Halaman

Khamis, 2 Julai 2015

Cara yang salah untuk hantar resume mohon kerja

Adab dan etika ketika memohon pekerjaan adalah amat penting. Harus diingat cara dan teknik mohon pekerjaan itu tidak sama macam mohon couple, mohon clash, mohon kahwin anak dara orang dan mohon share. Di zaman teknologi ini, ramai orang menggunakan email sebagai pengantara atau medium untuk menghantar resume dan juga surat permohonan kerja yakni cover letter.

Namun begitu, adab menghantar resume melalui email seharusnya masih sama dengan adab menghantar resume melalui surat atau pos. Aku kongsikan beberapa cara yang salah dalam menghantar resume melalui email yang dikongsi oleh seorang majikan di FBnya.


Hari ni sempat semak email-email permohonan kerja di syarikat saya.Macam-macam gaya ada. Ada kuak lentang, ada kuak dada, ada kuak kupu-kupu, ada gaya bebas dan ada yang terjun tiruk.

Yang paling best, buat karangan permohonan kerja di bahagian subjek.

Surprisingly, semua ni degree holder.

Dik...pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?





Yang ni steady!


Dikongsikan oleh Ir Meor Shamshir dan telah dikongsikan semula di FB sebanyak 10,000++ kali.

Aku rasa ini bukan sekadar adab dan etika, tapi common sense. Kau nak memohon kerja, buatlah secara rasmi dan official. Dari sekolah lagi dah diajar camne nak buat surat rasmi dan tidak rasmi. Takkan benda2 mudah macam ni pun nak kena ajar? Kalau bab permohonan pun dah gagal, apatah lagi bila bekerja nanti, mesti buat sambil lewa dan tak ambil serius.


Sama macam masa aku tapis permohonan pekerja2 baru yang mohon kerja di bawah department aku, kadang2 yang aku panggil temuduga tu bukannya mereka yang kelulusan akademik dan CGPA yang tinggi sangat, tapi sebab resume dan permohonan mereka dibuat dengan sangat baik dan penuh etika. Ada je pemohon yang CGPA hampir 4 flat serta bagus dalam kegiatan ko-kurikulum ketika di universiti namun aku reject awal2 sebab cara dia memohon dan resume dia fail.

Tambahan lagi, aku akan semak sikap dan personaliti pemohon kerja di Facebook. Kalau status dia kat FB gila babi macai, macam budak2 tak matang baru nak up, tergedik2 pakwe makwe, suka show off kat FB, memang aku akan reject terus.

Bacaan lain berkaitan:




tags: cara teknik panduan yang salah kesalahan hantar resume cv mohon permohonan kerja melalui email emel majikan

11 ulasan:

  1. Hahahha .. yg buat karangan dekat subject tu win . .! ..
    Budak2 sekarang, belagak je lebih dengan degree .. tapi tak ramai yang betul2 bagus.
    sy pun kadang interview candidates , memang rasa macam penat.. Lepas sesi interview balik rumah, rasa macam loya.. pening cari calon yang bagus tak jumpa-jumpa.. kwkwkwkww .. =P

    Tak faham lah budak-budak sekarang ni ..
    macam mana diorang belajar and common sense diorang tu mcm mana pun tak tahulah ..

    Benda2 simple mcm ni boleh fikir.. Wording kat subject tu mmg tak boleh blah .. hehhe..

    Hv a Good day =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah. awak tu kerja mantap! first-class! common sense tip top! first time mintak kerja terus dapat! guna common sense je kan?

      Padam
    2. Oh, you x kenal sy.. macam mana sy boleh sampai ke tahap ini... =) amboi ... haha .. chill laa..

      Padam
  2. yup betul. bebaru ni ada vacancy and then buat iklan dekat jobstreet. boleh kata 99.9% (macam bakteria pulak) fail bab etika hantar resume. Dgn subject tuggang langgang, body haram takde. Attached resume semata-mata.

    please lah, kau nak cari kerja kut, tunjuk lah effort sikit. simpan sikit malas tu jgn nk tonjolkan sgt.

    ada satu kes lagi kelakar, bagiatahu dan cantik, lepastu description in broken English giler kibas. hahahaha dik, cabtik bukan jaminan utk kerja, melainkan awak mintak kerja jadi GRO atau yg sama pesen dengannya..

    BalasPadam
  3. Ini sumer tipu jer ni. Etika apa lanchow bagai.. 4 flat pun reject.. eksyen siot..

    Utk pengetahuan, sini Malaysia. Negara Dunia Ketiga. Buat thorbaek mcm boss ni cakap pun, tetap kena reject sbb xder kroni. Banyak hidden law n regulation dan entahapahaper baguih dok ada untuk cover kesilapan dan kesalahan sendiri serta penyalahgunaan kuasa.

    Kalo anak menteri si Nazri tu antar resume ronyok giler pun, ko tetap kene amik keje gak. Dgn melayu cikai dan budak baru graduate boleh la membuli. Phui..

    Note: lain kali letak lanchow kat dahi sbb ada IR.

    Aku butthurt sbb dia boleh eksyen nak reject2.. sbb nak tunjuk kuasa hebat..

    BalasPadam
  4. Sbb skrg tak pandai (bhs sopan) pun boleh masuk universiti.

    Janji ada $$$$$$$.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Bolehland, semua boleh encik.

      Padam
  5. itu baru tajuk....aku selalu dapat permohonan yang hantar gambar makaaiiii.... dah macam hantar kat majalah mangga pun ada.. ada pulak yang letak gambar posing kat meja makan, tapi pinggan atas meja tu lagi besar dari muka dia... ada yang posing macam nak letak gambar kat FB... dan selalunya resume yang hantar gambar tak beretika macam tu memang aku letak dalam kotak terus.

    -pengalaman 12 tahun jadi HR -

    BalasPadam
  6. Skrg payah nak cari org tempatan yg jujur dan rajin kerja.

    95% mlas tp nak gaji mahal. Alasan ada ijazah. Lebih baik ambik Bangladeshi atau Indonesian.

    BalasPadam
  7. Mcm ni tahap bdk2 engineering di Msia tulis email mohon keje? Omg teruknye??

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.