Jumaat, 4 September 2015

7 Till Jannah or Jahannam? Pesanan Buat Suami Baru

Musim mendapat kad kahwin dah pun bermula. Segala jemputan kenduri dari hotel ke rumah , kecil atau besar, nasi minyak, nasi hujan panas sudah bermula.

Tahniah kepada mereka yang menamatkan zaman bujang bersama pasangan. Semoga perkahwinan tuan-tuan dan puan-puan mendapat keberkatan dan berkekalan sehingga Jannah.

Till Jannah kata hipster-hipster sekarang.


Google Images
  • Belajar lah fardhu ain, fardhu kifayah ,munakahat dan segala-gala mengenai Islam supaya kau lebih aman berumah tangga. Ajarkan isteri Islam. Takde kompromi. Kalau tak, hidup kau akan jadi lebih miserable berbanding kau bujang dulu.
  • Sila bersiap sedia dengan cabaran yang besar dalam hidup bersama pasangan. Sekarang kau akan nampak diri sebenar isteri kau. For better or worse, itu pilihan hidup kau.
  • Pandai-pandai lah kau bahagikan masa. Semua manusia ada 24 jam dalam hidup masing-masing. Keutamaan adalah kepada mak bapak kau, isteri, keluarga mertua dan karier. Last sekali baru kawan-kawan. Mesti ikut aturan ini. Kau biasa lepak tengok Manchester United kena titik dengan Swansea pukul 3 pagi dengan entourage kau? Tolong kurangkan aktiviti lepak dengan drastik sekali.
  • Adik angkat, kakak angkat , apa saja yang kau angkat asalkan berlainan jantina yakni perempuan lain, tolong bataskan pergaulan kau. Whatapps ke wechat ke , FB Messenger, tolong kurangkan. Tolong jaga hati bini kau. (BACA : Bini-bini orang pun sila ambil perhatian). Ini punca masalah perceraian paling banyak berlaku dalam Malaysia sekarang. Bini kau cakap je dia tak kisah, tapi cemburu tu tertanam dalam hati dia paling dalam. "Heav'n has no Rage, like Love to Hatred turn'd, Nor Hell a Fury, like a Woman scorn'd."
  • Dan paling utama sekali , tolonglah nasihatkan bini kau supaya menutup aurat dengan sempurna. Tolonglah. Sekarang aku tengok kat ofis, yang anak dara selekeh je. Yang bini-bini orang ni pasang badan mengalahkan anak dara. Terkeluar semua benda yang patut seorang suami je ada hak eksklusif nak tengok. Sanggup ke nanti bila ada kawan FB kau mengaku, modal masturbasi dia adalah isteri kau? Jijik tapi ini hard truth.
  • Tolonglah faham tanggungjawab seorang suami sebetul-betulnya. Ini tak perlu diulas lebih lanjut. Sebab aku yakin dalam kursus perkahwinan dah terangkan semua benda ni. Ataupun kau tidur semasa kursus tersebut?
  • Jangan cerita hal dalam bilik kau dengan bro-bro kau. Kecuali kau ada masalah sangat. Itu pun lebih baik kau minta nasihat doktor atau pakar. Seks adalah cerita yang sangat juicy. Menarik dan penuh dengan plot-plot yang mendebarkan jiwa. Klimaks dan anti-klimaks. Tak perlu kau kongsi kau punya own pornography in graphic way.
  • Tugas memahami bini kau tak perlu korang pening nak fikirkan. Tugas seorang suami adalah sayang bini  dan jalankan tanggungjawab secara Islam. Perempuan, kau takkan faham sampai bila-bila. Sebab dia adalah makhluk Allah yang berasal dari Planet lain. Sebab tu dia cantik, misteri dan sangat menarik. Dan lebih bagus dia adalah halal bagi kau.

Aku tak janji kata kalau kau ikut pesanan atas, kau akan kekal dengan bini kau Till Jannah. Ini kehidupan dan pengalaman baru  yang bakal kau lalui.

Sangat jauh berbeza dari zaman bujang kau.

Tapi aku yakin, sekurang-kurangnya, kau tak rasa Jahannam di dunia ini.
Dan yup, aku tau ini semua nasihat tipikal. Pesanan macam dalam buku.

Sebab kita semua terlalu ego, bongkak , sombong dan tidak menghormati jiran untuk menerima pesanan semudah ini.

Hipster aku tak tau. Aku tak berminat dengan budaya hipster.

“Men marry women with the hope they will never change. Women marry men with the hope they will change. Invariably they are both disappointed.”
― Albert Einstein



7 ulasan:

  1. PC suka frasa ajarlah isteri menutup aurat..

    BalasPadam
  2. kepada yg kawan baik berbeza jantina tu bila kawan anda dah kahwin...kurang-kurangkan lah keakraban korang agar si dia tak rasa tersinggung/cemburu/risau/salah sangka/marah/confuse/hilang kepercayaan/berdendam/kesunyian/menyampah

    Majulah sukan untuk negara

    BalasPadam
  3. kroh...kroh...zzzz..kroih..

    BalasPadam
  4. love u till jannah pak hang..guna pic crown pn ada salib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat hg pontianak ka.. yg bdk2 dok tgk huruf 't' kt sekolah tu camana? Pseudo educated

      Padam
  5. Salam 1rasuah,

    Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".

    Trend terbaru daripada kafir,
    1. Mas kahwin mahal
    2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
    3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan potong kek.
    4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
    5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru acara kahwin orang kafir.
    6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.
    7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
    8. Pengapit ramai ramai bertema membazir saudara syaitan.
    9. Berjalan atas alley menuju ke pentas akad nikah di mana khadi sedang menunggu, tetamu duduk di kiri dan kanan lorong, punya bulur nak tiru acara kahwin kapir dlm gereja.

    Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  6. Still suka ayat albert Einstein yg last..menusuk kalbu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.