Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Fatwa pengharaman dan logo haram

Kat Malaysia ni kalau perkara yang halal terutama makanan, kita ada logo HALAL. Tapi kalau benda2 haram, kita takde logo HARAM. So aku cadangkan Jabatan Agama agar keluarkan logo HARAM pada perkara2 yang dah terang2 seperti arak, judi dan babi serta perkara2 yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kalau tidak tak guna kalau fatwa sahaja haram tapi orang Islam masih bebas boleh beli dan guna macam takde apa2 masalah pun.

Sumber gambar

Berikut adalah antara fatwa2 pilihan mengenai pengharaman sesuatu benda:

1. Shisha haram.

Shisha baru sahaja difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tapi kat kedai2 mamak masih boleh dihisap2 kalau kerajaan masih lagi meng'halal'kan penjualan atau penggunaannya. E-cigarette atau rokok elektronik pun kerajaan dah nak mula nak haramkan, mungkinkah lepas ni fatwa pengharamannya pula akan dikeluarkan?


2. Rokok haram.

Rokok juga dah lama Majlis Fatwa haramkan, tapi masih lagi boleh lagi dibeli oleh orang Islam kerana kerajaan masih meng'halal'kan penjualannya sebab masih boleh kutip cukai. Malah walau rokok tu haram, tapi orang2 Islam relaks je hisap macam ianya halal pun. So lepas ni kalau ada logo HARAM kat kotak rokok, rasa2 ada lagi tak orang Islam nak beli dan hisap.


3. Pertandingan Ratu Cantik haram.

Pertandingan ratu cantik juga telah difatwakan haram disertai oleh wanita Islam, tapi sekarang ni boleh pulak wanita melayu Islam join pertandingan ratu cantik ni dengan alasan "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang". Pulak dah. Kalau macam tu apa point ada fatwa?

Sumber gambar

4. Pelaburan ASB/ASN haram.

Dulu pelaburan ASB dan ASN pernah difatwakan haram di negeri Selangor dan Pulau Pinang, tapi orang Islam masih je lagi boleh melabur di ASB dan ASN. Sepatutnya kalau dah haram tu, ASB dan ASN kenalah letak logo HARAM, at least orang Islam tahu akan status halal haram dia. Tapi kalau Majlis Fatwa peringkat negeri sahaja cakap haram, tapi kat Majlis Fatwa peringkat Kebangsaan cakap HARUS, payah jugak.


5. Insurans nyawa haram.

Insurans nyawa juga pernah difatwakan haram dulu pada tahun 1979, tapi sekarang dengan adanya sistem insuran takaful yang lebih Islamik, mungkin pihak kerajaan perlu memberi sama ada logo halal atau haram kepada semua jenis insurans so at least umat Islam ada panduan nak memilih insurans yang halal sahaja. Ini juga tertakluk kepada akaun dan pinjaman2 bank sama ada yang berbentuk konvensional atau Islamik. Dengan adanya logo halal haram pada semua jenis akaun dan pinjaman bank, takde la orang Islam nak guna perbankan konvensional yang dah sah2 penuh dengan riba. Ini tidak, orang Islam sekarang guna perkhidmatan perbankan konvensional macam takde apa2 masalah pun, apa beza dengan guna perkhidmatan perbankan Islamik?


6. Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) haram.

Pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya juga haram, tapi sayang masih ramai wanita muslim yang bekerja sebagai GRO, nak buat macam mana, tokey kelab malam pun ramai orang Islam.


7. Ganja haram.

Dadah juga telah difatwakan haram termasuk syabu, opium dan GANJA (hashish), malah ulama termasyhur Sheikd Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah memfatwakan yang ganja adalah haram. Yang bagusnya dadah2 ni bukan hanya difatwakan sebagai haram, malah dalam undang2 negara juga ia diharamkan. Tapi tu pun masih lagi ada orang nak perjuangkan agar ganja itu dilegalkan.


8. Bertafakur di tugu negara haram.

Dah haram dah pun istiadat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di tugu2 peringatan seperti Tugu Negara, bukan 1 tapi 5 6 fatwa dah dikeluarkan, tapi masih lagi ada orang buat terutama pemimpin.


9. Judi dan arak haram.

Yang ni tak perlu fatwa pun, dah konfirm haram, tapi masih ada lagi orang Melayu Islam yang tanpa segan silu beli nombor ekor Sports Toto dan Magnum 4D serta membeli dan menogok botol arak. Patut kat kedai judi dan botol arak tu letak besar2 logo HARAM untuk umat Islam.



Kesimpulannya, aku tak nampak sangat apa fungsi Majlis Fatwa keluarkan apa2 fatwa kalau ia hanya sekadar hukum tapi langsung tiada penguatkuasaan atau at least, peringatan. Walau dah haram tapi orang Islam masih boleh membeli, memakai, mengguna, membuat, memakan dan menyertai tanpa sebarang rasa masalah dan bersalah dari rakyat marhaen sampai peringkat pemimpin. So mungkin sebagai langkah pertama boleh keluarkan logo HARAM sebagai peringatan dan panduan, dan kita tengok macam mana keberkesanannya.

P/S: Setakat ni tiada lagi mana2 parti yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa, yang ada cuma pengharaman daripada agamawan2 tempatan sahaja. So kalau lepas ni ada mana2 parti yang hendak diharamkan, mungkin boleh letak logo HARAM di lambang parti tersebut.





tags: logo halal jakim haram arak judi babi zina riba hisap shisha majlis jawatankuasa fatwa kebangsaan negeri negara mufti rokok elektronik e-cig vapor vap e-cigarette awek hisap rokok sembur asap pertandingan ratu cantik wanita perempuan melayu islam sertai pelaburan amanah saham bumiputera nasional asb asn insurans nyawa bank akaun pinjaman kereta rumah personal peribadi konvensional islamik riba pekerjaan kerja pegawau perhubungan pelanggan gro kena tangkap tokey pemilik awie wings kelab malam daun ganja marijuana hashish weed high gerakan edukasi legalisasi justin bieber loser tafakur kalungan bunga tugu negara najib pak lah perdana menteri hari pahlawan sports toto magnum 4d sokong dap haram

35 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    Hahaha.... letak jer logo "HALAM" ... kan senang.... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously, aku tgk Majlis Fatwa Kebangsaan ni sgt tak relevan.. Bila nak fatwakan sesuatu, laju je.. Tapi nak melaksanakan atau menguatkuasakan fatwa, langsung takde tindakan.. Sekurang2nya usaha2 nak memberi faham fatwa pun takde.. Dan kadang2 perkara2 yg kecil dibesar2kan, tapi yg besar didiam2kan..

      Padam
  2. Takan adanya logo Haram sebab tak mendatangkan keuntungan :)
    Sape nak apply logo Haram bang hohoho..
    Kalau logo halal banyak la yang nak apply..

    Yang ada mungkin sekadar peringatan barangan tidak halal biasa ada kat tesco/giant etc. Kat seven eleven takda pulak nampak walau dalam tu jual arak dsb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah...diorg letak logo halal pn sebenarnya x ikhlas pn...hanya kerana mahukan keuntungan semata2...tp aku rasa logo haram ni patut ada jugak,tp bukan peniaga yg apply tp jakim sendiri yg keluarkn kpd mana2 barang yg mmg haram atau sudah difatwakan haram spt babi,arak,kedai judi,rokok,bank & insurans konvensional,pelaburan yg haram,kelab malam & sebagainya...

      Padam
  3. Kalau ikut Fatwa Negeri Selangor ASB TIDAK HALAL..ni tak halal ni maksud sama ngan haram ke? kalau sama maksud kenapa tak tulis haram je kan senang.

    Ade sesape boleh bg pncerahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dia nak kita fikir sendiri kot antara: harus sunat makruh haram syubahah

      Padam
    2. Dia nak kita fikir sendiri kot, antara harus, sunat, makruh, haram, syubahah?

      Padam
  4. Wang kertas tu haram! Bila pulak majlis fatwa nak kemukakan pengharaman wang kertas.

    Sebenarnya kita bergelumang dgn byk benda haram dlm kehidupan seharian. Tau tak yg persahabatan antara lelaki dn wanita yg bukan mahram tu pun kira haram. Tapi yg paling penting adalah kesedaran dlm peringkat individu dn bukan "tiba2 keluar pulak fatwa peringkat negara yg perkara itu ini haram, lepas tu senyap je". Belum lagi masuk hal2 bidaah dlm beribadah, kalau nak di listkan pasti ramai yg terkejut.

    Aku tau lah sikit2 je, tak layak pun bg fatwa, tapi itulah kalau kesedaran dlm diri tak da, sampai bila org akan jahil. Yg pelik ulama nak tegakkan quran dn sunnah dilabel wahabi, kena tangkap polis pulak tu. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa Rasulullah dulu tak payah nak letak logo2 pun???? Masalah sekarang ni bukan sebab logo tu noob tapi masalah pendedahan kepada haram halal sesuatu benda atau perkara. Sbb tu, kalau ko letak haram sekalipun tak danya org akan kisah 100%. Tapi aku ttp sokong sbb apa? Sbb kalau org tengok logo tu nanti tentu mereka akan persoalkannya, dn cari kepastian, cari ulama utk pencerahan dll.

      Padam
    2. Masa Rasulullah dulu tak payah nak letak logo2 pun???? Masalah sekarang ni bukan sebab logo tu noob tapi masalah pendedahan kepada haram halal sesuatu benda atau perkara. Sbb tu, kalau ko letak haram sekalipun tak danya org akan kisah 100%. Tapi aku ttp sokong sbb apa? Sbb kalau org tengok logo tu nanti tentu mereka akan persoalkannya, dn cari kepastian, cari ulama utk pencerahan dll.

      Padam
    3. Masa Rasulullah dulu tak payah nak letak logo2 pun???? Masalah sekarang ni bukan sebab logo tu noob tapi masalah pendedahan kepada haram halal sesuatu benda atau perkara. Sbb tu, kalau ko letak haram sekalipun tak danya org akan kisah 100%. Tapi aku ttp sokong sbb apa? Sbb kalau org tengok logo tu nanti tentu mereka akan persoalkannya, dn cari kepastian, cari ulama utk pencerahan dll.

      Padam
    4. haram dari segi nama saja tapi penguatkuasaan langsung xda. judi haram tapi kasino di genting masih beroperasi. kata negara islam... negara islam kepalabapak najib...

      kata arak haram tapi pemegang saham arak terbesar masih anak mahadir... kita juga rakyat xterkecuali. dah tahu perbuatan haram tapi buat jugak...

      meleis mmg anti dgn produk2 makanan haram... tapi dlm khidupan seharaian byk nya benda haram kita buat... macam celaka..

      Padam
    5. Sekarang ni zaman fitnah, halal haram bercampur aduk. Yang part makanan haram tu mmg aku stuju, asal haram je mesti berkaitan dgn makanan, haram2 yg lain samar2. Media massa pun main peranan jg krn terlalu kaitkan haram dgn brg makanan cth rancangan Ajen halal

      Padam
    6. Hahaha yeala banyak benda haram setiap hari peluk laki pompuan bukan muhrim pon haram.. :) Malah tayang kat tv saban hari..

      Padam
    7. Hohoho, perbankan islamik tu lagi jauh haram dari yg konvensional.

      Padam
    8. Mana taknye, perbankan islamik makan lebih banyak riba dari yg biasa. Loan rm 300000 utk rumah blh jadi rm 700000. Kesian kat makcik tu sampai rumah terpaksa dilelong.

      Padam
    9. Mana taknye,

      makan

      biasa. Loan rm 300000 utk rumah blh jadi

      makcik tu sampai rumah terpaksa dilelong.

      Padam
    10. MIDNIGHT22 Julai 2013 2:50 PG

      Mencarut dan berkata2 kesat tu pun haram..

      Padam
  5. selagi semua pihak tidak ambil kes nie lebih mendalam tak jadi juga, biar lah kuar fatwa banyak kali pun, kalau ada pihak buat tak tahu je, memang akan tenggelam balik fatwa tu

    BalasPadam
  6. kalo nak buat juga logo haram dan halal tu..
    buatlah berbeza ciri2 logo.. warna berbeza..
    mudah nak dikenalpasti..
    tapi takut dieksplotasi oleh orang lain lah plak..
    logo halal pun ramai yang ciplak..
    sebabnya nak dapat untung..

    BalasPadam
  7. P/S: Setakat ni tiada lagi mana2 parti yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa

    Memang takda dari Majlis Fatwa, tetapi UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 sehinga Mathir terpaksa mewujudkan UMNO baru.. :) har har har..



    BalasPadam
  8. Papepun...semua ni disebabkan oleh penguatkuasaan....buat la undang2 cangih mcmana pun, xde tindak balas x guna jugak.

    BalasPadam
  9. yup..logo Haram pun ok jugak..

    seperti yang pnah dicadangkan oleh Mantan Mufti Perlis dulu.. Dr Asri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. Asri kata kalau tak silap kita tak perlu logo halal dah kita negara Islam.. sepatutnya hanya bubuh logo HARAM pada barangan yang HARAM.

      Kalau betul la gomen ni perihatin dan Islamik.. Aku rasa Gomen boleh wajibkan semua produk musti diuji isi kandungannya baru boleh lepas untuk pasaran kalau tidak ianya perlu dilabel sebagai haram atau was-was bagi umat Islam.

      Padam
  10. Nk jg srnsitiviti agama lain katanya

    BalasPadam
  11. setuju dgn pandangan tersebut...:D

    BalasPadam
  12. tarian poco-poco haram tak.

    BalasPadam
  13. Logo haram jadah

    BalasPadam
  14. "ermm tak lama lagi minum air ber-Gas pun Haram jugak..
    sebab ape?
    sebab membazir duit & xde khasiat. lg baek minum air kosong je."

    -setahu aku jika suatu benda tu tak ada dalil yang sah dari al-Quran mahupun hadis soheh KITA TAK BOLEH LETAK HUKUM HARAM SESUKA HATI!!

    -jikalau ada keraguan pun mengenai sesuatu tu baik minta dijauhkan aje..

    -HUKUM HARAM zaman sekarang di tentukan oleh logik manusia.

    -Wallahualam

    BalasPadam
  15. undi umno haram - kata ahli pas

    undi pkr,dap,mca,gerakan,pas = halal

    BalasPadam
  16. Ni dah melampau!!!!!! Kenapa akhbar melayu seperti BH masih lagi menyiarkan kepetusan nombor ekor sehingga sekarang??? Kenapa??????? Dulu, Utusan siarkan kepetusan nombor ekor tapi sekarang BH!!!! Paksa BH hentikan kepetusan nombor ekor!!!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.