Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya pada Isnin.
Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan telah tertanggal dari tiang dan terjatuh.
MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Tiga pekerja terbabit adalah warga negara Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.
Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kwasa Damansara yang dalam pembinaan.
Siasatan kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 yang dikendalikan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. telah digantung sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan MRT Corp kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.
“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.
Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.
Sumber Astro Awani.
Aku tak nak tulis banyak, korang boleh baca je artikel dulu yang lebih kurang sama point dia. Isu struktur runtuh ni bukan perkara yang baru, dah banyak kali pun berlaku, cuma yang lebih tak sedap didengar sebab ia berlaku ketika projek masih lagi dalam pembinaan yang pastinya masih di bawah seliaan dan pemantauan rapi oleh pihak kontraktor. Aku pun tak nak salahkan siapa2, cuma harap pihak berkuasa, Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH) serta SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap insiden ini. Walaupun yang maut itu warga Bangladesh, mereka tetap manusia yang nyawa mereka tetap bernilai kepada ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak2 mereka.
Cuma aku nak kongsi kisah kawan aku yang renovate rumah. Dia upah seorang kontraktor warga Indonesia untuk renovate rumah dia dengan harga yang agak murah. Renovationnya melibatkan sedikit perubahan pada struktur dalaman rumahnya di mana terdapat dinding yang dipecah agar ruangnya lebih besar. Namun di atas dinding yang dipecah tersebut ada tangki air yang setelah itu hanya ditampung dengan kayu.
Kawan aku bertanyakan kepada kontraktor Indon tersebut kuat ke kayu tu untuk tampung tangki air tu? Kontraktor tu cakap memang OK, memang biasa dah dia buat banyak rumah takde masalah. Member aku yang tak tahu apa2 pasal construction ni pun terima je lah cakap orang Indon tu.
Tiba2 satu hari selepas 1 bulan renovation siap, tangki air rumah dia runtuh sebab kayu yang menampung tangki air tu patah. Habis banjir rumah dia, perabot banyak yang kembang kat bahagian bawah dan plaster ceiling rumah dia pun rosak habis. Bila dia telefon balik dan bagitau kontraktor Indon tu, orang Indon tu terus off handphone dan tak dapat dihubungi langsung selepas itu.
Walau lepas tu member aku tu buat report polis, tapi dia sendiri yang terpaksa keluarkan kos balik untuk baiki semula semua benda yang rosak. Sebenarnya benda ni boleh dielakkan dan tak perlu berlaku pun kalau kontraktor Indon tu mengambil kira aspek kejuruteraan dan keselamatan yang betul dari awal.
Sebenarnya kejadian2 seperti konkrit runtuh, jejambat runtuh, tangki runtuh dan segala kemalangan yang disebabkan infrastruktur pembinaan ini tidak perlu berlaku pun dan ia boleh dicegah dan dielakkan kalau dari awal lagi sudah mengambil kira pelbagai aspek dan faktor dalam kejuruteraan awam, penyeliaan projek, pengurusan sumber manusia, pemantauan, pemeriksaan berkala, prosedur keselamatan, penggunaan bahan binaan yang berkualiti tinggi dan sebagainya dengan baik dan betul.
Tak tahu di mana silapnya, sama ada kecuaian manusia, tidak patuh kepada prosedur, kesilapan teknikal dan sebagainya, tapi yang pasti disebabkan kemalangan macam ni, kos dah jadi double dan masa pun dah rugi untuk membaiki segala kerosakan.
Aku faham ini adalah takdir, tapi tragedi yang disebabkan manusia adalah suatu yang boleh dicegah dan dielakkan, melainkan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, ribut taufan, gunung berapi, banjir dan lain2 bencana alam yang merupakan takdir Tuhan yang manusia tidak mampu untuk cegah dan elakkan daripada berlaku.
* UPDATED:
- CEO MRT Corp letak jawatan susulan insiden kemalangan meragut 3 nyawa
- Kontraktor tak ikut SOP, diarah henti kerja serta merta
tags: projek landasan mrt tapak pembinaan rel konkrit jejambat runtuh jatuh tertanggal tiang hempap maut timbus pekerja bangla bangladesh tangki air runtuh rumah prosedur keselamatan kejuruteraan awam faktor punca dosh
wah leps 1, satu benda jatuh berlaku tiap2 tahun O.o
BalasPadamPr00000000oootttT! Arghh!! Leganya!!
Padamal-fatihah kepada perkerja mrt,nak buat macam mana kita ni memang cuai,tengok orang jepun mana ada dengar cerita macam ni.betul tak noob
PadamIni semua salah UMNO-BN.
PadamTolak Khalid, sokong Wan Azizah..
Ini semua salah Shy-Fool!
PadamCTH anon ats yg loser puih! protttt
PadamPr00000000oootttT!! Dmuka seriously! Argh!! Leganya!
Padamwoi noob. x buat fantasy ke? nk jugak nama aku naik tiap2 minggu no 1 bila ko printscreen. haha
BalasPadamtidah bolek!!
PadamManusia semakin tamak. Zaman ini bukan lg cerita juta2 tp bilion2..
BalasPadamko ni bingailh noob, asal runtuh rasuah, asal rasuah runtuh, mnkin dh tkdir dia nk runtuh,runtuhlh dia, pepun ko tunggu je siasatn lnjut tk pyh ckp byk ok?
BalasPadamrasuah kepala bapak ko... mana ada noob tulis pasal rasuah..
Padamhaha.cacat giler. satu perkataan rasuah pun aku xde nmpak noob kaitan. cacatttt
PadamKenapa ko ni bebal nk mmpos ha? Noob ngok ni cuba menimbolkn persepsi buruk kpda kontrktr yg trlibat , bhn binaan mrhlh ,rasuah bagai. Lbih baik tggu siasatn dari buat andaian bkn2
PadamKo sorang je yg timbul persepsi buruk tu. Ko bermain kata dlm kepala sendiri. Hahah.mereng samsul
PadamInfo dalaman sy dpt, konsep pembinaan MRT agak strict n byk prosedur n saftey nya...cuma insiden yg berlaku boleh dikatakan kecuaian manusia atau teknikal yg x dijangka sehingga menyebabkan berlaku kematian. Sama mcm kes terowong mendap kat depan Times Square, tiada sapa jangka ada kebocoran air yg menyebabkan tanah mendap n melemahkan struktor terowong tersebut. Tp sy yakin pembinaan MRT ni bukan stail kerje mcm indon, even kes kat kerteh smpi mengorbankan 3-5 org pun diluar jangka even safety tinggi.
BalasPadamaku pun dengar macamtu ayam tentang projek MRT. yg sampai paip pecah dpn curve dulu pun sbb kecuaian manusia juga. sbb dia dah kira betul2, bila kerja HDD tak dapat dilakukan sbb tanah situ keras, dia beralih sedikit kerja pengorekan, lalu terkenalah pihak ketiga.
Padamsorry. komen tiada kaitan dengan entry.
Chill;
Nasiha.
CEO MRT letak jawatan lepas isu ini..walaupun personally bukan salah dia, tp kagum dgn sikap tanggungjawab beliau..mcm pemimpin jepun n korea. X mcm pemimpin politik malaysia kita..ehem ehem
PadamTidah?
BalasPadamha'ah. kenapa?
PadamPlan dh pun manusia buat.. tip top 100% ... but apakan daya manusia itu lemah...
BalasPadamMRT ni projek kerajaan.. patut kerajaan pantaulah sekali.. jangan serahkan bulat2 pada MMC dan GAMUDA.. bila jadi kes2 macam ni, kerajaan jugak nak kena jawab.. bila tak pantau, tau2 dah jadi kes. bila tanya, ternganga mulut tak tau nk jawab apa.. sebab tak pernah amik port...
BalasPadamgamuda dan mmc boleh elak2.. apa diorang nak risau.. bukan duit diorang pun.. jawab pun sekadar nak lepaskan diri jer
biasalah.. duit dah bagi.. pandai2 lah buat kerja.. kitorang tahu benda tu siap.. itu jer.. jangan harap nak amik kisah.. beli bahan mentah takde kualiti ke.. amik pekerja yg tak paham bahasa ke.. pekerja haram ke.. itu semua korang pikir sendri...
Padamnaik lemak la mmc, gamuda dan sekutunya.. yang kaya kontraktor luar jugak.. kontraktor melayu ni tengok je la dari jauh..
harap kata jer nak bangunkan melayu.. tp bagi projek kat org lain jugak..
rumah kawan noob yg runtuh tu kes upah mmc dan gamuda la tu..
Padamxpayah citer lebih la wei.. tren tak jalan lagi.. hasil kutipan buat ada lagi.. tapi gaji CEO siap2 dah 200k.. pedehal.. betul2 buang duit kerajaan la...
PadamSudah2...jgn bising2 kat sini, CEO dia dah letak jwtn pun...
BalasPadambelum siap lg dah runtuh, bila dh siap nnti xtau tau la selamat ke tak... tgk gambar sampai senget tiang tu... takutnya nk naik, mmg tobat la nak naik
BalasPadamWawasan 2020.. inilah pejuang berani mati utk negara..
BalasPadamTp tindakan CEO MRT yg letak jawatan pada waktu siasatan belum selesai agak tak patut...
BalasPadamAku rasa, biar selesai dulu siasatan baru laa nak letak jawatan ke hape ke...
Bagus duit tu buat jalan2 kampung dpd buat projek MRT.. Oh ye.. orang kampung tak banyak bayar cukai.. orang bandar banyak bayar cukai.. sebab tu pembangunan rancak di bandar.. lupa...
BalasPadamStandard of procedure kadang kadang tak ikut dgn alasan leceh la bagai kadang kadang hendak cepat siap hingga factor keselamatan pun letak tepi...mentaliti kita sendiri adakalanya jadi punca segala trajedi..
BalasPadam