Seperti contoh, menteri yang menggalakkan pelajar sekolah bawa bekal ke sekolah untuk berjimat, suruh peniaga mencontohi pengusaha cendol bakar yang menurunkan harga cendol sebanyak 20 sen di kala kerajaan menaikkan harga minyak 20 sen, menasihati penerima BR1M untuk tidak bermewah dan menggunakan duit BR1M untuk membeli iPhone 6 sambil menayangkan iPhone 6 barunya, dan kerajaan menanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia.
Malah mempertahankan orang kaya daripada dikenakan cukai terlalu banyak kerana bimbang golongan tersebut akan berpindah keluar dari Malaysia? Sebab itulah banyak cukai dikenakan kepada orang miskin dan pertengahan sebab mereka tak mampu nak pindah keluar Malaysia?
Dan bila menteri sendiri mengatakan yang subsidi itu adalah polisi yang bodoh, adakah selama ini kerajaan yang bodoh kerana melaksanakan polisi yang bodoh, atau rakyat yang selama ini menerima subsidi yang bodoh? Aku rasa, lebih baik jika menteri guna perkataan yang lebih elok dan sesuai, seperti subsidi adalah polisi yang tidak adil. Bila menteri dah cakap subsidi tu polisi bodoh, buat penat je orang2 macam aku tulis penerangan panjang lebar untuk beri penjelasan yang lebih jelas mengenai subsidi.
Dulu PM Najib Razak pernah suruh menteri jalani latihan media, menteri2 ni dah pergi ke belum kursus tu? Tengok gaya sekarang macam masih belum je. Tolong menteri2 sekalian, tolong berhenti bagi nasihat kepada rakyat dan berhenti ajar kami macam mana nak hidup, sebab kebanyakan kata2 anda sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati. Ia ibarat:
- Sendiri berjanji nak turunkan harga kereta, tapi orang lain yang kena buat dan tanggung.
- Bila orang lain buat kebaikan dan memperoleh kejayaan, klaim yang itu adalah jasa mereka.
- Suruh rakyat beli kereta Proton, tapi sendiri beli kereta Mercedes.
- Suruh rakyat berjimat cermat, tapi sendiri menunjukkan gaya hidup bermewah2.
- Suruh rakyat ikut peraturan dan prosedur, tapi sendiri tak ikut peraturan dan prosedur.
- Suruh rakyat ikut suruhan Tuhan, tapi sendiri tak ikut suruhan Tuhan.
Kalau rasa nak bagi nasihat, wakilkanlah orang lain untuk bagi nasihat. Suruhlah pegawai tinggi kerajaan ke, ustaz ke, ulama muda UMNO ke, pakar motivasi ke, pakar ekonomi ke, professor universiti ke dan sebagainya untuk bagi nasihat kepada rakyat, sekurang2nya takde la rakyat sakit hati sangat.
Serius, korang masih ingat banyak rakyat masih sayang korang ke? Korang tak baca ke komen2 rakyat kat Facebook PM DS Najib Razak? Najib post la status apa pun seperti contoh post pasal barang2 yang tidak dikenakan GST ni, lebih banyak komen yang menghentam daripada yang memuji, dan aku tak rasa semua orang yang hentam tu adalah cybertrooper PR atau tentera siber yang digelar Red Bean Army. Korang boleh baca sendiri kat situ, aku tak sampai hati nak printscreen dan letak kat sini.
Namun bukan hanya Najib sahaja, tapi ramai juga yang sudah meluat dan menyampah dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Tengok sahaja berapa ramai baik dari penyokong BN, malah dari penyokong PR dan yang neutral sekali, yang menghentam beliau di statusnya yang mengajak rakyat berhimpun di depan Istana Kehakiman Putrajaya jadi hakim negara. Maaf, zaman kegemilangan reformasimu sudah pudar.
Kepada semua pemimpin dan ahli politik, kalau kena hentam tu bagi korang itu petanda yang baik, aku tak tahulah. Teruskanlah rasa syok sendiri tu. Lagipun, rakyat memang sudah tak percaya pun kepada korang.
tags: pemimpin menteri hasan malek ahmad maslan shahidan kasim najib razak kenyataan annoying jengkel jelek meluat menyampah sakit hati terasa bosan kempen jom bawa bekal budak sekolah cendol bakar turun harga jangan beli iphone 5 br1m tanggung kehidupan 3 bulan rakyat subsidi polisi bodoh
Dia ni cam xde function jer...semak dpt menteri cam ni
BalasPadamTakebeer!
Padambila tgk muka dia aku rasa yakin dengan ke genius san aku...serious ada sebab Tuhan ciptakan orang macam dia pasal dia mengingatkan aku bahawa ada orang lagi bangang dari aku...he he he! ni masuk Sedition Act ke nih?
BalasPadamKadang2 bila banyak dapat maklumat tidak cwrdik nya dia orang(kemurungan profesianal ) hati rasa nak marah,dia orang ingat(menteri2)verdik sangat,rakyat tengok dah meluat sangat2dah,kadang2 juga terlepas cakap kecik2 xmau mati dah besar mengusarkan pemikiran rakyat.
BalasPadamphuii bn! aku harap next pru korang pulak yang jadi pembangkang. padan muka!
BalasPadamdah malas nak cakap- biarlah kat kubur baru dia tau macam mana ngerinya walaupun curi seutas benang dan sebatang jarum..apatah lagi pemimpin yang makan duit rakyat..menekan rakyat sedangkan dia bermewah..duit zakat x sampai..sedangkan kutip banyak..-
BalasPadam"Di mana lagi di dunia ini ada sebuah kerajaan seperti pentadbiran Barisan Nasional di Putrajaya yang menjaga rakyatnya?" Datuk Ahmad Maslan
Padamkatanyerrr......
oh please don't tell us how to live. Sadis
BalasPadamSaja nak cari publisiti kot
BalasPadamKesian nye malaysia ... ermmmm
BalasPadambird of feather flock together..
BalasPadammaksudnya tahi akan bercampur bersama tahi..
Aku harap bakal pelapis pemimpin masa depan tak seperti mereka2 ini...
BalasPadamBaik dr kerajaan mahupun pembangkang.
Haha.. kita ni cuma ulat dalam tong taik.. buat baik ker.. buat apa2 ker.. langsung tak ada makna.. hari2 produk yg kita makan..produk yg kita buat..produk yg kita hasilkan adalah taik semata2..
BalasPadamJadi mcm menteri dan Ahli Parlimen. Dia orang duduk luar tong taik. Semua taik mereka dibuang jedalam tangki najis untuk kita hirup. Jadi ulat yg bermaruah pun sama.. tak bermaruah pun sama..
Memohon menteri yg berkuasa menjadi baik atau mendoakan apa2 untuk mereka adalah satu kerja bodoh dan malang. Sama macam menasihati tuhan supaya membuat itu ini untuk kita. Ada kuasa, maka boleh jadi tuhan. Xder kuasa, jadilah ulat dlm tong taik mcm kita. Cakap apa seduit pun, akhirnya dihumban ke neraka juga. Xpayah la perasan sapa nak dengar cakap kita. Tak ada kebaikan pun berpikir pasal orang lain. Hanya menyemakkan taik dalam tempurung kepala kita saja.
Kecoh ah lu Noob. X suke jgn dok Malaysia.
BalasPadamnatang guh lu ni caiiiiii
Padam"kisah hidup seorang lelaki yang digelar menteri"
BalasPadamSeperti hari-hari biasa, Dato Samat (bukan nama sebenar) bangun pagi..ditolehnya ke kanan, sarapan pagi minuman jus oren serta roti perancis telah siap sedia dihidang di tepi meja lampunya. Beliau lantas membiarkan makanan tersebut kerana tidak menyukai jenama jus oren yang dihidangkan. Beliau turun ke bawah lalu menyuruh Mak Kiah (pembantu rumah) menyediakan pancake dan kopi 'Hacienda La Esmeralda' yang diimport dari Panama.
Setelah bersiap-siap, beliau keluar mencari pak abu (pemandu). Kelihatan pak Abu sedang mengelap habuk-habuk pada kereta Merc dan juga BMW milik Dato. "Abu, boleh gerak sekarang", beliau mengarahkan pemandunya. Pak Abu lantas menuju ke kereta Proton Perdana baru dan menghidupkan enjin.
Ketika di dalam kereta, Pak Abu memulakan perbualan. " Dato, saya ingat nak ambil cuti pada isnin nanti..ada urusan keluarga, kalau Dato izinkan..". Dato yang sedang membelek-belek Iphone 6 beliau terus mengangguk tanda memberikan keizinan. "Takpa abu, saya pun nak holiday dengan family di China dalam 3 atau 4 hari..and then terus ke europe dalam 2 atau 3 hari, awk cuma hantar saya Ahad nanti dekat Airport". Pak Abu senyum dan menangguk.."terima kasih Dato".
Hari ini Dato menerima jemputan dan perlu menyampaikan ucapan di taklimat kepada pelajar Universiti. Ketika beliau sampai..beliau disambut oleh pegawai yang bertugas. Ada juga wartawan akhbar mengambil gambar beliau.
"Kita amat berbesar hati kerana Dato Samad sudi menghadiri program kita pada hari ini", pengacara majlis berucap dan menjemput Dato untuk menyampaikan ucapan perasmian.
"Assalamualaikum, tahniah kerana berjaya menganjurkan program seperti ini yang berguna untuk para pelajar. Saya nak tekankan disini..berjimat cermat itu amalan penting. Kalau nak beli kereta, beli la kereta nasional. kita ada proton dan produa..harga murah. Kalau bangun pagi..tak payah la beli makanan tepi jalan..mahal. Sarapan di rumah kan lagi jimat. Bancuh saja milo..makan sekeping roti atau sebiji telur separuh masak.Cukup la. Kalau nak jimat lagi..minum milo saja dah cukup", ucap beliau.
Sambung beliau lagi " kawal perbelanjaan keluarga. Kalau nak keluar berjalan-jalan..pergi taman rekreasi berdekatan kawasan kediaman pun sudah cukup..boleh juga senaman. Jangan la pergi melancong ke pulau langkawi la, pulau pangkor la..jauh,kos pun mahal. Handphone pulak tak perlu guna yang mahal-mahal..beli yang ada function penting seperti sms dan call pun dah cukup..ini tidak, beli smartphone yang mahal-mahal. Anak-anak saya pun cuma pakai 3310 saja".
Pak Abu mendengar sambil mengalirkan air mata.......
cerita yang menarik. berminat nak tulis artikel kat sini? emel aku princeofnoob[at]gmail[dot]com
PadamHehe..tak guna punya Dato Samat..
Padamhaha..ok noob
Padam