Halaman

Ahad, 8 Mei 2016

Sekilas pandang Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016

Pilihan raya negeri Sarawak (PRN Sarawak 2016) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Seperti yang semua sudah tahu, BN menang besar. Namun di sebalik kemeriahan PRN Sarawak ini, berlaku tragedi nahas helikopter di Sebuyau yang membawa golongan kenamaan membabitkan Timbalan Menteri dan KSU Kementerian Perladangan dan Komoditi. Aku akan menulis beberapa isu tentang PRN kali ini, sebelum itu kita lihat dulu sekilas pandang makna di sebalik angka dan statistik yang tercatat di PRN Sawarak 2016.


(1) Gelombang biru BN sapu 72 daripada 82 kerusi atau 87.8 peratus. Pada 2011, BN hanya mendapat 55 daripada 70 kerusi (78.6 peratus). Ini mengulangi kejayaan 2006 apabila BN menguasai 88.6 Dewan Undangan Negeri (DUN).

(2) DAP dan PKR tewas kepada BN di kesemua kawasan bertindih mereka. Di sesetengah kawasan, undi mereka jika digabungkan pun tidak melebihi undi BN. Ini mungkin disebabkan protes pengundi.

(3) PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) kalah di semua kerusi ditandingi mereka. PAS bertanding 11 kerusi manakala AMANAH pula 12. PAS juga gagal dapat kerusi sulung yang dicita-citakan di Beting Maro, malah BN menambah majoriti di situ.

(4) Impian DAP menembusi kawasan bumiputera gagal. Parti itu malah hilang lima daripada 12 kawasan bandar yang dikuasai sebelum ini.

(5) PKR berjaya pertahan kesemua tiga kerusi tetapi gagal tambah kerusi baru.

(6) Daripada 25 kerusi tumpuan, hanya tiga dimenangi pembangkang iaitu Pujut (DAP), Krian (PKR) dan Ba'kelalan (PKR).

(7) Calon BN Dr Juanda Jaya, yang juga bekas mufti Perlis, menang di Jemoreng. Bebas di tempat kedua dan calon AMANAH hilang majoriti.

(8) Tan Sri Adenan Satem, yang membimbing pasukannya Team Adnan, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak malam ini setelah berjaya mendapat mandat baru.

Sumber Malaysiakini.

Sekarang ulasan aku...

1. BN menang bukan kerana BN bagus.

Pertama sekali, ya negeri Sarawak boleh dikatakan kubu kuat kepada BN. Namun kemenangan BN di PRN Sarawak 2016 bukan semata-mata kerana BN itu sangat bagus, tetapi kerana parti pembangkang itu bangang. Oh maaf terkasar pula. Kerana parti pembangkang itu teruk.

BN walaupun taklah bagus mana, tapi parti komponen mereka bersatu, duduk di bawah payung yang sama. Pakatan pembangkang pula, sudahlah asyik bertelagah dan bergaduh, duduk di bawah payung sendiri, berlawan sesama sendiri pula di beberapa kawasan, last-last undi pecah.

Kau nak kutuk pengundi BN ni bodoh, bebal, makan dedak dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama kau tak sediakan pun alternatif yang lebih baik dari BN. Baru peringkat parti politik dah tak boleh nak bersatu, mencapai kesepakatan dan sangat rapuh, belum lagi tadbir kerajaan. Jangan cerita pasal negeri Selangor, itu waktu dulu ketika parti-parti Pakatan Rakyat nampak macam bersatu dan sebelum segala perbalahan berlaku.

So at the end kau nak expect orang undi kau? Adakah kau rasa parti kau orang itu adalah pilihan terbaik yang ada untuk orang Sarawak?

Come on, face the reality. Jangan delusional sangat. Kalau kau orang masih tak nak berubah, memang sampai bila-bila lah BN akan terus memerintah.



2. Sikap penyokong pembangkang dan anti-BN.

Macai BN memang sangat memualkan, tapi perangai macai pembangkang dan orang yang anti-BN sama atau lebih memualkan, kau tahu?

Bila BN menang, kau hina pengundi Sarawak.
Bila parti pembangkang kalah, kau hina penduduk Sarawak
Bila pemimpin BN terlibat dalam nahas tragedi, kau suka dan doakan Najib ada sekali dalam tu.
Bila pemimpin BN meninggal, kau cakap "walaupun kita berbeza idelogi politik tapi aku bla bla bla...".



Ya, don't to excited ya macai BN, korang pun sama sahaja reaksinya bila pemimpin parti pembangkang meninggal. Tapi bila macai pembangkang dan haters kerajaan buat benda yang sama, itu menunjukkan yang kau orang just not any better from them. Dan at least, diorang dah jadi kerajaan selama setengah abad, kau orang tu tak pernah pegang kerajaan persekutuan dah tunjuk perangai hodoh.


3. Permusuhan antara penduduk Sarawak dan Semenanjung.

Aku tahu ada orang Semenanjung tak suka orang Sabah Sarawak dan begitu juga sebaliknya, namun tak perlu kau mengeruhkan keadaan dan melaga-lagakan mereka hanya kerana parti kau kalah atau nak tunjukkan yang betapa teruknya sesebuah pihak yang lain.

Seperti contoh apabila kau laga-lagakan orang Semenanjung dan Sarawak dengan tunjuk respon netizen terhadap isu helikopter hilang betapa teruknya semua orang Semenanjung dan betapa mulianya semua orang Sarawak.

Dari sebuah page FB.

Come on, yang baik buruk itu kat mana-mana pun ada. Dah kau filter komen yang buruk sahaja untuk Semenanjung pastu nak cakap orang Semenanjung buruk. Ada banyak je aku jumpa komen dari orang Semenanjung yang baik-baik, tak nak pulak kau filter.

Aku ada ramai kawan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang baik, dan ada juga aku pernah jumpa orang yang teruk. Jangan nak generalize.

Dan apa yang kau orang buat ni, doesn't change anything. And you guys not even better than the others and only making things worse and more worse.

That's it, fk you all. I mean not you the reader, but the macai.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: keputusan sekilas pandang ulasan rumusan pilihan raya negeri sarawak 2016 11 prn tragedi nahas helikopter kronologi sebuyau mangsa parti bn barisan nasional umno pembangkang dap pas pkr pan amanah

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau saiya idop mirimpat tapi saiya sukaa yitu gay ess teyy . . yidup bieeyenn..

      -kelab bieyenn bangelasia-

      Padam
    2. ंंअतस ₨ लसकरतततततल दबाकर व तब षसरड?ोोिि सतदयसपदद लिकद ? ₨,ँएॉै ? PrOoOtt

      Padam
  2. Sy pun perasan pasal komentar dlm fb terutamanya...once dah jadi macai atau haters, double standard akan berlaku...n x guna nak menang statement dgn dioarg, buang masa.

    Pasal sarawak, demokrasi dah diberi n mandat baru kpd kepimpinan sedia ada. Nak komen org sarawak bodoh pun x guna sbb mereka ada hak mengundi..anda lambat lagi for next pru.

    Pasal BN mmg sy sendiri menyampah, tp pasal pembangkang pun 2x5 atau lebih teruk lg sbb mereka xde kesefahaman sesama parti utama smpi leh isu pertindihan kerusi yg trully merugikan.

    Bg sy...tugas pembangkang kpd pemimpin sedia ada sbgi check n balance, tp lagi teruk kalau kerja pembangkang 24 jam cari kesalahan musuh parti tp kawasan yg dah menang sebelum ni x ambil kisah sgt. Sy lg suka pembangkang yg boleh menunjukkan anda dpt membantu rakyat lebih baik dr kerajaan BN..confirm satu malaysia sokong parti anda.

    Paling sy risau skrg, sentimen undi lebih kepada isu perkauman skrg especially semenanjung. Sgt menakutkan sbb isu agama islam bebas dibahaskan oleh non muslim semata2 undi mereka sgt berharga skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya tunjukkan kawasan yg dimenangi ditadbir dgn lebih baik dan telus....

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. ITulah warna sebenar macai2 politik.

    BalasPadam
  5. fuh macai bn dan pr mmg sama level..
    kalau kena kat diri sendiri salahkan pihak lain pulak..
    paling tak boleh lah kutuk2 sarawakian apahal..
    kalau dok bandar macam mulia gila ke hapa?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.