Halaman

Ahad, 10 Julai 2016

Relationship goals: Antara realiti dan fantasi

Relationship goals.
Matlamat perhubungan.

Relationship goals merupakan istilah urban anak muda zaman sekarang. Ia merupakan tentang apa seseorang itu impi dan harapkan daripada sesebuah perhubungan. Pada mulanya ia digunakan apabila mereka ternampak sebuah pasangan kekasih/suami isteri yang dilihat sebagai sangat sweet, romantik dan kelihatan seperti perfect couple di alam nyata atau media sosial seperti pasangan artis dan orang tua romantik, lalu mereka menjadikan pasangan itu sebagai relationship goals mereka dan post di Tumblr, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Malah tak kurang juga apabila ada yang tag pasangan masing-masing apabila ternampak pasangan sweet dan romantik lain dengan harapan agar pasangannya dapat melakukan hal yang sama terhadap dirinya.


Relationship goals ini biasanya popular di kalangan gadis muda apabila mereka sering berimpikan lelaki yang sempurna dalam hidup mereka walaupun perkara itu sangat mustahil dan tidak realistik. Kerana itu muncul pelbagai novel "suamiku bla bla bla" yang ditulis oleh orang perempuan kerana ia bagaikan manifesto atau suara yang mewakili impian mereka walaupun ia sangat bullshit. Orang lelaki juga ada yang ada relationship goals tetapi kebanyakannya lebih realistik. Kerana itu kita susah jumpa novel yang ditulis oleh orang lelaki yang menterjemahkan jenis wanita khayalan idaman mereka dengan tajuk "isteriku bla bla bla".

Berikut adalah contoh relationship goals seorang gadis muda:





Berikut adalah contoh relationship goals seorang lelaki yang tidak mampu memenuhi relationship goals aweknya:



Sumber MyNewshub.

Bagi aku tak kira sama ada relationship goals kau terlalu fantasi mahupun realistik, tak salah kalau kau mahu berangan-angan dan mempunyai impian nak pasangan yang macam mana. Kau nak seorang pasangan yang sempurna serba serbi ke, lelaki yang boleh kau kawal macam robot dan hanya ikut telunjuk kau ke, perempuan yang boleh terima kau kahwin ramai ke, pasangan yang boleh terima diri kau seadanya ke, terpulang kepada kau, tiada siapa yang peduli pasal impian kau.

Namun impian kau tu kalau terlalu fantasi belum tentu kau dapat kecapi dan menjadi kenyataan. Ya, kau mungkin boleh demand mahukan seorang lelaki yang sempurna, yang ikut telunjuk kau, yang banyak duit dan harta, yang sangat sweet dan romantik, yang dah ada semuanya untuk kau untuk menjadi pasangan kau, cuma harapnya lelaki itu wujudlah. Dan kalau dia wujud pun, harap-harapnya dia pun nak kat kau la. Itu pun kalau ada la...

Aku sendiri pun ada ciri-ciri perempuan impian aku, tapi bila nak mencari pasangan aku kena juga kembali kepada realiti kerana wanita impian aku itu sama ada tidak wujud ataupun dia tak nak pun dekat aku, kerana at the end, kau terpaksa juga berpijak di bumi yang nyata...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: relationship goals #relationshipgoals prince charming romantik romantis matlamat hubungan perhubungan awek minta break pasangan perfect sempurna couple nak lelaki kaya duit realiti fantasi realistik idealistik definisi maksud dalam bahasa melayu

12 ulasan:

  1. Perempuan... Aku jumpa ramai yg mcm tu, tak sedar diri, asyik tanya apa org boleh beri pada dia tapi lupa nak tanya apa yg dia boleh beri pada org lain, at the end family tak bahagia, dan tersenyum sinis lah aku membaca posting mereka di facebook..

    BalasPadam
  2. pengaruh drama Melayu merepek.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jilake! bantuan nomor aja si.. Haram deh gitu..

      Padam
  4. Relationship goals.. Kebanyakannya bermodalkan drama melayu petang-petang dapat kahwin dengan anak Dato anak Tengku. It's 2016 and women still want to subject themselves to such thinking. Come on la.

    BalasPadam
  5. ada juga minah niqabis perasan konon ada anak dato berenti ngorat dia tepi jalan.
    macam jilake je minah perasan

    BalasPadam
  6. Sbb 2 manusia zaman skrg terlampau ikutkan fantasy dr reality, dua2 kena ada utk keep it balance, tp kena letak kat tempat yg betul lg2 bab perkahwinan...x guna main PES FIFA power tp in reality nak sepak bola pun x naik gak.

    BalasPadam
  7. Perempuan yang macam nilah yang semua orang xnak. Lelaki kaya, lelaki miskin, lelaki baik, lelaki jahat semua tolak perempuan macam tu.

    Perempuan gini sangat mudah jadi mangsa 'Love Syndicate'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agreed. mata duitan. las2 jadi mangsa scammer mat negro. hew3

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.