Halaman

Selasa, 28 November 2017

Gaji bagi seorang perokok sentiasa mencukupi

Sejak kebelakangan ini popular betul cerita tentang kos sara hidup dan berapa pendapatan yang boleh disifatkan sebagai cukup atau tidak. Namun bagi aku orang gaji RM1500 ke, RM2500 ke, RM5000 ke, cukup tak cukup bergantung kepada keperluan perbelanjaan seseorang. Ada orang gaji kecik pun boleh merasa cukup sebab kurang komitmen dan kurang perbelanjaan. Ada orang gaji besar pun masih tidak merasa cukup kerana banyak keperluan dan komitmen.

Tapi kalau seseorang itu mampu beli berkotak-kotak rokok sebulan, tak kira la gaji dia RM2500 ke, RM1000 ke, kecik mana sekalipun gaji dia, aku anggap gajinya cukup bagi seorang perokok.

Sebab apa?


Ahad, 26 November 2017

Kehebatan bukan lesen untuk merasa tinggi diri

Hangat di media sosial tentang wanita yang bergaji RM2,500 sebulan telah pun mempunyai 6 buah rumah pada usia muda. Namun yang lebih diperkatakan bukanlah kejayaan beliau, tetapi sikap yang kurang enak memperkecil dan memandang rendah orang lain terutama golongan muda yang bergaji kecil kerana tidak berjaya sepertinya.

Malah ada juga yang mempertikai ilmu yang diberikan di dalam seminarnya tidak praktikal untuk semua orang kerana melibatkan wang suami, duduk di rumah ibubapa/mertua serta kaedah memberi sewa yang mengaut banyak keuntungan dengan menyewakan rumah kepada ramai pelajar dan mengutip wang sewa mengikut kepala dan sebagainya.

Rabu, 22 November 2017

Pendidikan itu kewajipan bukan pertandingan

Cuti sekolah bakal menjelma tak lama lagi. Semua pelajar sekolah telah menduduki peperiksaan akhir tahun beberapa minggu lepas dan telah pun memperoleh keputusan. Ada yang cemerlang dapat banyak A, ada yang corot dapat banyak E. Ada yang mendapat nombor depan dalam kelas, ada yang dapat nombor belakang dalam kelas. Ada yang dah naik pentas dapat hadiah, ada yang tak datang majlis anugerah kecemerlangan pun sebab tak dapat hadiah. Dari dulu lagi pun sistem pendidikan kita memang macam ni, sejak zaman mak bapak kita masih budak-budak, zaman kita masih kanak-kanak sekolah sehingga zaman anak-anak kita.

Menariknya, ada orang kongsikan di media sosial keputusan peperiksaan akhir tahun anaknya yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, namun masih mendapat nombor 22/32 dalam kelas, dan nombor 93/357 dalam darjah. Kalau semua A pun masih dapat nombor belakang-belakang, rasanya yang dapat nombor 1 dalam kelas dan darjah markahnya semua 100 mungkin. Boleh jadi murid yang mendapat nombor 200 dalam darjah pun masih banyak bilangan A.



Isnin, 20 November 2017

Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Beginning

Sebuah cerita lama yang mengisahkan tentang seorang pemain bola keranjang sekolah yang juga pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh bertemu dengan seorang pelajar junior Tingkatan 1 yang berbakat sehingga tercetusnya satu perlawanan bola keranjang 1 lawan 1 yang epik di antara mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi pertembungan epik ini?


Sabtu, 18 November 2017

32 permainan kanak-kanak zaman dulu

Sebelum zaman permainan video, komputer, notebook, telefon pintar, tablet dan segala jenis gajet, kanak-kanak di zaman 80/90-an terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia banyak bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya. Walaupun zaman dulu tiada Internet, namun permainan-permainan ini tetap boleh tersebar luas ke merata dunia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri.

Di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja.


Isnin, 13 November 2017

Nilai kehidupan kita ibarat sebiji batu

Ada suatu kisah, seorang kanak-kanak lelaki berjumpa ayahnya dan bertanya, "Ayah, apakah nilai harga kehidupan saya? Adakah saya ini bernilai atau tidak?"

Ayahnya tidak memberi jawapan dan hanya memberi satu batu kecil dan berkata, "Anakku, kamu ambil batu ini dan cuba jualkannya di pasar malam. Jika ada sesiapa yang bertanyakan harga batu tersebut, jangan jawab apa-apa sebaliknya hanya tunjukkan 2 jari sahaja, tetapi jangan jualkannya dan kembali kepada ayah semula untuk beritahu berapakah nilai batu itu."


Jumaat, 10 November 2017

Perlumbaan epik demi merebut gelaran Raja Drift

Teknik drift atau meluncur menggunakan kereta adalah satu teknik pemanduan yang popular dalam dunia permotoran dan perlumbaan bermotor. Biasanya teknik drift dilakukan ketika mahu masuk ke selekoh, di mana kereta akan meluncur dengan tayar belakang menggelincir dan badan kereta menyenget untuk masuk ke selekoh sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.

Ada lagenda dalam sukan permotoran bawah tanah di mana terdapat seorang perempuan yang sangat hebat dalam teknik drift sehingga beliau digelar Raja Drift. Lama memegang gelaran itu, muncul seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift tersebut dalam sebuah perlumbaan kereta demi untuk merampas gelaran tersebut.

Berjayakah pemuda itu dinobatkan sebagai Raja Drift yang baru?


Khamis, 9 November 2017

Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Banyak perkara aku minat. Salah satunya adalah muzik. Aku boleh layan macam-macam genre muzik. Aku boleh dengar lagu Melayu, lagu bahasa Inggeris, lagu loghat negeri, lagu Indonesia, lagu Jepun dan lain-lain bahasa asalkan melodi dia sedap ikut halwa telinga aku. Dulu aku pernah juga nak ada band atau kumpulan muzik sendiri, nak cipta lagu sendiri, tapi memandangkan aku tak berapa pandai main alat muzik, dan suara aku pula tak sedap macam Khai Bahar, terpaksa aku lupakan dan menyanyi dalam kereta dan tandas sahaja.

Tapi sekarang dengan kewujudan pelbagai teknologi, alat muzik sudah boleh dimainkan dengan menggunakan komputer, suara juga sudah boleh diubah pitch menjadi suara chipmunk, muzik video pun boleh dibuat sendiri dengan pelbagai perisian, maka terhasillah lagu sulung aku yang berjudul "Pergi".


Rabu, 8 November 2017

Penjelasan tentang sel kanser takut bawang putih

Hari ini dalam beberapa group Whatsapp aku dapat mesej tentang sel kanser yang dikatakan takut kepada bawang putih tetapi suka pada cincin emas. Mesej tersebut disertai dengan video yang tidak diketahui asal usulnya yang memaparkan demonstrasi bagaimana sel kanser tersebut melarikan diri dari bawang putih dan mendekatkan diri pada cincin emas serta diiringi sekali dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.


Isnin, 6 November 2017

Apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir besar

Semalam Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.


Jumaat, 3 November 2017

Bajet 2018: Apa yang golongan pertengahan tunggu?

Genap seminggu berlangsungnya Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Razak yang bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50". Boleh rujuk semula artikel "Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2018" ini.

Beliau menyifatkan Bajet 2018 ini sebagai Ibu kepada Segala Bajet, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM280.25 bilion, jumlah yang terbesar setakat ini. RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Disebabkan Belanjawan atau Bajet Negara 2018 ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) tahun depan, ada satu benda je yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku dah tak peduli dah pasal benda lain, pasal imbuhan kepada penjawat awam ke, pasal BR1M ke, pasal TEKUN ke, sebab benda-benda tu takde kaitan dengan aku dan aku tak layak nak dapat pun. Aku cuma tunggu satu benda je, dan aku yakin ramai golongan pertengahan yang tak layak dapat BR1M pun sama tunggu benda ni:


Khamis, 2 November 2017

Meraih populariti dengan kualiti bukan mudah

Rancangan Asia's Got Talent minggu lepas menyaksikan seorang peserta dari Malaysia iaitu  Mafarikha Akhir yang juga merupakan Naib Johan rancangan program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa yang bersiaran 6 tahun lepas menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park memberikan 'standing ovation' selepas persembahan memukaunya menyanyikan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey.


Rabu, 1 November 2017

Hubungan ketua dan orang bawahan hanya sementara

Ketika di alam pekerjaan, dalam apa jua organisasi seperti syarikat swasta, jabatan kerajaan, parti politik, badan NGO dan sebagainya, pasti akan ada orang yang jadi ketua, ada orang jadi yang orang bawahan.

Ada yang jadi ketua tanpa ketua di atasnya, ada yang jadi orang bawahan yang paling terbawah.
Ada yang jadi ketua kepada orang lain tapi menjadi orang bawahan kepada orang lain.
Ada juga yang jadi orang bawahan kepada orang lain tapi jadi ketua kepada orang yang lain.