Halaman

Selasa, 14 Jun 2016

Cara terbaik untuk menyebarkan berita khabar angin

Hari tu Felixia Yeap. Lepas tu Stacy. Kali ni Acapan. Ya, aku faham kita suka apabila ada orang bukan Islam mendekati dan memeluk agama Islam, namun kita kena la jadi muslim yang bijak, yang tahu menghormati privasi orang lain, yang memastikan suatu info itu tepat dan sahih baru kongsikan. Ini tidak, asal dapat info kat Whatsapp, kat FB, yang tidak disertakan sumber yang sahih, yang info masih lagi di level khabar angin, main sebar je tanpa berfikir panjang.

Seperti juga dengan berita kematian, dah berapa ramai dah orang mati hidup balik sebab ramai sangat kongsikan berita tak betul cakap orang itu dah meninggal sedangkan dia masih hidup. Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.


Nabi sendiri tak benarkan orang reka hadis palsu atas nama dia. Nabi sendiri tidak mengajar kita boleh menipu untuk berdakwah. Kalau cerita rekaan, katakan cerita rekaan. Kalau tak pasti, jangan kongsi dan main forward sahaja kalau malas selidik terlebih dahulu. Kita umat Islam yang cerdik dan bijak, bukan umat Islam yang tak berapa bijak atau mempergunakan penipuan untuk kepentingan sendiri.

Baca perkongsian daripada saudara Ali ImranBasikal Oren, seorang jurnalis BERNAMA berikut:
Janganlah excited sangat.

Untuk kesekian kalinya aku nak beritahu, golden rule on sharing 'Islamic Good News' adalah:

JANGAN SHARE!

Seriously, post berbaur:

- Orang terkenal masuk Islam, seperti 'angkasawan masuk Islam kerana dengar azan di bulan' atau 'petani mengucapkan syahadah selepas tercekik biji durian'
- 'Keajaiban Allah' seperti 'tulisan Allah muncul di dalam buah, 'awan berbentuk orang sujud'
- Kajian 'sains' menyatakan itu ini...

Janganlah dikongsi SEHINGGA anda betul yakin dan pasti akan sumber beritanya.

Meaning kau sendiri pi kaji post itu sebenar manakah ia.

Kalau ada barang sekelumit unsur meragukan, elakkanlah.

Percayalah, dalam mempromosi agama, ada penganut yang 'mengambil tanggungjawab berdakwah' dengan menjadi keyboard warrior.

Kenapa?

Sebab itu cara paling mudah. Kau tak perlu tunjukkan muka, kau sembunyi di sebalik nama tah apa-apa, kau ciptalah apa juga cerita.

Percayalah sebodoh mana pun cerita itu, ada yang akan share.

Bila ditegur, katanya 'kita kena bersangka baik'.

Oklah tu, sangka baik dengan cara menyebar fitnah, konon.

Yang kau tak sedar, implikasi tindakan kau, orang dari nak buat baik, boleh jadi batalkan niatnya sebab banda yang private, tiba-tiba jadi buah mulut.

Jadi,

Elakkanlah diri kita dari jadi sebahagian dari statistik yang akhirnya terpaksa minta maaf atas post yang terlanjur.

Sekian khidmat konsultansi kebijakan media sosial ditaja khas oleh wartawanawam.com.

Ali Imran
Belajar tahan diri dari tekan 'share'

Senang cerita, kalau berita tu keluar kat portal berita mainstream, maka baru lah kau kongsikan berita tu, sekurang-kurangnya ia ada sumber asal yang kuat yang boleh dipertanggungjawabkan atas berita itu. Jika maklumat masih lagi di tahap khabar angin, maka jangan sebarkan.

Ini kau main kongsi dari Whatsapp dari FB yang ntah siapa-siapa penulis berita atau maklumat tu, lepas tu bila kantoi berita palsu, dah tak tahu siapa pemula penulis asal berita tersebut, lalu kau pun lepas tangan dan bagi tahu, "entahlah mana aku tahu, aku cuma aku forward je".

Tunjuk sikit kita orang Melayu Islam yang cerdik, bukan yang low class.

Artikel lain yang berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: berita palsu viral acapan masuk islam belum hormat sebar kongsi melayu islam peringatan kak hassanah kantoi reka cerita

5 ulasan:

  1. betul tu. dalam Al-Quran sendiri Allah pesan apabila sampai sesuatu berita hendaklah kita selidikinya dahulu.

    BalasPadam
  2. Noob, aku bettul2 menyampah dengan sebahagian jemaah tabligh ni,tak dinafikan peranan mereka dlm berdakwah tapi kadang melebih2,ada yg tak kerja pun harap orang bagi makan,harap emas jatuh dari langit,perut boroi2 tanda kekenyangan,yg moden pulak selfie TK ingat dunia,ada kwn tentera dsarawk selalu jumpa mubaligh kristian keluar masuk hutan berdakwah sedangkan ustaz kita dok main telo saja

    BalasPadam
  3. itula pasal...

    terus berubah hati org tu dari nk masuk masuk islam kpd tidak sbb family kawan2 semua dah tau..padahal baru nk slow2 jinak dgn islam..

    kita yg islam ni kot ye pun, hormatlah pendirian si polan2 tu..
    ni idok, main share je..

    BalasPadam
  4. Ini masalah manusia tak kira mana2 negara pun ada warga mcm ni. Syok sendiri

    BalasPadam
  5. Yg kelakarnya..ada berita dr sesetengah mainstream n blog dah officialkan benda ni..maybe nmpk mcm real sbb acapan pakai baju n kopiah. Tp sama gak mcm kes pemain bola dtg ke UAE pakai jubah putih n serban terus org ingat dia masuk islam. Pasal kes masuk islam ni, better dgr dr mulut org utu sendiri.

    Tp biasa la wartawan maya n media, semua nak sensai secepat mungkin...malas buat double check. Kalau salah pun...nanti ckp salah department IT yg terpublish tanpa kebenraran mereka...kesian org IT.

    Org kita pun jenis malas buat homework pasal semua info, telan bulat2.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.