Halaman

Sabtu, 29 Ogos 2015

Anak kita sedang tenat akibat smartphone dan Wechat

ANAK KITA SEDANG TENAT!

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH, ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK, VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Kita telah digegarkan dengan kes pada baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2 orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?

Gara-gara kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan secara berleluasa.


TAHUKAH ANDA IBU BAPA?

Kebanyakan kes rampasan telefon pelajar di sekolah mendapati majortiti mereka memiliki bahan lucah didalam telefon tersebut. Ada kes ibu bapa berang kepada pihak sekolah atau pengurusan asrama apabila anak mereka tidak dibenarkan membawa telefon tetapi kemudian ibu bapa tersebut menyesal apabila anak mereka ditangkap berzina di bangunan tandas sekolah.

Hasil siasatan mendapati telefon digunakan untuk berhubung bagi mendapat "green light" untuk melakukan zina tersebut. Lebih parah lagi apabila rampasan telefon anak mereka dan dilihat sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut terdapat kandungan lucah yang mana gambar bogel anak mereka di utus kepada pasangan kekasihnya melalui whatsap.

Juga ada kes pelajar asrama yang menipu ibu bapa kononnya apabila musim balik kampung pergi rumah rakan kelas tetapi pergi tidur bersama kekasih di hotel atau rumah sewa kekasih mereka. Kepercayaan yang membuta tuli oleh ibu bapa terhadap alasan atau cerita rekaan anak mereka telah membawa padah kerana ada kes rentetan dari itu anak mereka menjadi mangsa rogol atau mengandung anak luar nikah.

ANAK KITA MAKIN PARAH

Dadah kini mudah diperolehi dan didapati. Pengalaman saya masa mengajar di sekolah dahulu pernah menangkap pelajar menjual "pil" kepada rakan kelasnya. Ada juga aduan bapa mengadu anak nya tidak mahu ke asrama atau ke sekolah kerana liciknya rakan sebaya mereka menghisap dadah atau menjual dadah sehingga guru disiplin tak mampu untuk mencari atau menangkap salah laku mereka.

Kini ada kes popular yang menular di sebahagian zon dengan air ketum. Pelajar menjadi ketagih meminum air ketum untuk berkhayal. Dan amat menyedihkan golongan dewasa ada yang tahu kegiatan pelajar tersebut tetapi tidak memainkan peranan mereka untuk mencegah atau menasihati mereka.

Tidak hairan mengapa anak melayu kita ramai di instituai pemulihan dadah berbanding di institusi pengajian tinggi.

ANAK KITA MAKIN SAKIT

Masalah rokok kini kurang popular tetapi kini yang kian popular adalah electronic smoke yang ada pelbagai jenis dipasaran. Tidak terhad dengan pelajar lelaki sahaja bahkan juga pelajar perempuan juga dengan tanpa rasa malu menghisap dan menghembus sambil berselfie serta dimuat turun pula dalam laman sosial.


ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....

saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah. Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah diambil alih oleh guru.

Sekolah atau asrama bukan tempat pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi insan. Guru dibawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.

Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa terhadap anak kita dan guru kepada anak kita.

Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan dan kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.

1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua keluarga

2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.

3. Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.

4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat.... depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.

5. Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda. Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g dimaklum oleh anak kita.

6. Berikan sumbangan berupa kemahiran kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai apabila adanya penglibatan ibu bapa.

7. Hadkan pemberian yang berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia. Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan jika perlu sahaja.

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI. GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA

Semoga kita ibu bapa memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.

Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.

‪#‎misikebangkitanibubapa‬
‪#‎ibubapapelajardansekolah‬

Sumber FB Cikgu Anwar Al-Kuantani.

* * * * * * * * * *

Tolonglah ibu bapa, kawal lah anak2 korang. Kawal penggunaan smartphone, tablet, komputer dan media sosial mereka. Semalam baru petik isu budak sekolah rakam gambar cikgu kat dalam kelas pastu kutuk cikgu kat Twitter.

Aku malas nak post kat sini screenshot dari group2 berkenalan, fake relay, cari teman di kalangan budak2 kat FB yang penuh dengan benda2 lucah dan merapu2 siap offer siapa nak join group Whatsapp lucah, memang parah. Nak tengok contoh korang boleh tengok artikel "Gadis bawah umur sangap, pedophile gembira".

Itu belum masuk Wechat lagi. Budak2 bawah umur yang ada Wechat lagi mengarut. Diorang punya profile, moments, status, penuh dengan sampah, masing2 perasan budak hot macam video bangang ni.


Maka tak hairan banyak kes2 bangang disebabkan Wechat seperti ini:

Ya, Wechat dan bangang berpisah tiada.



tags: anak kita sedang tenat smartphone telefon pintar teknologi wechat budak hot berkenalan sx group kena rogol vapor budak sekolah remaja pelajar murid rosak perangai akhlak moral

16 ulasan:

  1. eh laa nak keje senang pulak cikgu ni butuh kan perhatian dengankentut~Proooooooooooooooooooooooooooooooooooooottttttttttttttttttttttt arghhhhh lega bak hang kat muka orang2 bawah haha2~

    BalasPadam
  2. Cikgu kencing berdiri murid kencing berlari. Cikgu akhlak teruk upsr pun x de A, murid?

    BalasPadam
  3. Ya noob.. mmg tepat. Kebetulan aku ada beberapa kawan sbg Ustaz dan Ustazah Sekolah Agama. Mmg membimbangkan. Ada budak perempuan Tingkatan 2 jadi ibu ayam. Supply bebudak Tingkatan lebih tinggi utk seks dgn macam2 bangsa. Pasal hamil ni, jangan cakap la. Ada yg sanggup digangbang dgn 7 lelaki tanpa bayaran. Ada pelbagai lagi karenah amat sangap yg x pernah terlintas dlm akal kita. Anak ustaz ustazah sendiri pun dah macam pelacur, pun ada!!! Bagi kita ibu bapa yg biasa2 ja.. cukup bernasib baik jika anak kita belum sampai tahap ni. Tak perlu berbangga, mungkin giliran kita akan tiba jua. Moga2 dijauhkan.

    Sudah kenyataan masakini yg anak2 warisan kita sudah cuba mendapatkan hak samarata seksual spt di UK dan US.

    Didikan agama? Wow.. jika nak didik betul2, kita kena berhenti kerja dan bertukar profession menjadi tok wali atau nabiyullah. Dan anak2 lebih elok dihomeschooledkan saja. Berbagai tugas bapa kita kena bereskan. Bak kata mudah, kitalah technician, kitalah engineer, kitalah unit manager, kitalah pengarah, kitalah GM, kitalah CEO. Kemampuan ibu bapa terhad. Sedangkan keperluan semasa utk anak2 cukup mencabar utk berpeluang mencari kerja dan rezeki mereka pula.

    Masalah sosial ini juga ada sedikit rahmat dan celakanya cukup besar. Sedih suka gembira bengang? Kita terpaksa hadapi.

    BalasPadam
  4. Klau agama x dididik..jd la mcm ni. Sy rela anak x pndi..tp biar agama cukup n hormat ibubapa.

    Sy jrg guna wechat..selalu watsapp...tp budak2 skrg suka wechat, sbb apa ek?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen diatas ni merupakan contoh komen manusia sasau yang pernah menjadi tenat akibat ketagihan wechat dan konco2nya.

      Padam
  6. salah satu keburukan tab adalah psikomotor budak tak berkembang. tulisan budak2 sekarang tersangat buruk. maunya tak, pegang pensel pun tak reti. tak caya pegi check buku budak-budak sekolah. menggunting lagilah hancur. asyik main tab ja mana la motor halus nak berkembang. kita dulu main tanah liat, main pasir semua tu.

    BalasPadam
  7. Slm. Aku memang takut mende yg ko tulis ni PON. Jujur nya masa aku sekolah dulu... Masa kat U dulu semua yg buruk kat atas semua aku nak tapi Alhamdulillah Allah jauhkan. Semua org nak join gang bang, free sex, pot dll ni terutama masa belum matang terutamanya dari segi agama. Malahan kalau di offer sekarang pun belum tentu boleh tolak.. Nauzubillah. Sebab tu Islam suruh jauhkan dari Zina dan yg setaraf dengan nya. Sekarang ni lagi mudah sebab dengan social media senang nak cari like mind individu or group. Nak salahkan cikgu, kita pun sama gak. Berusaha dan berdoa lah. Tuhan tu adil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang hebat SIMKAD ini...
      Reload RM30, Free data 1G percuma...kredit masih KEKAL Rm30...ini bukan gurauan....ini betul2 menakjubkan...
      Bukan itu saja....simkad ini juga memberikan anda pendapatan pasif tiap bulan...HEBAT BUKAN.....
      Nak hebat lagi seperti kami.. Mari daftar FREE di website kami. Kami akan memberi ilmu pendapatan pasif secara PERCUMA kepada ANDA!!
      Sila click url dibawah untuk info lebih lanjut....
      Atau tinggal kan no hp anda....

      http://bit.ly/1GF3Mk3

      Padam
  8. Macamana akhlak budak budak tak macam ni klu yang jadi role model pun mcm tu.

    Org nak buat degree dia nk buat degree tapi otak x pandai . Belajar x pndi masuk K.U atau p luar negeri blk masuk kpm ajar agama. Yg dlm negeri pulak, Ramai2 jumpa lecturer minta kc lulus, assignments upah org atau tiru. Nk buat degree nk naik gaji nk bagi anak bini mak bapak makan.

    Diri sendiri makan haram xada akhlak hasilnya? Bak kata pepatah mcm tikus baiki labu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko masih x dpt keje ke? Meh aku bg keje, bersihkan kebun aku je. Tu la ko dulu blaja mls, dpt 2a je msuk uitm...main2 lg, lps tu kne tedang keluar, x grad..tu la ko, main2 lg. Suruh msuk ipts x nk lak.

      Padam
  9. Haha..jumpa juga ramai noob kat BERSIH 4. Noob BO pun datang sbb 2 hari xder update pun. Meh noob..ada lagi baki petang ni.. jangan malu2 turun.. Tun M pun khabar nak turun mai lagi.. ramai dari Kedah pun turun..Mukhriz pun dah mcm x kesah dah x jadi MB lagi.. walhal orang Kedah tak mengira idealogi, x kesah sangat Mukhriz jadi MB.

    Aku harap pelanggan BO turun mai Dataran. Skrg aku masih area SOGO lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu.. ptt la x update blog.. noob gi bersih 4.0 rope nye.. haha.. salute!

      Padam
    2. 1. Aku tak pergi Bersih4.
      2. Entry ni baru up semalam, bukannya seminggu tak update.
      3. Entry baru dah up.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.