Halaman

Jumaat, 24 April 2015

Budak sekolah merokok gambaran masyarakat sakit

Masyarakat kita sedang sakit. Generasi baru semakin parah. Macam mana kita nak tahu yang suatu masyarakat tu sakit? Aku bagi gambaran mudah melalui sebuah video viral budak sekolah perempuan yang hisap rokok dalam bas dengan selamba tanpa sebarang rasa malu dan bersalah.



1. Budak perempuan yang masih bersekolah hisap rokok dengan bangga.

2. Merokok dalam bas sekolah yang dipenuhi oleh budak2 sekolah yang lain.

3. Dia merasa cool dan hebat apabila kawan2 rapat memberi pujian dan galakan.
 

4. Dia merokok akibat terpengaruh oleh orang lain.

5. Dia turut akan mempengaruhi orang2 terdekat.
 

6. Orang sekeliling buat tak tahu, tak peduli atau tak nak ambik tahu.

7. Mungkin ada yang kisah tapi tak berani nak tegur sebab takut kena ejek, kena pukul atau kena marah dengan mak bapak dia.

8. Begitulah kitarannya yang berlaku dalam masyarakat kita. 

9. Ini yang kantoi sebab ada orang rakam video dan jadi viral, tapi yang tak kena rakam? 

10. Tengok kat keluarga kita, adik2 kita, anak2 kita, taman perumahan kita, tengok berapa ramai budak sekolah hisap rokok tanpa segan silu? Berapa banyak couple budak sekolah yang lepak kat taman permainan berdua2an sambil tergedik2 tanpa rasa malu?

Sadis.

Video berikut pula adalah seorang dewasa yang tegur dan sound direct pasangan couple budak sekolah yang sedang bercintan-cintun berasmara kat tempat awam.


Walaupun nampak macam poyo, tapi seriously, dah tak banyak orang dewasa yang ada keberanian macam brader ni. Spesis macam brader ni dah semakin pupus. Ramai orang yang tak peduli pun pasal orang lain walaupun nampak kemungkaran dan maksiat di depan mata, kerana kita hanya fikir pasal diri sendiri sahaja.

Tapi nak salahkan orang yang tak menegur pun tak boleh juga, kerana risiko untuk menegur dan menasihati kemungkaran kini terlalu besar. Kalau apa2 jadi pada yang menegur, masyarakat bukan peduli, paling tidak pun dapat la komen "Siapa suruh kau tegur? Jaga tepi kain sendiri sudahlah!".

Ya, kita bukan sahaja tinggal dalam fucked up society, malah sick society.




tags:  awek budak perempuan sekolah uniform merokok hisap rokok dalam bas video kantoi budak couple romen berasmara bercinta baring taman tempat awam brader tegur nasihat sound maksiat kemungkaran

17 ulasan:

  1. ha a, cth mcm blogger ni tak habis2 melalak je hahaprak pun tak dak hahampeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. at least dia melalak gak kt blog, yg kau plak melalak je kt blog dia apa pn xbleh

      Padam
    2. dia bukan melalak...dia menyalak...menyalak bukit.

      Padam
  2. Budak2 zaman skrng dah diberi kebebasan yang melampau drpd mak bapak diorang

    Malah yang lebih teruk ada mak bapak yang takut dengan anak sendiri..

    Sepatutnya budak budak yang nak meningkat remaja ni perlu dibimbing dengan betul sejak dari kecil x kira dari segi apa...
    Yang paling penting dari segi agama

    teknologi pun memainkan peranan jugak sekrng
    Macam mcam telefon pintar khususnya bagi orang yang mampu telah menjurus kesan negatif drpd positif dengan internet yang senang diakses

    kita bercakap tentang generasi yang bakal menjadi peneraju ummat dan negara

    Aku respek lagi cara zaman2 orang tua kita dulu besarkan anak mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap generasi akan merasakan the next generation after them is suck. socrates (469-399BC) dah sedar berkurun dulu "The children now love luxury; they have bad manners, contempt for authority; they show disrespect for elders and love chatter in place of exercise" . kl kita rasa the new generation macam haram, then the new generation will think the next generation after them are worse

      Padam
    2. ya.ni bukan dalam malaysia je.satu dunia mengalami benda yg sama.generasi yang semakin hari semakin parah.

      Padam
  3. Butolah noob, apasal masyarakt yg slh, dia nk isap rokok atau pelir dia pnya pasal, kalau engkau kentut dlm bas ko ngaku tk noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 kalu ko dh beranak pinak jd bapak ko brani ckp mcm ni dkt anak ko nnti?alah anak aku Dia nk isap rokok isap konek lantak p lah ..

      Padam
  4. Bg tau dkt mak bapak dia. Mak bapak main peranan. Xda makbapak dlm dunia rela anak dia lg2 yg pempuan masih sekolah isap rokok.


    BalasPadam
  5. Bile noob tulis pasal remaja skolah skrang dan masalah sosial..de je group yg panas bontot. So nmpk sngt la buasir otak ni ramai gak budak skolah yg komen.patut la komen mencarut dan ntah ape2..layan budak skolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la bro. Budak2 zmn skrg. Spender pun mak bapak yg bli ada hati nk kapel jiwang. Puihh.. Dh sekolah buat cara sekolah .. Duit yg mak bapak kasi guna dgn baik. Bkn buat beli rokok p lepak dkt cc intenet..

      bdk sekolah p men jauh2 .. P blajar apa yg patut.. Buat kerja sekolah lg bagus Dari duk memekak dkt blog ni...

      Padam
    2. Itula. Org tegur..dicakapnye setiap generasi teruk, bukan remaja zaman sekarang je. Abis tu pulak yg dijadikan alasan utk backup masalah sosial yg diorang buat. Bile org lagi tua tu tegur..tu mknenye kite ni prihatin kat diorang.xnak diorang buat silap mcm yg generasi lagi tua dari diorang dah buat.ni tak..bile ditegur..dimarahnye kite balik.xkan la kite yg tua ni nak biarkan je remaja generasi pelapis kita ni makin rosak cmtu je.

      Padam
  6. Salam 1rasuah,

    Bila jawatan tukang ajar diberi kepada orang tak cukup ajaran maka lahirlah sampah insan. Bayangkan mereka ini dulu kawan-kawan anda yang rendah intelek dan rendah akhlaknya tak dengar cakap guru dan ibu bapa tiba-tiba diberi degree di KU mana tah orang tak pernah dengar. Bila grad jadi beban kepada rakyat. Graduan pandai terpaksa berebut jawatan dengan mereka, pekerja am terpaksa diimport dari luar menambah jenayah. Jawatan mulia seperti guru diberi pula kepada penjenayah yang terkenal waktu di sekolah dulu tidak pernah naik pentas kecemerlangan dan rosak akhlak maka lahirlah sampah insan perogol kanak-kanak.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  7. rokok haram tapi kenapa ada jual dekat malaysia? Kenapa?

    BalasPadam
  8. Budaya tegur menegur pun dah hampir tiada dalam masyarakat kite. Masing2 buat hal sndiri. Mgkin jugak sbb org yg baik2 ni pengecut dan penakut. xmacam org dlm video tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. +1. Dgn jiran sebelah2 pun xtegur sapa. Nama pun xtau. Kalu mereput mati kering dlm rumah dah bau bangkai baru jiran dia amik cakna .. Tu pun sbb xthn bau busuk..

      So xplik knapa xda budaya tegur ... Masing2 wat hal sendiri. G keja blk keja bela anak bini. Jnji aku xkacau org .. Ko xkacau aku..

      Padam
  9. sebab tu dalam karangan nilai-nilai ending dia kena 'semua pihak haruslah bekerjasama'.dalam karangan jelah nampaknya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.