Halaman

Jumaat, 28 Ogos 2015

Guru biadap atau murid yang tiada adab?

Pagi ini tersentak bila baca post ini. Post seorang murid yang mengejek dan menghina gurunya BIADAP di laman tweeter gara2 guru tersebut tulis :-

"Untuk mengelakkan aku stress, lantak kau nak buat apa. Yang nak belajar, tolong siapkan karangan. Yang tak nak boleh berambus sekarang."

Aku pun pernah remaja. Aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun pernah membenci dan berdendam dengan guru atas sebab2 yang tertentu. Tapi tidak sampai ke tahap mengejek dan menghina guru sendiri. Tidak sampai memalukan guru yang menyampaikan ilmu kepadaku, kerana aku tau keberkatan sesuatu ilmu terletak pada guru!


Murid ini sebenarnya BIADAP! Murid ini sebenarnya TIADA ADAB! Entah beraoa banyak gurunya ini memendam rasa. Entah berapa lama gurunya ini menanggung duka atas perangai murid2 beliau. Kuasa merotan kini tiada, usahkan mencuit, berleter pada murid pun dianggap satu kesalahan guru!

Maka apa yang tinggal? Apa lagi kuasa guru untuk mendidik anak2 murid yang nakal dan tidak mendengar kata? Rujuk kaunseling? Apa kau ingat setakat 2-3 kali kaunseling murid boleh berubah sekelip mata? Terus menjadi murid contoh? Apa cara lagi boleh diguna untuk mendidik murid?

Cikgu ini,walau siapa pun dia aku tetap menyokongnya. Mungkin perkataan "berambus" itu agak kasar, tp beliau tidak meluahkan dgn kata2, hanya melalui tulisan malahan siap ada lukisan emosi senyum lagi kat bawah tu. Guru ini menggunakan perkataan "berambus" pada 24 Ogos 2015.

Sedarkah anda berapa lama guru ini bersabar dengan karenah pelajarnya? 8 bulan penuh kesabaran! Guru ini guna "berambus" ada yang kata kasar, pelajar yang guna perkataan BIADAP kpd guru sendiri pula pelajar yang baik? Perkataan "berambus" itu perkataan yang lembut untuk murid sebiadap ini. Cukup lembut!

Guru ini, siapa pun dia, aku yakin guru yang penyabar, penyayang dan baik hati. Lihat saja pada ayat beliau yang ini "yang nak belajar TOLONG siapkan". Ini bukan ayat arahan, ini ayat rayuan. Seorang guru MERAYU kpd pelajar2nya untuk menyiapkan kerja dikatakan biadap? Mana lagi korang nk cari guru sebaik dan sesabar ini?

Maka benarlah segala isi kandung luahan guru pada Seminar Pendidikan Antarabangsa pada 22 Ogos yang lalu. Anak kita sedang tenat. Ya,anak2 kita sedang tenat!

- Siapa pun guru ini,di mana pun beliau mengajar, aku yakin dan pasti beliau merupakan seorang guru yang baik.
Sumber FB Mohd Fadli Salleh.


* * * * * * * * * *

1. Guru adalah antara pekerjaan yang memerlukan mereka jadi malaikat. Expectation masyarakat terhadap guru, mereka kena baik, bagus dan kelihatan sempurna pada setiap masa yang langsung tidak boleh buat salah atau menampakkan sebarang kelemahan. Namun kita selalu lupa yang mereka juga manusia macam kita yang ada emosi, hati dan perasaan. Mereka juga ada rasa stress, tertekan, marah, bingung, penat, sakit hati, macam kita juga.

2. Tak dinafikan waktu aku bersekolah terutama ketika sekolah menengah, aku ada beberapa cikgu yang aku tak suka terutama yang jadi warden asrama, sebab diorang ni suka tempeleng orang. Lambat pergi kelas, kena tempeleng. Lalu kat rumput, kena tempeleng. Lambat turun musolla, kena tempeleng. Tak turun musolla nyorok kat jamban, kantoi kena penerajang terus.

Tapi aku tak pernah melawan, atau report kat mak bapak, atau rasa dendam sampai calar dan pancitkan tayar kereta diorang (walaupun ada jugak murid lain yang buat), sebab aku tahu diorang tempeleng tu kerana salah aku jugak. Malah aku takde rasa pun nak balas dendam atau malukan mereka atau canangkan pada semua orang pasal cikgu yang aku tak suka tu. Cukup sekadar simpan rasa benci dalam hati.

3. Tapi budak2 sekarang ni je bangang diorang lain macam sikit. Salah satu punca kebangangan diorang adalah teknologi terutama smartphone dan media sosial. Kenapa hal ini terjadi? Boleh rujuk artikel lama aku "Facebook melahirkan generasi muda yang biadap".

4. Media sosial dan smartphone telah menjadikan budak sekarang lebih bercampur gaul dengan masyarakat maya sehingga mengabaikan batasan dan perbezaan umur. Ya, mereka lupa bahawa orang yang berada di depan skrin komputer itu tidak semestinya berumur sebaya2 dengan mereka. Mungkin 2 3 tahun lebih muda, atau mungkin 20 30 lebih tua! Namun mereka anggap semua masyarakat maya tu macam adik2 atau kawan2 sebaya mereka sahaja. Sebab tu kebiadapan dan kekurang ajaran mereka semakin menjadi2.

5. Dalam isu cikgu di atas ini, aku walaupun tak pernah jadi guru, tapi aku pernah mengajar dalam kursus2 komputer, dan aku tahu yang datang kursus tu bukan semua berminat nak belajar pun. Rata2 ramai yang pergi kursus sebab terpaksa sama ada bos mereka suruh, nak habiskan bajet atau kena cukupkan KPI kursus.

Maka disebabkan itu sebelum mula kelas biasanya aku akan cakap:
"Siapa yang nak belajar, boleh tanya jika ada benda yang tak faham atau boleh beritahu jika kelas saya laju sangat. Bagi yang tak berminat nak belajar, kalau korang nak buat kerja sendiri, nak keluar ke atau nak balik rumah pun boleh dipersilakan. Saya pun tak nak ambil dan buang masa kamu semua lama2 kalau kamu memang tak nak belajar. Saya senang, uolls pun happy".
Dan murid2 aku tu bukan budak2 sekolah tapi level mak bapak budak.

6. So aku amat memahami perasaan seorang cikgu yang dah stress sangat bila murid dia langsung tak berminat nak belajar dalam kelas, dan mungkin sebab dah terlalu penat nak melayan karenah budak2 tu maka dia tulis notis tu kat papan putih, dan melihatkan macam mana respon budak tu siap boleh tangkap gambar cikgunya, ditambah dengan caption "Cikgu Biadap" dan upload kat Twitter, korang dah boleh agak macam mana tahap mentaliti budak tu.

7. Maka siapakah yang bangang dalam hal ini? Budak2 tu tak bangang sepenuhnya kerana diorang masih muda, masih tak matang, masih banyak benda diorang tak tahu dan perlu belajar malah masih tak boleh cari duit sendiri.

Yang bangang adalah mak bapak budak2 sekolah yang belikan smartphone untuk anak2, yang tak mengawal penggunaan smartphone anak2 mereka dan yang membenarkan anak2 mereka bawa smartphone ke sekolah.

Ya, serius bangang.




tags:guru biadap murid pelajar sekolah student tiada adab kurang ajar my new bm teacher everyone @nadiahabdullahh twitter upload gambar kelas

23 ulasan:

  1. mat yo x bangang mat yo x bangan mat yo x bangang, eh salah mat yo x salah mat yo x salah mat yo x salah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOooooOooOOoOOoOoOO00tTTTtTttT !!! D muka sirosli. Argh lega bak ang

      Padam
  2. Dah delete akaun twitter tersebut.

    BalasPadam
  3. Inilah generasi masa depan kita??? Sama mcm barisan menteri2 BN ja. Ex bodyguard ahli2 politik lama. X belajar degree pun, tetiba dapat degree. Ada yg copy degree bini jengkawan, trus register kompeni dgn kementerian kewangan utk jadi kaya.

    Ini yg jadi menteri skrg ooi.. tengoklah apa dah jadi dgn malaysia! Engineer pun jenis malas berpikir. Tak tahu apa kerja yg dibuat. Lulus degree cgpa 2.2-3.0. Mmg rezeki memasing.. tolong jgn menyusahkan org lain dgn segala bukti andalah generasi pelingkup negara dan merosakkan peluang org cemerlang deliver kualiti kerja yg bagus.

    Inilah malaysia kita pd 2015. Tak mampu bergerak ke depan lagi selagi sosok2 begini pegang jawatan2 penting. No wonder ramai org cemerlang x mahu bersama2 duduk dan join membangunkan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai politik pi main jauh-jauh la, semak je

      Padam
    2. 4.56 ni dah kena tahan peruntukan ke sebab prestasi dan penulisan yang teruk.
      Asyik melencong jer.Disini sedang bincang fasal keburukan alat ict, bukan politiking non-stop.
      Ni budak ni bakal jadi macai macam ko la. Kat sekolah malas belajar. Nanti bila susah dapat kerja, salahkan gomen.

      Padam
  4. perkataan berambus biadap? kamon la. Pm kita guna bangsat kat tv relek.je. haha..

    BalasPadam
  5. Respect is earned.

    BalasPadam
  6. ya, kenapa budak tu boleh tangkap gambar? main phone dalam kelas tak biadap ke dik?

    BalasPadam
  7. kalau jadi kes macamni aku akan salah kan the third party yang tiada dalam gambar di atas: mak bapak. main lepas tangan tanggujawab ke cikgu kat sekolah utk didik anak.

    BalasPadam
  8. Satu hari di kelas 6C

    C. Suhaimie: eh azman esok hang nak keja apa ni dah la bodo belajaq malaih, keja main, main, main?

    Azeman: keja cikgulah, buat apa belajaq rajin2 buat rugi kena bayaq ptptn, susah nak cari kerja, baik belajaq main2 pahtu masuk maktab jadi guru.

    budak2 lain: btoi jugak kepimpinan melalui teladan. Jom main kawan2.

    c. Suhaimie: grr bengang, btoi juga aku upsr cabok pun 2A, kui kui kui

    ****
    Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya , tunggulah saat kehancurannya ~hadis

    Bangkit ibubapa bangkit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade ke mintak keje pakai upsr?

      Padam
  9. Time guru ada kuasa disalah gunakan...bila kuasa ditarik murid pulak pijak pale...kot mana pon mesti ada pihak yg akn ambil kesempatan. Asuhan ibu bapa dari awal adlh yg terpenting

    BalasPadam
  10. Ini baru zaman remaja skrg yg updated dgn smartphone, leh update suka hati mereka nak kutuk cikgu biadap ke, mak ko hijau ke, si polan ni bagus sgt ke mcm leh masuk syurga ke....leh kata zaman skrg bila terlampau bagi kebebasan kuasa kpd remaja, mcm ni la jdnya sbb budak remaja ada sindorm 'apa mereka buat semuanya betul, mereka dah besar, boleh buat decison sendiri'. Sampai satu tahap bila dah ada keluarga baru tau yg zaman remaja mereka penuh dgn kelalaian n ikutkan hawa nafsu sbb tiada bimbingan.

    Ini zaman skrg, mcmana la zaman akan dtg. Yg sy leh predict maybe x perlu dtg sekolah sbb semua dlm talian, buat kelas mcm conferance, so belajar dr rumah..tp maybe 10-20 years time kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang students datng skolah tak da tujuan. Parents suruh deme gi sekolah sebab takde baby sitter. Nanti kalo ada on-line pon, perangai dia lagi buruk.

      Padam
    2. Ramai ibu bapa anggap sekolah ialah another babysitter, mcm taska tp utk umur 7-17thn. Ibubapa sibuk kejar duit, buat OT, partime smpi selalu abaikan tanggungjwb..beranggapan duit boleh setel semua bnda. Selalu parent sibuk besarkn anak..tp x didik anak2. Klau anak xleh control. .fhm2 la outcome yg berlaku mcm skrg dgn masalah remaja kini.

      Padam
  11. Mak bapak yang belikan smatphones yang tak kawal penggunaan smartphones tersebut jer..yang vangang. Kalau beli smartphones untuk keperluan dan gunakan dengan bijak takdelah vangang.

    BalasPadam
  12. Noob aku ada terbaca sebenar nya gambar budak ni telah di edit. Gambar sebenar xda pun perkataan guru biadap. Tapi telah di edit oleh org. .. Kalo ko terer try buktikan gambar ni ori & dipos sendiri oleh budak ni hehe. Zmn skrg kan femes main letak gambar org pastu buh caption tulis apa2 ayat padahal org tu xpnah pun kuar pkataan mcm tu

    BalasPadam
  13. lama tak baca komen edebeded..

    BalasPadam
  14. mak bapak melayu sekarang memang bodoh
    manjakan anak2
    kepala punai pon tak tumbuh
    dah bagi henset dekat budak2
    kadang2 bagi motor, mini cooper dan dildo
    ada ke patut sebagai parent
    kita suap macam tu
    sebodoh sebodoh ahmad maslan
    bodoh lagi parent macam ni
    sedegil degil najib
    degil lagi ibubapa sekarang


    aku pernah tengok ada satu parent ni
    dahlah anak dia kecik lagi badan macam celaka
    bila sampai kedai mak dia siap tanya nak makan apa lagi. lalu behuhuhulah budak tu, ambik coklat,air pepsi

    aku harap satu hari budak tu tak sakit sudah

    BalasPadam
  15. kalau hari hari asik kene carut dengan cikgu tersebut macam mana pulak ? dengan cara nak menegur nya asik Jerit2 agak agak siapa boleh tahan ? bila ditanya , Diri kita sendiri di persoalkan balik ���� . Cakap kita takde adab , tapi guru tu pun Cara nya salah .

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.