Halaman

Rabu, 30 Januari 2019

Sebab perokok patuh larangan merokok di restoran

Bermula pada 1 Januari 2019 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini, termasuk restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran, warung berkonsep terbuka (open air) dan gerai-gerai makanan di tepi jalan.

Walaupun biasanya akan ada orang yang tidak peduli dan langgar sahaja peraturan, seperti pemandu yang langgar peraturan jalan raya, atau orang membuang sampah merata-rata, tetapi kenapa untuk peraturan ini dilihat ramai perokok menjadi begitu patuh kepada larangan merokok di kedai makan ini?


Khamis, 24 Januari 2019

Amalan U-turn menggugat reputasi kerajaan PH

Kerajaan Pakatan Harapan hari ini seringkali dilabel sebagai kerajaan U-Turn terutama oleh pihak pembangkang Barisan Nasional. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerajaan pusingan U ini? Kenapa ada ketikanya kerajaan terpaksa membuat U-Turn? Salahlah kerajaan membuat U-Turn jika ia demi untuk kebaikan rakyat walaupun terpaksa dianggap kencing rakyat kerana tidak mampu menunaikan janji-janji pilihanraya?


Jumaat, 18 Januari 2019

Di sebalik kontroversi peserta Dewi Remaja

Ramai orang sudah tahu kisah itu. Sang juara dan dua lagi peserta rancangan realiti Dewi Remaja 2018/2019 kantoi bersama air syaitan di kelab malam. Video-video mereka bertebaran di media sosial. Akibatnya, gelaran juara telah ditarik balik oleh penganjur, dan semua yang terlibat tidak boleh menggunakan nama Dewi Remaja.

Namun penarikan gelaran itu bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan kecaman yang mereka dan ahli keluarga mereka terima oleh netizen. Permohonan maaf dan titisan air mata juga belum mampu menahan gelombang kecaman ini. Yang pasti selepas seminggu dua, netizen akan mula lupa akan kisah ini dan move on dengan cerita viral yang lain pula.


Rabu, 16 Januari 2019

Ramai ibu bapa terbeban dengan yuran PIBG

Setiap kali sesi persekolahan awal tahun, isu yuran PIBG timbul kembali. Ada ibu bapa yang bayar yuran PIBG, ada guru yang kecewa kerana ramai ibu bapa tak nak bayar, ada ibu bapa yang tak mampu nak bayar, ada ibu bapa yang ada je duit tapi tak berpuas hati yuran RM50 setahun tu tinggi sangat, ada yang kata terpulang kepada ibu bapa nak bagi berapa sebab ia adalah sumbangan, ada yang siap keluar pekeliling kata ia tak wajib dibayar, ada yang cakap pendidikan adalah percuma kenapa perlu bayar yuran PIBG, ada yang rasa terbeban bayar yuran PIBG dan sebagainya.


Sabtu, 12 Januari 2019

Warkah untuk insan bernama Bapa

Bapa...

Hubunganku dengan bapaku tidaklah begitu rapat.
Dari kecil lagi kami agak jarang bercakap.
Bapaku memang jenis pendiam, selalunya akan bercakap bila perlu sahaja.
Walaupun mukanya nampak garang dan tegas, tapi seingat aku dia jarang marah padaku, pada anak-anaknya, pada ibuku.

Akan tetapi disebabkan aku masa kecil agak nakal sedikit, walaupun bapaku jarang marah, sesekali berbirat juga punggung aku kena libas tali pinggang.
Antara memori yang aku tak dapat lupa sampai sekarang masa aku darjah 5. Aku terkantoi curi duit ibu bapaku untuk beli video game. Sudahnya video game aku berkecai kena hempas bapaku atas lantai. Sejak itu kenakalan aku berkurangan sedikit dan jadi lebih rajin belajar demi untuk menyaingi abangku dan mahu kedua ibu bapaku berbangga denganku.


Ahad, 6 Januari 2019

Melayu malas, pemalas dan bermalasan

Melayu malas...

Artikel pertama Buasir Otak selepas 6 hari masuk tahun baru. Nampak tak aku seorang Melayu yang malas nak update blog.

Baru-baru ini PM Malaysia, Tun Mahathir mengulangi sindiran "Melayu malas" di AGM Pemuda PPBM.

Tun Mahathir turut berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.

"Kalau tak kerja kita tak dapat duit, kalau tak usaha tak maju. Bila saya kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran. Kalau kita tak nak kerja, orang lain akan datang bekerja. Akhirnya orang asing yang memiliki negara ini. Sekarang sudah ada tujuh juta orang (pekerja warga) asing di Malaysia," katanya.