Halaman

Jumaat, 1 Januari 2016

Kronologi kes culik yang 1Malaysia kena troll

2 tahun lalu 1Malaysia pernah kena troll oleh seorang budak lelaki belasan tahun yang dilaporkan hilang kat Villa Nabila sekali rupanya pergi lepak rumah awek. Ya, sekali lagi 1Malaysia kena troll pada tahun baru 2016 oleh budak perempuan belasan tahun yang dilaporkan kena culik oleh van putih sehingga menyebabkan 1Malaysia menjadi panik, anggota polis dikerahkan untuk mencari gadis tersebut hanya untuk mendapati yang dia sebenarnya lari mengikut teman lelakinya. Baguslah adik, bagus sangad.


Berikut adalah kronologi peristiwa berdasarkan laporan akhbar:

Remaja disyaki diculik @ Rabu, 30 Disember 2015

Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai diculik dari kawasan rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu.

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid hanya disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira jam 2 petang.

Katanya, ibunya yang berusia 33 tahun cuba mencari di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi mangsa namun gagal.

"Kebiasaannya mangsa pulang ke rumah selewat-lewatnya jam 8 malam namun sehingga jam 10 malam hari itu mangsa tidak juga muncul.

"Bimbang keselamatan anaknya, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin lalu di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman," katanya.

Kejadian itu turut menjadi viral di laman sosial apabila tersebarnya rakaman perbualan telefon di antara mangsa dan ahli keluarganya yang mendakwa dirinya diculik sekumpulan lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Yusoff Mamat berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan kelak.


Pasukan khas polis jejak Athirah @ Rabu, 30 Disember 2015

Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan menjejak remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis juga turut meminta kerjasama semua pihak supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diharap segera tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Polis Klang Utara Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian itu mangsa dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira jam 2 petang Ahad lalu.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.


Belum ada khabar Athirah @ Khamis, 31 Disember 2015

Perbuatan memviralkan rakaman perbualan telefon Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang diculik di laman sosial boleh mengancam keselamatan remaja itu.

Ibu mangsa, Asmah Mamai, 33, berkata masyarakat sepatutnya lebih sensitif terhadap perkara itu kerana ia membabitkan nyawa anaknya yang kemungkinan dalam bahaya apatah lagi selepas mengetahui rakaman berkenaan tersebar.

"Polis menasihati kami sekeluarga supaya tidak mendedahkan maklumat seperti itu kerana mengganggu siasatan dan menyukarkan mereka mengesan Ira.

"Kami sangat sedih dengan kejadian ini dan terkejut apabila rakaman itu tersebar. Kami bimbangkan keselamatan Ira," katanya yang kelihatan lemah selepas lima hari anaknya hilang.

Asmah bersama suami, Abdul Majid Landu, 40, ditemui di kediaman mereka di Bandar Sultan Suleiman di sini, sebentar tadi.

Abdul Majid berkata, selepas rakaman itu menjadi viral, mereka tidak lagi menerima khabar daripada mangsa atau pihak lain, sama ada untuk mengugut atau meminta wang tebusan.

Nur Amirah Athirah diculik di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman Ahad lalu, dan kejadian disedari Asmah yang pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang.

Asmah mencari anaknya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Semalam polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan menjejaki remaja perempuan itu.


Ditemui selamat, rupanya tidak diculik @  Jumaat, 1 Januari 2016


Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Lain2 cerita lagi korang boleh cari je kat Internet dan FB.

Aku faham apabila ramai yang mencemuh dan mengutuk gadis tersebut di media sosial kerana telah menyusahkan keluarga dan ramai pihak yang lain, tapi apa nak buat, benda dah berlaku. Kita kecam lebih2 pun kalau satu hari kena pada ahli keluarga kita, kita pun pasti rasa tertekan dan malu.

Aku sendiri secara peribadi kurang percaya kalau kes2 hilang yang melibatkan budak belasan tahun, sebab ini bukan pertama kali diorang menipu mak bapak, bukan kali pertama kes lari ikut teman lelaki/wanita, bukan kali pertama 1Malaysia kena prank.

Aku akan terus percaya kalau kes hilang melibatkan kanak2 bawah umur 12 tahun kerana mereka terlalu lemah untuk melawan dan juga tidak berapa berani nak lari ikut pakwe/makwe, dan juga kes hilang melibatkan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sebab diorang dah tak berada di bawah penjagaan ibu bapa sangat, lebih bebas dan tak berapa nak menipu sangat.

Remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun adalah usia di mana mereka baru akil baligh, rasa baru nak besar, peralihan dari kanak2 ke remaja, zaman mereka suka memberontak, tak suka dikongkong, baru nak belajar sikit tentang kehidupan, senang cerita zaman budak2 baru nak up, so tak hairan kalau kes2 macam ni sering berlaku. Kita juga masa usia2 macam ni pun dah pandai menipu mak bapak dan cikgu2, cuma penipuan tu takdelah besar sampai cakap diri kena culik padahal lari ikut jantan, mungkin tipu nak keluar pergi kedai game atau tengok wayang.

Cuma dalam kes ni aku tak salahkan masyarakat yang memviralkan kes penculikan ni. Rakyat Malaysia ni prihatin dan cuma mahu membantu. Mereka pun tak tahu benda ni betul2 berlaku atau tipu sahaja. Yang benar2 salah hanya pelaku dan juga mungkin teman lelaki dan kawan2 dia yang bersubahat.

Apa2 pun kita tak perlulah panjang2kan sangat cerita, aku yakin dia pun pasti akan mendapat pengajaran dan insaf dengan perbuatannya. Dan pengajaran kepada adik2 yang baru nak up yang lain, sebelum berbuat suatu ketahian itu, at least ingatlah kepada ibu anda yang penat2 melahir dan membesarkan anda. Ibu anda tak sepatutnya mendapat malu akibat perbuatan anda.

Baca artikel berkaitan di sini:

Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: kantoi budak gadis perempuan anak dara kena culik van putih nur amirah athirah abdul majid lari teman lelaki cina kronologi

12 ulasan:

  1. orang perangai mcm tu baik Creeeeeeeeeeettttttttt-prooott argh lega baq hang cirit kat muka Tanpa Nama~

    BalasPadam
  2. kesian mak bapak dia. pasni konfirm kuar rumah pakai topeng. malu muka ... adoii .. jilake punya bdk skrg .. xhbs2 menyusahkan org tua.. kalu mak bapak org kaya xpa. cian

    -mak bedah-

    BalasPadam
  3. Hahaha..fb mak dia pun teruk kena sindir bagai, apa nk buat,, kalau dh tk boleh buat apa elok kahwin kn saja,,gatal sgt nk berlaki,sekolah pn tk hAbiss, nk jadi apa?? Proot dmuka mat selan

    BalasPadam
  4. Rasanya pihak polis patut bg hukuman setimpal kpd pasangan ni...

    BalasPadam
  5. cibai punya budak. bg kawin je la senang .. baru dia tau erti tanggungjawab.. tgk dkt result sekolah pun hancurr. nampak sgt jenis malas belajar. so apa lg.. kawin kan saja. ye kawin kan saja .. tapi aku rasa mmg xda dh jantan malaya nak dkt dia ni.. mungkin sirosli calon yg sesuai utk budak ni..wahehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk kawin anak cina tu kena convert dulu @ si amirah yg...

      Padam
  6. Tahi tahi tahi tahi..........

    BalasPadam
  7. Salah dia memang salah dia siapa kita utk mentahikan dia . Biarlah itu urusan dia dengan Allah

    BalasPadam
  8. Pasangan Anak didik 1Malaysia Ajib Gor.Tahniah atas kedua yang mahu bebas merdeka dan liberal.Tahniah IM4U.
    Terbaik di laksanakan olih Mantan Pengerusi ASEAN COMMUNITY,truly Asia.
    mohon PDRM Klang dakwa mereka atas buang masa dan belanja petugas awam.
    mohon semua telcosekat mereka berdua dari menguna dan daftar nombor telepon bimbit,smat fone BB samsong,Oppso,apel huawei.
    arjuna waspada.
    changkat lobak.

    BalasPadam
  9. 1. Kesian kat ibubapa dia
    2. Kawin je la dua ekor ni
    3. Masalah remaja semakin serius...ni just yg kita tau..yg x tau byk lg. Klsu form 1-2 dah kuar dgn laki..senang cite seks bwah umur dah jd perkara biasa dlm masyarakat skrg. X terkejut satu hari nanti 90 peratus ppuan sebelum spm dah rasa berjimak...huhu. harap x terjadi kat kluarga aku

    BalasPadam
  10. skrg ni ak nk tau kisah cikgu yang hilang masuk kedalam hutan tu..dah selesai ke belom?... ak xsempat nk tgk berita tv3 suku sgt,byk muka najib dari berita2 semasa yg penting.... noob,ko dah buat post tu ke belom,blog ko ni pon ak dah jarang2 nak terjah.. mklum la #2keje.... kehkehkeh..

    -petai

    BalasPadam
  11. Masalah keluarga la tu.. Hubungan keluarga tak baik.. Kalau banding rotan dengan cakap.. Baik pilih cakap kalau pilih pukul rotan.. Satu Hari nanti je dia lari dan seumur masih blh ingat. Kalau pilih cakap bincang.. Walaupun tak dengar tapi sekurang kurangnya anak u tau awak sayang dia tak pernah pun pukul dia dan mukinla ada sikit %% harap yang dia boleh ubah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.