Halaman

Ahad, 31 Mei 2020

Buasir Otak TV: Tidak akan pudar

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang tiada cita-cita, terdorong untuk menjadi pelukis komik bersama rakan perempuan baiknya. Namun, hanya seorang sahaja yang dapat meneruskan impian tersebut apabila salah seorang daripadanya meninggal dunia. Jom tonton animasi ini.


Kita bertanggungjawab atas tutur kata kita sendiri

1. Ada segelintir yang tak bersetuju dengan artikel aku tentang Cancel Culture sebelum ini dengan mengatakan kenapa kita kena takut untuk berkata benar atau 'speak the truth'.

2. Dalam artikel aku tu aku tak halang orang untuk berkata benar. Lagi pun itu yang kita disuruh pun dalam agama, iaitu jujur dan berkata benar.

3. Aku cuma cakap, berhati-hati dalam tutur kata dan memberi kenyataan dan pandangan sama ada dalam bentuk penulisan mahupun percakapan, kerana setiap orang bertanggungjawab terhadap penulisan/percakapannya sendiri.


Sabtu, 30 Mei 2020

Buasir Otak TV: Nak jadi macam Sugu Pavithra

Bila orang nak jadi macam Youtuber Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Sugu Pavithra dengan membuat channel Youtube memasak. Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 29 Mei 2020

Anak-anak yang kehilangan adab di media sosial

1. Aku mula menulis di blog Buasir Otak TV pada tahun 2011 dan mula buat komik pada tahun 2013. Aku biasa tulis/lukis hal-hal berkaitan orang dewasa seperti isu semasa, realiti kehidupan, sikap dan mentaliti masyarakat, politik, hubungan manusia dan sebagainya sebab audien aku ramai orang dewasa.

2. Tahun 2019 aku terfikir nak buat channel Youtube pula, tapi aku tak suka tonjolkan muka dan lebih suka kekal anonymous seperti sekarang. Jadi content macam mana yang kau boleh buat tanpa tonjolkan muka sebenar? Salah satunya dengan guna kartun animasi.

3. Jadi aku pun mula nak buat content sketsa macam Syahmi Sazli, Asyraf Rozami, MTAS, KOKOM dan sebagainya tapi dalam bentuk animasi di channel Youtube aku Buasir Otak TV. Topik sketsanya pun pada mulanya aku buat topik-topik berat orang dewasa sebab target asal audien adalah orang dewasa.


Buasir Otak TV: Malasnya nak belajar

Sebuah kisah tentang seorang murid lelaki yang mempunyai kecacatan kaki namun rajin belajar demi untuk berjaya, akan tetapi sering dibuli oleh seorang rakan kelasnya yang nakal yang juga merupakan anak orang kaya, hanya kerana dia dengki dan cemburu dengan kesungguhan murid tersebut. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 28 Mei 2020

Minta tolong dan menolong orang biar berpada-pada

1. Pernah tak bila kita jumpa kawan lama, lepas tu dia tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja TM. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong bagi check Internet aku asyik problem je", sedangkan kita kerja kat TM tu sebagai HR je.

2. Pernah tak bila kita balik kampung, lepas tu seorang pakcik kita taknya kita kerja mana, kita cakap kita kerja kat LHDN. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check aku punya BSH dah masuk belum", sedangkan kita kerja kat LDHN tu sebagai kerani je.

3. Pernah tak bila kita luahkan masalah tempat kerja kita di FB, lepas tu ada kawan tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja PosLaju. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check barang aku kat mana sekarang", padahal kita kerja kat bahagian multimedia.


Kita mudah menilai orang bila kita berada di atas

1. Masalah kita ini bila kita dah berada di atas sikit dengan ilmu dan pencapaian, kita jadi cenderung untuk jadi acah-acah bagus, lalu suka dan mudah menilai atau judge orang tanpa diminta, apatah lagi pada orang yang kita tak kenal atau tak rapat sangat.

2. Hanya sebab kita belajar interior design dan jadi interior designer, kita judge interior rumah orang lain cakap tak cantik, takde kelas.

3. Hanya sebab kita ni belajar fesyen dan jadi fashion designer, kita judge penampilan orang cakap pakaian orang tu buruk, gaya penampilan orang ni selekeh.


Rabu, 27 Mei 2020

Buasir Otak TV: Budak Wicet beraya rumah orang kaya

Bila budak Wicet pergi beraya rumah orang kaya sebab nak dapat banyak duit raya. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 26 Mei 2020

Inkramadan 2020: 03 Syawal - Ampun Maaf

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ampun Maaf
Tarikh: 03 Syawal 1441

Andai kita pernah membuat kesilapan dan menyakiti orang lain, biarpun ia sudah lama namun ia pasti meninggalkan kesan parut yang dalam terhadap orang yang kita sakiti. Maka di Hari Raya ini ambillah kesempatan untuk memohon ampun maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan dan berjanjilah agar kita tidak mengulangi lagi kesalahan itu serta menyesali perbuatan kita itu.

Isnin, 25 Mei 2020

Elak dari terkena Cancel Culture di Internet

1. Suatu ketika dulu masa aku baru buat blog Buasir Otak 8 tahun lepas, aku agak lantang suarakan suatu isu. Tibai, hentam, troll, menganjing, semua aku pernah buat, pasal politik, kaum, isu semasa, hiburan, K-Pop, anime dan sebagainya. 

2. Benda ni biasanya akan membuahkan 2 hasil je, satu orang yang suka dan sokong pandangan kau, satu lagi orang yang tak suka dan tibai balik pandangan kau. Masa tu aku tak kisah sangat sebab tulis blog je pun.


Buasir Otak TV: Memoir reunion raya

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang hadir ke sebuah reunion sekolah rendahnya ketika Hari Raya, rasa terpinggir kerana kebanyakan rakan sekolah rendahnya sudah pun berumahtangga dan beranak pinak, sedangkan dia masih lagi belum bertemu jodoh kerana sering kali gagal dalam hubungan percintaan.

Namun reunion kali itu, bakal mengubah kehidupannya buat selama-lamanya.


Inkramadan 2020: 02 Syawal - Raya Kali Ini

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Raya Kali Ini
Tarikh: 02 Syawal 1441

Raya kali ini, walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini, namun bukan penghalang untuk kita terus menyambutnya dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan teman-teman walau di mana jua kita berada. Terus rapatkan hubungan silaturrahim dan kukuhkan persaudaraan sesama kita.

Ahad, 24 Mei 2020

Inkramadan 2020: 01 Syawal - Indah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Indah
Tarikh: 01 Syawal 1441

Indahnya Hari Raya ini, biarpun jarak memisahkan kita, walaupun tidak dapat bersua muka, namun masih tetap boleh berhubung sesama kita dengan bantuan teknologi tak kira di mana kita berada. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Sabtu, 23 Mei 2020

Inkramadan 2020: 30 Ramadan - Syukur

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Syukur
Tarikh: 30 Ramadan 1441

Walaupun Ramadhan tahun ini kita diuji dengan pelbagai dugaan yang besar, namun panjatkanlah syukur kepada Tuhan, sekurang-kurangnya kita masih dapat menjalani ibadah puasa, masih boleh berhari raya, masih mampu membantu orang, masih berpeluang menerima bantuan, dan masih hidup untuk terus berbuat kebaikan dan mengabdikan diri pada-Nya.

Jumaat, 22 Mei 2020

Buasir Otak TV: Raya tak dapat balik kampung

Bila raya tahun ni ramai tak dapat balik kampung rentas negeri sebab arahan kerajaan, tapi ada pula yang boleh balik guna kabel. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 29 Ramadan - Tawakkal

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Tawakkal
Tarikh: 29 Ramadan 1441

Tatkala kita sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, barisan hadapan kita masih bertungkus lumus berusaha mengekang wabak durjana, maka kita juga mainkanlah peranan untuk bersama-sama mencegah wabak ini dengan patuh pada arahan kerajaan. Titipkan doa, lakukan usaha, dan berserahlah pada Allah agar semua malapetaka ini berakhir

Khamis, 21 Mei 2020

Buasir Otak TV: Kenangan Ramadan, Raya dan Aku

Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi. Semua orang pasti gembira menyambut hari raya, biarkan pun tahun ini tidak dapat pulang ke kampung.

Bagi aku pula, suasana raya yang paling seronok adalah pada zaman kanak-kanak aku.

Namun aku sedar...

Masa itu berlalu dengan begitu pantas...

Dan kini, semua itu hanya secebis memori yang tinggal dalam ingatanku.


Inkramadan 2020: 28 Ramadan - Persaudaraan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Persaudaraan
Tarikh: 28 Ramadan 1441

Jarak bukanlah penghalang untuk terus kita terus bersaudara. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Jadi sentiasalah berhubungan dengan keluarga dan sahabat anda agar persaudaraan itu kekal utuh selamanya.

Rabu, 20 Mei 2020

Buasir Otak TV: Kawan penuh hasad dengki

Ada orang jenis tak boleh tengok orang lain lebih sikit, terus diejek, dikutuk, dikecam, dimaki, dihina, dilabel poyo, hambar dan sebagainya. Terlalu penuh dengan sikap kurang ajar, biadab, iri hati, dengki, busuk hati dan cemburu pada usaha orang lain. Tujuan hidupnya hanya untuk menjatuh dan menyakiti orang lain.  Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 27 Ramadan - Redha

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Redha
Tarikh: 27 Ramadan 1441

Ada kalanya kita perlu berubah dan berkorban, demi untuk mencari redha Allah terutama di bulan yang mulia ini.

Fakta perbandingan sikap Lelaki VS Perempuan

1. Ada satu hari tu aku dengar dalam radio, penyampai radio membahaskan kereta siapa lagi kemas, lelaki atau perempuan.

2. Ada pemanggil telefon cakap lelaki lebih kemas sebab dia tengok kereta ayah dia lebih bersih dari mak dia. Ada yang cakap perempuan lebih kemas sebab kereta dia lebih bersih dari kereta suami dia.

3. Begitu juga bila ada perbahasan tentang siapa lebih sabar, lelaki atau perempuan? Pasti ada yang cakap lelaki, ada juga yang cakap perempuan.


Selasa, 19 Mei 2020

Buasir Otak TV: Keputusan saat akhir

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba mengejar lampu kuning dan melanggar lampu merah. Tindakannya itu telah menyebabkan dia dilanggar dan hampir meragut nyawanya. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 26 Ramadan - Bukti

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bukti
Tarikh: 26 Ramadan 1441

Bukan semua orang yang berpeluang merasai dan diperlihatkan bukti-bukti alam pada malam lailatul qadar, jadi kalau yang dah diberi peluang mendapat petunjuk tu jangan pula disia-siakan.


Isnin, 18 Mei 2020

Buasir Otak TV: Hadiah mahal untuk cikgu

Bila setiap kali Hari Guru tiba, semua murid berlumba-lumba mahu memberi hadiah yang mahal kepada cikgu untuk membalas jasa. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 25 Ramadan - Seribu Bulan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Seribu Bulan
Tarikh: 25 Ramadan 1441

Beribadah pada malam lailatul qadar, ganjarannya ibarat melakukan ibadah selama 1000 bulan. Cuba kira seribu bulan tu bersamaan berapa tahun?

Ahad, 17 Mei 2020

Inkramadan 2020: 24 Ramadan - Mencari Malam

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Mencari Malam
Tarikh: 24 Ramadan 1441

Lailatul qadar merupakan satu malam yang keutamaannya lebih daripada 1000 bulan jika seseorang beribadah pada malam tersebut. Maka umat Islam digalakkan untuk merebut pahala mengejar lailatul qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Buasir Otak TV: Kenapa aku yang diuji?

Seorang lelaki yang berjaya dalam hidup dan membuat banyak amal kebaikan, diuji dengan dugaan berat apabila dia hanya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk hidup akibat penyakit kanser hati. Namun isterinya sukar untuk menerima kenyataan dan mula mempersoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang di dunia, suaminya yang dipilih untuk menerima ujian berat ini? Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 16 Mei 2020

Inkramadan 2020: 23 Ramadan - Dekat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Dekat
Tarikh: 23 Ramadan 1441

Walaupun sejak PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sudah diberi sedikit kelonggaran, namun jangan pula kita ambil kesempatan untuk bergerak ke sana ke sini tanpa keperluan dan juga pulang ke kampung. Malah kita masih tidak boleh duduk dekat-dekat dan perlu kekalkan jarak sosial bila berada di luar.

Jumaat, 15 Mei 2020

Buasir Otak TV: Anime paling best dalam dunia

Bila kau bertekak dengan kawan kau tentang anime apa yang paling best dalam dunia. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 22 Ramadan - Bangkit

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bangkit
Tarikh: 22 Ramadan 1441

Setiap kali kau jatuh, bangkitlah. Setiap kali kau gagal, bangkitlah. Setiap kali kau diuji, bangkitlah. Setiap kali kau ditekan, bangkitlah. Setiap kali kau dipijak, bangkitlah. Setiap kali kau dihina, bangkitlah. Jatuh sekali bukanlah jatuh selamanya.

Khamis, 14 Mei 2020

Buasir Otak TV: Sedetik bahagia

Sebuah kisah tentang seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya pada minggu hadapan, namun mendapat tahu yang beliau menghidap penyakit leukemia dan hanya ada beberapa bulan lagi untuk hidup. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 21 Ramadan - Tenang

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Tenang
Tarikh: 21 Ramadan 1441

Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan, sebab itu kita sentiasa rasa tenang di bulan Ramadhan. Maka gunakanlah ketenangan yang dikurniakan untuk memperbanyakkan ibadah, dan janganlah terlalu tenang dalam melakukan dosa.

Rabu, 13 Mei 2020

Buasir Otak TV: Kawan ketawakan cita-cita kau

Bila kawan kau ketawakan cita-cita dan impian kau. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 20 Ramadan - Timbang Rasa

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Timbang Rasa
Tarikh: 20 Ramadan 1441

Siapa yang tak mahu beraya dan pulang ke kampung halaman? Namun tatkala dunia sedang diuji dengan wabak besar ini, tak perlulah pulang ke kampung untuk raya ini. Mungkin kita rasa tidak mengapa dan mengambil ringan hal ini, tapi kalau tanpa sedar anda terbawa virus tersebut pulang kampung sehingga menjangkiti ibu bapa dan atuk nenek yang sudah tua, anda rasa macam mana? Jangan ambil risiko dan bertimbang rasa lah.

Selasa, 12 Mei 2020

Buasir Otak TV: Istikhara antara dua cinta

Menceritakan tentang seorang lelaki yang telah berpisah dengan kekasihnya. Akibat kecewa, dia telah meminta ibu bapanya untuk mencarikan isteri. Namun setelah berkahwin, bekas kekasihnya ingin kembali padanya, dan kini lelaki tersebut buntu sama ada mahu memilih untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya, atau memilih untuk kekal dengan isterinya. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 19 Ramadan - Sabar

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Sabar
Tarikh: 19 Ramadan 1441

Ada orang cakap, lelaki lebih sabar dari perempuan. Ada orang cakap pula perempuan lebih sabar dari lelaki. Kita sering membuat persepsi bersandarkan kepada perangai orang terdekat kita seperti ibu, bapa, abang, kakak, adik, suami, isteri, anak dan kawan-kawan. Sedangkan yang sebenarnya kesabaran tiada kaitan dengan jantina, sebaliknya ia bergantung pada individu itu sendiri.

Isnin, 11 Mei 2020

Inkramadan 2020: 18 Ramadan - Suasana

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Suasana
Tarikh: 18 Ramadan 1441

Betapa berbezanya suasana bulan Ramadhan tahun ini dengan tahun-tahun sudah. Suasana ketika bersahur, bekerja, berbuka, solat terawih, semuanya berbeza, hari minggu, semuanya berbeza. Malah suasana berbeza ini akan berlarutan sehinggalah Hari Raya nanti.

Ahad, 10 Mei 2020

Buasir Otak TV: Kejadian aneh di asrama

Menceritakan suatu kejadian aneh yang berlaku di sebuah asrama kolej, apabila seorang pelajar mahu tidur di waktu malam, orang bilik atas membuat bising bertukang di waktu malam. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 17 Ramadan - Dengar & Taat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Dengar & Taat
Tarikh: 17 Ramadan 1441

Dengar dan taat pada perintah Tuhan, pasti kita akan mendapat ganjaran pahala. Dengar dan taat pada perintah kerajaan, pasti kita tidak akan didenda dan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, sila dengar dan taat.

Sabtu, 9 Mei 2020

Buasir Otak TV: Cinta bazar Ramadan

Mengisahkan tentang seorang penjual air minuman di bazar Ramadan yang terjumpa semula dengan rakan lamanya dari kecil, seorang gadis Cina yang telah terpisah hubungan dengannya selama lebih dari 10 tahun, lalu mengusik kembali kenangan lalu.

Adakah perasaan cinta lama mereka akan berputik kembali?

 Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 16 Ramadan - Beduk

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Beduk
Tarikh: 16 Ramadan 1441

Pada zaman dulu, ketika teknologi masih belum maju dan berkembang seperti hari ini, beduk banyak digunakan di surau atau masjid. Selain untuk memberitahu waktu solat sudah masuk, ia juga ada banyak fungsi lain. Sehingga hari ini tradisi mengetuk beduk masih diteruskan terutama di kawasan-kawasan kampung.

Jumaat, 8 Mei 2020

Buasir Otak TV: Di sebalik peminat Coki Slowmo

Siapa sebenarnya Coki yang sangat popular dengan video slow mo (slow motion) TikTok yang menjadi idola dan kegilaan para remaja dan kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia? Bagaimana hanya dengan membuat video slomo sahaja cowok ganteng ini bisa menjadi terkenal? Kenapa Instafamous King of Slow-mo ini ada ramai haters? Anda tidak akan dapat jawapannya dalam video ini. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 15 Ramadan - Juadah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Juadah
Tarikh: 15 Ramadan 1441

Bulan Ramadhan memang terkenal dengan kepelbagaian juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa, namun usahlah sampai membazir. Makanlah mengikut keperluan dan kemampuan kita, bukan mengikut hawa nafsu kita.


Khamis, 7 Mei 2020

Inkramadan 2020: 14 Ramadan - Ikatan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ikatan
Tarikh: 14 Ramadan 1441

Sesungguhnya hubungan persaudaraan dan persahabatan itu bagai sebuah ikatan yang utuh. Walaupun jauh di mata, namun ia tetap tersimpul kuat dalam kenangan dan memori kita buat selamanya.

Rabu, 6 Mei 2020

Buasir Otak TV: Hasrat terakhir

Sebuah cerita tentang seorang wanita yang baru mendapat tahu bahawa dia takkan dapat hidup lama lagi kerana menghidap satu penyakit kronik, berhasrat untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana tidak mahu menyusahkan kekasihnya itu. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 13 Ramadan - Wasatiah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Wasatiah
Tarikh: 13 Ramadan 1441

Wasatiah bermaksud pertengahan, sederhana, tidak melampau atau berlebih-lebihan. Konsep wasatiah mewujudkan rasa syukur pada orang yang senang dan membuatkan mereka berkongsi nikmat dan rezeki yang mereka perolehi bersama dengan orang yang susah.

Selasa, 5 Mei 2020

Buasir Otak TV: Bila hubungan semakin menjarak

Setiap hubungan perlukan kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan. Tanpanya kita akan cepat bosan dengan pasangan sehinggalah hubungan yang telah lama dibina semakin lama semakin menjarak. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 12 Ramadan - Ubat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ubat
Tarikh: 12 Ramadan 1441

Sebenarnya pengubat rindu dan sedih kita, adalah Dia yang kita selalu pinggirkan. Jadi seringlah mengingati Allah Taala pada setiap masa. Panjatkanlah doa kepada-Nya, serta pohonlah ketenangan dan kehindaran dari gundah gulana.

Isnin, 4 Mei 2020

Buasir Otak TV: Aku tidak perlukan lelaki

Mengisahkan tentang seorang wanita independen yang kaya, mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya dalam hidup, namun bencikan orang lelaki kerana pernah dipermainkan oleh orang lelaki sebelum ini. Namun pandangannya berubah apabila berjumpa dengan seorang jejaka yang baik dan ikhlas mahu mengahwininya bukan kerana hartanya. Jom tonton animasi ini.


Inkramadan 2020: 11 Ramadan - Doa

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Doa
Tarikh: 11 Ramadan 1441

Bulan mulia ini adalah waktu yang mustajab untuk berdoa, jadi ambillah peluang ini untuk berdoa hal-hal yang baik dan bermanfaat untuk diri kita, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan umat Islam amnya.