Halaman

Jumaat, 25 September 2015

Tak suka bukan benci, tak benci bukan suka

Ramai orang yang ayat atau jawapan yang basic pun susah nak faham dan hadam lalu membuat andaian atau assumption sendiri, seperti contoh:

Ali: Kau suka PM Najib kita?
Abu: Tak suka.
Ali: Apsal kau benci Najib? Apa dia dah buat kat kau?
Abu: Bila masa aku benci Najib? Dah kau tanya aku suka ke tak, aku jawab la tak suka, dah dia bukan pemimpin kegemaran aku, tapi aku tak benci pun dia.
Ali: Kalau dah tak suka tu maksudnya benci la.
Abu: .....

Siti: Kau suka dengar lagu K-Pop tak?
Zainab: Tak.
Siti: Apsal kau benci kat K-Pop? Kau ni K-Pop haters!
Zainab: Aku tak la benci K-Pop tapi aku tak la suka, dah aku tak minat nak buat macam mana.
Siti: Dah kau tak suka mesti la kau benci.
Zainab: .....


Ini adalah perkara paling basic yang ramai orang fail. Kebanyakan perkara ada sifat berlawanan, seperti SUKA lawannya BENCI, CANTIK lawannya HODOH, BIJAK lawannya BODOH dan sebagainya. Namun jika kita tambah perkataan "TIDAK" atau "TAK" di depan perkataan tersebut, ia tidak semestinya menjadi sifat berlawanannya.

TAK SUKA tak semestinya BENCI.
TAK CANTIK tak semestinya HODOH.
TAK BIJAK tak semestinya BODOH.

Begitu juga sebaliknya.

TAK BENCI tak semestinya SUKA.
TAK HODOH tak semestinya CANTIK.
TAK BODOH tak semestinya BIJAK.


So bila ada orang cakap dia TAK SUKA pada sesuatu, ia taklah bermaksud orang tu BENCI pada perkara tersebut. Dia cuma TAK SUKA kerana benda tu bukan minat dan juga kegemarannya, tapi dia tak lah sampai BENCI pada benda tu, hanya TAK SUKA.

Seperti contoh ada orang TAK SUKA pada bikers, bukan bermakna dia BENCI bikers, atau dia TAK SUKA K-Pop, bukan bermakna dia BENCI K-Pop, atau dia TAK BENCI pada Anwar Ibrahim, tak semestinya dia SUKA Anwar Ibrahim.

Macam aku sendiri, aku TAK SUKA tengok filem atau drama Melayu, tapi aku taklah BENCI filem dan drama Melayu, aku cuma TAK SUKA. Kalau benda yang aku memang benci, aku akan cakap benci seperti aku BENCI rokok, aku BENCI mat rempit atau aku BENCI penjenayah.

So bila ada orang cakap dia "TAK" apa2, jangan pandai2 buat assumption sendiri yang orang itu bermaksud pada perkataan yang berlawanan dengannya.

BENCI ≠ TAK SUKA

Faham tak?



tags: tidak suka bukan benci vs hate dislike not don't like tak sama salah faham

11 ulasan:

  1. Jikalau orang x suka tak apa tapi jangan lah kau mengata - Screen.. Lagu dulu dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. love/hate- i love to hate, i hate to love...

      Padam
  2. macai umno logic:

    kalau x suka najib/umno = macai DAPig , komunis,penjilat Anwar, gay/kaki liwat, perosak melayu, pengkhianat negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai pkr logic:

      Kalau x suka pkr = macai umno, komunis,penjilat Najib, pembunuh/kaki kencing, perosak ekonomi, pengkhianat negara

      Padam
    2. Macai Dumno ass logic:

      Duit 2.6b Najibun songlap = salah DAP. Nilai RM makin susut = salah DAP. Melayu luar bandar miskin sb kena tipu dgn ketua kg = salah DAP. Melayu bandar tak mampu beli umah = salah DAP. Melayu rajin buat anak haram = salah DAP. Melayu kuat mkn rasuah = salah DAP.

      Padam
  3. Bgi aku soalan tu memang da bentuk perangkap.. Kau suka tak.........?
    kalau ak bgi Jawapan.. Aku tidak berminat..hhahahha

    BalasPadam
  4. Bg aq org mcm mana ni sebenarnya tak puas hati dekat org yg tak sefahaman dengan dia. Dia nak tau kenapa "tak"?...sedangkan dia sebaliknya. Diorg ni x nmpk beza tindakan antara org yg kata benci/hodoh/bodoh dgn tindakan org kata tak suka/tak cantik/tak bijak. Mereka asume org yg kata "Tak" ni sebenarnya nak kata benci, bodoh, hodoh...etc cuma tak terkata sbb tak sampai hati.

    Arh kepala aq pening2 adkh sbb bnyk makan lembu?

    BalasPadam
  5. Haha.. Terperinci penerangannya itu.
    Aku pun pernah sembang group whatsapp belajar. Pasal isu ini dlm politik. Olehsebab aku malas nak panjang dan sedar kalau layan, dengan aku sekali 2x5 mcm dia, terus krik krik krik kan saja suasana.

    BalasPadam
  6. At last ada juga yang perasan pasal ni.thank you noob!Dapat juga hujah nak lawan orang tak faham bahasa nih.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.