Halaman

Isnin, 8 Ogos 2016

Menagih Like bermodalkan nasib malang orang lain

Sedih melihat seorang kakak menjaga adiknya sambil menjaga pulut yang dijual. Kasih seorang kakak, semoga rezeki adik beradik ini bertambah. Amin...

#Like N #Share


Bahagian caption tu boleh terima lagi, tapi kat bahagian bawah suruh orang Like dan Share tu langsung tak boleh diterima.

Wahai orang Malaysia terutama kaum aku sendiri iaitu bani Melayu, aku harap tolonglah, sudah-sudahlah tu tolonglah berhentikan perangai menagih populariti media sosial, mengemis Like dan Share dengan mempergunakan kesusahan dan nasib malang orang lain.

Nasib malang mereka, kesusahan mereka, bukan modal untuk korang menagih Like dan Share di media soSIAL.

Nak bantu dan ubah nasib mereka?

Bagi terus sedekah pada mereka, beli barangan yang mereka jual, dapatkan maklumat terperinci seperti lokasi gerai, alamat rumah, laporkan kepada pusat zakat dan badan kebajikan, dapatkan no. akaun bank penjaga mereka dan sertakan dalam post kat media sosial, barulah kita betul-betul ikhlas bantu.

Ini kau snap gambar mereka dari jauh, upload kat FB, tambah caption kesian, kemudian menagih Like.

Serius pedih hati aku tengok orang yang mengambil kesempatan mempergunakan kesusahan, kelemahan dan musibah orang lain semata-mata demi kepentingan dan keuntungan sendiri. Kesusahan yang mereka lalui, bukan untuk kepentingan kau.

Pedih!


Baca lagi artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: menagih like simpatai share mengemis kesusahan kelemahan nasib malang musibah demi kepentingan keuntungan diri sendiri

11 ulasan:

  1. hmmm..setuju jugak dgn entri ni..

    BalasPadam
  2. Golongan ni sebenarnya tak pernah bersimpati dengan kesusahan orang lain cuma mereka buat untuk kepentingan sendiri. Saya memang jarang nak share page2 yang menjaja kesusahan orang lain untuk keuntungan mereka.

    BalasPadam
  3. perangai mcm tu selalunya bila "periuk nasi" kena sentuh mula menggelabah Allah Rasul hilang terus.... geram tul perangai jijik mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooo0oootT preeeEEtt !

      -sirosli macai pukimon-

      Padam
  4. Terima kasih prihatin atas sikap keyboard warrior dan dalang yang hendak menjatuhkan satu Institusi keagamaan iaitu Institusi Zakat.

    Sekadar makluman.

    Minggu lalu saya ternampak posting itu dan saya terus whatsappkan kepada rakan saya, Pegawai JAKIM dan beliau telah maklumkan terus pada hari itu juga kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pegawai LZS telah membuat tindakan selanjutnya.

    Saya lihat di bawah posting itu, terdapat komen dari pengguna fb (fake account) yang mempertikai serta menghina pihak Zakat dan saya telah PM orang yang membuat komen negatif itu supaya lebih berhati-hati menyebarkan sebarang tohmahan.

    Untuk lebih pencerahan, Tuan boleh lihat Fanpage Kisah Zakat Malaysia yang berkongsikan pelbagai lagi info tentang institusi zakat seluruh negeri dan asnaf², juga info ilmiah. Segala tohmahan kepada pihak Zakat dan perkara berkaitan ada diberi pencerahan dalam fanpage ini dan yang berkaitan. Saya merupakan editor dari kalangan Blogger di fanpage ini.

    Terima kasih sekali lagi. Salam Ukhuwwah Islamiyyah.

    BalasPadam
  5. Aq setuju noob pasal perangai buruk menagih menagih populariti dengan LIKE & SHARE. Cuma betul ke org yg minta LIKE & SHARE ni memang nak populariti? Kadang2 kita suruh org LIKE & SHARE sebab percaya akan ada org yg bantu diorg ni

    BalasPadam
  6. baru terbaca benda sebegini

    1 like = 1 pray
    1 share = 100 pray

    watdeeheyyy

    BalasPadam
  7. Like jika anda mahu masuk syurga

    BalasPadam
  8. Setiap kali Reen jumpa ayat yang suruh share atau like, Reen terus akan abaikan.. Gila orang cm tu.

    BalasPadam
  9. Ini version yg kemaruk like n share...nmpk sgt taksub nak dptkn perhatian.

    Yg xleh bla, version mengemis gmbr org susah dermakan kat akaun org susah tu, last2 sbnrnya masuk akaun sendiri. Lagi lakhanat! Parah dunia zaman skrg.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.