Ali: Kau suka PM Najib kita?
Abu: Tak suka.
Ali: Apsal kau benci Najib? Apa dia dah buat kat kau?
Abu: Bila masa aku benci Najib? Dah kau tanya aku suka ke tak, aku jawab la tak suka, dah dia bukan pemimpin kegemaran aku, tapi aku tak benci pun dia.
Ali: Kalau dah tak suka tu maksudnya benci la.
Abu: .....
Siti: Kau suka dengar lagu K-Pop tak?
Zainab: Tak.
Siti: Apsal kau benci kat K-Pop? Kau ni K-Pop haters!
Zainab: Aku tak la benci K-Pop tapi aku tak la suka, dah aku tak minat nak buat macam mana.
Siti: Dah kau tak suka mesti la kau benci.
Zainab: .....
Ini adalah perkara paling basic yang ramai orang fail. Kebanyakan perkara ada sifat berlawanan, seperti SUKA lawannya BENCI, CANTIK lawannya HODOH, BIJAK lawannya BODOH dan sebagainya. Namun jika kita tambah perkataan "TIDAK" atau "TAK" di depan perkataan tersebut, ia tidak semestinya menjadi sifat berlawanannya.
TAK SUKA tak semestinya BENCI.
TAK CANTIK tak semestinya HODOH.
TAK BIJAK tak semestinya BODOH.
Begitu juga sebaliknya.
TAK BENCI tak semestinya SUKA.
TAK HODOH tak semestinya CANTIK.
TAK BODOH tak semestinya BIJAK.
So bila ada orang cakap dia TAK SUKA pada sesuatu, ia taklah bermaksud orang tu BENCI pada perkara tersebut. Dia cuma TAK SUKA kerana benda tu bukan minat dan juga kegemarannya, tapi dia tak lah sampai BENCI pada benda tu, hanya TAK SUKA.
Seperti contoh ada orang TAK SUKA pada bikers, bukan bermakna dia BENCI bikers, atau dia TAK SUKA K-Pop, bukan bermakna dia BENCI K-Pop, atau dia TAK BENCI pada Anwar Ibrahim, tak semestinya dia SUKA Anwar Ibrahim.
Macam aku sendiri, aku TAK SUKA tengok filem atau drama Melayu, tapi aku taklah BENCI filem dan drama Melayu, aku cuma TAK SUKA. Kalau benda yang aku memang benci, aku akan cakap benci seperti aku BENCI rokok, aku BENCI mat rempit atau aku BENCI penjenayah.
So bila ada orang cakap dia "TAK" apa2, jangan pandai2 buat assumption sendiri yang orang itu bermaksud pada perkataan yang berlawanan dengannya.
BENCI ≠ TAK SUKA
Faham tak?
tags: tidak suka bukan benci vs hate dislike not don't like tak sama salah faham
Jikalau orang x suka tak apa tapi jangan lah kau mengata - Screen.. Lagu dulu dulu..
BalasPadamlove/hate- i love to hate, i hate to love...
Padammacai umno logic:
BalasPadamkalau x suka najib/umno = macai DAPig , komunis,penjilat Anwar, gay/kaki liwat, perosak melayu, pengkhianat negara
Macai pkr logic:
PadamKalau x suka pkr = macai umno, komunis,penjilat Najib, pembunuh/kaki kencing, perosak ekonomi, pengkhianat negara
Macai Dumno ass logic:
PadamDuit 2.6b Najibun songlap = salah DAP. Nilai RM makin susut = salah DAP. Melayu luar bandar miskin sb kena tipu dgn ketua kg = salah DAP. Melayu bandar tak mampu beli umah = salah DAP. Melayu rajin buat anak haram = salah DAP. Melayu kuat mkn rasuah = salah DAP.
Bgi aku soalan tu memang da bentuk perangkap.. Kau suka tak.........?
BalasPadamkalau ak bgi Jawapan.. Aku tidak berminat..hhahahha
Bg aq org mcm mana ni sebenarnya tak puas hati dekat org yg tak sefahaman dengan dia. Dia nak tau kenapa "tak"?...sedangkan dia sebaliknya. Diorg ni x nmpk beza tindakan antara org yg kata benci/hodoh/bodoh dgn tindakan org kata tak suka/tak cantik/tak bijak. Mereka asume org yg kata "Tak" ni sebenarnya nak kata benci, bodoh, hodoh...etc cuma tak terkata sbb tak sampai hati.
BalasPadamArh kepala aq pening2 adkh sbb bnyk makan lembu?
Aku tak paham apa apa
BalasPadamAku tak paham apa apa
BalasPadamHaha.. Terperinci penerangannya itu.
BalasPadamAku pun pernah sembang group whatsapp belajar. Pasal isu ini dlm politik. Olehsebab aku malas nak panjang dan sedar kalau layan, dengan aku sekali 2x5 mcm dia, terus krik krik krik kan saja suasana.
At last ada juga yang perasan pasal ni.thank you noob!Dapat juga hujah nak lawan orang tak faham bahasa nih.
BalasPadam