Isnin, 14 September 2015

5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 6

BAB 6

Kringggggg!!!

Jam loceng Pikachu tu dah dekat setengah jam berbunyi baru lah Ray tersedar. Dengan mata yang tertutup rapat dia mencapai berus gigi, menyapu ubat gigi dan terus ke bilik mandi. “Ada orang la pulak. Woitt Mie cepat sikit mandi kang gua terlajak Subuh ni kang. Tak payah nak gosok lebih-lebih sangat”.

“Siyut la lu Ray, jap..jap.. gua nak siap dah ni. Tak menyabar-nyabar la”, balas Mie yang dah dekat setengah jam dalam bilik mandi tah apa yang digodeknya.

Ray terus menuju ke sinki dapur untuk memberus giginya. Tak sampai seminit dia rasa macam nak termuntah. “Apa ke peliknya pulak rasa ubat gigi ni”, katanya di dalam hati sambil merapatkan berus gigi itu ke matanya. “Tak berbuih siap kaler kuning lagi. Bende alah apa pulak ni”. Terus dia masuk ke dalam bilik dan mencapai bende alah yang disangkanya ubat gigi tu tadi. Memang jelas tertera Burnol AKA ubat luka.

“Puihh.. patut la pelik betul rasa dia. Burnol rupanya. Sape lah yang letak ubat ni sebelah Colgate aku nih. Habis deria rasa aku seminggu ni”. Untuk menghilangkan rasa pelik tu, dekat setengah botol Listerine dikumur-kumurkannya. Tapi rasa itu masih lagi bersisa. “Arghh.. lepas makan KFC kang hilang la ni”, kata Ray dengan yakin.

Sesudah siap menunaikan fardhu Subuh, Ray pun bersiap-siap mengenakan baju kemeja hitam dan seluar jeans hitam slim fit nya itu tak lupa juga wallet berantainya itu. Rambutnya di gel rapi dan disudahi dengan semburan minyak wangi Dashing.

Illustrasi oleh Plain83 @ Through My Glasses, Kacamata

“Perghh.. bukan main smart lagi lu hari ni. Siap sewa kereta lagi. Ada date ke?”, soal Mie inginkan kepastian.

“Ehem.. Ehem.. Ada la. Lu pahal nak tau. Lu jangan lupa plak malam kang ada practice. Tak lama lagi dah gig dekat Blue Planet tu”, jawab Ray sambil mengenakan kasut kulit hitam Jack Purcellnya.

Awek punya pasal sanggup aku sewa kereta Kancil ni, RM100 tu sehari. Cekik darah betul la owner die nih. Ye la, takkan nak bawak motor 125Z aku tu. Kalo awek free hair boleh la, ni awek bertudung macam tak kena pulak nak bawak keluar naik motor tu. Rempit sangat la pulak rasanya. Lepas 5 minit panaskan enjin Ray terus menuju ke rumah teres Seksyen 2. Dalam perjalanan sempat dia mendengar demo tape bandnya sendiri yang masih belum di release itu.

“Ok je aku dengar lagu ni. Pahal susah sangat nak masuk market lagu ni. Ni seni tau tak. Seni.. Yang keluar semuanya lagu jiwang. Lagu tangkap leleh.. Apa la nak jadi dengan market Malaysia nih”,  protes Ray dalam hati.

Sampai je dekat depan rumah yang bernombor 99, kelihatan seorang gadis berbaju kurung moden dengan beg tangan di tangan kiri tersenyum manja menyambut kedatangan Ray. Terpaku Ray melihat indahnya ciptaan Allah itu.

“Hai cik adik.. Cantik-cantik ni nak pergi mana? Boleh abang bawakkan? He..He..”, sapa Ray dengan nada bergurau.

“Tak kemana pun cik abang. Nak pergi pasar beli ikan. Boleh bawakkan?”, jawab Qis pulak dengan nada mengejek.

“Aikk.. Perli nampak. Dah lama ke tunggu?.

“Hi.. Hi.. Takde lah baru je ni. Wah smartnya awak hari ni. Mana seluar rock awak tu dah jadi lapik kaki ke?”. Lapik kaki?? Kurt Cobain kalau hidup lagi menangis tengok seluar aku tu.

“Ye ke smart? Biasa je ni. Seluar tu saya dah buat balut nangka dah. Ha.. Ha.. Jom kita pergi dah lambat dah ni”. Lepas Qis masuk je dalam kereta, Ray meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang Qis sendiri tak pasti.

“Maaf ye awak pasal selalu menolak ajakan awak. Bukan tak sudi, saya takut saya menyusahkan awak. Tapi saya musykil la, pagi-pagi ni kita nak kemana ye? Shopping mall pun tak bukak lagi ni kan?”, soal Qis dengan muka pelik tapi masih kelihatan kecomelannya.

“Takpe Qis, saya faham perasaan awak. Siapa lah saya ni kan nak ajak awak keluar. Lagi pun kita baru je kenal kan. Yang penting saya ni tak makan orang. He.. He.. Ok.. First thing kita pergi KFC dulu ye saya dah order pagi tadi ni. Banyak jugak saya order, kalau tak buat pesanan awal-awal takut dorang tak sempat pulak nak siapkan”.

Sampai je dekat KFC tu Ray menyuruh Qis menunggu sekejap di dalam kereta sementara dia mengambil pesanannya itu. Tak sampai 10 minit, Ray bersama dua orang kru KFC datang membawa bungkusan KFC dan bungkusan itu diletakkan di seat belakang. Qis masih lagi dalam keadaan muka pelik. Masih belum dapat menangkap apa tujuan Ray sebenarnya.

Lepas semuanya selesai, mereka meneruskan perjalanan. Ray diam sepanjang perjalanan sementara Qis pulak termangu-mangu dari tadi. Kereta Kancil itu menderum santai  melalui kawasan-kawasan perindustrian sehinggalah sampai ke desinasi yang dituju.

“Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak kita”, akhirnya Ray bersuara. Qis menjenguk ke luar tingkap, akhirnya dia faham destinasi mereka pada pagi itu dan terjawablah persoalan yang bermain di fikirannya sejak dari tadi. Rumah anak-anak yatim, Teratak Nur-Iman.

“Awak selalu ke sini Ray?”.

“Boleh dikatakan tiap-tiap hari Sabtu saya ke sini. Just untuk menghiburkan mereka. Cuma sebulan sekali saya akan belikan mereka makanan. Bulan ni memang rezeki merekalah dapat makan KFC, semuanya atas kemenangan band saya pada malam itu". Masih terngiang-ngiang di telinganya keputusan battle yang diumumkan oleh Radhi pada malam itu, “Tempat pertama dimenangi oleh.. Drum roll please… So..nic.. Mush!! Congratulation bros. Keep up the good work!”.

Keluar sahaja mereka dari kereta, kanak-kanak yang sedang bermain di halaman terus berlari mendapatkan mereka sambil menjerit, “Ye..ye.. Abang Ray dah datang. Cepat masuk bang kami dah tak sabar nak dengar suara abang”.

“Kejap.. kejap ye adik-adik. Biar abang perkenalkan kawan abang ni dulu. Nama dia Nur Qistina. Adik-adik boleh panggil Kak Qis. Cantik tak? He.. He..”.

“Cantik.. Girlfriend ke kawan ni bang?”, salah seorang dari mereka menanyakan soalan cepu emas. Muka Qis dah merah padam tapi dalam hatinya kagum dengan Ray. Dia tak sangka Ray yang luarannya nampak rock giler tapi punya hati yang cukup mulia. Langsung tak sama macam Haikal, walaupun anak jutawan tak pernah menjejakkan kaki ke tempat begini. Runtun hatinya melihat pemandangan indah pagi itu.

Lepas sarapan, Ray menghiburkan mereka dengan petikan gitar dan suaranya yang serak basah itu. Seronok melihat kanak-kanak di situ menyanyi bersamanya siap ada yang menari-nari kegembiraan. Lebih kurang jam 10 pagi, lepas bersalaman dengan kanak-kanak Teratak Nur-Iman mereka meneruskan perjalanan mereka menuju ke One Utama.

“Ok.. 1st task settle now kita pergi tengok wayang ok?”, Ray berkata dengan gembira. “I ok je Ray. I percayakan you. Jangan bawak I tempat yang pelik-pelik sudah lah”, jawab Qis tersenyum. Tersenyum melihat Ray yang gembira sangat dari tadi. “You are so special Ray”, katanya dalam hati.

Sampai sahaja di one utama mereka terus menuju ke TGV cinema yang terletak di tingkat atas. “Urmm.. Movie apa kita nak tengok ye? Cerita melayu memang banyak tapi mendengar tajuknya aje dah rasa tak minat. About a Boy ok tak? Macam best je”.

“I ikut je Ray. I tak kisah lagipun I tak biasa sangat la tengok wayang ni. Bapak I cakap tengok wayang ni maksiat”, kata Qis dengan selamba.

“Maksiat? Hu.. Hu.. Terpulang la pada niat kita. Kalau niat nak buat maksiat. Maksiat la jadinya kan”, jawab Ray menahan gelak.

Tayangan bermula jam 12 tengah hari. Lepas siap membeli makanan, aku mintak diri sekejap ke toilet. Yang tak bestnya keluar-keluar je dari toilet aku nampak ada 2 orang budak-budak punk tengah mengacau Qis. Qis tersandar ke dinding dengan muka nak menangis. “Aikk.. tak sampai 5 minit aku pergi toilet, bebudak sampah ni dah buat drama pulak. Ni boleh mendatangkan marah ni”.

Aku pergi dekat dorang sambil pegang bahu 2 orang budak punk tu. “Macam best je bros. Boleh gua join?”.

“Ooo ni awek bro ke? Sorry kitorang ingatkan takde orang yang punya”, jawab bebudak tu lepas tu terus beredar dari situ. Nasib dorang blah kalau tak memang makan buku lima la jawabnya.

“Are you ok Qis. Dorang ada apa-apakan awak ke?”.

“I’m fine. Tolong jangan tinggalkan I sorang-sorang lagi eek. I takutlah Ray. Please Ray”, kata Qis dengan mata yang berkaca.

“Ok.. ok.. Lepas ni you ikut I masuk toilet ye sayang. He.. He..”. Dan cubitan manja hinggap ke pinggang aku buat kali keduanya.

Hari itu berlalu dengan cepat seperti masa mencemburui kami. Lepas makan, aku menghantar Qis pulang. Dalam perjalanan pulang kami banyak berborak tentang cerita About a Boy lakonan mantap Hugh Grant. Cerita yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang hidup mewah hasil royalti bapanya yang mencipta lagu Krismas. Hidupnya berubah apabila seorang kanak-kanak hadir dalam hidupnya.

“Seronok pulak jadi macam mamat tu kan? Tak payah nak kerja. Bulan-bulan duit masyuk. Betul ke ada orang yang hidup macam tu?”, soal aku.

“Dalam dunia ni takde yang mustahil Ray. Yang penting kita berusaha. Rezeki takkan datang bergolek macam tu je kan”, jawab Qis sinis. Tak pasal-pasal aku kene sekolahkan pulak dengan Qis.

Tepat jam 9 malam, kereta Kancil itu sampai di perkarangan rumah sewa Qis. Qis keluar dari kereta sambil berkata, “Thank you Ray for such a lovely day. I will never forget it. Next time the treat will be on me ok?"

Next time?

Pergh.. maksudnya ada peluang lagi la aku nak keluar dengan Qis. Nina dah menjenguk keluar di balik langsir.

“Have a good nite sleep Qis. Sweet dream. Kita jumpa dalam mimpi ok? He.. He..”.

“Drive careful ye awak. Ingat orang yang tersayang”, jawab Qis pulak. Ni yang buat aku tak jadi nak balik ni kang.

“Oh ye.. berkenaan dengan soalan you hari tu. I memang sukakan you Qis!!!”, jerit aku sekuat hati sambil memecut laju meninggalkan Qis. Qis pulak berlari masuk kedalam rumah sambil tersenyum pasal ramai jiran-jiran dah bukak pintu rumah akibat jeritan aku tadi.

“I’m gonna miss you Qis..”.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:


5 ulasan:

  1. Bila nk ade edengan pegang2 ni

    BalasPadam
  2. Salam 1rasuah,

    Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".

    Trend terbaru daripada kafir,
    1. Mas kahwin mahal
    2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
    3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan potong kek.
    4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
    5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru acara kahwin orang kafir.
    6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.
    7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
    8. Pengapit ramai ramai bertema membazir saudara syaitan.
    9. Berjalan atas alley menuju ke pentas akad nikah di mana khadi sedang menunggu, tetamu duduk di kiri dan kanan lorong, punya bulur nak tiru acara kahwin kapir dlm gereja.

    Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

    sehati sejiwa menentang hipokrit (munafik! )

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klw trend yg ada sekrg bertentangan dgn hadith dn al-quran aq sokong ia patut dihapuskan,klw tak...apasalahnye

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.