Halaman

Selasa, 4 Ogos 2015

Adakah PM Najib terlalu istimewa tiada ganti?

Daripada 11,229,744 undian pada PRU13, sebanyak 5,262,983 yang mengundi BN, yakni 46.87% daripada jumlah keseluruhan undian di seluruh negara.

Dan daripada 5,262,983 orang yang mengundi BN ini pada PRU13 2 tahun lepas, berapa ramaikah yang masih tinggal menyokong PM Najib?

Gambar hiasan

Orang negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dah sah2 kebanyakannya tak sokong Najib sejak PRU13 lagi.

Sumber Malaysiakini.

Orang UMNO dan orang bukan UMNO yang menyokong dan pro-Tun Mahathir dah sah2 kebanyakannya tak sokong Najib.

Rentetan beberapa isu sebelum ini antara pemimpin kerajaan dan kerabat negeri Johor serta selepas Najib memecat Muhyiddin daripada kabinet, berapa ramai lagikah orang Johor sama ada ahli UMNO dan juga bukan ahli UMNO yang masih lagi kuat menyokong Najib, walaupun negeri Johor merupakan salah satu kubu kuat UMNO?

Negeri lain aku tidak tahu, tapi jika dilihat di media2 sosial pada hari ini, orang yang tidak menyokong ini lebih ramai jumlahnya daripada yang menyokong. Yang masih benar2 menyokong Najib hanya orang disekelilingnya serta ahli2 setia UMNO sahaja.

Adakah ini tidak membawa apa2 erti dan makna kepada kepimpinan UMNO? Tidak sedarkah lagi sedikit demi sedikit UMNO semakin hilang sokongan?


Jangan kerana Najib, habis seluruh imej UMNO yang dah berusia separuh abad ini tercalar. Tiada cara lain untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO terutama orang melayu melainkan dengan menggantikan Najib dengan pemimpin lain.

Malah ahli UMNO Johor dan yang pro-Tun Mahathir juga pasti akan kembali menyokong UMNO jika Najib digantikan dengan pemimpin lain seterusnya kembali memperkukuh dan memperkasakan semula parti Melayu itu.

Serius, orang2 UMNO memang tak rasa ke yang Najib sekarang sudah menjadi liabiliti kepada parti UMNO dan BN? Susah sangat ke nak tukar pemimpin lain? Adakah benar seperti mana Tun Mahathir cakap ramai pemimpin UMNO yang mewarisi kebodohan?


Pada pandangan mata orang2 UMNO, Najib ini memang "The Special One" atau "The Chosen One" ke? Nak cakap pasal ketokohan keperibadian, aku masih tak nampak kepimpinan melalui tauladan mana yang ada pada Najib yang layak dicontohi oleh rakyat?

Memang dah tiada pemimpin lain dalam UMNO yang lebih berkaliber dan layak untuk menggantikan dia ke? Memang dia lah yang paling paling paling layak untuk menerajui parti dan kerajaan?

Cuba khabar sikit.

Bila ramai orang marah2 RM Najib, ia bukannya berlaku tanpa bersebab. Orang pun bukannya saja2 je nak marah nak benci, apa ingat rakyat ni dah takde benda lain ke nak buat selain daripada marah Najib?

Dalam isu derma RM2.6 billion ini, pada tahun 2012 dulu beliau sendiri pernah menegaskan yang sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.

Katanya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti semasa mengutip derma ataupun wang berkenaan disalahgunakan bagi tujuan peribadi.


Tapi kini kau lihat apa yang berlaku?

Di manakah integriti?
Di manakah kepimpinan melalui tauladan?

Aku tahu ada penyokong2 UMNO BN dalam friend list aku, malah ada yang begitu beria2 menyokong dan mempertahankan Najib di FB masing2 macam menteri.

Kawan, aku tak suruh korang berhenti menyokong BN, aku tak suruh korang lompat parti, tapi sekurang2nya cubalah buka sedikit mata. Cubalah tengok apa yang berlaku di sekeliling kau. Cubalah lihat segala pendedahan demi kenyataan, takkan kau tak lihat ada yang tidak kena? Takkan kau tidak perasan apa2 yang tidak masuk akal? Takkan kau tidak sedar betapa rakyat sudah membenci UMNO disebabkan pemimpin korang?

Engkau ada dalam UMNO, engkau patut lebih tahu betapa parahnya UMNO sekarang. Tolonglah nasihatkan pemimpin2 korang. Tolonglah ambil tindakan yang menguntungkan parti korang, bukan yang merugikan parti. Ini kerana buat masa ini hanya ahli2 UMNO sahaja yang boleh mengambil tindakan terhadap segala permasalahan yang berlaku.

Jika korang menunggu sehingga PRU14, masa itu rakyat pasti tiada pilihan dan terpaksa menghukum bukan sahaja pemimpin2 korang malah termasuk parti2 korang sekali.



tags: najib the special chosen one analisa pru13 sokongan undian umno bn liabiliti aset tukar pemimpin presiden pengerusi perdana menteri tun mahathir chedet

14 ulasan:

  1. Ada. Gantikan dengan rosmah pulak..ahaha

    BalasPadam
  2. Itulah. Ikut sangat telunjuk mamak kutty si Madey tu untuk jatuhkan Badawi dan ganti dengan si diktator Najib ni. Sekarang dia sendiri yang menyesal. Dan satu Malaysia dalam masalah. Dari segi kewangan. Dari segi ekonomi. Orang yang dah lebih 10 tahun bekerja pun belum tentu boleh memiliki kehidupan dan kewangan yang stabil.

    Personally aku masih nampak ada pemimpin yang berkaliber. Tapi bukan dalam Umno atau BN. Dan aku tak kisah kalau PM kita bukan muslim atau Melayu asalkan dia menjalankan tugas dengan betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pala hotak ko tak kisah pm bukan melayu bukan muslim... hbs ko nk sapa jadi pm?? dapig ke? mmg macai dapig tegar..

      hidup melayu! hidup islam!

      Padam
    2. Inilah dia Melayu. Terlalu ikut emosi. Tanah kau digadai oleh orang kau sendiri pun kau masih pejamkan mata. Takpe. Nasihat aku pada kau, sambunglah tidur kau tu ya.

      Padam
    3. Aku pikir, aku bukan undi Najib. Aku undi BN. Tapi yg haprak2 ketua2 bahagian pilih Najib, itu aku xleh berbuat apa2.

      Kalo nak pilih selain BN, PR ni belum punya kekuatan mcm BN. Isu2 nyamuk kecil pun, dah mcm beruk gatal yelor kena lumur dgn belacan. Tambahan pula PAS, lagi la parti kampung ni cuma nak jaga solat ngan ibadat jer. Lebih baik masuk tablik.

      BN walau isu rembat duit berbillion pun, masih cool jer. Yg kene tangkap ialah tukang kebun. Mmg fun la. Mmg perkasa gitu BN ni..haha..

      Padam
  3. putra jaya n labuan mmg ramai skong bn.... istimewa lah najib ni, dr M pun takleh kumpul derma 2.6billion...

    BalasPadam
  4. Haa tuu diaa,...rba dah mai cucuk-cucuk jarum....puas hatikan????

    BalasPadam
  5. Selagi ada org yg rasa periuk nasi mereka tak diganggu oleh PM, selagi tu diorg akan terus sokong PM dgn alasan yg menentang tak bersyukur/melampau

    BalasPadam
  6. Nak cari calon gantikan Najib cerita lain...tp apa mekanisma yg penting untuk make sure dia berundur/dijatuhkan/dipecat? So far benda taik yg dia buat still mcm buat2 bodoh je mcm x rasa bersalah...

    Pasal nak undi x percaya, nak harapkna certain MP BN nak menyokong undi x percaya mcm gangu periuk nasi sendiri...so benda yg nmpk lebih logik ialah wait for next PRU, cuma ramai beranggapan Malaysia akan jadi lebih teruk kalau dibiar lebih lama utk 2-3 tahun lagi. Tp ada dgr borak2 kopi yg penyokong BN skrg ramai yg benci najib tp x bermaksud x sokong BN, ada antara mereka nak kepimpinan baru je.

    Papepun, tunggu n lihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam ooi.. sama2 tanya diri sendiri dulu.. kalo kita masih syok urut telor kat rumah dan yg betina pun syok gelintir bijik kl*t kat rumah.. jangan harap la nak berubah.

      Tgk Thailand, Indonesia, Tunisia, Mesir.. bagaimana nak ubah rejim pemerintah.. mereka adalah negara dunia ketiga mcm sistem kita jugak. Sama budaya menipu dan merembatnya.. rakyat mereka turun 6 bulan x berganjak ke jalanraya. Tenat dan letih melawan daulah kerajaan (spr sprm polis askar blablabla) dan parti pemerintah. Lihat juga slps rejim bertukar, hidup mcm celaka jugak..

      Takat tunggu dan lihat, sama saja dgn duduk melancap. Mmg syiok la ayam ooi.. sekurang2nya, sampai anak cucu kita pun BN tetap memerintah. Sampai kita berusia 100 tahun dan berjalan macam biawak pun, tetap anak cucu bangsawan BN juga yg menguasai kita.

      Padam
    2. So Anon, apa cadangan anon utk perubahan kerajaan kita ni?

      Padam
  7. kite semua ni dh mcm bola..dilempar ke kiri dan ke kanan...diperbodohkan oleh menteri2 yg hanya tahu mherdik dan myindir tanpa merasai kehidupan rkyat yg sbenar...dah rs jemu...jemu..tiada tindakan...tiada undang2 msia yg berani mhukum pemimpin yg zalim ni...rs mcm dh tawar hati..kita bercakap habis air liur..diorg kat atas relax je sambil mkn lobster....

    dahla...xpyh pk byk2...keadaan akan tetap mcm ni walau kita buat apa2 pumm..dahla....tidurla...mana tau esok ade 2.6bilion dlm akaun..

    *** hati kecewa dgn keadaan politik dan pemimpin negara yg kaki menindas rakyat

    BalasPadam
  8. Hahahahah...Jibby is love..jibby is life...long live jibby..macam shit politic malaysia ni..puihh...jib..I give u thumbs down!..

    ~white spiritual boy.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.