1. Suami aku tak reti jaga diri. Kuku panjang je sokmo. Bil tegur baru dia potong. Pastu selalu pegi keje ke mana-mana ke tak pakai deodorant, perfume pun tak. Aku tak selesa beb. Aku pun pikir jugak maruah dia. Kang nanti kawan2 dia tak selesa or mengata dia kat tempat keje ke apa. Rambut pun banyak kelemumur. Bila tanya bila last syampu dia cakaplah minggu lepas ke, 2 minggu lepas ke. Tapi aku rasa tak. Syampu dia macam tak luak pun! Aku tak selesa lah camni. Bilik kami pun bau busuk dah.
2. Dia suka sepah2. Dalam kete bersepah. Kalau letak apa2 dlm kereta tu main campak je. Tak kemas langsung. Resit pun bersepah dlm kereta tu. Kotor. Berbau. Kalau aku kemas pun sekejap je. Dlm masa 1 hari sepah balik. Aku pun penat jugak. Plus rasa tak dihargai je effort aku.
Baju pun sama. Aku dah sediakan bakul baju kotor nanti nampak sepah je baju dia atas lantai. Aku kena kutip balik. Towel dah guna pun sama.
3. Tak bagi nafkah. Dia just belikan barang dapur gitu je. Aku bukan nak berkira sangat. Tapi aku nak melawa jugak macam time anak dara. Untuk dia jugak. Tau kan nafkah tu bukan duit sama yang diguna untuk barang dapur, tapi untuk aku sendiri je. Aku pernah suruh dia baca pasal nafkah. Then aku mintak nafkah aku. Tapi dia diamkan je. Aku ada buat keje dari rumah tapi takdelah dpt banyak pun. Tu pun laki aku mintak aku guna duit aku untuk belanja rumah.
Laki : Gaji sayang bln ni berapa?
Aku : Sikit je.. tak sampai 300 bln ni.
Laki : Nanti saya tolong belikan…………..etc
Aku : Eh mana boleh gitu. Kalau org bagi dengan rela hati baru boleh. Kalau tak kan dosa. (Aku saje je,nak bagi dia rasa bertanggungjawab and nak dia belajar jadi suami yang sebetul betul suami)
Laki : Yelah.. abang mintak persetujuan sayang ni.
Aku : what if i say no? Boleh?
Laki : Boleh.. tapi tak payah makan lah
Aku : …..
Nafkah batin pun diabaikan jugak. Bukan hal bilik tido ye, tapi emosi aku ni ha. Aku dah lah duduk rumah dengan anak kecik je time dia pegi keje. Dia balik rumah dia ngadap phone. Main game, layan comic. Aku cakap dengan dia macam cakap dengan tunggul. Kena ulang banyak kali. Aku buat apa2 pun susah sangat nak dengar dia cakap tq.
Aku beranakkan anak kami pun dia takde cakap tq. Aku bersalin czer, banyak pulak effect lepas beranak ni. Dia cakap je jgn buat keje berat2, tapi nanti dia suruh aku buat macam2. Takde pun nak offer diri. Aku buat kerja semua tu dia duk depan tv, tau2 je nanti mintak air lah ape. Now aku rasa luka czer aku bengkak balik.
4. Suka buat keje gitu2 je. Asal buat je. Tak teliti, tak kemas. Kadang2 dia buat keje yang aku suruh tapi tak kemas. Aku kena setelkan balik.
For your information, aku pernah cakap slow talk dengan dia pasal problem ni. Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali… dah banyak kali sangat dah. Sampai kadang2 aku frust, penat, bengang dan aku termengamuk. Aku wife, aku kena hormat suami. Aku tau tu, tapi aku pun manusia biasa. Sabar aku ada had dia. Pun, air muka, perasaan suami aku pun nak kena jaga jugak. Aku taknak cakap bnda sama banyak kali. Aku taknak jd bini yang kuat berleter. Aku nak win-wim situation. Sikit pun taknak dia terasa hati. Please help.
- akak wifey
* * * * * * * * * *
Luahan perasaan seorang isteri mengenai suaminya ini aku ambil daripada FB Page IIUM Confessions - BM. Aku tak tahu kenapa page confession universiti ni makin lama dah jadi tempat orang luahkan masalah rumahtangga, padahal pada awal penubuhannya page2 macam ni fokusnya untuk student2 universiti meluahkan masalah.
Ok takpe, abaikan pasal tu. Aku ambil confession ni sebab aku rasa agak menarik untuk dikongsi, di mana seorang isteri mengadu tentang sikap dan perangai suami yang menjelekkan.
Suami tak jaga diri, tak pakai deodorant, perfume, rambut penuh kelumumur, dengan erti kata lain, berbau busuk.
Suami suka sepah, tak reti kemas baju dan barang, bak kata lain, pengotor.
Suami tak bagi nafkah, lepas tu minta gaji isteri untuk tanggung keluarga, dengan kata lain, takde bertanggungjawab.
Suami tak jaga emosi isteri, pemalas, asyik ngadap telefon, main game, baca komik, tak hargai isteri, dengan kata lain, pentingkan diri.
Suami buat keje ala kadar, tak teliti, tak bersungguh, boleh juga disifatkan sebagai, tak ikhlas.
Ya, masalah seorang isteri terhadap sikap dan perangai suaminya yang ntah apa2. Benda ni agak common dan aku percaya sering berlaku dalam pasangan suami isteri yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini. Malah perangai suami beliau seperti yang dinyatakan tu benda biasa yang mungkin ada pada lelaki yang sudah bergelar suami.
Beliau meluahkan perasaan di page confession yang rata2 dipenuhi dengan budak2 universiti untuk meminta nasihat tentang masalah rumahtangganya. Aku sendiri takde apa nak nasihat sangat sebab aku tau dia mungkin takkan baca pun blog ni, lagipun dah ramai sangat orang bagi nasihat kat dia so korang kalau nak baca nasihat2 tu boleh pergi je kat page tu.
Aku cuma pelik, kalau dah perangai suami dia macam tu, kenapa kahwin dengan dia in the first place?
Seperti komentar salah seorang penasihat di page tu;
Bagi saya la, lelaki ni ada 3 jalan.
1st bila dia kawen, dia akan berubah jadi baik, lagi matang, dll...
2nd, makin teruk, maksudnya "perwatakan sebenar" dia akan keluar.
3rd, tak berubah, maintain je daripada kapel sampai dah bercucu cicit.
dan tambahan, bila masuk umur 40, get ready la para suami... life begin at 40...huhuhu
So lelaki, bila berkahwin, dia akan berubah jadi lebih baik, atau berubah jadi lebih teruk, atau keluar perangai sebenar yang dia sorok sebelum dia kahwin, atau tak berubah apa2.
Ya, aku tak nafikan benda tu. Jangan kata suami, isteri atau siapa2 juga yang bergelar manusia juga begitu. Manusia itu sifatnya berubah2. People change.
Namun tak semua benda boleh berubah atau mudah untuk berubah. Perkara seperti raut wajah, bau badan busuk, rambut banyak kelumumur, kepala botak, tangan berbulu lebat, bermisai dan yang sewaktu dengannya, benda2 tu tak boleh berubah atau sangat susah untuk diubah. Ia hanya boleh ditutup atau dicover untuk sementara seperti pakai solekan, perfume, syampu, cukuran dan sebagainya.
Dan perkara yang boleh diubah tapi sangat sukar diubah adalah tabiat buruk. Tabiat buruk ni dia macam naturally happen atau berlaku secara semulajadi pada diri seseorang tu.
Kalau seorang tu pemalas, dia memang akan malas tanpa dia sendiri sedar yang dia itu pemalas. Kalau seorang tu pengotor, dia memang pengotor tanpa dia sendiri sedar yang dia itu pengotor.
Kalau seseorang tu pentingkan diri, dia memang akan pentingkan diri tanpa dia sendiri sedar yang dia itu pentingkan diri sendiri.
So ciri2 yang kita tak suka, tak berkenan ataupun tabiat buruk ni, kita sebenarnya boleh kesan dan kenalpasti benda tu jika kita betul2 dah kenal dengan seseorang itu, sebab benda tu memang susah nak diubah mahupun dicover.
Sebelum berkahwin pun kita sebenarnya dah boleh kenal dengan sikap bakal pasangan kita, walaupun tak semua tapi sekurang2nya kita dah boleh tahu benda apa yang kita tak suka dan tak gemar sehingga kita boleh tanya pada diri kita balik, adakah kita boleh menerima benda2 tu?
Sebab tu bila ada suami/isteri yang dok komplen sikap atau perangai pasangan diorang cakap itu ini, tak suka itu ini dengan terlalu banyak sehingga sampai ke tahap seperti kau tu benci gila pada pasangan kau tu, perkara pertama yang akan terpacul di kepala aku adalah, kalau kau sekarang seolah2 benci gila kat pasangan kau, macam mana kau boleh kahwin dengan dia dulu?
Mesti akan ada orang jawab, dah jodoh nak buat macam mana.
Ya, memang dah jodoh, tapi jodoh itu ada jodoh yang pendek, ada jodoh yang panjang, ada jodoh yang kekal sampai akhir hayat salah seorang dari pasangan suami isteri, ada jodoh kali kedua, ketiga selepas jodoh kali pertama gagal atau disebabkan kematian.
So bila kita nak berkahwin, dah tentu kita mahu jodoh yang berpanjangan hingga akhir hayat, bukan? Jika kita berkahwin dengan seseorang hanya kerana alasan dah jodoh walau pada pasangan kita tu ada 1001 benda yang kita tak suka dan tak boleh terima berbanding 1 atau 2 sahaja benda yang kita suka atau boleh terima, rasa2 jodoh kita itu boleh bertahan lama? Atau kalau bertahan lama pun, adakah kita akan rasa bahagia sepanjang perkahwinan ataupun menderita?
Kahwin ini bukan benda main2. Kau nak cari orang yang akan hidup dengan kau, berkongsi rumah, berkongsi bilik, berkongsi katil, berkongsi tandas, berkongsi TV, berkongsi kenderaan dan berkongsi macam2 lagi lah.
Jika biasa kita nak cari kawan baik atau roommate pun kita akan memilih nak yang satu kepala, nak yang boleh hormat kita, yang boleh mendengar masalah kita, yang bertanggungjawab, yang tak bawak banyak masalah, yang tak pemalas, inikan pula nak cari pasangan hidup yang kita nak hidup dengannya kalau boleh sampai kita atau dia mati.
Mencari suami atau isteri bukan sekadar mahu mencari HOUSEMATE atau ROOMMATE, tapi juga mencari BEST FRIEND dan SOULMATE.
Sebab tu sebelum kau nak kahwin dengan seseorang, kau kena kenal orang tu. Kenal tu tak semestinya bercinta, sebab yalah, bercinta lepas kahwin itu lebih baik dan manis, tapi bercinta lepas berkahwin itu bukan alasan untuk kau tidak mengenali dulu siapa bakal suami/isteri kau.
Seperti yang aku pernah tulis kat entry "Isteri meminang sendiri wanita lain buat suaminya" dulu, penting untuk kau kenal bakal pasangan kau sebelum kau berkahwin dengannya.
Kenal keluarga dia.
Kenal kawan2 dia.
Kenal rakan sepejabat dia.
Tahu pekerjaan dia.
Tahu perangai dia.
Tahu sikap dia.
Tahu tabiat baik dan buruk dia.
Dan dalam zaman Internet ini lebih mudah.
Cari nama dia kat Google.
Selidik maklumat dia dari Internet dan media sosial.
Stalk Facebook dia kalau ada.
Dari situ sedikit sebanyak kita dah boleh menilai perwatakan dia. Dan orang yang baik dan bertanggungjawab ini biasanya kita boleh lihat dari perwatakan dia, dari gaya tutur kata dan bahasanya, dari cara dia melayan keluarganya, adakah beliau disenangi oleh rakan2 yang lain dan sebagainya.
Kemudian kau buat keputusan sama ada kau boleh terima atau tidak benda2 buruk yang ada pada dia sebab kau nak tinggal sebumbung dengan dia. Kalau sebelum kahwin banyak benda tentang dia yang kau tak boleh terima dan tak suka, usah kahwin dengan dia.
Seperti contoh masalah seorang bakal pengantin yang meluahkan masalahnya kepada FB Pesona Pengantin seperti berikut:
Bakal suami kau dah kantoi main dengan perempuan lain beberapa hari sebelum hari pernikahan korang, maka sepatutnya tak timbul persoalan "apa yang harus saya lakukan"? Bakal suami kau yang juga tunang kau beromen dengan perempuan lain kot! Patut tak payah tanya atau fikir apa2 lagi, just putuskan hubungan dan batalkan pernikahan tersebut. Peduli apa mak bapak, ahli keluarga, rakan2, jiran tetangga cakap, yang nak tinggal dengan lelaki tu kau, bukan diorang. Yang menanggung derita tu kau, bukan diorang.
Ok berbalik kepada masalah Akak Wifey kat atas tu, dia dah terkahwin dengan lelaki yang busuk, pengotor, tak bertanggungjawab, pentingkan diri dan tak ikhlas, so apa nak kena buat? Dia cakap dia dah banyak kali tegur, nasihat, berleter suami dia sampai frust, penat, bengang dan mengamuk.
Bila dah sampai tahap ni, tanya balik pada diri sendiri, adakah anda masih bahagia dengan perkahwinan ini atau semakin derita? Adakah anda semakin benci pada suami anda itu berbanding rasa sayang? Adakah anda rasa sekarang ini anda jadi isteri hanya sekadar untuk menjaga air muka sedangkan anda sudah pun tiada rasa sayang pada suami?
Andai anda sudah sampai ke tahap merasa benci pada pasangan anda dan perkahwinan ini membuatkan anda semakin menderita dan tertekan, serius aku cakap, berpisah sahajalah. Jika anda sudah minta bantuan ahli keluarga, jumpa pakar kaunseling, ustaz ustazah, jabatan agama, perangainya masih sama dan tidak berubah, maka berpisah adalah jalan yang terbaik.
Anda minta sahaja diri anda diceraikan kerana suami anda sendiri sudah tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami yang baik. Anda bebas dari rasa tekanan dan derita disebabkan perangai housemate anda, dia pun bebas nak kekalkan sikap dan perangai buruknya tanpa perlu dibebel oleh siapa2.
Tak semua orang suka perpisahan, kerana perpisahan itu memang memeritkan, namun kadangkala, kebahagiaan itu hadir dengan perpisahan.
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Namun jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga anda, nak tak nak anda terpaksa berusaha lebih sikit untuk buat sesuatu dan banyakkan bersabar sampai suami anda sedar dan dapat pengajaran demi untuk menyelamatkan rumahtangga anda. Akhir sekali, jangan lupa untuk berdoa kerana Allah Taala sahaja yang dapat memberikan taufik dan hidayah kepada suami anda agar dia berubah.
tags: menangani suami yang buruk perangai sikap sifat tabiat pemalas busuk tiada tanggungjawab minta duit isteri pengotor luahan perasaan masalah bakal tunang kantoi beromen tidur setubuh sex zina dengan perempuan wanita lain hotel pengakuan shahir af8 kebahagiaan dalam perpisahan lirik
Slm. Check agama je dah cukup. Solat cukup, tutup aurat, tau fardhu Ain fardhu kifayah. Beramal bukan setakat tahu je. InsyaAllah ok. Kepada kakak kat atas tadi tu... Awak ngan suami solat tak? Jaga aurat tak? Ladies... Cari le suami yg solat,bertanggung jawab dan beramal dgn yg betul. Love comes when its comes.. Cintai Allah dan semua nya akan betul. InsyaALLAH.
BalasPadamYOU WIN!!!!
PadamSpt ajal,rezeki DLL,jodoh juga di tangan ALLAH. Lelaki yg baik utk perempuan yg baik n vice versa. tp dlm bab mengekalkannya, itu individual.perceraian amat dibenci ALLAH, tp bukankah kita dikurniakan akal? Akhirnya semua ditangan kita sebab itu ada syurga n neraka walaupun itu semua ALLAH MAHA MENGETAHUI. tak payah persoalkan sudah cukup solat,aurat ,fardhu kifayah/ain dll , itu bukan urusan kita sesama makhluk jd tak payah tanya,tak payah berlagak alim dan bagus sangat. Aku sokong admin,ianya terpulang pada kita untuk kekal dan perbetulkan atau tinggalkan.ianya sama macam ajal/rezeki, kita boleh redha semata-mata atau kita berusaha dan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.jodoh kekal atau tidak,it's up to you. Bukankah sekiranya mampu zahir batin, lelaki boleh kahwin lebih dari satu ?perempuan pula berhak menerima/menolaknya? Pointnya ialah, kita, lelaki atau perempuan berhak menentukan dan mencorakkan kehidupan berumahtangga masing-masing yg mana kita rasakan terbaik.
Padamterkejut ak bila noob tulis dah kawen wow! rupanya orang lain cehhh -_- prooott sket kat muka anon
BalasPadamapasal ko menaruh hati kat noob ke? proott
PadamOh Rozana
PadamSatu bisjut & royi terpetal dari sini
Satu bisjut & royi pun tak bisa
memadam royi yang kau tanam
Bisjut & royi ini telah menjadi Induk
Oh Rozana
Beberapa ketul bisjut & royi ini telah terbuang
kau telah sia siakan ini
Bisjut ini
royi ini
Oh Rozana
Sungguh tak bisa ku membeli bisjut
Namun ku ingin
meraih lembutnya katamu
Namun jejaka bangla telah bersedih
Oh Rozana
Ini semua karna bisjut & royi
Bibir manis mu jejaka bangla
Kau bagaikan bisjut & royi dalam kain sutra
Bisjut & royimu tak bisa dilupakan bangla
Nak bisjut?
KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A < degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee
Bro KEDEPAN fikiran sempit, dalam pekerjaan bukan berdasarkan keputusan pelajaran semata-mata
PadamAkhirnya misteri rozana,royi n biskut kt blogserius revealed! Aku nk habaq kt obe sat ni cume tinggal indo togel je (blog b.o ni pon dh jangkit) yg menakharomkn komen.KEDEPAN
Padamjwb mai
Lelaki mmg camtu risau penampilan pompuan weight pompuan syurga neraka pompuan tahu masak ke tak pompuan.. tapi diri sendiri.. bulu hidung terjulur keluar.. perut buncit.. pakai seluar pendek nampak lutut.. tak pernah dan x mahu jadi imam solat... pekehei...
BalasPadamYer betol.. slalu lelaki nk perfect jer.. dri sndirikk pon x jge acaner tu
PadamSis....bagus habits gitu...dr suami saya prefer Ladyboy..wah text bagai...cam couple je...suami saya ajak dia g hotel...patut suami smakin dingin...teruk lagikan...songsang sangat...suami saya juga kaki porn....sakit hati...rumahtangga masuk 8 tahun....em.....makan hati ulam jantung le saya..
PadamSalam sume... solat istikharah sangat penting sebelum bernikah. Allah s.w.t dah berjanji siapa yang beristikharah tak akan menyesal. Solatlah banyak kali sampai datang keyakinan dan petunjuk Allah. Nak cakap lebih2 pun x berani... lagi pun kita bukan ustazah... Apa2 pun, mohon dan berserahlah kepada DIA, sebaik2 penyelesai masalah.
BalasPadamYE aku setuju benar dgn komentar encik hasrul dkt atas. muhasabah diri... ikut jln agama.. jaga solat... insyaAllah selamat ..
BalasPadamPadan muke ko. Aq ngorat dlu ko jual mahal. Aq ajak mkn ayam madu kt hs. Ko tolak. Aq bgtau pasal perangai pengotor dan ske mkn titik peluh org die tu. Ko xcaye. Ko tuduh aq buat fitnah. Ko rse ko bulih ubah die. Padan ngan muke ko. Rasakan.
BalasPadamMmg dlm perkahwinan maybe selepas 1-2 tahun kawin nmpk belang masing2...x nmpk masa mula2 jumpa, kapel atau masa honeymoon dulu...tp benda ni mmg common x kira suami atau isteri. Sy sendiri dah kawin, n selalunya kalau kita share masalah ni...selalunya kita akan share keburukan satu pihak smpi kita lupa kita sendiri pun ada kekurangan. Ada keburukan suami muncul sbb berkait dgn isteri n sebaliknya...so bila share keburukan pasangan masing2, kita lebih nak kata kita lebih baik n pasangan sgt teruk.
BalasPadamUntuk ubah seseorang, 1st step adalah ubah cara kita approach/treat them...in other words, kita sbgi kick-start nak ubah dia..xleh harap dia ubah sendiri..dlm hidup pasangan kena banyak komunikasi..kalau suami buat hal sendiri, n isteri pun sama, xde titik persamaan n kesefahaman akan dpt. Selalunya share kat internet x byk membantu, bnyk bergantung kpd diri kita nak berubah bersama dgn pasangan.
okey, nanti lepas bersuami baru aku baca *bookmark
BalasPadamhuahahah!
jom bersuami isteri
BalasPadamNoob kau patut diberi pengiktirafan doktor cinta terbaik kebangsaan tahu! >w<
BalasPadam