Halaman

Rabu, 16 Mac 2016

Keluar deposit haji hilang giliran hingga 70 tahun

Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji hingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.


Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji...bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun.

"Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Sumber Berita Harian dan Siakap Keli.

Susulan daripada berita ini, ramai yang mengutuk DS Jamil Khir dan mengatakan dia mengugut pendeposit Tabung Haji akan hilang giliran pergi haji sehingga 70 tahun jika keluarkan deposit, malah tidak kurang juga mengatakan yang dia bukan Tuhan untuk menentukan seseorang itu dapat pergi haji atau tidak.

Kita ni kadang-kadang bila dah benci kat seseorang atau organisasi tu, hilang terus daya untuk membaca dan berfikir. Baca sahaja headline atau tajuk berita terus buat kesimpulan dan andaian sendiri.

Pertama sekali, apa yang dia cakap tu betul. Di Malaysia kalau kita nak pergi haji kaedah biasanya adalah melalui pakej biasa Tabung Haji. Oleh kerana bergitu ramai orang Islam nak pergi haji, maka Tabung Haji guna kaedah sistem giliran siapa cepat dia dapat. Macam mana nak booking giliran pergi haji adalah daftar untuk pergi haji dan kena ada sekurang-kurangnya RM1,300 dalam akaun Tabung Haji sebagai wang deposit.

Maka bila kau keluarkan semua duit kau dari akaun tabung haji termasuk deposit RM1,300 tu sama macam kau tutup akaun dan menarik diri serta membatalkan booking giliran pergi haji kau, so kalau lepas ni kau nak daftar pergi haji balik kau kena la masukkan deposit RM1,300 tu balik tapi kena beratur balik lah nombor giliran kau dari awal.

Contohnya sama macam kau nak beli kereta yang baru keluar. Kau nak book kereta kau kena bayar deposit dulu, lepas tu baru tempahan kau masuk giliran. Lepas booking orang lain yang lebih awal tempah siap, barulah mereka akan siapkan dan hantar kereta kau. Tapi kalau sebelum tu kau mintak balik duit deposit kau, dah tentu sama macam kau nak batalkan tempahan beli kereta tu. Dan apabila lepas tu kau nak tempah balik, tempahan kau akan dikira sebagai tempahan baru dan mula nombor giliran baru.

Itu nak book kereta baru, beberapa bulan boleh dapat. Kalau nak book giliran pergi haji, tak ke queue sampai 60 70 tahun?

Kedua, memang Jamil Khir bukan Tuhan. Maka kalau kau nak pergi menunaikan haji dengan kaedah lain selain melalui Tabung Haji, kau usahakanlah dengan cara lain itu, tak payahlah nak kecam sistem giliran Tabung Haji yang dah memang macam tu caranya dari dulu lagi pun sebelum Jamil Khir cakap ni pun.

Ketiga, laporan berita ni pun suka sangat letak headline yang boleh mendatangkan persepsi dan salah faham. Dah tahu orang Malaysia ni jenis suka baca tajuk je tapi malas baca isi penuh, tulis la headline elok-elok sikit.

Benda simple je tak perlu nak kecoh atau buat persepsi dan propaganda yang bukan-bukan. Pasal isu Tabung Haji dengan 1MDB apa semua tu aku tak mahu ulas kerana aku sendiri tiada maklumat yang sebenar tentang hal itu. Aku cuma ulas tentang wang deposit dan giliran Tabung Haji ni je.

Tapi kalau kau rasa nak juga keluarkan duit dari Tabung Haji kau keluarkan je lah, cuma aku sarankan tinggalkanlah sekurang-kurangnya RM1,300 sebagai deposit pergi haji. Nanti bila dah tiba giliran kau, kau kena ada duit sekurang-kurangnya RM10,000 juga bagi yang kali pertama pergi haji.

Tapi kalau kau tetap nak keluarkan semua duit dan tutup akaun Tabung Haji terus pun, aku peduli apa, duit korang, life korang. Dan harapnya bila korang tarik diri tu nombor giliran akan jadi lebih cepat sikit.

Artikel lain berkaitan haji:





tags: hilang giliran pergi haji umrah tabung haji deposit 70 tahun jamil khir ugut keluar duit tutup akaun tarik diri kos bayaran tambang yuran

13 ulasan:

  1. salam jamil khir salahguna duit zakat

    Saya kurang selesa apabila Menteri seolah-olah mengugut rakyat dengan memberi amaran mereka kena tunggu 70 tahun jika tutup akaun Tabung Haji. Beliau menyindir kononnya mempersoalkan kedudukan kewangan Tabung Haji menyebabkan ramai orang tidak dapat menunaikan haji kerana terlepas giliran. Masalah sebenarnya kerana kuota haji tidak pernah cukup. Kenapa Najib Razak tidak minta sahabat baik beliau dari keluarga diRaja Saudi menaikkan kuota? Itu lebih baik dari mendapat derma RM2.6 bilion! Mohor sebarkan pencerahan ini.

    BAKAL HAJI MEMANG PERLU MENUNGGU LEBIH 50 TAHUN UNTUK MENUNAIKAN HAJI, KENAPA DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK TIDAK BERJAYA MENDAPATKAN LEBIH BANYAK KUOTA HAJI?

    Saya sedia maklum jawapan Dato’ Seri Jamil Khir semalam yang seolah-olah menuding jari kepada komen-komen yang saya buat sebagai sebab kenapa jemaah haji terpaksa menunggu sehingga 70 tahun untuk menunaikan haji.

    Sebenarnya saya telah mendapat jawapan dari beliau sendiri pada 9 Mac 2016 yang lalu mengenai kaedah yang digunakan untuk menentukan giliran jemaah haji menunaikan haji (jawapan dilampirkan bersama).

    https://drive.google.com/file/d/0B2GRLI8QVQQgVVdfSGxwdzQ0a2M/view?usp=sharing

    Sebab itu jawapan beliau semalam adalah tidak tepat dan cuba menyembunyikan kelemahan di pihak beliau sendiri dengan memberi gambaran seolah-olah timbal balik (“check and balance”) terhadap kedudukan kewangan Tabung Haji adalah punca bakal haji terpaksa menunggu masa yang lama.

    Merujuk kepada jawapan beliau sendiri, setakat Februari 2016 ada 2.023 juta pemegang akaun Tabung Haji yang telah mendaftar untuk menunaikan haji sedangkan kuota haji setiap tahun adalah sebanyak 0.1% dari jumlah penduduk Malaysia (rujuk laman rasmi Tabung Haji). Ini bermakna kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia adalah 30,000 orang setahun. Malah sejak beberapa tahun lalu, kuota haji Malaysia adalah sekitar 22,000 orang setahun sahaja.

    Pada angka ini dan jumlah bakal haji seramai 2.023 juta, secara purata seorang bakal haji memang perlu menunggu di antara 40 hingga 70 tahun untuk menunaikan haji. Tempoh masa yang lama ini tidak ada kena mengena dengan komen-komen saya mengenai Tabung Haji tetapi adalah kerana kegagalan Kerajaan Malaysia mendapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Saudi.

    Saya ingin mengusulkan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak merundingkan dengan Kerajaan Saudi untuk meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 setahun untuk memendekkan tempoh menunggu giliran memandangkan beliau sangat rapat dengan Kerajaan Saudi. Jika keluarga diRaja Saudi boleh mendermakan RM2.6 bilion kepada beliau, saya yakin beliau begitu rapat dengan keluarga diRaja Saudi dan boleh mendapatkan pertambahan kuota haji bagi rakyat Malaysia.

    Saya akan membentangkan analisa saya mengenai pengurusan giliran haji dan kuota haji dalam masa terdekat untuk menunjukkan bahawa ada kepincangan yang memangsakan bakal haji yang miskin dan tua. Sepatutnya isu ini perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh Dato’ Seri Jamil Khir sebelum beliau menuding jari sesuka hati seperti itu.

    RAFIZI RAMLI
    NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
    AHLI PARLIMEN PANDAN

    ayuh ubah undi selain BN untuk masa depan yg lebih gemilang.

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh,dia ingat kerajaan tak buat rundingan nak naikkan kuota ke? tiap-tiap tahun kita mohon, kau ingat kat Malaysia je ada orang islam? berlambak-lambak negara lain mohon nak naikkan kuota, ituhari Rafizi Pandan ni cakap kalau minyak turun harga barangan akan turun, mana janji janjimu? sejak hari tu baru aku tahu si Rafizi ni pandai cakap kosong, membangkang membabi buta, bentangkan analisa? Tan Sri Khalid punya kesalahan konon sampai satu buku penuh tu mana? talk cock sing song si Pandan

      Padam
    2. ya betul tu. prooOotT d muka KEDEPAN & najib-uto lazak

      Padam
  2. salam 1bangelasia

    Apabila pemegang amanah mengingkari amanah maka berlakulah kekecohan dan berakhir dengan kehancuran.

    Rakyat amanahkan duit rakyat mereka salah guna bail-out syarikat kroni. Akibatnya negara tanggung hutang berbillion.

    Rakyat amanahkan mereka syarikat rakyat (kerja kerajaan) mereka khianat ambil anak dan saudara bukan kerana kelayakan. Akibatnya servis kerajaan lembap dan mengecewakan.

    Rakyat amanahkan mereka ipt mereka khianat lecturer suruh pilih candidate physical edu mereka pilih awek lawa lawa yang tak sampai pun minima limit. Kalau di maktab anak kenalan dan saudara yang gagal periksa masuk course sukan sedangkan wakil sekolah pun tak pernah. Akibatnya sukan Malaysia merudum.

    Rakyat amanahkah mereka maktab mereka khianat memilih anak dan saudara bukan kerana kepandaian akibatnya akhlak dan bahasa inggeris anak didik di tahap mengecewakan.

    "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui (Al Anfaal : 27)

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.hee


    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dia dah kait dengan agama pulak, sikap dan perasaan tanggungjawab tak ada kena mengena dengan KEDEPAN, result cemerlang menjanjikan perangai cemerlang ke? kau ingat yang tak amanah tu result dia rendah ke? yang result cemerlang lagi pandai dia buat khianat sampai SPRM pun susah nak detect,

      masuk air la kau ni

      Padam
  3. itulah sekarang ni susah sangat dalam urusan kerajaan, kadang kala memang bukan saja-saja je kita nka keluarkan duit tu, tapi nak buat macam mana perlu terima hakikatnya....www.keladionline.com

    BalasPadam
  4. Saya pun pelik. Tadi dekat wall fb ada post pasal ni dan nampak la orang mengomen negatif dekat TH. Tapi bila baca tak nampak pun "ketidak adilan" mcm di komen.

    BalasPadam
  5. Melayu banyak yang fikiran sempit, akal pendek, erti kata lain b.d.h, tak semua tapi ada banyak, ego tinggi tak payah cerita la, kalau nak p haji ambil la pakej biasa, bayar je 20k++, kalau ada duit la, kalau tak ada, buat cara orang takda duit la, p haji guna subsidi melalui tabung haji, haji ni wajib bagi yang mampu, kalau tak mampu faham-faham je la eh, as simple as that...

    BalasPadam
  6. Biasa sgt headline bunyi mcm panas/sensasi je dengar...sama gak isu bg voucher jika ada lebihan cukai LHDN, tp last2 sbnrnya kalau baca detail hanya kpd yg x register no akaun maybank utk dibank in, so better bg voucher instead bg cek.

    BalasPadam
  7. Walaupun apa yg dicakap Menteri tu betul, tapi pada aku, cara dia cakap tu yang kasi orang naik angin.
    Sudahlah cerita dia songlap duit tak diterangkan dgn jelas, pastu main ugut2 pulak. Cerita elok2 kan boleh. Ingat rakyat Malaysia ni budak tadika ke nak main ugut2?

    BalasPadam
  8. prooOttT creEetT d muka KEDEPAN.

    -sirosli the return-

    BalasPadam
  9. ntah nya si jamil khir ni. isu duit yapiem yg dia sonlap pun xterjawab pastu nak main ugut2 plak. jibai punya jamil.

    BalasPadam
  10. biasalah...paper mesti buat tajuk gempak...baru orang ada nafsu nak membeli =)

    http://at-tarmizi.blogspot.my/

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.