1. Kali ini aku nak cerita sedikit pengalaman dan pandangan peribadi aku, tentang sisi gelap sekolah berasrama. Sekolah berasrama ini ada kebaikan dan ada keburukan, namun secara peribadi, bukan untuk mempengaruhi sesiapa, tapi kalau aku ada anak yang dapat keputusan cemerlang dalam UPSR sekali pun, aku tidak akan masukkan dia dalam sekolah asrama, tidak kisah sama ada asrama sekolah harian biasa atau sekolah berasrama penuh. Aku tak mahu dia lalui apa yang bapa dia pernah lalui suatu ketika dahulu.
2. Aku masuk sekolah asrama sejak Tingkatan 1, masa tu dalam sekitar tahun 90-an. Berbekalkan keputusan UPSR yang baik, aku ditawarkan masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). Untuk makluman, SBP ada 2 jenis iaitu SBP satu jantina (lelaki atau perempuan sahaja) dan SBP dua jantina (campuran lelaki dan perempuan). Biasanya SBP satu jantina ini sekolah yang lebih elit berbanding SBP campuran, contohnya seperti MCKK, STAR, SDAR, SAS, TKC, SSP dan STF. Aku pula masuk SBP campuran di kawasan luar bandar.