Halaman

Sabtu, 14 Mac 2015

Menilai tahap pemikiran mahasiswa tempatan

Ramai mahasiswa dan mahasiswi zaman sekarang yang bagi aku takde class. Ya, dulu ramai juga yang takde class tapi tak ramai yang tahu. Namun dengan kewujudan media sosial seperti FB dan Twitter, ia menjadi semakin obvious. Korang boleh lihat sendiri tahap mentaliti dan pemikiran mereka di fanpage2 Confession seperti UKM Confession, USM Love Confession, IIUM Confessions - BM, UITM Confessions, UPSI Confessions, UTM Confessions, UniKL Confessions dan lain2 page pengakuan dan luahan perasaan pelajar2 universiti tempatan.


Tak dinafikan ada banyak mesej yang bagus, ilmiah, kritikan, teguran, nasihat, aduan masalah kampus, dakwah dan sebagainya, namun banyak juga mesej2 yang berbentuk luahan perasaan pasal masalah cinta, pasal crush, nak cari downline MLM, cerita pasal novel melayu, artis korea, tulis pakai bahasa alien sampah pun ada. Korang tu mahasiswa, nak jadi mahasiswa universiti bukan senang, at least result SPM tu mesti sangat baik atau cemerlang, dengan kata lain semua yang dapat masuk universiti ni orang pandai dan bijak2 belaka.

At least tunjukkan yang kita ni ada juga class sebagai seorang pelajar universiti, bukan luahan macam budak2 baru nak up, tergedik2 kat crush senior junior, jenis2 yang lepak Pavi, yang menulis "aku" sebagai "aq" dan "buat" sebagai "buad".





















Dan ini adalah yang paling tak boleh brain.


Agak sadis bila pemikiran dan mentaliti mahasiswa kita hanya berada di setakat itu sahaja. Sebab itu mahasiswa kita mudah dipengaruhi dan akhirnya menghasilkan ramai graduan yang tiada kualiti dan cap ayam. Mak bapak hantar anak masuk universiti suruh belajar, tapi masa dan markahnya banyak habis untuk bercinta, beromen, join bisnes MLM dan sibuk berpolitik berdemo sana sini. Ada pula bila dah senior rasa diri macam hebat gila buli junior. Bila masuk alam pekerjaan bawa perangai sampah. Pihak universiti pula gagal membentuk pemikiran mahasiswa untuk berfikir lebih kritis dan matang, jika tidak masakan ranking universiti tempatan saban tahun semakin menurun.

Dan agak malang bila program seperti ini dibanned...


Tapi program2 hiburan seperti ini dibolehkan...


Pelajar universiti takkan dapat belajar benda2 macam di bawah dengan program2 hiburan macam kat atas tu:

Sumber

Golongan mahasiswa masih fresh, daya otak mereka adalah di tahap yang terbaik. Sayang jika otak mereka digunakan untuk berbincang dan meluahkan benda2 yang tidak berfaedah, untuk bercinta, untuk hiburan, untuk perkara yang remeh temeh. Gunakan otak mereka untuk membuat kajian, mencipta dan menghasilkan suatu yang baru serta berfikir macam mana untuk meningkatkan lagi ketamadunan masyarakat di Malaysia.

Jika di peringkat mahasiswa pemikiran kritis mereka gagal dibentuk, maka bila mereka jadi menteri nanti, walau GCPA mereka 4 flat pun, bila bercakap macam tak guna otak.




tags: fanpage universiti awam ipta confession pengakuan luahan perasaan ukm usm love uitm iium utm unikl upsi cursing mahasiswa #cursingmahasiswa banned kapreza kolej pendeta za'ba iamneeta mark adam qierra amir jahari mejar dr faiz khaleed program event mentaliti pemikiran mahasiswa mahasiswa student pelajar

19 ulasan:

  1. Memalukannyaaaaaa.

    tapi soal pelajar biadap tu memang wujud pun. Bila lecturer bagi arahan (cth mcm kena datang hari sabtu ahad) ada yang dh pandai menjerit membangkang. Saya jadi malu kalau terduduk dalam kuliah sebelah student macam tu. Nanti lecturer pandang ,ingat sy terbabit skali tak pasal-pasal T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy bangkang hari ahad! nk tgk melodi!

      Padam
  2. Budak U masuk U nk blajar ke nak kapel. Kalu stakat blanja awek pun guna duit Ptptn baik xpayah la ... Buat malu keturunan je. Puihh..

    BalasPadam
  3. Gua agak sedih dgn metaliti budak u skrg.....

    BalasPadam
  4. Salam 1rasuah,

    Memang benar, najib jua lah yang melacurkan degree, dulu degree direspect kerana hanya orang pandai boleh ambil tapi selepas najib jadi menteri pelajaran maruah degree tercemar pabila najib membenarkan degree diambil oleh orang bodo, spm serendah 3A sudah boleh ambil. Najib tidak pernah menghabiskan pengajiannya justeru dia tidak tahu betapa susahnya belajar untuk skor spm untuk ambil degree. Undi PR selamatkan degree daripada tangan2 kotor orang yang tak skor spm.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idup lg ko ni .. Skrg degree pun org bleh bli. Tgk budak2 nigga negro pun ada blajar dkt kolej swasta. Blaja medical nak jd doktor pun bleh join kolej swast asal ada duit ..Put hand rest aside, lets the money talk ..

      Padam
  5. Alahai xnyabar langsung budak skrg nk berkapel. Pengaruh drama maghrib tv3 3/4 ke apa. try tgk noob . Rilex je umo 34 masih forever alone. Lepasan U plak tu.

    Tunggu keja dh pegang duit sendiri lah nk cari bini pun. Menyusahkan mak bapak je kasi duit blanja idup. Tapi salah guna p blanja awek .

    Xpayah risau la forever alone tgk member2 berkapel. Sbb bila ko dh grade pegang jawatan besar . Awek will come to you .. Believe it coz it happened to me .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...diorang ni terpengaruh dengan drama2 kat tv ni...dah la drama kat tv tu banyak yg tak logik, yg lelaki semua kaya2 padahal hakikatnya berapa kerat je yg kaya. Aku setuju..x payah risau pun forever alone, nak kawin ni banyak tanggungjawab. Kalau tak ready susah. Setakat kapel masa student tu memang la rasa best.Pergi dating pun guna duit mak bapak lagi.. Tapi nak buat macam mana...yg perempuan masuk U ni pun nak cari bakal imam je, kira kalau dapat kawin dgn lelaki yg sama U tu kira diorang rasa dah berjaya la... Tapi tak semua la...

      Padam
  6. Zaman sekarang ni rupanya tak perlu result SPM bagus pun untuk masuk IPTA, sungguh mengejutkan! Saya ada experience menemuduga ramai university graduates, dan polisi kami memang still nak tengok sijil SPM walaupun mereka ada Bachelors Degree atau Masters Degree. Apa yang mengejutkan saya ialah mereka datang dengan ijazah dalam bidang sains (tak perlu cakap la kelas berapa kan), tapi gred SPM untuk subjek2 sains yang berkaitan berderet-deret 7 dan 8! Zaman saya dulu kalau ada gred 7 dan 8 tu jangan mimpi la nak masuk U... Mungkinkah ini sebabnya semakin ramai graduates mentaliti sampah zaman sekarang ni? Sebab hakikatnya mereka tak deserve masuk U pun in the first place, dapat masuk pun sebab nak fufill quota aja mungkin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dpt spm 1a je.tapi pendapat saya spm tu sijil semata-mata.mungkin org tu tak cemerlang masa spm tapi kita tak tahu mungkin dia lebih cemerlang lepas dari tu dan cemerlang dr org lain.Pok Na mungkin bijak orgnya tapi mengredkan org tu tak baik.confession tmpt utk sekadar suka2 je bkn serius pn.Rezeki Allah tu luas.Ilmu tu utk pnhkan dada.yg penting akhlak yg baik tu wajib ada.

      Padam
    2. aku SPM subjek kimia n fizik pun 7/8 tapi aku masuk IPTA pakai result STPM... itu cerita 20 tahun dulu, aku lihat yang fail kat IPTA pun boleh berjaya janji teruskan berusaha gigih dlm kehidupan......

      Padam
    3. Tahun lepas, aku ada interview budak degree UiTM, UIA dan UM untuk senior post IT Analyst dan Manager. Kedua2 post bergaji hampir 5 angka dan manager 5 angka.

      Tak sangka dgn post2 begini, derang boleh buat main2 je sembang, langsung tak serius nak dapatkan post gini. Ada yg bergaji 5k dan ada yg 8k datang interview. Aku cuma salah seorang panel inyerview tersebut.

      Kelayakan mak aiii.. mmg tau tau la ya. Kompeni aku nak bayar mahal. Ada yg datang, degree 2nd class upper dan master 1st class. Tapi presentation dan english mcm budak tingkatan 3. Tengok dari experience mmg gempak.

      Lagi syoknya, ada yg dari kolej swasta. Presentation dan english, superb giler dari Uni Awam.

      Pening kami nak pilih graduan sekarang. Dunia dah terbalik gamaknya. Apakan daya, walau keutamaan kami utk Uni Awam berdasarkan rekod pembelajaran, tetapi yg berjaya dari kolej swasta.

      Tamau komen apa2 dlm kes ni. Kami doakan bebudak Uni Awam sekarang dgn Selamat Maju Jaya. Kolej Swasta sudah mengorak langkah yang jauh dari Uni Awam skrg. Apatah lagi Uni Swasta.

      Padam
    4. Tanpa Nama 19 Mac 2015 10:56PG, saya setuju dengan anda.

      Tanpa Nama 16 Mac 2015 11:02PG, bagus anda teruskan dgn STPM sebelum masuk IPTA.

      Tanpa Nama 15 Mac 2015 11:39PG, setuju dengan anda bahawa akhlak yang baik itu wajib ada. Maaf jika anda terasa but you have missed the point. My point was, how come someone with terribly poor grades in certain subjects in SPM, be accepted to directly enter IPTA to pursue tertiary course majoring in a subject of which he had already demonstrated a poor grade? I am mainly questioning the selection process to enter a program/course in some IPTA based on those poor grades. Contohnya, kalau SPM dapat 7/8 untuk subjek Bahasa Inggeris, how come boleh dapat study TESL using that grade as an entrance benchmark? Kalau SPM dapat 7/8 untuk subjek Kimia dan Matematik dan matriculation exam results pun so-so, how come universiti approve untuk pursue Chemical Engineering? Akhlak yang baik itu penting. Ilmu dan kemahiran juga penting untuk menjadi seseorang yang ahli dalam sesuatu bidang. Analogi, seorang tukang rumah mestilah ahli dalam ilmu bertukang rumah, barulah masyarakat rasa yakin, selamat dan percaya untuk memberinya tanggungjawab membina rumah. Kita tidak beri tanggungjawab dan kepercayaan membina rumah kepada seseorang yang hanya mahir membuat kuih dan kek. Orang yang mahir dalam membuat kuih dan kek tidak boleh diberi tanggungjawab membina rumah. Saya tidak kata orang yang hanya dapat 1A tidak layak masuk universiti. Apa yang saya kata ialah saya hairan dengan trend graduan mempunyai ijazah dalam bidang sains tetapi gred subjek sainsnya sangatlah kasihan, jadi bagaimanakah pemilihan untuk kursus di universiti itu dibuat? Maka akhirnya mereka menggenggam segulung ijazah dalam bidang sains tetapi tidak mampu pun bersaing secara sihat di bidang pekerjaan dalam bidang yang mereka telah habiskan banyak masa, tenaga dan wang ringgit ibu bapa terutamanya.

      Padam
  7. Mahasewel kekadang best bila dok perlekeh orang kerja bawahan macam kerja kilang ke bawak lori ke padahal nanti keluar universiti, pusing sana sini terus masuk kilang kerja operator pasal sijil uni tak laku, pusing balik pakai sijil spm dah!

    Rasa macam tak guna belajar bertahun2 kalau kerja pun pusing balik pakai sijil SPM! Itu pengalaman saya.

    BalasPadam
  8. Ni sume drama melayu punye pasal. Dok hidangkan kisah idup khayalan percintaan di zaman belajar. Budak2 pun dah set dlm klpe otak. ' bile aku masuk u, aku nak kapel' ..' U ni rupenye tmpt cari awek/pakwe'.

    BalasPadam
  9. Apa yg sy selalu perasan...budak semakin lama semakin pandai.....tp adab n tatasusila semakin lama semakin teruk.....sbb kita sibuk didik anak belajar n dpt result bagus..tp x berlumba2 didik anak jadi org yg berguna n hormat menghormati. Sbb diaorg ingat duit boleh beli kepandaian n degree uni swasta...tp adab n agama xleh dijual beli.

    Pendidikan agama n moral kat sekolah diajar supaya boleh digred melalui ujian atai exam...tp sbnrnya nak uji budak2 spy bagus akhlak digred melalui perbuatan (praktikal)...bukan exam (teori) sbb pandai drpd otak,, tp salsiah dr hati. Sekian

    BalasPadam
  10. best jd admin page2 ni.kalau yamg confession blowjob ke apa dah tau sapa tuan badan.kah3...

    BalasPadam
  11. Bukti mahasiswa memang bodoh. Yang perasan bijak politiknya, terus ditahikan oleh orang politik. Yang nak jadi kaya, terus jadi ayam kepada skim cepat kaya atau MLM. Yang kaki cintanya, terus hanyut ngan cintanya. Bila ditegur mereka tidak terima, kerana menganggap orang menegur lebih bodoh dari mereka. Orang yang bersikap begini memang mudah ditipu dan diperguna.

    Mahasiswa sepatutnya fokus kepada bidang yang dipelajari, mendalaminya sehingga boleh mencerna, menilai dan boleh membuat aplikasi, unjuran dan prognosis serta mencipta.

    Malang, mahasiswa hari ini sekadar mahu ada ijazah, dan akhirnya ijazah mereka tidak laku, kerana kualiti diri yang tiada.

    BalasPadam
  12. wahh, bagus betul entry ni. tulahh, memalukan betul yang buat confession meraban tu.. hm

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.