Halaman

Jumaat, 1 April 2016

Selamat ulangtahun yang pertama buat GST

Hari ini merupakan ulangtahun GST yang pertama di mana sudah genap setahun GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan di laksanakan. Tahun lepas aku pernah membuat perbandingan harga barangan beberapa hari sebelum pelaksanaan GST dengan sehari selepas GST. Maka sempena ulangtahun GST yang pertama ini, aku akan cuba membuat perbandingan harga antara barang pada setahun yang lepas dengan harga barang pada hari ini terhadap barangan yang sama dengan berdasarkan harga yang diperolehi daripada Tesco Online Apps.


Sebelum tu mari kita dengarkan semula lagu GST bagi menambah kecintaan kita terhadap GST. It's a nice song actually.


Ok sekarang, berikut adalah perbandingan harga beberapa barangan pada tahun lepas dengan harga pada hari ini:


Bil. Produk Harga pada
2 April 2015
Harga pada
1 April 2016
Perbezaan Harga Peratus Perbezaan
1 Century Dipper RM1.50 RM2.00 RM0.50 33.33%
2 Colgate Cavity Protection Spider-Man Bubble Fruit Flavor Fluoride Toothpaste for Kids 40g RM2.30 RM3.25 RM0.95 41.30%
3 Colgate Kayu Sugi Ubat Gigi Antikaviti 175g RM5.59 RM6.15 RM0.56 10.02%
4 Dutch Lady Low Fat High Calcium Milk 1 Litre RM6.29 RM6.09 -RM0.20 -3.18%
5 Jalen Kicap Lemak Manis 325ml RM3.20 RM3.39 RM0.19 5.94%
6 Jalen Soy Sauce 325ml RM2.80 RM2.95 RM0.15 5.36%
7 Lady's Choice Real Mayonnaise 230ml RM5.79 RM6.05 RM0.26 4.49%
8 Life Chilli Sauce 340g RM2.70 RM2.95 RM0.25 9.26%
9 Life Oyster Flavoured Sauce 250g RM2.69 RM2.85 RM0.16 5.95%
10 Life Thai Chilli Sauce 360g RM3.15 RM3.70 RM0.55 17.46%
11 Life Tomato Sauce 330g RM2.40 RM2.75 RM0.35 14.58%
12 L'Oréal Paris Total Repair 5 Repairing Shampoo 330ml RM16.15 RM15.89 -RM0.26 -1.61%
13 Maggi 2 Minute Chicken Instant Noodle 5 x 77g RM3.69 RM3.99 RM0.30 8.13%
14 Maggi 2 Minute Noodles 5 x 79g RM3.39 RM3.99 RM0.60 17.70%
15 Maxonic Hanger Series M2288-15 15pcs RM4.75 RM10.25 RM5.50 115.79%
16 MILO 3 in 1 Original 30x33g Stick Packs RM22.15 RM23.15 RM1.00 4.51%
17 Nescafé Classic Instant Coffee 50g RM6.49 RM6.75 RM0.26 4.01%
18 Saji Cooking Oil 2kg RM6.29 RM6.25 -RM0.04 -0.64%
19 Tesco Blue In-Cistern Toilet Block 2 x 45g RM4.45 RM4.99 RM0.54 12.13%
20 Tesco Everyday Value Facial Box Tissue 4 x 100s RM3.40 RM3.49 RM0.09 2.65%
21 Tesco Extra Long Life C Alkaline Batteries 1.5V 2 Pack RM7.50 RM8.15 RM0.65 8.67%
22 Tesco Value Metal Scourer 1 Piece RM1.05 RM1.25 RM0.20 19.05%
23 Tesco Value Metallic Scourer 1 Piece RM1.05 RM1.25 RM0.20 19.05%
24 Wings Daia Blooming Garden Fabric Softener 1800ml RM4.79 RM5.49 RM0.70 14.61%
25 Faiza Mongkut Beras Wangi Thailand AAA 10kg RM45.00 RM45.00 RM0.00 0.00%
Jumlah RM168.56 RM182.02 RM13.46 7.99%
Kod warna: Harga kekal
Harga turun
Harga naik


Barang-barang yang aku senaraikan di atas adalah merupakan barang-barang keperluan yang biasa kita beli di pasaraya. Jika dilihat pada perbandingan harga tersebut, daripada 25 barang hanya 1 yang harganya masih kekal, 3 barang telah menurun dan 21 barang telah pun naik harga, terutama harga barang makanan. Ada yang naik 20 sen, 50 sen, 70 sen dan sebagainya. Dengan membeli barang yang sama, jumlah kadar kenaikan adalah sebanyak 8% dengan aku perlu membayar tambahan RM13.46 berbanding tahun lepas.

So apa yang menyebabkan peningkatan harga barang ini? Macam-macam, mungkin GST, kadar tukaran wang mata asing, ketidakstabilan harga minyak, kadar inflasi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, menjadikan negara berpendapatan tinggi dan sebagainya.

Yang pasti, setiap tahun harga barangan kebanyakannya pasti akan naik dan tidak akan turun. Dan sekali lagi, apa yang digambarkan dalam buku buku ini tidak tepat dan bullshit sama sekali.


Mohon mereput.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: ulangtahun gst cukai barangan dan perkhidmatan perbandingan harga barang tesco tahunan sebelum selepas

11 ulasan:

  1. selamat...........

    BalasPadam
  2. Selamat ulang tahun GST..ntah berapa dah duit aku melayang untukmu GST..idok teman ngiranya..harap2 duit tu laki rosmah guna la utk kebajikan rakyat..bukan beli macam2 untuk bini lagi..
    Wahhh...lamanya dok ngomen sini..asyik jadi pembaca yg setia je..hahaha..
    -lanun-

    BalasPadam
  3. Salam sonlap duit 100juta

    daripada 25 barang hanya tiga saja yg turun. ini menunjukkan Baziran Nesional gagal dalam menangani kos sara hidup. rakyat minta turun kos sara hidup diberinya GST. manakala melayu masih lagi bangsat memberi undi kepada mereka ini. akibatnya semua rakyat kena cukai yg kaya pun kena yang miskin papa idup merempat pun kena bayar gst.

    jom ubah undi kepada pakatan harapan, pas dlam pru14 untuk masa depan yg lebih gemilang.



    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya.hee

    BalasPadam
  4. Aku komen lagi..aku RASA laa..kenaikan harga2 ni ikut persekitaran semasa jugak noob..mcm ko cakap tu..keadaan ekonomi yg mencabar..nilai matawang yg merudum..mcm2 lagi la..so,company2 ni kena la elakkan kerugian utk dorang..nak bayar gaji pekerja lagi..maka rakyat la kena tanggung diakhirnya..
    Dan kalau ada umur yg panjang lagi taun depan..ko pun ade rezeki nak buat perbandingan lagi..aku rasa kenaikan harga tetap akan berlaku..ade je alasan akan diberi nanti..
    -lanun-

    BalasPadam
  5. cibai najib asyik nak menyusahkan rakyat je. dah setahun gst, berpuluh puluh billion ko kutip. mana hasilnya, apa yg ko buat dgn duit tu. dkt tempat aku org masih lagi susah, jalan mcm zaman perang jepun, klinik & sepital masih di takuk lama. bangunan uzur .. xda penambahbaikkan. jibai la lu ... xtakut azab ke.

    -anon poksu kocak(the returned)-

    BalasPadam
  6. aku xsalahkan GST. tetapi peniaga2 yg tamak. aku tahu kerana aku juga adalah dalam golongan peniaga juga (insider).

    konon meniaga ingin mengikut sunnah rasulullah. tetapi adakah kita mengikut cara rasulullah berniaga? adakah kita kaji bagaimana rasulullah berjual beli, menentukan harga dan ketelusan terhadap jual beli. adakah kita ikut margin keuntungan sebagaimana rasulullah?

    mengambil untung berlebihan, akan menyebabkan inflasi dan ia tidak akan berhenti.

    tahi lah maleis2 jubo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu sebelum GST hasil jualan mereka akan diwartakan n akan dikenakan tax utk dibayar kpd Gov sbgi Tax Jualan. Pengguna yg bayar harga brg 2 consider dah byr tax sekali dgn harga jualan.

      Lepas GST, ikutkan ada barang naik n barang turun ikut perbezaan & tax sebelum dan selepas GST..tp kebanyakan nak short cut n kos efektife...ditambahkan sahaja nilai 6% dlm hasil jualan mereka. Yes, pengguna byr tax dlm harga jualan tp seems mcm double tax yg berlaku, bezanya tax yg ditambah mmg pergi ke Gov, tax yg sebelum ni mcm masuk poket sendiri..lgpun xleh nak cari bukti yg duit tu adalah tax atau alasan kenaikkan harga brg.

      Ataupun sbnrnya mereka x byr tax kat gov pun sebelum ni sebelum GST berlaku ataupun adjust hasil jualan (Dr RM500k jualan kpd RM10k jualan) semata2 nak byr tax seminimum mungkin kpd gov...sama gak dgn anda byr lhdn, yg kerja sendiri tulis pendapatan tahunan RM20k je tp hasil jualan berjuta2 sbb boleh adjust utk elak byr cukai byk kat gov.

      Sy sokong GST, tapi x setuju perlaksanaannya sbb penguatkusaannya lemah...byk peniaga ambil kesempatan sbb nak elak byr tax tinggi kat gov. so naikkan 6% dlm hasil jualan, habis cite...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.