Halaman

Khamis, 28 Julai 2016

Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 1

Jangan risau.

Aku takkan menipu untuk kelihatan bagus di mata korang.

Aku tak pandai menulis.
Aku cuma pandai bercerita. Sebab aku rasa bercerita adalah lebih jujur daripada menulis. Aku jumpa orang gila yang paksa aku menulis.

"Baik kau je tulis, Kau susun ayat cantik. Aku bercerita ikut mana aku ingat...".

Itu ayat aku pada orang gila yang beria-ria nak tahu apa sebenarnya jadi kat aku.


Nama aku Azhan.

Azhan Ibrahim. Umur aku 38 kalau ikut kira tahun Gregorian. Tahun Hijrah aku tak ingat.
Pening kepala aku nak kira.

Bapak aku kerja kilang kat Prai. Orang Kelantan yang keluar dari kelompok asabiyah Kelantan tahun 70-an tak mudah.
Zaman itu kemajuan Kelantan sangat lembap. Jadi anak-anak muda keluar belajar dan mencari rezeki di luar.

Mak aku suri rumah. Tak bekerja. Mungkin zaman baby boomers, ekonomi Malaysia agak stabil , jadi bapak tak bagi mak bekerja. Jaga abang Long Azri (abang sulung aku), aku dan adik perempuan aku Azrina.

Aku tak pasti mak berasal dari mana.
Sebab mak cuma pernah bercerita dia berasal dari Negeri Sembilan sebab selalu ikut arwah atuk berpindah-randah sebab atuk seorang tentera.

Bapak seorang yang sangat lemah-lembut.
Penuh toleransi.
Mungkin sebab itu Abang Long Azri terikut perangai bapak.

Mak?
Garang macam Singa. Sikit-sikit kena belasah. Sikit sikit kena cubit. Aku pun satu perangai. Kuat membuli adik bongsu aku.

Dahlah pasal famili aku. Sejarah yang membosankan.

Ini cerita pasal aku, bukan pasal famili aku kan? 

Aku tak ingat zaman aku kecik-kecik dulu. Kecuali keseronokan main polis sentri ,aci nyorok dan konda-kondi dan ntah apa lagi nama permainan tradisional. Zaman kecik-kecik aku boleh diandaikan macam komik "Aku Budak Minang " oleh Ujang versi Pulau Pinang.

Cuma mungkin kurniaan Allah pada aku, aku cemerlang  kat sekolah. Kalau tak nombor satu, nombor dua. Bertukar-tukar. Tiap-tiap tahun asyik muka aku naik pentas dapat hadiah kecemerlangan akademik.

Dalam sekolah yang semuanya lelaki (All Boys School), sukan adalah jati diri. Aku pun tak tahu, bakat sukan aku dalam bola sepak memang menjadi.

Wakil Negeri sampai kalah peringkat kebangsaan dengan Selangor.
Celaka betul Selangor. Memang kuat. Itu kali pertama aku alami kepahitan sebuah kekalahan.

Pahit gila.

Seminggu aku tak pergi sekolah, menangis dalam bilik. Sampai mak yang garang pun tak tau nak buat apa. Sampai bapak belikan Micro Genius dan Game Contra, baru aku pergi sekolah balik. Itupun lagi 3 bulan nak UPSR.

Macam yang dijangka.

Aku dapat 4A. Punyalah gembira mak. Pertama kali dalam sejarah hidup aku , mak cium dahi dan bawak makan KFC.

Bapak siap buat kenduri pulut kuning. Punyalah bangga bapak dengan aku.

Dan paling best sekali, aku dapat tawaran ke Sekolah Asrama Penuh. Budak pandai lah katakan....

Top of the World. SBP dekat Perak.

Jap aku nak gi toilet.."

Bersambung..


Siri Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh:

2 ulasan:

  1. Alamak gi toilet plak dah..aku tgh sedap bantai popcorn weh!

    BalasPadam
  2. Alamak gi toilet plak dah..aku tgh sedap bantai popcorn weh!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.