Halaman

Selasa, 17 November 2015

Orang dewasa usah beri idea yang salah pada murid

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 keluar hari ini dengan pencapaian keseluruhan meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Seperti biasa media sosial dilambakkan dengan slip peperiksaan dan ayat2 perangsang.


Namun dalam keghairahan orang memberi kata2 perangsang, semangat dan galakan kepada pelajar yang keputusan kurang cemerlang, tidak perlulah pula mencemuh dan memperlekeh mereka yang berjaya dan mendapat keputusan cemerlang dengan ayat2 seperti:
  • Tak payah beria sangat dapat 5A tu, UPSR takde makna apa pun. Tunggu la SPM nanti.
  • Tak perlu dapat banyak A sebab nanti dah besar kerja makan gaji jugak. Lebih baik belajar macam mana nak berniaga cari duit.
  • Lebih baik tak dapat banyak A sebab dapat A tak semestinya kerja bagus bila dah besar nanti.
  • A yang banyak tak semestinya berjaya di masa depan. Orang yang takde A pun ada yang lebih kaya dan berjaya dari orang yang bijak A.
  • Kalau sekadar ujian dapat A hidup takkan ke mana kerana hanya pandai teori sahaja tapi dari segi praktikal hancur.
  • Aku dulu dapat 5A gak tapi bila dah besar hidup macam ni jugak membangangkan korang.

Aku faham takde masalah korang nak sedapkan hati pelajar2 yang kurang berjaya dan cemerlang, tapi macam mana dengan pelajar2 yang berjaya? Diorang memang layak dicemuh dan dihina ke hanya kerana mereka berjaya dapat 5A?

Dan ada pula yang kata dapat A banyak2 pun nanti bila masuk sekolah menengah selfie tunjuk tetek jugak, hisap vape jugak, buat benda bangang jugak. Habis tu hanya orang yang tak dapat A banyak baru boleh boleh selfie tunjuk tetek hisap vape buat benda bangang bagai? Macam lah korang tahu semua orang yang dapat banyak A akan buat benda bangang2 tu bila masuk sekolah menengah?

Memang la UPSR tak penting sangat kalau nak dibanding dengan PMR (PT3) dan SPM, tapi bagi pelajar2 sekolah rendah UPSR tu penting bagi mereka kerana itulah merupakan peperiksaan terbesar yang pertama sekali mereka hadapi dalam hidup mereka, malah mendapat 5A adalah impian dan matlamat pertama mereka dalam bidang akademik sebelum menempuh ujian2 yang lebih besar pada masa akan datang, maka salahkan mereka mempunyai cita2 dan berimpian mahu mendapat 5A?


Bukan mudah nak dapat keputusan cemerlang hatta dalam UPSR sekalipun. Di kala murid lain sibuk bermain, menonton TV, bermain Internet, layan K-Poop, mereka ini belajar dan berusaha lebih dari orang lain untuk mengejar cita2 mereka. Benda yang mereka korbankan lebih banyak daripada murid2 lain, maka perlu ke kita yang dewasa ini mencemuh usaha mereka itu?

Kita juga pernah lalui zaman itu, maka adakah kita akan rasa gembira dan bermotivasi andai usaha kita dicemuh dan diperlekeh oleh orang yang lebih dewasa? Bagilah mereka peluang untuk bergembira sekejap atas kejayaan mereka sebelum menempuh cabaran baru. Lagipun inilah kali pertama murid2 cemerlang ini berpeluang menggembirakan hati ibu bapa mereka dalam bidang akademik.

Dan korang semua yang dah besar ni pulak tolong bersikap matang sikit dan jangan bagi idea yang salah kepada generasi2 muda. Ya, memang keputusan A itu bukan penjamin masa depan, tapi tak semua orang itu mempunyai cita2 yang sama. Ada yang perlu juga belajar bersungguh2 mengejar A demi mengejar cita2 dan impian mereka.


Yelah, andai kau bercita2 menjadi seorang doktor, apa kau ingat keputusan SPM 7B 2C 1D boleh dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang medic? Dan kalau semua pelajar pun kau cakap kat diorang keputusan peperiksaan tak penting, habis tu siapa nak belajar medic?

Nanti hospital kekurangan doktor korang jugak marah. Pastu bila kita terpaksa import doktor dari India dan Bangladesh, korang cakap kenapa ramaikan warga asing dan mana pergi doktor pakar tempatan? Dah tu korang sendiri yang influence diorang tak payah belajar rajin2 sebab keputusan peperiksaan tak penting.

Orang bijak ke kurang bijak ke semua perlu diberi semangat dan inspirasi, tapi nak bagi semangat kepada orang yang kurang bijak bukan dengan membunuh semangat orang yang bijak.

Artikel berkaitan:


tags: keputusan ujian peperiksaan upsr sekolah rendah 2015 nasihat inspirasi motivasi 5a hina leceh perlekeh cemerlang gagal wrong idea salah

12 ulasan:

  1. orang dewasa sekarang ni ramai yang umoq da 20,30,40,50 tahun tapi lagi bangang dan tak mayced dari budak sekolah rendah pemikirannya..

    BalasPadam
  2. Okay! faham...orang dewasa yang lebih.
    Tahniah kepada mereka yang dapat banyak A.
    Yang tak dapat banyak A takpe siapa suruh tak belajar rajin-rajin, jadikan itu pengajaran.
    Tapi yang dapat banyak A tu tak payahlah nak poyo sangat pi tayang slip kat FB berstatus public macam dia sorang jer.. dapat banyak A.
    Bersyukur dan berpada-pada sudahlah

    BalasPadam
  3. aku cadangkan dari usia muda ni adakan sekolah pemikiran haluan kiri...biar budak2 ni dah besar, dlm otak tertanam sikit jiwa melawan, jangan asik membontot arus perdana jer...kehkehkeh...

    BalasPadam
  4. Pandai mcm ahmad maslan pun x guna gak...hehe. x silap ahmad maslan sibuk promo cgpa bagus dia..so sapa yg suka promo result exam dia sama kategori kot.

    Kali ni komen pendek je. huahua

    BalasPadam
  5. dah bleh dah gi interview tukang ajar.. hip2..KEDEPAN..

    BalasPadam
  6. Sesetengah orang dewasa kita suka perkecilkan anak muda yang suka belajar. Ya, memang ada yang belajar sekerat jalan atau belajar tak berapa cemerlang lebih berjaya dari kaki belajar, tapi ini soal hormati orang lain dan berkata-kata positif. Sungguh tak faham kenapa yang kaki belajar dipandang rendah, budak2 nakal dan liar diangkat? Oh, akhir zaman. Bilamana yang jahil dipuja, yang bijak dikeji. Booo, nerd.

    BalasPadam
  7. mana sirosli ni .. gian nk proooottt atas muka sirosli.

    BalasPadam
  8. Orang dewasa yang condemn ni, dorang bukan dalam kalangan good academic achiever.

    Dulu time muda balot liat kena marah dengan mak sebab result corot.
    dah tua membuli budak sekolah yang cemerlang.

    Upsr ni macam early screening for
    1. Brilliant student
    2. Matured one
    3. Hardworking one

    It wont affect future that much, but itill help guiding them the next path

    BalasPadam
    Balasan
    1. itill tu perkataan inggeris terbaru ciptaan ngko ke kedepan?

      Padam
  9. Lebih suka budak dpt 5-7A tp low profile....sbb FB ni lebih kpd medium menunjuk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan2...wlaupun aku 7A,tpi aku low profile je..x cite pon kat org lain

      Padam
  10. Cuba letak diri kita jadi budak yg dapat 5A tu.
    Dia je yg tahu perit payah dia study, jaga makan, jaga diri, pergi tusyen, kelas tambahan, beli buku rujukan, tanya guru, kecewa percubaan rendah, markah tak capai target.
    Of cos bila dapat 5A, dia rasa segala perit payah dia lalui selama ni berbaloi.

    Then datang orang dewasa poyo yg kata 'dapat A pun tak guna', 'baru UPSR blom SPM' bla bla bla.
    Dapat rasa tak kekecewaan dgn seluruh dunia?
    It's like me vs the world.

    So, orang dewasa. Mind your mind and thought.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.