Menulis blog bukannya semudah pejam dan celik mata, lebih2 lagi original entry sebab ia memerlukan idea, ilham, mood, komitmen dan juga masa untuk menulis. Walaupun kita hanya seorang blogger picisan dan blog kita tak sepopular mana, namun sekurang2nya kita berusaha untuk menulis sendiri entry agar buah fikiran kita dapat disampaikan kepada orang lain seperti mana aku pernah tulis di entry "Catatan aku sebagai penulis blog Buasir Otak".
Namun agak malang dalam industri penulisan tanah air apabila blogger2 kecil seperti aku dibuli oleh blogger besar dan online2 portal gergasi seperti PenMerah[dot]com apabila mereka dengan sewenang2nya mencuri, mencilok dan merembat sahaja artikel2 daripada blog2 lain yang kurang popular dan dikenali untuk dimuatkan dalam Facebook dan blog mereka semata2 nak tarik hits traffic dan visitor demi menjana dan memperoleh keuntungan.
Hari Rabu yang lepas, aku ada tulis dan publish entry bertajuk "Siapakah watak sebenar di sebalik Amran Fans?". Aku sendiri yang cari idea, penat2 buat research, cari balik komen2 Amran Pekida yang lama dan compilekan dalam satu entry.
Hari ini, aku dapati sebuah online portal yang dikenali ramai dengan 5 juta pengikut iaitu PenMerah[dot]com telah plagiat penulisan aku mengenai asal usul Amran Fans tu bulat2 tanpa meletakkan sebarang kredit atau sumber asal ke entry asal di blog Buasir Otak.
PenMerah[dot]com FB status: https://www.facebook.com/penmerahdotcom/posts/1451087301659636 (Sudah dipadam setelah menerima bantahan daripada rakan2 FB aku, terima kasih aku ucapkan. Aku sudah tak boleh komen kat fanpage PenMerah sebab dah kena ban)
PenMerah traffic blog: http://mychannelmedia.blogspot.com/2015/02/bagaimana-wujudnya-amran-fans-dan-siapa.html
Aku juga ada juga copy paste dari artikel orang lain, tapi aku letakkan link sumber asal untuk memberi kredit dan penghargaan kepada orang yang menulis, kerana sebagai seorang penulis blog juga aku tahu bukannya mudah untuk menghasilkan sebuah karya penulisan. Malah dengan meletakkan kredit dan sumber asal suatu artikel sebenarnya kita membantu untuk menaikkan trafik blog dan nama blogger atau penulis tersebut.
Tapi bila sebuah blog besar dan online portal gergasi sendiri melakukan plagiat terhadap blogger2 kecil, bagi aku ia memang sesuatu yang sangat mengecewakan. Seharusnya mereka inilah yang memayungi, mempromosi dan menaikkan nama blogger2 kecil yang lain, akan tetapi mereka mempergunakan blogger2 kecil lebih2 lagi blogger hantu macam aku ini sebagai tempat mereka mengaut keuntungan untuk diri sendiri.
Aku percaya bukan artikel aku sahaja yang pernah diplagiat malah banyak lagi artikel2 yang ditulis oleh blogger2 kecil dan orang2 di Facebook yang lain yang telah dicuri tanpa menulis sumber asal artikel tersebut. Apa yang penyagak2 Internet ini buat sebenarnya adalah satu bentuk bulian maya atau cyber bully kerana tindakan mereka hanya akan menjatuh, melemah, mematah dan membunuh semangat2 blogger kecil lain.
Aku sebenarnya agak kesal kerana setakat itu sahaja tahap sebuah online portal gergasi yang sudah mempunyai jenama, kedai dan pengikut yang ramai, namun hakikatnya sangat MEMALUKAN dan SAMPAH!
Bacaan lanjut: Plagiat hasil usaha orang lain tanpa rasa bersalah
[UPDATED] Admin PenMerah telah pun memohon maaf di FB dan saya menerima permohonan maaf beliau.
Cuma saya harap selepas ini perkara seperti ini tidak berulang lagi dan dapat dijadikan pengajaran.
Kami tahu blog2 kami tidak segah online portal seperti PenMerah, tapi
kami berharap agar janganlah ditindas blogger2 kecil seperti kami. Yang
besar sepatutnya bantu blogger2 kecil seperti kami, bukan menggunakan
hasil tulisan kami untuk keuntungan sendiri. Janganlah patahkan semangat
kami untuk terus menulis.
Sekian.
tags: penmerahdotcom penmerah dot com penmerah penmerahdotcom_ig instagram insta pencuri curi rembat cilok copy paste artikel entry tulisan blogger blog orang lain buli lemah patah memang celaka jilaka cibai lanjiao nokharom
Ini gua sokong.
BalasPadamwalaupun artikel blog aku tak popular dan takde pun org nak ambik haha.
Kita penat perah otak. Orang lain ambik senang lenang. Takde kredit, tak letak sumber. Mengaku sendiri punye.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSy pernah buat komen dulu....kalau nak jadi kaya cepat n senang, kena selalu tipu org (sama MLM, skim cepat kaya, atau plagiat blog org lain).
BalasPadamKita selalu ingat cina suka tipu melayu..tp org melayu pun sanggup tipu kaum dia sendiri, bukan tipu sikit tp tipu kaw2 punya
Penmerah dah delete ke post tu di fb? Takut le tu.
BalasPadammemalukan.susah sgt ke nak letak kredit ke sumber asl?smpah tul. jgn hrp la aku nak follow blogger sampah cemtu.bagos ko dedahkn diorang nie nub.
BalasPadamBaru nampak petang tadi dlm pen merah.. X sangka betui
BalasPadamkah kah kah! ayat aku "Tahap Gaban" sampai keluar wikipedia aku tak bising pun...at least orang hargai tulisan kita...
BalasPadamaku rase ayat "tahap gaban" bukan ngko yang cipta ye.. ayat tu dah lama wujud dikalangan masyarakat. ape bukti ngko yg cipta ayat tu?
PadamBodoh punye Edebab. Tahap Gaban buntut ko. Ayat tu sejak awal 90an dah wujud. Dah makan ubat mental ko ke blum samdol?
PadamFitrah.
BalasPadamLelaki - mencari nafkah untuk keluarga, melindungi, memimpin.
Perempuan - melahirkan, memberi kasih sayang, membesarkan.
Manusia hari ini majoriti melanggar fitrah kejadian manusia. Akibatnya rumah tangga jadi porak peranda, anak-anak tiada kasih sayang dan perhatian lalu membesar menjadi manusia yg tidak seimbang rohani dan jasmani dan malangnya kitaran ini akan berterusan selagi mana tidak diperbetulkan.
Kembalilah kepada fitrah, demi membentuk masyarakat yang lebih sempurna rohani dan jasmani.
saman ja depa tu noob oiiii...
BalasPadamBenda elok dah settle ... :) bagus cara nak handle situasi ni ... PM pihak derang untuk penjelasan. Lepas ni leh la berbaik ye.
BalasPadamtakpe nubhan, admin dia pon dah ajak ngko bekerjasama tu.. nti ble la ngko mengaut keuntungan
BalasPadamZzz... Dah takde idea... Blog ni juga yang dicuri...
BalasPadamplagiat memang xleh diterima..lebih2 lagi untuk tujuan mengaut untung
BalasPadamPen merah.com mmg lancau. Siapalah bangang sangat follow/like blogger sial ni
BalasPadamtak apa lagi bro kalau ada member-member blogger boleh sama kecam tindakan page tu. Tapi macam blogger lone ranger macam saya ni. Tak ada sangat network dengan mana-mana blogger. Bila artikel dicopy paste padahal penat kita cari idea, terjemah bagai. last-last tiba-tiba muncul artikel yan gdicopy paste pada page dorang.apa yang saya boleh buat, diam dan geleng kepala je la.
BalasPadambiasa la jenis meleis tak masuk uni.. mana depa tau curi apa ntah.. sebab tu kita masih dalam kategori negara membangun (baca: negara yang sudah rosak dan boleh dibuat bahan lawak oleh negara2 maju)..
BalasPadamjangan kecik hati yer.. ini sudah terlalu biasa..
sedap je curi artikel orang lain -_-
BalasPadamclickbait yang xde kaitan dgn ayat di komen blog lain bagaimana pula?
BalasPadamblog u ni.. kira blog kecik gak la wlu 6m viewer.. apa lg yg xsmpi 1m viewer pun... ohhhhhh!!!
BalasPadam