Halaman

Rabu, 1 Julai 2015

Boss UK VS Boss Malaysia

Masa kerja kat Malaysia dulu kan saya jaga property kat Bank. Dan Boss saya sangat kuat kerja.
Disebabkan dia sangat kuat kerja saya pun anggap perkara datang check Pak Guard pukul 2am sebab nak tengok diorang tidur ke tak atau datang awal pukul 7am adalah sesuatu yang normal.
Kadang kadang bila orang call rumah tanya Ain hujung minggu.
"Boleh cakap dengan Nazali?"
"Nak cari dia kat opislah nampaknya. Ofis tu isteri pertama dia. Rumah ni isteri no dua"
Memang macam tu kerja kat Malaysia dulu.
Kadang kadang sakit dapat MC pun datang gak kat opis.


Kawan saya cakap kes dia lagi teruk.Anak sakit kuat so ambik EMERGENCY leave.
Dah memang KECEMASAN.
Dia call opis report kat boss.
"Boss saya ambit emergency ya Boss. Anak sakit demam panas"
Tau apa Boss dia kata?
"Kenapa tak apply cuti awal awal? Kerja awak sapa nak buat ni ada urgent report!"
Emergency kottt!! What the Fish nak kena apply in advance!

Kengkadang ada Boss yang bossy tu. Pukul 9 malam dok sms dok Whatapps tanya kerja dah siap ke belum?

Hari Sabtu malam Ahad!

Agak agaklah kot.
Takda privacy langsung ke nak rehat.

Semenjak saya kerja kat UK ni Boss UK memang respect ar kalau kita cuti ke MC ke.
Dia takkan kacau punya. Siap dia suruh onkan 'OUT OF OFFICE' notification kat email supaya ada auto reply.
Anak sakit ke atau nak hantar Adam sekolah dia siap bagi time off lagi.
Kalau masa cuti tu dia nak call benda urgent siap sms dulu mintak maaf hantar sms dan siap kata lagi kalau taknak jawab tak payah jawab.
Masa mak Ain sakit nak emergency balik Malaysia. Boss saya kata just leave your office and not to worry about lecture or anything.

FAMILY FIRST!

Bila dah balik dari Malaysia baru saya tahu Boss yang ganti semua kuliah yang saya tinggalkan.
Kat Malaysia ada terima satu aja email itupun bukan nak tanya pasa kerja tapi tanya condition Mak dan Ayah Ain macamana keadaannya.

Kenapa eh Boss kita ada yang cenggitu?

Kita memang takda hak eh untuk ada ruang privacy dari kena bully under labour law kat Malaysia macam kat UK ni?
Ke kita ada macam macam law tapi enforcement tak mantap?
Saya memang sayang ar Boss saya. Sayang office saya. Sayang organisation saya.
Diorang memang jaga saya betul betul.
Padahal apa yang saya buat tak lebih pun dari masa saya kerja kat Malaysia dulu.

Buat boss yang kerek...

Tolong ar Boss.
We want to have fun BUT we got thing s done!
Boss jaga kami.. kami dabel jaga boss!
Betul tak geng?

P.S:

Kenalkan ni Boss Mat Salih saya kat Liverpool. Dr Matt Tucker yang gila punya baik dengan family dia.
Hensemkan?

* Dipetik daripada FB Nazali Noor - Ulu Yam Di Liverpool yang telah dikongsi lebih daripada 10,000 kali.


* * * * * * * * * *

Boss di Malaysia ini (bukannya semua tapi kebanyakan dan kebiasaannya) sangat tidak best.
Bukan sahaja tidak best, malah kadangkala tidak tahu apa2 dan lemah dalam membuat keputusan.
Bukan sahaja tidak tahu apa2 dan lemah buat keputusan, malah jumlah boss seperti ini terlalu ramai.
Terlalu ramai yang hendak memerintah, mengarah dan menyuruh orang bawahan buat kerja, sedangkan orang bawahan yang diarah buat kerja itu pula sedikit bilangannya.

Adalah malang apabila tempat kerja anda seperti dalam gambar di bawah ini.
Adalah lebih malang jika Jose itu anda.


Sadis.

Patutlah terdapat 78% pekerja di Malaysia yang tidak gembira dengan kerja mereka sehingga ada yang membawa kepada kemurungan dan lebih teruk lagi sakit mental. Selain daripada gaji yang rendah, faktor lain adalah hubungan yang dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing.

Kesian.

Baca lagi:



tags: boss ketua leader pemimpin syarikat majikan uk united kingdom vs malaysia nazali noor ulu yam di liverpool jengkel kategori lambat maju sikap mentaliti annoying murung sakit mental masalah psikatri

9 ulasan:

  1. Da boss man...be da boss...

    BalasPadam
  2. Wah..aku suka kalo noob teruskan kupas artikel begini.. bagi semangat kerje kat oversea..bagi aku, aku tak nak dan tak akan balik Malaysia sbb hujan batu teruk giler bangat!!! Boss2 tersangatlah sangap.. Duduk ngan sekeliling orang kapir pun, jauh terasa seperti zaman Nabi dulu2.. (yg jahat pun ada, tapi pandai2 la bawa diri yer)

    BalasPadam
  3. Tp sy terfikir balik..kdg2 kita complain bos kat malaysia x bagus la, x betul la...tp if one day kita jadi bos..adakah kita akan jadi sama mcm mereka? Selalunya trend yg berlaku ialah bos akan sibuk jaga periuk nasi sendiri n kuatkan politik mereka dgn org atasan, org bawah selalu layan lebih kurg je. Sbb 2 anda nmpk byk bos yg menyampah n kerek, pindah company lain pun mcm 2 sbb maybe dah culture mcm 2.

    So...kita xleh harap bos berubah overnight..selalunya susah gile nak berubah. Pasal kerjaya hampir semua bergantung dgn kita punya immediate bos....kalau x ngam, better move out sbb akan menganggu carrer development anda. So kita just berharap anak2 muda yg bakal menjadi bos akan membaca satu culture baru dlm menjadi pemimpin.

    Seorang leader (bukan bos) yg boleh membawa syarikat dia berjaya ialah bos yg mementingkan kebajikan ahli pasukan (staff) mereka..n pada masa yg sama komited mencapai objektif syarikat (revenue & profit). Ni statement boss Air Asia, dia ckp boss should take care of his staff, the the staff will automatic take care on your customer. Then boss just fokus utk build networking n monitor their staff je.

    BalasPadam
  4. So far saya Alhamdulillah dapat bos yang memahami dan boleh consider sebarang masalah. Pada saya kita sebagai pekerja atau staff sendiri yang kena letak barrier ruang privasi tu. Kalau boleh kata boleh, kalau tak boleh, berikan sebab kenapa tak boleh. Jangan terlalu kiss ass. Namun tak dinafikan profesionalisme sebagai boss sepatutnya lagi tinggi dan tahu beza privasi staff dan ruang kerja! :)

    BalasPadam
  5. malaysia mmg banyak labour law tap bezanya kat sini bukan pasala enforcement semua tu..
    bezanya ialah attitude..
    negara omputih, bos dan pekerja ada attitude yang baik..jadi bila ada law pun dia orang faham dan ikut..
    kat malaysia, kebanyakan bos dan pekerja sendiri attitude tak elok..jadi ada law pun serupa tak ada..kalau kat malaysia, yang relaks2 tu mmg kebanyakannya malas, selalu ngulor, tipu MC, tipu emergency leave, so nak tak nak bos pn kena jadi garang, tegas, kena selalu suruh2 biar kerja siap dll..

    its all about attitude..malaysian punya attituted macam tu la..nak senang gaji besor aircond..
    hmm..

    ahli fiqir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup....make sense. Kita harap bos bagus..tp kita sebagai pekerja pun mcm x beri komitment yg tinggi. Tp seriously, susah nak dpt bos yg bagus a.k.a memahami kebajikan staff. Tp kdgkala work scope itu sendiri yg kritikal n high pressure yg menyebabkan kita terabaikan kebajikan kita sendiri. Belum back-to-back dr top management yg suruh bos kerah staff mcm ******.

      Papepun ni realiti dunia pekerjaan...bukan mcm dalam TV kerje jap n boleh jalan2 gi shopping mall n cuti sesuka hati. Ramai tertipu tgk drama TV...

      Padam
  6. Pekerja Malaysia xserius dalam kerja. Kena ingat, bos pun ada bos dia jugak. Dia pun dimarahi kerana pekerja dia. Ia bertingkat-tingkat. What u give u get back.

    BalasPadam
  7. Pernah kena dengan boss macam yg disebut dkat Malaysia tu.
    Tahap lagi tahi punya lagi adalah...

    Boss zaman sekarang ni bukannya leader pun.

    BalasPadam
  8. Aku : salam bos,hari ni saya nk mintak cuti kecemasan..anak saya tiba2 sakit dan baru saja dimasukkan k hospital.jadi saya xdpt pergi kerja hr ni

    Bos : Apahal Pulak? Yg sakit tu anak kau,bukan kau!

    Aku : Go to H*ll st*pi* ?*$(@)#;!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.