BAB 3
“Lu ni apa hal Ray?. Kusut je gua tengok. Takkan teringat dekat awek yang lu tolong minggu lepas tu kot? Come on Ray, dah seminggu dah. Tah bini orang ke ape ke”.
“Mana ade la, gua ok je nih mata lu orang yang tak betul kot”. Padahal jauh dalam lubuk hati aku masih teringatkan Qis. Menyesal betul la tak amek nombor henpon die hari tu. Dan pasal tu jugak la aku hilang semua mood aku walaupun sekarang ni kitorang tengah ada jamm session untuk Battle of The Band minggu depan.
“Kita nak bawak lagu ape untuk battle tu nanti ni?”.
“Actually gua ada lagu baru nak practice hari ni. Gua start dulu lepas tu lu orang pandai-pandai la masuk apa yang patut. Lu Zee pukul drum cantek sket kalo tak lu yang gua pukul nanti. Ok guys, gua start chord C ok”.
“ Worrait.. macam tu la Ray. Lets Rock n Roll guys”, kata Mie dengan semangat. Kitorang memang tiap-tiap minggu jamm dekat studio ni. Studio Apple Jamm dekat Seksyen 7. Equipment dia memang tip-top. Cuma gitar dia aku tak berapa berkenan sangat, semua gitar cutting Strat. Sebab tu aku lebih selesa bawak gitar sendiri. Aku cuma minat Telecaster punya cutting je. Beribu jugak la duit aku habih nak angkat gitar Fender Telecaster Custom nih. Takpe yang penting puas hati.
Illustrasi oleh Nazrul Ali @ Kartunster |
Kitorang pun practice dan practice sampai la, “Ok guys, last song!”, suara Jackie owner studio berkumandang dekat dalam studio. Dan macam biasa lagu Territorial Pissing akan jadi penutup ditambah dengan aksi guling-guling atas lantai. Pengaruh Nirvana la ni. Lepas tu kitorang pergi lepak minum dekat Restoran Hakim.
“Apa tajuk lagu tadi tu bro? Layan gak gua tadi. Simple je lagu dia tapi memang terbaek la”. Si Mie ni memang tau main bass je, lagu kitorang yang lain-lain tu pun tah dia ingat ke tidak tajuk dia. Tapi dia memang bassist terhandal la.
“Minda Sedar.. Ye tajuk dia Minda Sedar”. Tiba-tiba pulak terkeluar tajuk lagu tu padahal dah seminggu aku pikir tajuk lagu yang sesuai.
“Tapi time verse dia tu nanti gua tukar sket syle drum beat dia. Kalau tak nanti beat sama je macam lagu kita yang lain”, kata Zee.
“Worrait bro. Gua takde hal yang penting feel dia masuk. Drum beat bukan kepakaran gua. Up to lu la bro”.
“Tapi lirik dia tu semacam je gua dengar Ray, lu tulis lagu ni untuk awek tu hari ke?”. Soalan Mie yang aku tak tau nak jawab macam mana pasal dua-dua ekor mamat nih dah merah padam muka tahan gelak.
“Siyut la lu orang. Gua tak sure la. Tapi melodi dengan lirik dia tu datang tiba-tiba je. Ahhh.. lantak la. Lagi satu, apa hal lu orang sibuk sangat nak masuk battle dekat Business School tu? Bukan apa, gua tak berkenan sangat la ngan bebudak business tu. Lagi pun lagu kitakan grunge habis punya. Dorang kompom bawak lagu-lagu jiwang karat punya”.
“Kita masuk bukan pasal nak menang bro. Lu jugak yang selalu cakap macam tu. Tujuan kita cuma nak ketengahkan muzik kita, perjuangkan muzik yang kita suka. Lantak la apa yang dorang nak cakap”.
Tetiba aku tersentak lepas dengar Mie cakap macam tu. Memang betul, itu la tujuan aku tubuhkan band Sonic Mush ni. Untuk perjuangkan muzik yang kami suka. “Ok guys, esok last jamm session kita sebelum battle hari Sabtu malam ni”.
Dengan tak semena-menanya Mie cakap, “Oit Ray. Pahal mamat meja depan tu asek pandang lu je dari tadi? Lu ada hutang dengan dia ke?”. Lepas Mie cakap macam tu terus aku bangun pergi dekat meja mamat tu.
“Yes bro. Lu minat dekat gua ke usha-usha gua dari tadi?”.
“Sorry.. sorry bro. Saya usha awek yang dekat belakang meja bro tu je”, jawab mamat tu terketar-ketar.
Bila aku pandang belakang aku nampak Mie dengan Zee tengah berguling-guling gelak. “Siyut dorang mainkan gua”. Aku salam mamat tu sambil cakap sorry. Mamat tu pun baik je aku tengok. Dari gaya dorang macam junior je. Rasa bersalah pulak aku sergah dia macam tu tadi.
Lepas tu kitorang terus pergi seksyen 27 layan snooker sampai pagi. Kitorang ni nakal-nakal jugak tapi dadah kitorang tak amek ok. Kalo aku dapat tau ada memember aku layan menatang haram ni memang aku pijak.
Bersambung...
(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)
(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)
Suamiku Budak Rock:
1st
BalasPadamtakde pape yg menarik...kipidap
Makin pendek..?
BalasPadamDah macam drama melayu... Ep1 je best...
BalasPadamPastu filler sampai lebam...
Zzzzzzzzzzz
Dah tak minat nak baca dah
Ni bukan filler, ini character development untuk episod2 selepas ni.
Padamaku ske tgk ilustrasi citer nie je, nk hrp nazha updet blog kartun die tu mmg sedih le..hu hu
BalasPadam