Halaman

Isnin, 4 April 2016

Orang popular pasti betul dan tidak mungkin salah

Sebagai manusia, kita ada etika dan moraliti yang perlu diikuti dan dipatuhi agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang sihat, sejahtera dan bertamadun. Sebagai manusia yang beragama terutama yang beragama Islam, kita ada peraturan tentang apa yang boleh, apa yang tidak boleh, apa yang benar dan apa yang salah, dan semua itu telah pun dinyatakan dengan merujuk kepada Al-Quran dan hadis.

Namun amat malang apabila hari ini manusia lebih mudah untuk membuat penilaian akan benar atau salah itu berdasarkan siapa yang menutur atau melakukan suatu perkara itu lebih-lebih lagi di media sosial. Orang yang mempunyai status, berpangkat atau popular yang mempunyai ramai peminat dan pengikut terutama yang berlevel macai, segala apa yang dibuat dan dituturkan olehnya pasti akan dilihat sebagai suatu yang betul dan benar oleh pengikutnya walaupun pada perkara yang salah.

Gambar hiasan

Apabila ada orang menegur atau menasihatinya, pengikut-pengikut yang taksub ini secara membabi buta akan terus menyerang orang yang menegur tersebut hanya kerana mempertahankan idola atau ikon mereka walaupun kadangkala sudah jelas ia suatu yang tidak beretika dan salah di sisi agama, hanya kerana yang menegur itu tidak popular dan bukanlah sesiapa. Malah kadangkala orang yang ditegur itu OK sahaja tetapi macai yang taksub ini pula yang terlebih over dan menggelabah tak tentu pasal.

Ingatlah, kita semua ni manusia, dan manusia itu bukannya sempurna, ada kelemahan dan tidak lari dari membuat kesilapan hatta sehebat dan sepopular mana pun seseorang itu. Pengikut yang baik adalah mereka yang menyokong ikon mereka ketika benar dan menegur ketika salah, bukan menyokong dan mempertahankan sahaja dengan membabi buta walaupun pada perkara yang tidak betul.

Usah terlalu mengagungkan manusia. Usah terus menyokong dan membiar manusia terapung dan terawang-awangan dalam kesilapan mereka. Dan usah terlalu mengharapkan manusia untuk terus menjadi seperti apa yang kita mahukan, kerana andai satu hari idola kita berubah seperti pemimpin-pemimpin politik yang ada pada hari ini yang pernah suatu ketika dulu didewa-dewakan, apatah lagi jika idola yang selama ini kita lihat sebagai insan yang kita mahu contohi atau kejari itu jatuh dan gagal, kita pasti akan kecewa.

Berlapangkanlah dada walaupun hati pedih. Terima sahaja teguran yang baik. Dan ingatlah, sehebat mana idola kita, apabila timbul hal berkaitan etika atau moraliti, benar atau salah, kembali sahaja kepada Al-Quran dan hadis, kerana itulah rujukan yang terbaik. Kita beriman pada Tuhan bukan pada manusia atau lain-lain perkara dalam dunia ini.

Dan ingatlah, nasihat dan teguran yang baik bukanlah untuk menjatuhkan. Jika teguran yang baik itu dianggap sebagai menjatuhkan kaum, menjatuhkan manusia, maka adakah semua teguran dan peringatan daripada Allah dan Nabi yang tercatat dalam Al-Quran dan hadis itu untuk menjatuhkan manusia dan kaum?

Namun dalam menegur pun usahlah sampai membenci pelaku, kerana mungkin dalam 10 perbuatannya, 9 daripadanya baik dan hanya 1 sahaja yang tidak elok, maka tegurlah sahaja perkara yang tidak elok itu, bukan menyerang terus keperibadian orang tersebut.

Aku sendiri jika aku ada silap, tegurlah aku, ingatkanlah aku, namun janganlah kecam rupa aku, atau peribadi aku, atau kawan aku, atau keluarga aku dan sebagainya. Itu semua tiada kaitan kerana yang salah itu adalah sikap, perbuatan dan kelemahan aku sendiri.

Itu sahaja.

Baca artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: orang popular pasti betul tak akan mungkin salah ramai peminat fans pengikut

3 ulasan:

  1. Apa yang aku nampak, klw org yang "popular" dah berkata sesuatu di media sosial. Memang susah dia nak minta maaf atau tarik balik apa yang dikata dan sanggup berjuang untuk menegakkan kata2 dia biar pun perkara yang salah. Agaknya klw mengaku salah mungkin dicop loser kot

    BalasPadam
  2. buasir otak dah popular...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.