Halaman

Sabtu, 2 Mei 2015

Tragedi melibatkan Myvi paling buruk setakat ini

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan maut selepas SUV Pajero Sport dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.

Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri.

“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

“Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Sementara itu, ibu saudara Allahyarham Nova Safitri, Hartati Hassan Basri berkata, ketika kejadian dua lagi anak perempuan Nova Safitri Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, berada di rumah mentuanya dan dia serta suami dalam perjalanan mengambil mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves.

Katanya, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan selepas Solat Asar ini di Taman Batu Muda.

Sumber Harian Metro.



Ini adalah satu lagi kejadian di jalanraya yang melibatkan pemandu kereta Perodua Myvi. Setakat yang pernah direkodkan dalam blog ini, sebelum ini ada video Myvi parking belakang kereta orang kat tepi highway, kemudian awek Myvi yang bergaduh dengan pakcik teksi, satu lagi kes Myvi buat U-turn haram sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.

Hari ini, berlaku kejadian yang boleh aku sifatkan paling buruk bagi Myvi di mana 6 buah Myvi daripada kelab Familia Myvi Club (FMC) telah berlumba lalu menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Duke sehingga mengakibatkan 3 terbunuh iaitu sepasang suami isteri dan bayi yang baru berusia 6 bulan.


Kredit gambar Oh! Media.


Orang cakap, suatu komuniti tu kalau bangangnya dah terlalu banyak dan berulang2 kali, ia akan jadi suatu yang tipikal dan generalize. Untuk kes ini, orang akan mula generalizekan semua pemandu2 Myvi ni bangang walaupun yang bangang tu orang bukan keretanya.

Jalanraya dan lebuhraya tidak pernah didaftar dan digazetkan bagi digunakan untuk perlumbaan. Nak berlumba sangat pergi ke litar Sepang, litar Shah Alam dan lain2 litar. Kalau ada banyak duit untuk beli Myvi, modified kereta, tambah aksesori sana sini, tukar sport rim, takkan nak bayar yuran litar pun tak mampu?

Apa2pun takziah kepada keluarga mangsa. Kasihan kepada dua anak mangsa yang menjadi yatim piatu on the spot disebabkan kebangangan dan kebangsatan pemandu2 Myvi tersebut, malah daripada info2 yang viral kat Facebook, antara pemandu2 Myvi yang berlumba tersebut adalah orang perempuan!

Disebabkan itu, ramai warga netizen mencari dan mengorek semua yang berkaitan dengan kelab FMC agar kesemua 6 pemandu Myvi yang terlibat dapat tampil dan menyerah diri untuk siasatan.



Ahli FMC bernama Yana (budab baru nak up) yang cuba mempertahankan pemandu2 Myvi tersebut.

Bukan kereta Myvi yang salah.
Bukan semua pemandu Myvi itu teruk.
Bukan semua ahli kelab FMC itu salah.
Yana juga tidak salah, walaupun daripada mesejnya dah boleh tahu yang dia itu alien.

Tapi dalam hal ini, ramai orang meminta agar kelab FMC dapat tampil kedepan memberi keterangan dan kerjasama agar membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Jangan kerana korang nak simpan, bersubahat dan backing mangkuk2 tu, nama kelab korang busuk dan ahli2 lain juga terpalit dengan ketahian mereka. Kawan tak kawan, ini melibatkan nyawa manusia, yang salah tetap salah.  Melarikan dan mendiamkan diri, memadam kandungan website, memprivatekan akaun Instagram dan group tidak membantu apa2 malah menambahkan lagi kemarahan orang ramai kepada anda semua.


* Dapatkan buku Buasir Otak: The Komik di Google Play Book Store sekarang!

Buasir Otak: The Komik




tags: kemalangan tragedi buruk kereta perodua myvi berlumba lumba haram highway lebuhraya duke langgar pajero maut meninggal dunia mati lelaki perempuan suami isteri bayi familia myvi club fmc

35 ulasan:

  1. Takziah kpd klrg mangsa...

    Apapun memang bengong lah pemandu kereta myvi tersebut yang berlumba sehingga menyebabkan nyawa orang lain tekorban
    Anak mereka pula menjadi status anak yatim

    ko nak tekorban sorang sorang pergi mampus
    aku tak kisah tapi jangan sampai melibatkan NYAWA orang lain


    semoga menjadi pengajaran bukan sahaja kpd pemandu bangsat itu tetapi juga pada manusia2 yang ada hasrat melakukan pekara yang sama

    inna lillahi wa innalillah hirajiun

    semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan anak mangsa tabah menghadapi dugaan ini

    Cool Guy




    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berlumba tu boleh pegi mampus pada perlumbaan korang yg seterusnya...spesis mangkuk mcm korang tu mana penah serik selagi tak mampos ye dak? You are all street killers!

      Padam
  2. Aku xbole bayang. Anak pempuan dua org masih kecik on the spot jd yatim piatu di sebabkan tindakan driver myvi tu .. Bygkan anak tu anak aku, anak korang. Mesti sadis kan ?

    Apa pun lets the police do their job .. Aku yakin diorg xkan terlepas. Kalu terlepas pun idup xtenang juga .. Kau akan rasa bersalah sepanjang hayat kau ..

    Fyi , sticker waza sun dkt tepi bumper tu org tepek dkt keta honda la. Dah la ada myvi belakang tuka lambang toyota. Stiker waza honda pun ko nak sebat jugak ke. Xmampu nak pkai japan car buat cara xmampu xpyh nk blagak..

    Based on my experience, pemandu myvi mmg agak celaka di jln raya. Dkt highway selalu kena beam dgn diorg ni. Igtkan bmw, skyline nak motong... Sekali tgk keta kontot dah .. Hahahah.. Choii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn assume semua pemandu myvi celaka. Mungkin driver2 myvi yg awak jumpa mcm tu tp kurang manis bila yg tak salah pun awak libatkan. Ya, saya pun pemandu myvi & saya tak rasa pun nak backup 6 drivers myvi tu. Their stupid acts ruined people's life.

      Padam
    2. Ye betul tu cik hud hud. Nak no fon bole? Huhu

      Padam
    3. Aku setuju pemandu Myvi GENERALLY memang bawak kereta macam BANGANG. Al maklumlah pemandu Myvi ni datang dari keluarga lower middle income bracket. So, pemikiran pun macam pemikiran Bani Melayu Taman Medan, i.e. pemikiran yang terkebelakang sikit. Tengok cara dia type message pun dah tau. Kalau ada mana2 pemandu Myvi lain yang terasa dengan komen aku ni, all I will say is siapa makan cili dia terasa pedas. Sekian.

      Padam
  3. Ingatkan budak2 baru nak up...
    Rupanya mereka yang dah matang and sepatutnya boleh pikir guna akal...

    Walaupun dah banyak kes yang actually macam ni and baru sekarang baru nak dibangkitkan...

    No one deserve to die like this...
    Those who did this should come and take full responsibility for their actions...
    But expecting an honorable thing from a malaysian is too much in this small little world...

    BalasPadam
  4. Moga jdi iktibar kepada pemandu-pemandu yang lain. Tau lah jalan tak sibuk, ramai orang balik kampung. Tapi tolonglah... fikirlah mereka yang tersayang samada keluarga kita atau mereka..
    Benda yang dah lepas menyesalpun tak guna... Anak jadi yatim piatu, isteri menjadi janda, yang suami akan menjadi duda.. renung-renungkanlah..

    BalasPadam
  5. takziah utk keluarga mangsa. Mereka yg terlibat baru dpt kunci kereta agaknya. Jakun!

    BalasPadam
  6. alhamdullillah suma pemandu myvi selamat . ya mmg betul selamat lahanat, yg xselamat mak bapak kepada dua org kanak2 yg korang buat dah jd yatim piatu. kalu hukum islam berjalan diorg bleh dikenakan diat, bayar denda kepada si anak yatim tadi ..

    BalasPadam
  7. MyVi - Untuk mereka yang bermentaliti tahi dan bahlol...

    Innalillah..

    BalasPadam
  8. Alang2 nak taruk myvi..nak buktikan mentaliti rakyat malaysia tahap bodoh lancau..sebab myvi berape bijik buat hal lumba..seluruh dunia punye pngguna kena..apa kata kita tmbah lagi. Aku bawak honda city tahun 2007.bli second je. Aritu de saga mcm haram bawak.aku slalu pntang dengan saga ni. Mmg mcm butuh. Org bawak saga ni memang miskin dan perasan nak samakan kete saga petak tu dgn honda.pastu aku anti betul dgn toyota. Memang bodoh giler la.tmbah2 lagi vios.dah la rupe buruk. Mcm dugong. Pastu ada hati nak perasan ingt kete jenis mahal. Bajet nak bawak laju.memang bodoh keturunan la sape yg bawak vios. Yg bawak mtr lagi la celaka. Dah miskin tak mampu bli kete..tak payah la nak tunjuk otai bile nak mencelah. Kang kene lenyek masuk berita lak. Memang la spe yg bawak mtr yg dok eksiden mati tu padan muke.sbb bodoh sume. Marilah kita boikot saga, myvi, toyota,motor. Honda je power. Sape yg bawak selain honda..sume bodoh dan celaka. Bagus eksiden mati je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni diskriminasi knape?pkai city tu kire dh power ke?second je pn..kereta xslh,org yg pndu tu yg slh..even kalo pkai kete 1 jute bwk cam haram ko xckp pape lak?jgn tnjuk kebodohan ko kt sni.

      Padam
    2. Ko jawab soalan aku ni...

      Jika ditakdirkan drivers yg melanggar Pajero tu bukan bawa Myvi tapi bawa Honda City, apa ko nak kata?
      Jawab laaa !!!

      Lagi satu PERINGATAN untuk ko...JANGAN sesekali menghina orang miskin...rezeki Allah yg bagi...jgn sebab komen ko ni, satu hari nanti ko pula jatuh papa kedana. Ingat tu !!!

      Untuk info ko, aku bukan dari golongan pemandu kenderaan yg ko sebut tu semua termasuk juga motosikal dan aku juga BUKAN orang miskin.

      Padam
    3. Aik.. Anon 8.50 kalau kau bukan orang yang disebut oleh Anon 10.21 then yang kau nak sentap buat apa? Siapa makan cili terasalah kepedasannya kan? Sengal.

      Padam
  9. Sy pn tak pasti kenapa. Byk pulak kejadian yang melibatkan myvi kebelakangan ni. Macam ada pola pulak. Tak semua. Terpengaruh ngan fast n furious kot.

    Takziah buat mangsa. Geram n marah pun ada. Orang lain buat salah. Orang lain yang jadi mangsa. Sampai mati2 pulak tu..

    BalasPadam
  10. Haramkan myvi/viva/saga. Ini semua pukimak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Myvi viva saga semua kereta haramkan. Kecuali juara sebab kereta tu terlalu cantik seperti alphard kahkahkah

      Padam
    2. X baik ko hina JUARA. Tapi mmg JUARA mcm ALPHARD. Dulu Toyota yg tiru gitu. Versi main pondok-pondok punyer.

      Padam
  11. Aku rase Myvi ni model paling popular, sbb tu banyak atas jalan berbanding kete lain. Kendian Myvi ni mcm ada power pelik sikik, laju boleh capai 220 kmh gitu. Tu yg syok bawa Myvi ni..rasanya proton buat IRIZ pun, xdpt tandingi kebolehan Myvi.

    Oleh kerana kemampuan inilah cukup sesuai dgn mentaliti dunia ketiga rakyat Mesia, sbb itu myvi dicerca segala bagai. Ditambah pula dgn bukti2 kemalangan. Sudah duka berparut luka, mmg Myvi dipandang bukan pemiliknya sbg model hodoh. Lagi dimekap lagi orang lain nampak sakit hati. Itulah nasib Myvi yg sama nasibnya dgn Najib Rosmah.

    Apapun mentaliti pemandu HONDA jangan disangsi yg. Paling berakhlak mulia di jalan raya. Honda ni Islam kot? Haha.. berhentilah cemburu kawan. Dah mmg begitu. X mampu beli, cukuplah berakhlak mulia di atas jalan. Ini udahlah x berwang, kena GST pulak, alamat makin kempunanlah nak beli HONDA. Kesian la nasib kau.

    BalasPadam
  12. Myvi tu paling bnyak yg digunakan oleh rakyat malaysia ni.sbb tu kerap de kes.standard la nisbah tinggi. Kalau nak kire celaka, saga lagi lebih. Dah la perasan nak samakan kete dengan honda. Ada hati nak race dengan honda.puihhh

    BalasPadam
  13. bru je ptg smlm kne pancung kt highway kesas dr blkg ngn kete myvi se. nasib aku perasan dier ounye rapat nk potong tue. dh la aku bwk ank kecik teringt jer berita sedih yg baru nie. lps potong tgk lesen P punye besar saiznye kt blkg cermin mamat tue. huhu

    BalasPadam
  14. Innalillah. Semoga kita semua dijauhi dari tragedi sebegini.

    BalasPadam
  15. Kita tak tuduh semua myvi owners..yang tak bersalah..kita nak 6 ahli familia club myvi tampil kehadapan ..bersemuka dengan keluarga dua anak yatim..memohon maaf..dan menginsafi memandu secara bahaya..mungkin style fast and furios..main cucuk-cucuk..

    BalasPadam
  16. aku bawak myvi.dulu mase bujang ade join club.aku mekap2 sket kete npk mcm kete jantan la.tapi aku bawak stended pompuan je.cume kalau aku bawak mesti ade myvi laen ajak race.xpon viva atau saga blm.la ni bawak honda laki aku eh si persona pon ade hati cucok2 ajak race..so sekarang bukan pasal kereta tapi sikap memasing tu sendiri x kire bawak kete ape.kalau da memang sakai bawak kete lembu pon nk race

    BalasPadam
  17. seat belt is important...takziah kpd semua yg terlibat...

    BalasPadam
  18. Kepada Tanpa nama yg pakai honda city second tu... Kami nampak kebodohan anda... Kesian.. Aq pkai city baru xdela bodoh mcm ko.. City second jela ko mampu dgn kebodohan ko.... Ape2 pn takziah kpd kluarga mangsa dan kita doakan terbaik kpd mereka

    BalasPadam
  19. sebuah puisi tak didendang....bayangkan

    BalasPadam
  20. BAYANGKAN - UNTUK RENUNGAN

    WALAU KELUAR AIR MATA DARAH SEKALI PUN ORANG YANG KITA BUNUH (LANGGAR)
    IA TAK AKAN DAPAT HIDUP LAGI…….
    SESUNGGUHNYA TIADA NYAWA YANG BOLEH DIJUAL BELI…
    BAYANGKAN TANGISAN IBU YANG KEHILANGAN ANAK…
    BAYANGKAN TANGISAN SI ANAK, YANG KEHILANGAN IBU BAPA…
    BAYANGKAN RINTIHAN SI YATIM PIATU… DALAM MENGHARUNGI HIDUP TANPA IBU & BAPA…..
    BAYANGKAN DERITANYA KECACATAN SEUMUR HIDUP..….
    BAYANGKAN BETAPA AZAB & SEKSANYA SAAT DETIK KEMATIAN ORANG YANG DI LANGGAR…
    BAYANGKAN SEKSANYA MENANGGUNG RINDU BILA KENANGKAN SAAT BAHAGIA BERSAMA ORANG TERSAYANG…..
    BAYANGKAN TRAUMA YANG MENGHANTUI JIWA SI PEMBUNUH…
    BAYANGKAN TIADA KEAMPUNAN YANG DIRESTUI BILA NYAWA DIPERTARUHKAN…

    BalasPadam
  21. Hukuman potong zakar kepada pelumba haram yg bersalah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang si betina kita nk potong apa plak bro?

      Padam
  22. Myvi,honda,proton,toyota...sama standard je semua..tgk org bwk bmw/mers..rilek je..180 sambil isap rokok je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bwk bm merz pun nak kecoh. Gua bawak ferarri, aston martin, koenisegg r, lambo rilex je lenjan 250 sambil kerja tiup ngan awex sebelah..

      Padam
  23. litar shah alam dah lama arwah bro...dah jadi reta lebar daun (suku sakat khir toyo)..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.