Isnin, 6 Julai 2015

30 Apabila budaya Melayu ditelan budaya Arab

Baru-baru ini penulis diberitahu sudah sukar bagi wanita Melayu untuk membeli baju kurung di pasaran menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Penulis diberitahu, mereka terpaksa menempah baju kurung di kedai-kedai jahit kerana kebanyakan kedai-kedai sudah tidak menjualnya disebabkan jubah menjadi pilihan ramai pembeli.

Perkara ini tidak memeranjatkan kerana apabila melihat jiran-jiran penulis dan kebanyakan wanita Melayu masa kini, mereka lebih gemar menggunakan jubah berbanding baju kurung.

Apabila pulang ke kampung berhari raya, kebanyakan adik beradik dan saudara mara sudah menggunakan jubah berbanding baju kurung.

Sekumpulan wanita mengambil gambar 'selfie' di Kuala Lumpur. Lebih ramai wanita Melayu kini gemar memakai jubah daripada baju kurung. – Gambar Reuters, 5 Julai, 2015.Sekumpulan wanita mengambil gambar 'selfie' di Kuala Lumpur. Lebih ramai wanita Melayu kini gemar memakai jubah daripada baju kurung. – Gambar Reuters, 5 Julai, 2015.

Hari ini, jika anda berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, baju kurung digunakan lebih ramai wanita bukan Melayu berbanding Melayu.

Kerana kuatnya proses Arabisasi yang melanda pada hari ini, sudah sukar untuk melihat baju kurung teluk belanga, cekak musang, Kedah, Melaka dan Pahang dipakai wanita Melayu. Begitu juga dengan baju kebaya.

Sedikit demi sedikit kebudayaan Melayu runtuh dan digantikan dengan kebudayaan Arab.

Ini kerana, majoriti orang-orang Melayu sudah tidak dapat membezakan lagi di antara Arab dan Islam. Bagi mereka Arab itu Islam dan Islam itu Arab.

Neo Talibanisasi dan Arabisasi

Fenomena ini ditambah lagi dengan pulangnya ramainya pemuda-pemudi Melayu dari Timur Tengah masuk bekerja di jabatan-jabatan kerajaan.

Kalau dahulu golongan ini hanya “bersarang” dalam PAS, kini mereka sudah mendapat tempat di dalam Umno.

Apabila golongan ini mendapat tempat di dalam Umno keadaan menjadi lebih parah kerana parti Melayu itu memerintah kerajaan dan tidak hairanlah mengapa pejabat-pejabat kerajaan kini sudah “bertukar suasana”.

Maka tidak hairanlah hari ini, sudah tidak terlihat perbezaan di antara Umno dengan PAS.

Secara tidak sedar, jenis Islam yang dianuti orang-orang Melayu pada hari ini juga berbeza, lebih keras dan tertutup berbanding generasi terdahulu.

Neo Talibanisasi dicampur dengan Arabisasi melahirkan guru-guru sekolah menghalang pelajar bukan Islam makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan sehingga menempatkan mereka di dalam tandas.

Lebih ekstrem lagi apabila ada guru sekolah yang menyuruh anak murid bukan Islam minum air kencing sendiri jika haus disebabkan kantin tidak dibuka pada bulan Ramadan.

Sebenarnya Arabisasi dan Neo Talibanisasi merupakan perkara baharu dalam masyarakat Melayu. Semuanya bermula selepas revolusi Islam di Iran pada 1979.

Dasar “eksport revolusi” yang dilancarkan Ayatollah Ruhollah Khomeini untuk menyeru rakyat di negara-negara Islam agar melawan pemerintah zalim menakutkan Arab Saudi.

Ini menyebabkan Arab Saudi melancarkan serangan balas dengan menggunakan wang minyak untuk melakukan penjajahan budaya dan menyebarkan fahaman Wahabi bagi memastikan status quo pemerintahan mereka selamat.

Bezanya dengan penjajahan budaya barat, Arab Saudi hanya menumpukan ke negara-negara majoriti Islam.

Sebab itu di Nusantara ini, selain Malaysia, Indonesia juga mengalami masalah sama. Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) sedar akan permasalahan ini.

Semasa acara pembukaan Munas Ulama Pengurus Besar Nahdlatul Ulama di Masjid Istiqlal Jun lalu, Jokowi mengeluarkan istilah “Islam Nusantara” sebagai jawapan kepada Arabisasi dan Neo Talibanisasi.

“Islam Nusantara adalah Islam yang ramah, tidak radikal, inklusif dan toleran,” kata Jokowi dalam wawancara dengan BBC Indonesia selepas acara tersebut.

Jokowi menekankan Islam di Nusantara tersebar dengan “dengan cara pendekatan budaya, tidak dengan doktrin yang kaku dan keras”.

“Islam Nusantara ini didakwahkan dengan melibatkan budaya, melestarikan budaya, menghormati budaya, tidak dengan memusnahkan budaya,” katanya.

Sayangnya di Malaysia pemimpin kita tidak sedar. Mungkin mereka sedar tetapi hanya membiarkannya demi kepentingan undi dan kuasa.

Perlahan-lahan juga bahasa Melayu dijajah bahasa Arab. Sebab itulah pada bulan Ramadan, jelas sekali perubahannya.

Penggantian istilah daripada “buka puasa” kepada “iftar”, “doa” kepada “dua”, “sembahyang” kepada “solat” terlihat dengan begitu jelas.

Malahan sesetengah Melayu menganggap “kurang Islam” jika masih menggunakan “istilah lama”.

Sebab itulah tidak mustahil satu hari nanti, baju kurung dan baju Melayu hanya dapat dilihat di muzium sahaja kerana masyarakat Melayu sudah menganggap memakainya sebagai “kurang Islam”. – 5 Julai, 2015.

Dipetik dari The Malaysian Insider.


* * * * * * * * * *

1. Kadang-kadang tak faham kenapa bila jubah lagi laku dari baju kurung masa perayaan, dikatakan "arabisasi" "neo talibanisasi".

2. Artikel ni lebih kurang dengan kenyataan anak tokoh pujaan melayu tapi tak melayu, iaitu anak Tun M, Marina seminggu dua yang lepas.

3. Takut sangat budaya arab masuk budaya Melayu? Kan Melayu memang sifatnya senang menerima dan mengalukan budaya luar, yang kita anggap proses asimilasi?

4. Kenapa bila wanita ada yang gemar pakai skirt tak digelar "kristianisasi", seluar jeans lagi mahal dari baju kurung tapi wanita lebih suka pakai jeans digelar "eropahnisasi".

5. Elok la pakai jubah, sebab baju kurung moden sekarang ni pun nampak bontot, dan tak lebar macam dulu dah. Belum yang pakai kebaya lagi, kebaya moden pakai tube kat dalam, baju kebaya jarang atas bahu biar nampak tali bra.

6. Kenapa persoal guna istilah arab seperti iftar (malay : buka puasa), solat (malay : sembahyang). Penulis ni tahu tak berpuluh ribu perkataan bahasa Melayu di ambil dari bahasa arab? Dan Iftar sendiri ada dalam Kamus Dewan Bahasa edisi keempat?

7. Kalau nak Melayu sangat, mohon penulis ini sendiri pergi tukar nama, Amin tu bahasa Arab, pergi tukar nama Gemilang bin Idris ke, Megah bin Idris ke, nak bunyi Melayu lagi, Bomoh bin Idris, sebab Melayu suka bomoh-bomoh ni.

8. Yang mewujudkan istilah "arabisasi" ni adalah mereka yang kononnya berfikiran terbuka, berpelajaran tinggi, tidak jumud dan sebagainya.

9. Wat-wat rilek sudah, apa takut sangat dengan "arabisasi" nya, kita dah lama alami "eropahnisasi" sampai unsur "kristianisasi" pun terselit sekali.

10. Tun M lancar dasar pandang ke timur untuk "Jepunisasi" untuk tiru cara kerja dan semangat orang Jepun tapi korang tiru dalam bentuk hiburan dan pornografi je.

11. Mahathir masa jadi PM duk perjuang Melayu pun, pergi kerja hari-hari pakai kot, Allahyarham Nik Aziz yang ada pernah cakap "dia tak bangga lahir sebagai Melayu tapi bangga lahir sebagai Islam" tapi masa jadi MB tiap-tiap hari pergi kerja pakai baju Melayu.

Banga.....

Dipetik dari FB Sukan Star (Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki).


* * * * * * * * * *

Sumber gambar

Ada sesetengah golongan tak boleh tengok orang Melayu mengikut budaya arab, terutama Melayu yang pemikirannya lebih bercorak ke arah negara barat berkulit putih, tapi mereka boleh pula lihat orang Melayu yang mengikut dan meniru gaya hidup dan budaya negara barat.

Hakikatnya budaya Melayu sudah lama ditelan oleh budaya2 lain. Budaya Arab, Hindu, Cina, US, Korea, Jepun, Yahudi, Portugis, British, Eropah, semua sudah diasimilasi ke dalam budaya Melayu.

Berapa banyak perkataan hindu sanskrit sudah menjadi asal usul bahasa Melayu kita?

Berapa banyak pula perkataan dalam Bahasa Melayu yang telah dipinjamkan daripada bahasa Portugis dan bahasa Inggeris?

Berapa banyak budaya hindu diamalkan dalam perkahwinan orang Melayu?

Berapa banyak budaya cina diamalkan dalam hari perayaan2 kita?

Berapa banyak gaya hidup orang US dan Yahudi yang telah kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?

Berapa ramai orang Melayu yang membudayakan hiburan daripada negara Korea dan Jepun?

Berapa ramai orang Melayu yang meagungkan budaya sukan bola sepak Eropah?

Adakah pakaian kita seharian yang kita pakai di pejabat, di rumah dan berjalan2 adalah pakaian asal orang Melayu?

Dan tiba2 hari ini kita mahu cakap betapa risaunya kita budaya Melayu semakin ditelan budaya Arab?

Kalau bukan pedagang arab ini yang datang di rantau Nusantara pada suatu ketika dulu yang berdakwah dan menyebar agama Islam, mungkin sampai sekarang orang Melayu masih beragama Hindu.

Hari ini kau menyoalkan Arabisasi. Kenapa tidak menyoalkan Amerikanisasi, Eropahnisasi, Yahudinisasi, Jepunisasi, Koreanisasi, Cinanisasi, Indianisasi dan sebagainya?

Bagi aku, tidak kisahlah kau nak asimilisasikan budaya dari negara atau bangsa mana sekalipun, asalkan budaya tersebut positif dan membawa kebaikan kita seharusnya mengambil contoh dan mempraktikkan dalam kehidupan kita.

Seperti mana budaya Yahudi yang menguasai ilmu, kita ambil budaya tersebut dalam diri Melayu.
Seperti mana budaya Cina yang menguasai ekonomi, kita contohi budaya tersebut dalam diri Melayu.
Sebagaimana budaya Jepun yang menguasai teknologi dan kerajinan, kita terapkan budaya tersebut dalam diri Melayu.

Malah budaya arab yang hendak diasimilasikan ke dalam budaya Melayu kebanyakannya adalah benda yang positif seperti pemakaian jubah yang menutup aurat dengan lebih sempurna. Kenapa tak mempertikaikan anak2 muda kita yang berpakaian mengikut budaya Yahudi atau cara artis Korea?

Apa nilai2 baik dan positif dalam suatu budaya lain itulah yang seharusnya kita ambil dan asimilasikan dalam budaya Melayu. Ini benda2 yang tak penting dan merapu2 yang kita asimilisikan dalam adat budaya kita.

Lagipun budaya Melayu yang wujud sekarang bukannya asli sangat pun sebab ia telah pun berasimilisasi dengan pelbagai budaya2 lain. Malah budaya arab yang buruk dan negatif seperti tarian gelek belly dance, pembaziran makanan dan lain2 sikap arab jahiliyyah tu mana ada orang Melayu ikut sangat pun jadikan budaya.

Dan ramai orang pun faham yang arab tu bangsa bukan agama, so tak payah nak pertikaikan sangatlah pasal arabisasi ke apa. Yang korang kena tekankan bukan isu asimilasi bangsa dan budaya tapi lebih kepada kepentingan Islamisasi agama, kerana orang Melayu sudah lama terperangkap antara budaya, kepercayaan dan agama.

Kau tu kalau Melayu sejati sangat, kenapa pergi kerja dan jalan2 kat shopping mall tak pakai baju Melayu, songkok dan capal?




tags: apabila budaya melayu ditelan budaya arab arabisasi neo-talibanisasi us america amerika eropah british portugis india china cina hindu sanksrit yahudi korea jepun asimilasi kaum bangsa adat kepercayaan agama

30 ulasan:

  1. pakailah abaya...jubah pun best tahan lama

    BalasPadam
  2. supposed kita tegur / ungkit budaya yg buruk yg jelas memusnahkan anak bangsa terutama yg boleh menjejaskan akidah

    BalasPadam
  3. kahkah.

    thanks noob. you make my day with this writing, a good one. respect. thanks for being a voice in the nebulous.

    BalasPadam
  4. Meleis semua nak ikut arab padahal arab dah lama nak rasa pijak kepala meleis. Yang tak boleh blah bila ada meleis samakan arab ngan islam atas alasan nabi kita pun orang arab katanya.

    Bila dah taksub dengan arab dan unta khayalan, semua benda nak di-arabkan. Habis, warisan melayu mana nak pertahankan?

    Jangan terkejut kalau lepas ni ada orang akan bawakan "ketuanan arab" dalam perlembagaan negara!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya kau baca ke tak? aku tau ia agak panjang, tapi kalau tak baca lepastu komen macam kau pandai, susah lah.

      Padam
    2. Semua ikut Arab ke? Ye ke? Kenapa bila sebut Arab kena sebut unta? Ramai kawan2 aku balik dari tak pulak cite pasal unta? Kau gila?

      Padam
    3. apsal nama ko Amir Zaim Mohd Zaini...
      babi betul meleis sekor ni nak ikut nama arab

      bubuh la nama tuah ke,jebat ke durian busuk ker

      Padam
    4. Amir Zaim Moh Zaini, u merepek apa? U malas nak baca tolong jangan rajinkan diri nak komen pulak.

      Padam
    5. Hahaha... Nampak sangat malas baca.. Pastu nk komen mcm bagus.. Woi mangkuk.. Selama n oorg dok ikut budaya barat xde lak hang byk bunyi... Sex bebas,pakai seksi,kurang ajar dgn org tua... Itu ke yg hang nk ikut?!!

      Padam
  5. baguslah noob ni kalau bagi ulasan..

    serius brilliant..

    BalasPadam
  6. budaya yang baik & tak melanggar hukum tak salah pun kalau nak ikut. Apapun aku masih kekalkan baju kurung tradisional sebagai uniform raya dari kecik sampai sekarang hehehe

    BalasPadam
  7. Maleis bodoh tak dapat nak beza antara Islam dan Arab. Sudahnya semua yang Arab itu jadinya Islam dan kalu nak Islam semua kena jadi Arab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. meleis bodo macam ko kan
      semua yang barat tu betul termasuk la kawin sesama jenis

      Padam
    2. kesian kau ni mangkuk hayun..Kenapa tak persoalkan eropahnisasi yang pakai ketat macam tetek nak terkeluar?Owh biasalah orang munafiq dia mencintai kemungkaran tapi benci akan sunnah nabi

      Padam
  8. rasanya penulis malaysian digest tu yg takut dan igt arab tu islam, islam tu arab. semua org bebas mengamalkan agama masing2, jadi nak pakai baju apa pun terpulang lagi2 baju yg bukan ala2 cave-man.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysian insider la..bukan malaysian digest. Tadi komen kata ada anon x baca mula smpi habis....sigh..

      Padam
    2. hahaha...Ayam Afrika dia tersilap tulis la tu.... :) positif !!

      Padam
  9. The Malaysian Insider selalu sy baca artikel lebih kpd pro-PR...n lebih menyokong liberalisme. Maybe segelintir anda akan tau yg non Muslim agak x selesa dgn penambilan yg agak Islamik. Belum cite menentang kuat pentakbiran ulama dalam kepimpinan negara kelak. Mereka lebih suka muslim yg nmpk liberal spt Marina Mahathir sbb mereka lebih hampir sama pemikiran sbgi non muslim...siap ckp ibadat, aurat adalah hak masing2, x perlu nak tegur itu ini n itu antara hubungan mereka dgn Tuhan mereka.

    Pasal jubah...sy x kisah nak pakai apa pun...asalkan menutup aurat n tidak berpakaian ketat. Kat malaysia still jubah mercorak2 n pelbagai warna...bukan mcm negara Arab plain hitam terus. Lgpun ada gak baju kurung yg x ketat, just nice je..cuma kebaya sy x beberapa agree follow konsep Islam. Kpd yg muslim mereka akan faham yg kita kena menurut perintah Allah..yg non-muslim selalunya xkn fhm sbb mereka pun kebanyakkannya spt agama atas nama, x amalkn sepenuhnya (liberal utk agama masing).

    Asalkan pemakaian atau perkara2 lain follow undang2 Islam..sy setuju je...jgn sanjung sgt title Melayu sbb title Melayu x bawa ke mana di akhirat kelak. Tp sy akui ada kelompok org melayu jenis pantang tgk org yg lain dr yg lain..ada je nak kutuk itu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat Kuching x silap...bila sambut Raya, hampir sepanjang hari pakai baju melayu smpi genap 30 hari raya x kira kat luar atau tempat kerja..kalau x buat nmpk sgt pelik....baru contoh melayu yg nak sangat dicontohi/dibanggakan sangat

      Kalau kat semenanjung, baju raya just utk raya pertama, raya kedua pakai baju jalan2 plak...maybe one day baju melayu dah mcm2 fesyen yg jd viral kat FB, siap ada model pki samping je berjalan siap songkok bagai, atau baju melayu short sleave...baru la AMERIKA, UP TO DATE!! Pos kat FB mesti byk LIKE!!!

      Hempeh....

      Padam
    2. As a sarawakian, yup, mmg kitorg pakai baju raya at least for a week or 2. Kalau sampai 30 hari tu takde la. Mungkin sampai hari ke 20 or 25. Tapi kitorang masih terima kunjungan orang & kuih raya masih dihidang diatas meja.

      Padam
    3. x payah la kaitkan liberalisme dengan pr...sapa tolak hudud...kalau bn dulu bermati matian tegakkan hudud ada yang lain mampu bersuara ke..?sebelum pr memerintah disko ngan umah urut pun dah banyak..memang silap majoriti melayu masih belum memahami islam...keluarlah ..ayat2 yang menghina agama sendiri hudud x relevan...makan coklat kena cuci darah...simpan anjing dalam handphone samsung agenda yahudi...dan salib boleh menggoncang iman anak2..

      Padam
    4. Rilek la...ada segolongan people dlm PR mcm 2...x semua. Dlm BN pun ada gak....main point is ramai non muslim yg takut tgk org melayu lebih islam...n mereka rasa x selesa. 2 je.....kipidap!!

      Padam
  10. pakai perkataan iftar, solat pun x boleh ..apa kebabian dia ini..adakah dia menyuruh membaca fatihah dalam bahasa melayu untuk elakkan arabisasi..dan taliban???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah, "sembahyang" tu hindu budhha pon guna...better guna "solat"

      Padam
  11. Pompuan ni simple ja sebabnya dia suka pakai jubah.

    Selesa. Tak panas

    Tu ja

    Arabisasi tu mai tang mana. Dari dulu orang dok pakai jubah, cuma tak glamer sebab kaler hitam.

    Sekarang orang letak maniklah, sequinlah, lacelah, memangla perempuan berkenan.

    Nak pakai dress ala mat saleh tak seswai, pakailah jubah.

    Tutup aurat. Habis cerita.

    Perkataan arabisasi ni,ada dalam kamus dewan ka?

    BalasPadam
  12. Jubah sekali sarung je.. baju kurung dua kali sarung.. atas bawah..

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. geng2 ni sama je ngan poyo melayu double standart dan bodoh... klu nak complain complain la attire orang putih tu xde pulak dia nak bising? bodoh bertingkek2 ingatkan pandai rumahnya 2x5 bodo ngan utusanmeloyaburuk

    BalasPadam
  15. Terpulang la.. selera masing2.. kumpulan nasyid pakai mcm boria pun ok jer..

    Tak perlu pakai canggih2.. utama cuma tutup aurat. Lain2 tu ikut tahap keimanan sendiri la. Jenuh la pakaian kita pun nak kena ikut cakap org lain.

    Kesian la melayu2 ni.. ikut kepala otak sendiri pun salah..ikut cakap org pun salah.. tu la pasal, ramai x amik pedulik org skrg ni.. lu lu punye pasal.. gue..gue punye hal.. akhirnya yg untung adalah tauke kedai jugak..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.