Halaman

Khamis, 28 Mei 2015

Genius cilik kini remaja Adi Putra yang disisihkan

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.

Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji.
“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan kerajaan.
Buku yang dihasilkan Adi Putra dengan 235 formula matematik, digunakan kerajaan Brunei dalam pembelajaran, tetapi tidak di Malaysia.

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya.

Sumber The Malaysian Insider.

Berikut pula adalah penjelasan daripada Zaid Zikri yang berkongsikan tulisan Pengarah PERMATA iaitu Prof. Noriah Mohd Ishak:
ISU ADI PUTRA DAN PERMATA

Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya. Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini.

Saya buat dalam bentuk "note" supaya dapat dijadikan rujukan masa hadapan.

**********

Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATApintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka diKolej PERMATApintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka darinliar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

**********

Kemudian beliau menambah dalam post yang seterusnya.

**********

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.

*********

Dan berikut pula adalah surat terbuka oleh Mardhiyyah Nor Azizan yang pernah menyertai program PERMATAPintar.
Aku, Adi Putra dan PERMATAPintar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Adi. Nama Adi kembali mendapat perhatian media sehari dua ini. Adi dan masyarakat lebih maklum tentang suara-suara yang datang daripada kedua-dua belah pihak. Maka sedikit nasihat dan perkongsian barangkali, untuk Adi, Dr Noriah, dan ibu bapa di dalam Malaysia.

Saya pernah berjumpa dengan Adi satu masa dahulu semasa saya menuntut di Darul Quran. Pernah juga sebentar mengikuti kelas Adi juga di sana. Pak Cik Ghani juga ada menjemput kami ke rumah, jika berkelapangan semasa hari raya tahun itu. Pak Cik dan Adi melayan kami dengan baik.

Adi,
Terimalah tawaran daripada PERMATAPintar untuk memulakan Ujian UKM 1. Ikutilah aliran PERMATAPintar dengan baik. Adi berhak ada cita-cita dan pergi jauh. Tempat Adi bukan sebagai pengurus syarikat buat masa ini, tempat Adi ialah meluruskan niat, menghormati adab dan belajar. Kasih sayang ialah bagaimana kita mengurus tanggungjawab dan menyusun keutamaan, Adi. Sayangilah ilmu, Adi. Kata Rumi, “Bukalah  tanganmu jika kamu dipegang.”
Sumber gambar

Pak Cik Ghani,
Ilham daripada Tuhan bukanlah caranya kita menuntut ilmu. Ilham daripada Tuhan, ialah penyuluh yang membuatkan kita semakin berjiwa besar, merendah diri dan mengerti tanggungjawab. Adi bukanlah genius kekal apatah lagi mutlak, Pak Cik.

Adi jika dibiarkan bermain lego sejak kecil tanpa diajarkan nombor, tidak akan mengerti juga menulis nombor. Adi tetap tidak dapat mencipta nombor baru selain 0 sehingga 9. Tidaklah ingin mengatakan Adi lemah dan tiada kelebihan, tetapi niat saya ialah mengatakan Adi perlu belajar.

Boleh jadi saya sedikit mengerti jika Pak Cik keberatan untuk memberi izin Adi ke UKM, kerana ruang untuk Adi sendiri. Berilah ruang kepada Adi untuk mengambil risiko, dan temanilah dia dengan nasihat dan panduan. Mahu tidak mahu, kita harus mengakui kekuasaan ialah salah satu jalan dalam membina pendidikan. Izinkanlah Adi mengambil risiko dengan jalan yang baik, untuk bersama kerajaan (penguasa) dalam sistem PERMATAPintar.

Adi,

Ketika umur saya 15 tahun, saya mengikuti saluran PERMATAPintar dengan sangat rapat. Guru di sekolah mahupun ibu bapa, tiada yang meletakkan perhatian dalam hal ini. Saya menjadi sangat teruja apabila membaca tentang PERMATAPintar di akhbar.

Proses berjalan daripada UKM 1, UKM 2, sehinggalah ke Program Perkhemahan Sains dan Matematik. Saya ini bukanlah orang yang genius, saya sendiri tidak tahu berapa markah saya, tetapi saya diterima masuk ke sana, memulakan persekolahan di PERMATAPintar pada 2011.

Jika boleh saya berkongsi pengalaman di dalam Kem itu. Saat itu penghujung 2010, saya berusia 15 tahun. Di situlah kali pertama saya berani untuk untuk bercakap tentang teori Big Bang secara asas, kemudian mengkritik teori itu secara memetik pandangan barat dan menggunakan pedagogi pemikiran mereka, tanpa menggunakan hujah bersifat teologi jauh sekali dalil Al-Quran, walaupun saya tahu tentang pandangan Islam terhadap hal itu.

Di situ juga saya berani untuk memperkatakan betapa saya tidak bersetuju dengan teori evolusi Darwin dan mengatakan bagaimana seharusnya kita berfikir. Topik kami ialah Sinergi antara Agama dan Sains, dan saya menikmatinya tanpa memetik nas daripada Al-Quran.

Saya percaya orang berakal akan mengiktiraf Tuhan. Di situ saya berani menulis karangan dalam bahasa Inggeris (salah satu ujian saringan) yang bercerita tentang apa yang saya imaginasikan. Dan yang kenangan yang paling besar bagi saya ialah di situ saya berani untuk mengatakan, semasa saya menyiapkan kajian untuk portfolio ringkas, bahasa saya menemui ubat untuk merawat HIV. Di situ mereka mendengar, meraikan pandangan, dan berbahas bersama-sama, Adi.

Luka lama saya terhadap pendidikan terawat, Adi. Saya melihat harapan. Kerana apabila semasa di sekolah menengah, saya meminta kepada guru untuk menyertai Olimpiad Matematik. Guru kata kosnya mahal. Saya berkata saya memerlukan sokongan untuk menggunakan makmal, kerana apa yang saya kaji berkenaan HIV itu, seperti tertulis dan Al-Qanun fi Tib Ibnu Sina, sangat terkait dengan kualiti dan kuantiti darah, tetapi saya berhipotesis ada satu sistem yang menjadi piawai kepada kiraan itu.

Guru kata kami hanya mempunyai 3 kelalang kon di sekolah. Saya memnghabiskan kebanyak masa matematik tambahan dengan berborak bersama guru. Saya merasakan kebosanan dari kecil, apabila guru mengulang-ngulang pelajaran tambah tolak darab bahagi yang sama. Tetapi apabila saya membuka buku tahun 6 lebih awal berbanding usia dan membuka buku berkenaan analisis kualitatif, saya tahu saya memerlukan guru untuk mengajar saya.

Hujung tahun itu sepucuk surat daripada PERMATAPintar tiba di rumahku. Aku membaca sampai habis, gembira, tetapi aku terhenti pada perkataan "yuran". Yurannya hanya sekali bayar, aku kira keluargaku berkemampuan, bahkan dikatakan boleh memohon bantuan kewangan bagi yang kurang berkemampuan.

Aku bawa surat itu pada ayah dan ibu, jelas mereka keberatan. Aku tidak mahu bertanya kali kedua, justeru aku menyimpan surat itu rapi. Aku mengikuti hari-hariku di sekolah seperti biasa, dalam hatiku cuba untuk meredhai. Sebenarnya aku sering mencari-cari di laman web, melihat gambar teman-temanku yang sama di dalam kem itu. Melihat gambar mereka di makmal dan lain-lain lagi gambar yang sangat mendatangkan kecemburuan yang mendalam.

Hujung tahun itu aku menulis 2 jenis surat. Pertama surat dan emel kepada para pensyarah yang aku yakini mereka dapat memahami maksud kajianku. Aku mahu mereka teruskan. Daripada berbelas-belas surat dan emel yang aku hantar, hanya satu yang mendapat jawapan. Seperti ini jawapannya, “Kajian yang sangat bagus, tetapi buat masa sekarang saya sangat sibuk. Saya akan memerhatikan hal ini lebih mendalam.” Kedua, surat kepada pengarah Pusat PERMATAPintar.

Aku katakan aku ingin mengulang tahun, aku tidak kisah jika terpaksa masuk semula pada Tahap 1 walaupun usiaku sudah 17 tahun. Aku katakan aku kekal di sekolah lama bagi membolehkan aku menghabiskan pelajaran agamaku. Aku sediakan keputusan pelajaranku di sekolah dan beberapa hal lagi yang tidak dapat aku kongsikan.

Hampir dua minggu aku menanti tanpa meletakkan harapan yang tinggi. Terkejut aku apabila menerima surat balas daripada Dr Melor Md Yunus. Katanya aku terus ke Tahap 2 ! Mereka ingin memberi ruang kepada orang yang layak.

Mereka benar ingin membantu Adi. Mohonlah Adi

Adi, tawaran kali kedua itu saya tolak lagi sekali dengan balasan surat yang sangat berat. Guru dan ibu ayah tidak menyokong, sekali lagi. Tidak mengapalah, aku membawa diri ke Darul Quran. Saat saya belajar dengan Adi, semua itu sangat mengingatkan betapa peluang ke PERMATAPintar sangat berharga.

Di Darul Quran, semasa di pertengahan hafazan Al-Quran, Ayah meminta saya untuk keluar kerana mendapat tawaran biasiswa yang sangat lumayan, ke mana-mana universiti sepuluh terbaik dunia.

Saat itu saya mengumpul kekuatan untuk bertegas dengan Ayah, saya mahu menghabiskan hafazan. Dan saya kekal di Darul Quran. Waktu itu belajar, ibu ayah guru mahupun sesiapa pun, tidak akan dapat membuat keputusan melainkan kita sendiri yang merelakan keputusan itu pada diri kita, Adi. Sebenarnya semua yang terjadi di dalam kehidupan kita, ialah hasil daripada pilihan kita sendiri.

Cerita dan nasihat ini aku karang untukmu Adi, kerana saat ini, aku sedang membuat A-Level di salah sebuah kolej di Shah Alam. Aku berada di dalam stream perubatan, dan beberapa kali aku “tidak cemerlang” di dalam peperiksaan. Hati aku ingin sekali masuk semula ke PERMATAPintar mula belajar daripada awal.

Kerana saat ini aku sudah berani bersuara untuk diriku dengan penuh adab. Tetapi hampir mustahil jalan untukku ke sana kerana umurku walaupun aku sanggup mengambil risiko mengundur umur lagi. Namun, aku menghormati sistem PERMATAPintar. Lalu aku teruskan dalam bidang perubatan, namun di dalam hatiku masih segar pesan Dr Alinor, “Jangan pernah padamkan minatmu pada matematik.”

Adi, pergi jauh. Rendahkan diri, lembutkan budi, untuk belajar lagi sekalipun kita sudah tahu. Selepas itu barulah kita tahu, apa yang kita tidak tahu. Saya yakin, Prof Noriah, Dr Melor dan sahabat-sahabat mereka sangat ingin membantu. Sekali lagi, kata Rumi, “Buka tangan mu jika kau ingin dipegang.”

“Salaamun qaulan min rabbir Rahim.”

Sumber The Malaysian Insider.

* * * * * * * * * *

Ya, begitulah cerita dan kisah pasal salah satu kanak2 genius di negara kita. Cerita pasal kanak2 genius lain kebanyakannya banyak yang negatif2 sahaja kita baca dan dengari sebelum2 ini.

Apa2 pun, bagi aku seorang ibu bapa yang mencorak dan menentukan hala tuju anaknya. So dalam hal ini, tak perlu nak minta atau tanya banyak sangat pada Adi Putra kenapa dia jadi macam tu, kenapa dia jadi macam ni, sampai banyak benda dia salahkan kerajaan, cakap dia disisihkan kerajaan, sedangkan masa tu umur dia baru 6, 7, 8 tahun. Pada umur tersebut dia memang bijak Matematik, tapi dia mungkin belum bijak untuk membuat keputusan sendiri, oleh itu tang patut ditanya adalah ibu bapanya.

Bagi aku walaupun dia seorang yang genius, tapi dia tetapi kena buktikan kegeniusan dia dengan mengambil ujian untuk menentukan dan mengiktiraf kegeniusan dia. Kita juga mahu tahu berapa tahap IQ dia, adakah lebih tinggi berbanding purata manusia biasa, atau lebih tinggi daripada Einstein atau Stephen Hawking. Dia mungkin genius dalam Matematik tapi lemah dalam subjek lain, so kenalah diuji untuk mengenalpasti kelemahan lain seterusnya dapatlah dia menambah ilmu pengetahuan dalam subjek lain juga.

Sekarang setelah berumur 16 tahun, dia nak salahkan kerajaan. Tak boleh la macam tu. Walaupun  polisi, dasar dan sistem kerajaan kita ni ada yang boleh tahan haprak la jugak, tapi nak tak nak kenalah jugak ikut dan adapt kepada sistem pendidikan yang ada. Kalau nak kata jadi bahan uji kaji, banyak sangat dah pelajar jadi uji kaji sistem pendidikan negara kita ni, tapi masih ada yang berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Di negara kita bukan Adi Putra sahaja yang genius. Kegeniusan dia mungkin sangat istimewa kerana sudah terlampau bijak dalam Matematik pada umur kecil, namun dengan pertambahan umur dan proses pembelajaran sebenarnya melahirkan lebih ramai genius pada masa akan datang di dalam cabang dan bidang2 mereka tersendiri.

Ada yang genius dalam bidang sains, genius dalam bidang perubatan, genius dalam bidang ICT, genius dalam bidang rekacipta, genius dalam bidang inovasi, genius dalam bidang seni lukis, genius dalam bidang muzik, genius dalam bidang menipu dan lain2 lagi.

So harapnya Adi Putra dan keluarga dapatlah mencari orang yang betul dengan saluran yang betul untuk merancang, membimbing dan membawa semula Adi Putra ke landasan akademik yang betul dan diiktiraf. Itu pun kalau nak dapat pengiktirafan daripada manusia lah. Kalau nak pengiktirafan daripada Tuhan sahaja, maka tak perlu susah2 buat semua tu, cuma janganlah nanti bila dah umur 25 tahun nanti masih salahkan sesiapa cakap disisih dan diabaikan kerajaan.

Jadi macam genius perekacipta negara Zulkifli Haron, walaupun kehebatan dan hasil rekaannya jarang mendapat perhatian dalam negara, tapi beliau masih terus mencipta dan menghasilkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat dan para usahawan2, malah beliau sendiri tidak pernah mengungkit atau menyalahkan sesiapa atas kejayaan atau kegagalannya.




tags: adiputra adi putra genius kanak budak cilik kecil prodigy bijaksana bijak cerdas pandai hebat penjelasan disisih diabai program permata permatapintar ukm rosmah mansor

19 ulasan:

  1. Aksi hebat Adi putra dalam matematik

    https://www.youtube.com/watch?v=cLvH7WHh5Tg

    BalasPadam
  2. Adi, pergi jauh. Rendahkan diri, lembutkan budi, untuk belajar lagi sekalipun kita sudah tahu. Selepas itu barulah kita tahu, apa yang kita tidak tahu.

    juga rendahkan ego...

    BalasPadam
  3. Bakal pelakon seks..

    BalasPadam
  4. org lain lgi hebat aih... ak pmr 7A.. math sains ak tak pernah lulus.. x sembang pun.

    BalasPadam
  5. Meleis kat mana2 pun lanjiao.. layan pun mcm kepalabutuh..sama saja dgn x layan..serupa kepalabutuh jugak..

    Lanchowlah semua ni.. elok hidup pedulikan diri sendiri ja.. bising melayu mcm buleh buat planet baru..haha..lanjiao..

    BalasPadam
  6. tukang ajar yang kurang ajar!!!..KEDEPAN.

    BalasPadam
  7. Seseorang yang special sekarang...
    Mungkin tidak lah special sangat pun bwberapa tahun down the line nanti...

    BalasPadam
  8. Haha..ulasan PEGAWAI KERAJAAN..lawak gila baca..bodek Rosmah dah sampai peringkat mcm binatang..

    Lagi tinggi jawatan..lagi kuat menipu..lelaki pompuan sama naik..berlumba-lumba menjadi seekor anjing.

    BalasPadam
  9. Surat Mardhiyyah tu separuh jalan dari 'saya' bertukar jd 'aku' lepas tu jadi 'saya' balik.
    Nampaknya dia tulis surat tu bukan sekali tulis, tapi berkali-kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pun genius jugak rupanya.. tahniah!

      Padam
  10. If you want to do something good & great, do it in most sincere way..which means do not put high expectation for appreciation or recognition (from people) in return...those will comes later, but the personal satisfaction on your achievement is most important to drive you to become better and better in future.

    Kalau buat sesuatu benda nak harap balasan dr manusia semata2...ia xkan membantu anda menjadi lebih baik. Contoh paling senang ialah FB, buat satu comment harapkan LIKE n comment positif yg banyak. Just post comment yg ingin anda sampaikan utk fakta yg berguna, x penting nak org puji atau kutuk kita..and always take it positive.

    Jgn harap balasan manusia, balasan dr Allah swt yang pasti......selagi anda ikhlas melakukannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. AdiPutra ni, sejak awal lagi aku dah nampak akan bermasalah. Kerana, sebelum ni pun, dah ramai x dipedulikan kerajaan.

      Sepatutnya ambil A-Level sendiri. Bukan ikut aliran kerajaan lagi. Asingkan diri dari kerajaan dan plan masa depan sendiri. Dah jelas tiada jalan lagi atau penuh berliku jika layan khidmat2 dari kerajaan. Jangan haraplah kita rakyat biasa ni akan diberi keutamaan. Anak YB pun belum tentu. Begitu juga dengan anak Menteri sekalipun. Kena usaha cara lain.

      Masa depan kita di tangan kita sendiri..Janganlah kerana kita ni Melayu, genius pulak tu, akan senang2 dapat masuk universiti dan kerajaan tetiba menjadi prihatin laksana terjumpa kanak2 istimewa dikurung sehingga kurus oleh ibunya tak lama dulu.

      Sudahpun ada beberapa kali ditulis orang mereka yang mempunyai pengalaman dengan swasta mahupun kerajaan dgn beberaoa hal seakan ini.. masa depan sendiri, keluarkan duit sendiri. Tak ada masa untuk orang lain membantu. Ini masyarakat Melayu. Masyarakat yang penuh dengan pelbagai penyakit dan sakitnya otak Melayu mmg kronik sejak berzaman lagi. Tanya 10 orang, akan keluar 100 pendapat. Lagi ditanya lagi pening. Lihat saja komen2 di BO ni..terbukti melayu mmg sakit otak yg kronik. Mungkin akan sembuh setelah bangun di hari kiamat kelak.

      Padam
    2. What's the big deal? If he's really a bona-fide Math genius any university in the US would have given him a scholarship. They give so many scholarships to poor outstanding students from all over the world who don't have to claim themselves geniuses.

      Methinks his problem is he can't handle the english language bcs he did not learn it. He was home-schooled all the time so he remains a katak di bawah tempurung. How could he apply for university since he did not sit for all his national exams. If he/his parents had thought he was so good they should have found him a good boarding schools abroad. I'm sure there are those that provide scholarships. He could jump grades and enter university early if the system here is too restrictive for a genius.

      Now he's 19 and without any paper qualifications so how is he going to prove anything to anybody? Who cares if some kampung folk declare him a genius? Only Brunei/Indonesia/Malaysia could use his formulae bcs he's unable to write in english. If indeed Adi Putra were a real genius he would learn english or any other language for that matter in a jiffy. Why then is he unable to converse/read or write in english. Perhaps he's able to read arabic in order to read about arabic mathematicians/philosophers bcs there's nothing much in written in malay that is of academic value. However,english is definitely a MUST if one wants to pursue knowledge.

      Padam
  11. Sorong papan tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu,
    Suruh makan dia makan,
    Suruh belajar dia tak mahu.

    Buah keranji dalam perahu,
    Perahu belayar ke negara Mongolia,
    Suruh belajar dia tak mahu,
    Sbb SPM sikit A pun najib beri degree juga.

    BalasPadam
  12. Mendengar, tidak ada pemberi pinjaman yang bersedia untuk membantu anda, mereka bukan sahaja di sini untuk merobek anda meletakkan wang hasil titik peluh anda. Suami saya dan saya mencari pemberi pinjaman yang berbeza pemberi pinjaman dalam talian, tetapi pada akhirnya, kita telah berbohong kepada dan ripped off wang kepada pelabur yang berbeza dalam talian.
    Kami juga dipinjam peminjam wang pembayaran dalam talian, tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, kita tidak mempunyai jangka pertolongan, memusnahkan perniagaan keluarga kami, kami tidak mampu untuk membuat wang untuk perbelanjaan harian mereka sehingga kita telah diperkenalkan kepada isterinya Amanda yang membantu kami dengan tawaran pinjaman tanpa jaminan kami .
    Untuk maklumat mengenai cara untuk mencapai pinjaman Cik Amanda atau maklumat lanjut mengenai program ini mengikut, sila e-mel saya, fredrikaterry@gmail.com hubungi saya
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan dianarobertloanfirm@gmail.com dan dianarobertloanfirm@accountant.com

    BalasPadam
  13. Mendengar, tidak ada pemberi pinjaman yang bersedia untuk membantu anda, mereka bukan sahaja di sini untuk merobek anda meletakkan wang hasil titik peluh anda. Suami saya dan saya mencari pemberi pinjaman yang berbeza pemberi pinjaman dalam talian, tetapi pada akhirnya, kita telah berbohong kepada dan ripped off wang kepada pelabur yang berbeza dalam talian.
    Kami juga dipinjam peminjam wang pembayaran dalam talian, tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, kita tidak mempunyai jangka pertolongan, memusnahkan perniagaan keluarga kami, kami tidak mampu untuk membuat wang untuk perbelanjaan harian mereka sehingga kita telah diperkenalkan kepada isterinya Amanda yang membantu kami dengan tawaran pinjaman tanpa jaminan kami .
    Untuk maklumat mengenai cara untuk mencapai pinjaman Cik Amanda atau maklumat lanjut mengenai program ini mengikut, sila e-mel saya, fredrikaterry@gmail.com hubungi saya
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan dianarobertloanfirm@gmail.com dan dianarobertloanfirm@accountant.com

    BalasPadam
  14. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.