Halaman

Khamis, 24 September 2015

Besarnya ujian buat umat Islam di musim haji ini

Aidiladha tahun ini umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragedi kren jatuh di Masjid al-Haram, Mekah yang berlaku pada 11 September 2015 yang lalu menyebabkan banyak kematian dan kecederaan para jemaah haji termasuk daripada Malaysia.

Susulan dengan tragedi tersebut, Arab Saudi akan membayar pampasan kepada semua waris mangsa nahas serta menggantung syarikat pembinaan BinLaden Group yang bertanggungjawab terhadap kren tersebut.

Ditambah pula lagi dengan insiden rempuhan di Mina ketika sedang melakukan ibadah wukuf yang telah mengorbankan sejumlah besar jemaah haji.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat juga dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian ini.

Gambar hiasan

Aku kongsikan sebuah artikel daripada Sinar Harian yang bertajuk "Ibrah sebalik kren jatuh di Makkah".
YAKINLAH tidak ada musibah yang terjadi di muka bumi ini melainkan telah ditetapkan dalam takdir ALLAH SWT. ALLAH telah mentakdirkan apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi.

Peristiwa jatuhnya kren di Masjidilharam ketika jemaah haji sedang mengerjakan ibadat haji pada petang Jumaat 11 September, jam 5 petang (waktu Saudi) selepas Jemaah selesai mengerjakan solat Asar  yang menyebabkan ratusan jemaah meninggal dunia dan ratusan lagi mengalami kecederaan adalah sama sekali bukan kerana kelalaian manusia.

Anehnya, ekoran kejadian itu ada yang membuat persepsi dan konspirasi kononnya pada tarikh tersebut bersamaan 11 September di mana berlakunya runtuhan dan tumbangnya bangunan WTC (World Trade Center) New York dan tragedi konspirasi lainnya. Kenapa tragedi ini terjadi pada musim haji? Adakah hubungannya dengan HAARP (High Frecuancy Active Auroral Research Program) milik AS yang menjadi salah satu senjata paling hebat kerana mampu mengendalikan fikiran dan cuaca?

Semua andaian itu adalah persepsi belaka. Kekuasaan ALLAH mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya di sebalik musibah itu terdapat hikmah dan ibrah yang antara lainnya adalah:

1. Musibah mendidik jiwa dan menyucikan dosa

Firman ALLAH yang bermaksud: “Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan kamu).” - (Asy-Syura: 30). Dalam ayat ini terdapat khabar gembira sekali gus ancaman jika kita mengetahui bahawa musibah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada penyakit kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hingga duri yang menusuknya melainkan ALLAH akan mengampuni kesalahannya dengan semua itu.” - (Riwayat Bukhari).

2. Mendapat pahala tak terhingga di akhirat

Ini merupakan balasan daripada musibah yang dideritai oleh seorang hamba sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan di dunia berubah menjadi kenikmatan di akhirat kelak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

3. Sebagai ukuran kesabaran seorang hamba

Sebagaimana dituturkan, bahawa seandainya tidak ada ujian maka tidak akan nampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala jenis kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.

4. Dapat memurnikan tauhid dan hati kepada ALLAH

Wahab bin Munabih berkata: “ALLAH menurunkan ujian supaya hamba memohon doa dengan sebab bala/musibah itu.”
Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.” - (Fussilat : 51)

5.  Mewujudkan bermacam ibadat yang menyertainya
Di antara ibadat yang muncul dan wujud adalah ibadat hati berupa rasa takut kepada ALLAH. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, mendekati diri kepada ALLAH dan menjauhkan diri daripada kesesatan dan kemaksiatan.

6. Dapat mengikis sikap sombong dan besar diri
Jika seorang hamba keadaan dalam serba baik dan tidak pernah ditimpa musibah, biasanya ia akan bertindak melampau batas, lupa diri dan matlamat hidupnya. Adakah layak dan wajar ia menyombongkan diri di hadapan ALLAH dan sesama manusia?

7. Merupakan indikasi kebaikan bagi dirinya
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang dikehendaki oleh ALLAH kebaikan, maka ALLAH akan menimpakan musibah kepadanya.” - (Riwayat Bukhari). Seorang mukmin walaupun sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sihat.

8. Dengan adanya musibah, betapa besarnya nikmat
Jika seseorang dalam keadaan senang dan sihat maka dia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa ujian dan cubaan serta kesusahan, dan dia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang dia peroleh.
Ketika seorang hamba terkena musibah diharapkan agar dia boleh berasakan betapa mahalnya nikmat yang selama ini dia terima daripada ALLAH SWT. Ibnu Qayyim menukil ucapan Ali bin Abi Talib: “Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh ALLAH kecuali dengan bertaubat.” - (Al-Jawabul Kafi, hal. 118).
Mengenai mereka yang ditimpa musibah di Makkah, semoga ALLAH mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Bagi yang cedera semoga ALLAH sembuhkan dengan segera. Janganlah kita menyebarkan pula berita-berita dusta dan bohong di media-media sosial atau daripada sumber-sumber yang mencela, khususnya terhadap sesama Islam. Adalah nasihat penting untuk kita, semoga terhindar daripada fitnah-fitnah musuh ALLAH dan Rasul-Nya. Amin.

IBRAHIM ABDULLAH    
Kampung Salor, Kota Bharu

Apa2 pun, sempena Hari Raya Aidiladha ini, aku mewakili rakan2 di Buasir Otak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga semua ibadah yang kita lakukan sempena Aidiladha seperti ibadah haji dan korban mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah Taala.

Memandangkan aku akan pulang bercuti ke kampung untuk beberapa hari, maka aku mungkin tidak akan update blog untuk beberapa hari juga, kalau ada pun adalah entry yang aku dah schedule untuk dipublishkan.

Sementara itu juga boleh baca juga entry2 yang lepas berkaitan Aidiladha:



tags: ucapan selamat hari raya haji aidiladha korban qurban 2015 peristiwa tragedi kren jatuh runtuh mekah mangsa cedera mati meninggal jemaah

9 ulasan:

  1. pasal kren tumbang tu sebenarnya salah pihak pengurusan masjidil haram yg x peduli dgn keselamatan org awam. sebabnya:
    1- gagal menggunakan maklumat ramalan kaji cuaca dan membuat persediaan keselamatan
    2- tidak mengendahkan musim haji dengan membiarkan jentera berat di kawasan masjid
    3- tidak menurunkan tiang kren ke tanah

    keluarga mangsa boleh saman pihak pengurusan sebab kegagalan mengikut amalan keselamatan tapak bina. tapi mungkin xde yg nak saman sebab dah kena suap.

    pasal rempuhan tu, bukan hampir setiap tahun ada ke? asal musim haji je, mesti ada rempuhan dan beratus malah ada masa beribu mati. ini bukan takdir tuhan dah tapi salah manusia sendiri. mengaitkan musibah dgn takdir semata adalah sifat malas dan melepaskan diri dari tanggungjawab

    BalasPadam
  2. adaian aku, ni semua bala.. sebab orang arab suka berperang sesama sendiri.. tengok!! skang ni musim haji tp saudi dan negara arab lain tgh serang yaman. kat syria, mesir dan lain2 negara arab usah dikenang la.. depa paham quran tapi depa hanya guna quran untuk menghalalkan pembunuhan sesama mereka.. nasib negara yg ditindas spt pelestin mmg x akan terbela sampai bila2 pon sbb arab lebih sukakan peperangan dari kedamaian.. jadi x mustahil ni adalah salah satu peringatan yg diturunkan oleh tuhan kepada kita, supaya kita bermuhasabah diri..wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Kalau kita tengok sejarah pun keluarga yg memerintah Arab Saudi iaitu keluarga As-Saud ni tali barut USA & Israel. Dari dulu smp sekarang.

      Apa yg berlaku di Mekah tahun ni & termasuk pencerobohan kaum Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa, masalah pelarian di Syria, masalah kemanusiaan di Gaza adalah cara Allah nak tunjuk pada kita yg umat Islam secara amnya adalah umat yg sgt lemah walaupun jumlah kita ramai, semuanya kerana cintakan duniawi...

      Padam
    2. Anon 12:18am, klw nak kata kren jatuh tu ade kaitan dgn pergaduhan antara sesama Islam memang tak lojik. Tapi, mungkin ko betul.. ini sumer bala. Tapi lain org len pandangan ade yg kata ni anugerah Allah kpd hmbanya, mati syahid dlm sedng menunaikan ibadah. Wallahualam.

      Padam
    3. ok red ping, adakah allah akan mengambil kira faktor logik kepala hotak manusia terlebih dahulu untuk mendatangkan sesuatu kepada umat manusia?

      Padam
    4. Tentula tak anon 5:11,Kuasa Allah ni tak dicapai akai manusia. Kren jatuh akibat islam bergaduh memang tak logik. Msg aq nak sampaikn ialah, Allah mampu menjadikan apa saja biar pun perkara tu tak masuk akal contoh mcm kes ni la,Kren jatuh akibat islam bergaduh sesama sendiri.Logik ke?boleh guna alasan "islam bergaduh" dlm court?Tak logik lansung TAPI still Allah mampu menjadikan ia. Cuma aq persoal ke anon 12:18am betul ke Allah jatuhkan kren ni akibat pergaduhan islam sesama sendiri ataupun Allah nak beri syahid ke hambanya yg sedang melakukan ibadah disitu atw pun sbb len...jawapan sebenar hanya Allah saje yg tau.

      Padam
    5. dipermulaan komen aku meletakkan perkataan 'andaian'. jadi.. itu semua andaian aku semata2.. sbb aku bkn pihak yang akan ke mahkamah untuk membicarakan hal ni.. tapi yang pasti setiap bencana yang berlaku kerana perbuatan kita sendiri.


      -anon 12:18-

      Padam
    6. Owh~ maaf ye anon12:18 terlepas pandang xD

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.