambat.Ape kejadahnye semua ni? dah lah belajar pon kelaut..Kalau nak bagi motor pastikan budak2 ni matang dan bertanggungjawab.Mesti ada keperluan yang penting bukan sekadar bagi macam tu je.

    BalasPadam
  19. Motor,motor,motor....byk btul ckp word motor dalam ni..huhu..alamakk..tingat pulak..motor aku pun lom servis lagi..huhu..esok kn servis ni..hehe..

    BalasPadam
  20. Kalau kau duduk jauh dari sekolah lepstu bapa hang kerja jauh kt luar negeri,siapa nk hantar?emak?itu pun kalau emak kaunada lesen memandu.Tak semua parent malas nak hantar anak kesekolah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi tak perlu ikut pandangan aku. beli je lah motor untuk anak suruh dia bawak sendiri pergi sekolah. apa2 jadi tanggung lah sendiri. sekian.

      Padam
  21. So kalau ada sorang budak sekolah umur 16 bwk moto langgar orang , budak sekolah tak boleh bawak moto . Kalau orang dewasa unur 28 bawak moto langgar orang, umur kena naikkan ke 30 lah ye? Logik...

    BalasPadam
  22. saya umur 20 parents tak benarkan naik motor sama sekali.. sedih, kecewa, dan malu rasanya.. apa pendapat semua?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.