Halaman

Isnin, 11 Januari 2016

Yang harus disembunyi biarlah kekal tersembunyi

Aku bercadang nak jadi aktivis kencing secara terbuka. Memandangkan kencing ni suatu benda yang normal, maka kenapa kita kena kencing senyap2 di tempat tertutup?

Zaman moden ni kita sepatutnya menunjukkan keterbukaan kita. Kita sepatutnya mempunyai hak untuk kencing di mana2 sahaja terutama di tempat awam dan secara terbuka. Semua harus tidak malu untuk menangkap gambar tengah kencing serta upload di Facebook dan Instagram.

Kencing adalah perbuatan yang normal bagi semua manusia, maka kenapa harus ia dilakukan secara tersembunyi? Kita sepatutnya berbangga dapat menzahirkan kencing itu secara terbuka kerana kencing itu suatu fitrah manusia dan banyak kebaikannya.

Orang lain yang mengutuk dan mengecam perbuatan kencing secara terbuka adalah orang yang tidak positif, hasad dengki dan kolot. Mereka yang seharusnya mengalihkan pandangan, bukan kita yang terpaksa kencing di tempat tertutup.


Ya, ubah perkataan "kencing" di atas dengan apa2 sahaja perbuatan2 lain yang sepatutnya dilakukan secara tertutup seperti berak, mandi, kentut, korek hidung, jimak, menyusu anak dan lain2.

Ada perkara dan perbuatan yang dijadikan untuk disembunyikan, maka biarlah ia kekal tersembunyi.

* * * * * * * * * *

Entry sarkastik ini adalah respon aku berdasarkan isu baru2 ini di mana page Amran Fans telah membantai kaum2 ibu muda yang upload gambar selfie tengah menyusu anak di media sosial. Namun isu breastfeed di tempat awam secara terbuka dan upload gambar menyusu di Internet ini bukanlah benda yang baru.

Dulu blog Cursingmalay pun pernah kena bantai secara berjemaah oleh geng2 ibu muda pro-breastfeed kat public ni. Aku pun dah pernah tulis pasal ni dulu kat entry "Menyusu di tempat awam, wajar atau tidak?" so aku malas nak tulis isu sama 2 3 kali dan juga memandangkan pendirian aku pasal isu ini masih sama dan tidak berubah.

Dan sekarang giliran Amran Fans pulak kena belasah sampai pagenya hilang sama ada kena delete kerana direport oleh geng2 ibu muda ini atau dia unpublished sendiri. Walaupun aku juga tak berkenan dengan budaya menyusu anak secara terbuka, namun aku tak juga menyokong mana2 pihak dalam hal ni.


Sebab sejujurnya aku tak berapa berkenan bila dua orang bergaduh masing2 mintak tolong dan bawak geng, kawan dan follower masing2 untuk membantai pihak lawan secara berjemaah macam kat entry "Bagaimana bani Melayu bergaduh di Facebook". Kalau ada orang yang nak pertahankan secara sukarela aku takde masalah, cuma bila kita sendiri ajak geng tolong backing dan bantai pihak lawan, aku rasa pathetic sangat.

Ibarat kalah jadi abu menang jadi arang.


P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: kencing isu breastfeed nip nursing in public menyusu anak nenek bayi hisap susu puting tetek di tempat awam khalayak secara terbuka

34 ulasan:

  1. gila kau lawa2 mak budak tu..... nak kawin takut silap2 pilih orang gila mcm ni... len kali tanya la pendapat suami wajar ke idak tangkap gambar time menyusu budak? haih....mengarut melayu ni bajet nak sebar kebaikan tapi xde panduan..... second hand!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ckp saja lebih, bkn ke hari itu ko kentut dlm bas tapi warga nepal yg kena tuduh, ProOO00ootTt

      Padam
  2. Bagaimana pula kalau kentut dtempat awam? Orang tgh makan tiba2 ko proooott, perlu diviralkan? Prooott dmuka ayam aperika bajet admin

    BalasPadam
  3. Salam tuan tanah.. Pendapat n pegangan sy la.. Klu kta nk benci sesuatu perkara biar la ianya perkara yg di benci oleh syariat.. Dan klu kta nk sokong satu2 perkara biar la ianya yg di sokong ikut syariat.. Begitu juga klu nak membantai satu2 perkara pn biar la ianya harus dibantai ikut syariat kn juga.. Pape pn isu kene lihat dr sudut pokok isu dan cara isu di tangangi mst la ikt syariat.. So.. Dan yg paling penting utk diri sendiri ialah.. Pegangan kita tu.. Ikt kehendak syariat or tak? Then.. Agak2 la.. Pegangan tuan tanah ni ikt syariat or x? Maaf.. Sekadar bg pendapat utk dibincangkan dgn tertib.. Tq tuan tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2-2 bodo, mak budak tu bodo post gambar tu tapi amran fans page pun bodo pergi sebar gambar pulak tu len kali censored la ataupun kutuk ngan penulisan ini idak menambah dosa sebar gambar mcm tu...

      Padam
    2. Maaf tuan tanah.. Sy x ltak nickname.. Hrap tuan tanah blh knal sy melalui the way i be.. So persoalanny dh di ajukan td.. Klu nk dibincangkan so blh la.. Klu nk abaikan so biar kn je.. Pape pn.. Stp perkara hukum ny blh berubah dr harus hingga la k haram.. Jika situasi, keadaan dan sbg ny berubah.. Begitu jugak dlm isu ni.. Ianya melibatkan isu pokok dan cara ianya ditangani.. Tq tuan tanah..

      Padam
    3. Maaf kalau tak letak nama memang saya tak cam. Btw saya kurang jelas soalannya, nak tanya pegangan saya tentang apa? Isu breastfeed secara terbuka ni ke?

      Padam
    4. Rasanya takde persoalan pun cuma pendapat dari anon 3:54pm yg klw kita nk benci atw sokong sesuatu biar ikut syariat dlm kes ni wajarkah kita benci kepada tindakan si ibu yg post gambar dia sdg menyusu anaknya?itujela den pehe

      Padam
    5. Takpe saya tunggu maklum balas daripada dia. Apa yang saya faham mungkin berbeza dengan apa yang dia maksudkan.

      Padam
    6. Tuan tanah, tuan tanah... tak payah beriya la panggil tuan tanah.. masalah lu nie nak tanya soalan ke pendapat? Soalan pun tak clear lagikan pendapat. Yang gua pelik, ayam africa apahal bajet bajet admin?

      Padam
    7. Isu pokok..

      1. Hukum menyusu anak dikhayalak ramai.
      2. Hukum post gambr sedang menyusu anak.

      Isu furu'/pecahan..

      1. Cara dan hukum ke atas cara menangani isu pokok..
      2. Cara dan hukum ke atas cara yg tlh dilaksanakan oleh amran fans and the gans serta tuan tanah..

      Natijah..

      Berbalik kpd persoalan metafora pendapat awal di bandingkan dgn hukum2 di atas..

      Maaf tuan tanah jika terguris atau silap cara sy.. Maaf.. Hanya utk kebaikan ummah je..

      Tq tuan tanah...

      Tiada apa2 dr sy.. Habis utk anda..

      Padam
    8. Saya sebenarnya masih kurang jelas dengan persoalan anda. Anda bertanya di atas "Pegangan tuan tanah ni ikt syariat or x?". Pegangan untuk apa? Pegangan untuk membantai suatu isu? Maksud anda cara saya mengulas tentang isu ini dengan cara sindiran/sarkastik adalah tidak ikut syariat? Saya dah jelaskan di atas yang saya juga tidak suka dengan cara Amran Fans membantai pelaku dengan memviral dan menyuruh follower2 dia membantai sekali.

      Jika anda tidak suka dengan cara saya, saya mohon maaf. Jika anda boleh kongsikan cara menegur suatu2 isu sosial dengan cara yang lebih ikut syariat, bolehlah berkongsi dengan saya, mungkin ada yang saya boleh pelajari dan perbaiki di masa akan datang.

      Padam
    9. Ape benda lu merepek nie. Lu tak payah pakai bahasa kiasan. Lu tanya soalan pastu lu jawab. Lu nak respond tapi lu tanya pendapat. Gua baca statement lu pun gua pening. Wei ayam afrika, kenapa lu bajet lu admin?

      Padam
    10. Tuan tanah..
      Tlg bg email yg anda sedia utk bg..

      Tq..

      Padam
    11. Email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com.

      Padam
  4. perempuan ni tak pandai ke buat2 x pandai?semua lelaki normal y masih hidup adalah pervert.setiap kali nampak pompuan cantik mesti tengok muka dan 'ehem2' dia.pasal breastfeed ni plak,macam awek ni mcm sengaja je nak menunjukkan breast die.kang x pasal2 ade plak y nak tumpang menyusu.bukan stakat anak orang,bapak orang,laki orang,kawan pejabat datok orang pula y nak tompang menyusu.kang ade pulak y test market nak tumpang sekali.nanti ade plak kes curang(mungkin jadi).orang zaman skarang ni nampak comel sket.asal dapat je.x kiralah bini orang atau tidak.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Aku xde masalah bg ibu2 yg nk menyusu anak KT tempat awam klu pndai cover.masalahnya xpayah LA smpai nk upload Kt fesbuk.

    BalasPadam
  7. skrg ni byk alat direka utk memudahkan ibu2 menyusu baby. contohnya breastfeeding pump. gunakan lah pam tu senang. mcm wife aku buh siap2 susu dalam botol susu bila keluar p mana2 dah senang tak payah nak selak tetek bg anak. tak mampu beli yg elektrik pump beli yg manual. xsampai 30ringgit pun

    benda mudah je so xpyh nak menyusahkan & membangankan diri sendiri.

    -paracetamol biru-

    BalasPadam
  8. Poin para ibu BF ni adalah 'susu anak sendiri itu satu tuntutan bla bla bla'
    Masalahnya isunya bukan tang susu tu, tapi tang kenapa perlu nak share dalam media sosial.
    Orang zaman sekarang bangang senyap-senyap tak boleh ke?

    BalasPadam
  9. Hahaha perempuan, sebab tu tak boleh jadi imam, kebanyakanya nampak macam educated tapi tang hukum tuhan boleh fail,

    btw ramai ibu-ibu muda yang dah start mohon maaf pada Amran Fans

    BalasPadam
  10. dorang nak bagi tau kat orang yang dorang ada tetek. size tetek, sila imagine sendiri. gitu la kot

    BalasPadam
  11. Yg kecoh ni sbb ppuan ni sorg je.....x perlu nak wat attack statement mcm hentam semua kaum hawa x betul ...yela kan, kita ni kan jenis suka cepat jatuhkan hukum.

    Rilek suda...

    BalasPadam
  12. Perempuan mmg otak udang pun.. kalu kerja tu sampai jadi hamba kompeni.. jadi hamba dunia.. tp xsedar2 diri diperguna..

    Bila dapat duit beli brg ntah pape.. pastu duit habis.. kerja lagi.. duit habis kerja lagi.. begitu lah sampai habis tenaga diperah...

    Kaum wanita hargailah diri anda. Jgn biarkan dunia menodai dan menguasai hati anda.. anda yg derita dan xbahagia nnt...

    BalasPadam
  13. rasa malu perempuan dah xde ..ramai lelaki hisap vape tapi perempuan yang ramai hisap sambil upload video...lelaki majoriti drive kereta tapi yang banyak papar gangster driver perempuan yang mengamuk...kalau tegur dia pakat ramai2 bahan kita...benarlah walau tinggi manapun perempuan berpelajaran tetap akalnya tidak sama seperti lelaki...dan tetap perlukan lelaki sebagai pebimbing (lelaki yang waras la)..gila2 admin amran pun tau mana yang songsang atau mana yang pelik..aku cuma fikir apa rasa suaminya bila gambar memberi susu pada zuriatnya yang keluar dari auratnya sepatutnya hanya untuk tatapan suami tapi di kongsi beramai2....( boleh tak share video jimak sekali cakaplah ini untuk panduan seks yang selamat)..

    BalasPadam
  14. woi ayam ,,sebelum kes ni dah keluar kes yang sama ..apabila dia tegur tentang bagi susu kat public ..makin dia menjadi2 menyusukan bayi depan public ramai2 ...cuba search...lain kali kat reban suruh tuan pasang wi-fi baru tahu perkembangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Papepun sy xnak buang air liur bergaduh pasal isu ini....kalau ppuan yg sama meroyan pasal isu menyusu ni, biarkan la dia dgn dunia dia...ada isu yg lebih mustahak diperdebatkan.

      Padam
    2. Nak debat apa? 1MDB? Ke nak debat sape admin?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.