Khamis, 21 Julai 2016

19 Pengaturcaraan komputer bakal di ajar di sekolah

Google Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara dimana mereka berkongsi lanjut mengenai arena e-dagang dan perkembangan syarikat internet di rantau Asia Tenggara. Hadir bersama pada acara berkenaan adalah CEO MDEC yang berkongsi mengenai beberapa perkara menarik berkaitan dunia startup dan perkembangan teknologi di Malaysia.

Daripada salah satu perkongsian, ia dikatakan salah satu perkara yang akan mula diintegrasikan dalam pendidikan adalah pembelajaran sains komputer - yang mana secara tidak langsung mengalakkan pemikiran kognitif dan kreatif dikalangan pelajar.


Bergerak kehadapan, pembelajaran sains komputer akan mula diintegrasikan bermula daripada darjah tiga – dimana untuk peringkat sekolah rendah ia akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Sementara untuk sekolah menengah ia akan mula hadir sebagai mata pelajaran berasingan. Ujian rintis untuknya telah dilakukan sebelum ini, dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas bermula tahun hadapan.

Bercakap lanjut mengenai pembelajaran IT, Yasmin mengatakan sebelum ini kita lebih kepada mempelajari IT dalam bagaimana sesuatu perkara seperti perisian digunakan. Kini, kaedahnya berubah kepada bagaimana kita membangunkan atau menghasilkan sesuatu perkara melalui IT.

Usaha ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan, dan ia disokong sepenuhnya oleh MDEC. Maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini dijangka akan dikongsikan seawal bulan hadapan.

Artikel asal dari Amanz.my. Berita boleh dibaca juga di Siakap Keli, TheVocket dan The MalayMail Online.


* * * * * * * * * *

Aku sebenarnya menyambut baik cadangan pengaturcaraan komputer diserapkan ke dalam kurikulum sekolah.

Coding pertama aku belajar adalah melukis guna command kura-kura LOGO masa sekolah rendah, kemudian BASIC masa sekolah menengah. Aku belajar buat website sendiri guna kod HTML masa form 3 dan host secara percuma kat Geocities dan Tripod.

Pernah sekali mewakili negeri buat perisian pendidikan guna Macromedia Authoware, tengok orang lain siap buat 3D guna language apa ntah rasa noob gila.

Masuk universiti tak payah cerita lah, macam-macam language dan development software kena belajar. End up rezeki aku kerja dalam bidang ICT juga di kala ramai kawan aku dah kerja lari bidang atau buat bisnes sendiri.

Belajar coding ni bagi aku tak semestinya untuk kau jadi programmer atau kerja dalam bidang ICT, tapi ia sebenarnya boleh melatih diri kita untuk berfikir secara kognitif, logik dan lebih rasional.

Aku pernah tulis artikel berikut tentang bagaimana pengaturcaraan komputer itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian - "Mengaplikasi pengaturcaraan komputer dalam kehidupan".

Namun aku agak kecewa belum apa-apa lagi dah ada orang yang mempertikai dan menolak cadangan itu serta mengaitkan dengan benda yang takde kaitan pun.



Kenapa la stagnant sangat pemikiran orang Malaysia ni. Tahu tak di negara maju luar negara sana murid-murid sekolah mereka telah diajar coding? Sebab tu pemikiran mereka maju dan mampu mencipta pelbagai teknologi yang kita guna hari ini. Sampai bila kita mahu terus menjadi negara pengguna sedangkan kita sebenarnya mampu untuk menjadi negara pencipta?

Lepas tu ditambah pula dengan mitos kalau belajar coding mata akan rabun. Apa benda ni? Asal buat coding je rabun, pakai cermin mata tebal? Kenapa orang tak pandai buat coding tak kerja depan komputer pun ramai yang rabun juga? Kenapa ada orang yang kerja depan komputer tak rabun pun?

Tentang infrastruktur, aku setuju banyak infrastruktur komputer dan ICT di makmal komputer sekolah berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dan tidak diselenggara dengan baik, maka jika cadangan ini ingin dilaksanakan, pihak kerajaan perlu memastikan infrastruktur ICT sekolah berada dalam keadaan baik.

Namun tak perlulah beli komputer mahal dan canggih sangat pun, sebab sekadar nak buat coding asas tak perlu komputer dengan spesifikasi yang tinggi pun, malah tak perlu talian Internet pun. Hanya guna program notepad sahaja dah boleh belajar coding.

Tak percaya cuba buka notepad, copy kod di bawah dan paste ke dalam notepad, save nama fail sebagai helloword.html dan buka fail tu. Nah anda sudah berjaya buat satu kod.
<html>
<body>

<h1>Hello World!</h1>
<p>Klik di <a href="http://www.google.com/">sini</a>.</p>

</body>
</html>

Malah untuk pengenalan asas coding ni tak perlu guna komputer pun boleh sebenarnya lebih-lebih lagi untuk pembelajaran di sekolah rendah. Boleh gantikan dengan blok, permainan, plasticin, kertas, bongkah kayu, objek, bola dan sebagainya. Mereka cuma perlu belajar konsep je pun seperti logik, memberi arahan, membuat keputusan berdasarkan kondisi tertentu dan sebagainya, so konsep-konsep asas tu tak perlu komputer pun sebenarnya untuk dipelajari.

Cuba bagi anak-anak darjah 3 ke atas belajar code kat sini - https://code.org/learn dan bagitau aku, mereka boleh buat atau tidak? Kalau anak anda 5 tahun dah pandai main Youtube, Facebook, IG, Vines, COC, Candy Crush, takkan lah tak boleh bagi mereka belajar code?

Tentang cikgu takde pengalaman dan pengetahuan semua tu, hal itu boleh diperhalusi lagi. Mungkin boleh lantik cikgu khas yang mengajar subjek ini ataupun cuma terapkan perkara yang sangat asas dalam subjek sedia ada seperti sains dan matematik yang mana cikgu boleh pelajari dan faham dengan mudah.

Lagipun pembelajaran coding di dalam kurikulum sekolah lebih kepada pengenalan asas, nak lagi detail belajar sendiri, ambik subjek elektif sains komputer, masuk kelab komputer atau bila masuk universiti nanti lah bagi siapa-siapa yang berminat. Cuma harap silibus yang dimasukkan dalam kurikulum sekolah tu jangan la terlalu complicated macam level universiti.

Dan terakhir, apa kaitan belajar coding dengan kejatuhan moral dan sahsiah? Tak boleh ke belajar coding dalam masa sama belajar agama? Lagipun kat sekolah dah banyak silibus pun belajar agama, kat sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah. Kalau anak kau tu buruk akhlak bukan salah cikgu, sistem pendidikan atau coding tapi kau kegagalan anak kau atau kau sendiri sebagai mak bapak.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: belajar code coding kod pengaturcaraan aturcara komputer ict sains sekolah terap kurikulum sains matematik

19 ulasan:

  1. Noob, yang mereka kata bebankan cikgu, bagi saya berasas

    Segala projek macam ppmsi, PT3, segala bagai melibatkan cikgu yg diminta menjalankan program secara ad-hoc. Lagi teruk bila sistem pengkeranian dlm program ni menambah beban cikgu untuk menulis laporan pasal "Orang atas nak tengok" padahal benda tu tak perlu pun. Perancangan pendidikan kita banyak jangka pendek dan harapkan keputusan positif secara singkat. Laporan Razak walaupun dah lama, ia perancangan jangka panjang dan relevan hingga sekarang

    Masalahnya timbul bila setiap menteri pendidikan tukar, modul sedia ada dibangkul sampah dan tidak dinaik taraf sebaliknya keluarkan modul baru yg kena digerakan oleh cikgu yg belum bersedia lagi memahami modul dan perancangan akan menjadi tunggang langgang.

    Saya berharap program coding ini berjaya agar murid tidak menjadi eksperimen yg gagal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya benda tu 2 perkara yang berbeza. Belajar coding bukan suruh cikgu buat kerja pengkeranian, masukkan data dalam sistem dan sebagainya. Ia mungkin hanya melibatkan sedikit penambahbaikan dalam subjek sains dan matematik yang sudah ada sekarang bagi sekolah rendah.

      Yang penting pelaksanaannya nanti kementerian pendidikan perlu fikirkan macam mana cara terbaik untuk serapkan subjek coding tanpa menambah beban dan tugas guru.

      Padam
    2. "Yang penting pelaksanaannya nanti kementerian pendidikan perlu fikirkan macam mana cara terbaik untuk serapkan subjek coding tanpa menambah beban dan tugas guru."
      Tambah subjek coding pun sebenarnya dah menambah tugas guru. Kena faham sistem coding baik2 sebelum ajar budak sekolah, memahami interface apa guna buat coding belum masuk lagi kalau coding buat guna Ubuntu OS, dah kena faham OS lain pula
      Beban yang saya maksudkan adalah KPI yang ingin dicapai oleh pihak orang atas selalunya nak positif serta cepat. Apa yang diingin dicapai dalam modul coding yang diajar di sekolah. Bukannya saya tidak setuju, cuma setelah berapa banyak kali "eksperimen" dibuat kementerian sebelum ini, saya skeptik dengan apa yang mereka inginkan silap haribulan harapkan gempak je projek, benchmarknya buang ke laut. Akhirnya yang bermasalah balik pada cikgu juga bila program tak jadi, cikgu juga kena kambing hitam bila KPI sekolah tak tercapai

      Padam
    3. Sebenarnya coding yang asas tak susah, sama macam belajar matematik sekolah rendah je. Saya pun tak expect mereka kena belajar C++, Java, Ubuntu dan sebagainya dan saya harap kementerian juga tak masukkan coding aras tinggi macam yang diajar di universiti.

      Masukkan asas coding sahaja bagi murid faham asas dan konsep coding tu sendiri. Mungkin kita beranggapan asal coding je mesti kena ada komputer dan benda tu aangat susah, tapi sebenarnya coding tak semestinya kena pakai komputer. Coding pakai Lego pun boleh.

      Padam
    4. masalah peel kementeriuan pendidikan suka letakkan masalah kat guru semua diorang kena handle... memang bagus idea tu tapi ditambah lagi masalah ni....

      Padam
  2. bapak kaya ko noob. form3 dh ada pc. aku form5 brick game pun xmampu nk bli. mmg buta bab2 pc ni. 1lg kalu nk blaja code2 ni kesian la dkt org miskin xpsl2 kna bli laptop pc utk anak blaja. lain la kalu najib nk derma pc sorg sebijik. btw proot d demoutantei

    -siroslan-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai pc bapak aku la bukan pc aku. Zaman sekarang pun budak2 dah ada tablet henpon harga seribu dua apa nak heran?

      Padam
    2. tu mak bapak jenis berduit noob. yg miskin xberduit papa kedana gigit jari la xdpt blaja coding

      Padam
    3. 1. Belajar asas coding tak semestinya pakai komputer. Aku cakap pasal asas ya terutama untuk kanak-kanak, macam aku cakap kat atas tu pakai blok blok, bola, bongkah kayu, lego pun boleh.

      2. Sama la macam kau belajar kemahiran hidup pun, mak bapak yang miskin bukan ada duit nak beli gergaji tukul spana ragum g tanggam semua tu, atau subjek sains bukan mak bapak yang kena beli radas termometer tabung uji balang kaca penunu bunsen apa semua tu tapi sekolah yang sediakan. So sama halnya la dengan coding, sekolah la kena sediakan infra komputer apa semua tu. Benda simple jangan rumit-rumitkan.

      Padam
  3. Saya dgn rendah diri mengharap, suatu hari nanti, anak2 orang asli Tasik Banding Hutan Belum akan mampu membuat coding menggantikan pokok2 hijau dan air tasek menjadi semakin banyak.

    Kita waktu tu dah tua, dapat naik coding kehulu kehilir tanpa perlu menunggang motosikal..

    Hidup di KL tanpa kenderaan, bangunan, dan kedai2.. kita boleh hadam dgn menyedut coding dan tidur dalam coding jua.

    Amal ibadat juga dicopy duplicate guna coding.. dan sekarang pun 1.6 juta pekerja gomen bekerja dgn menggunakan coding yg semakin canggih. Coding minum awal pagi masuk pantry, coding minum pagi 10am. Coding buat bisnes insurans semasa kerja.. coding buat projek halalan thoyyiban guna kompeni sendiri utk beli barang2 pejabat.. coding tampal barang2 pejabat untuk rumah sendiri.. coding beli kereta utk anak2 dan beli rumah 3-4 buah dgn hanya 3 tahun lps graduate keje gomen..

    Coding sekarang pun sudah maju dan cocknitive dah.. maju giler sehingga yg bingai2 pun boleh jadi ketua2 jabatan, menteri2 bingai walaupun berpikiran x ubah mcm tukang kebun saja. Ini menunjukkan cocknitive sungguh otak tukang kebun selaras dgn ketua2 jabatan. Maha Suci Allah dgn kurniaan projek pengaturcaraan komputer ni.

    Yg jaga sistem server unix sun hebat2..install satu habuk pun x tau.. sumer kontraktor half past six yg buatkan. Rege cecah juta walaupun pc bodo ja yg boleh runkan program.. ya.. cocknitive sungguh rakyat kita. Alhamdulillah.

    Ya saya akui, cocknitive sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa pulak satu lagi, hasil cocknitive terulung.. pembenihan awan sewaktu el nino. Ini yg paling win mengalahkan kunfayakun. Mmg membuatkan saya menangis hiba. Rupanya teknologi pengaturcaraan ini menonjolkan bahawa kuasa yg Allah ceritakan itu tersangatlah sadikit yg apa yg kita tau.

      Mohon ada lagi teknologi melayu vocknitive ini disambung turun temurun menjadi penawar kecerdikan dan kerajinan bangsa Malaysia.

      Satuuuuuuuu???? MELEISIA!!!! Satuuuu???? MELEISIA!!! Walhamdulillahhh

      Padam
    2. Tak payah nak sarkastik sangat la. Kalau nak cerita pasal murid orang asli, apa point pun mereka belajar subjek matematik, sains, bi, sejarah, geografi dan sebagainya kalau kau rasa akhirnya diorang cuma tanam pokok kat hutan.

      Dan tolong jangan buat sarkastik kaitkan dengan agama, Tuhan semua. Tak ada kena mengena langsung. Tak kelakar pulak tu, seriously macam bodoh.

      Padam
  4. Jeles aku. aku minat sangat bab pengaturcaraan dan sains komputer ni. untung budak2 sekarang dihidang percuma jer, aku terpaksa cari buku sendiri berhabis nak bbelajar.

    Aku sokong diajar.

    BalasPadam
  5. X kisah belajar satu ilmu baru....x rugi pun belajar, sbb in zaman skrg ada budak boleh bangunkn aps sendiri boleh kaya raya senang2 je kalau ada demand. Kdg2 kita still nak berpijak pada konsep yg sama...jgn ckp programming, bahasa ingeris pun fail lagi terutama nak ckp..bab copy paste budaya hiburan hebat plak up to date.

    BalasPadam
  6. phew..
    coding di awal usia..
    nampak gaya bakal graduan kumputer lepas nie kena cepat kejar peluang yang ada,

    BalasPadam
  7. coding mmg pnting...
    bkn stakat utk buat wbsite ja, mesin2 automatik kt kilang sume pkai coding... klu dok pkiaq susah, xp ke mna la org kita... skrg ni dunia ke arah mmbngunkn tknologi robotik, yg mna pggunaan coding adalah asas utk mggrakkn robot...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kita perlukan lebih ramai hacker.. sama ada topi hitam atau putih..

    BalasPadam
  10. guru yang sedia ada skg ni nak ajar coding ke?npe kementerian pendidikan tak buke je pengambilan guru koding untuk mereka yang layak?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.