Halaman

Isnin, 27 Januari 2014

Jalani latihan media elak kenyataan kurang bijak

Sekarang ini ramai pemimpin yang sering mengeluarkan kenyataan yang agak kurang bijak dalam semasa sidang media, ucapan, media sosial peribadi seperti Twitter dan Facebook, tidak kira pemimpin kecil atau besar, tapi bila pemimpin besar yang bagi kenyataan kurang bijak tu yang lagi sakit hati. Oleh itu ada laporan yang mengatakan menteri kini wajib menjalani latihan media agar kenyataan2 kurang bijak yang boleh menjadi bahan jenaka dapat dielakkan.


Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.

"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.

Sumber itu merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu wawancara bersama akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang mengatakan rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.

Manurut Hasan, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ia dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

Bacaan penuh di Malaysian Insider.

1. Berita ini ditulis berdasarkan satu sumber yang namanya dirahsiakan. Sumber apa? Sumber mana? Sumber siapa? Sebab sumber tersebut tidak dinyatakan dengan lebih terperinci, maka kesahihan berita ini masih boleh dipertikai dan diragui.


2. Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek. Betul ke PM Najib cakap macam ni? Aku kurang percaya dia cakap macam tu sebab di juga pernah bagi kenyataan2 yang kurang bijak.

3. Kalau memang benar PM Najib mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan, bagi aku beliau sendiri pun perlu menjalani kursus tersebut.
 
4. Ikutkan tak perlu pun latihan media bagai untuk tidak keluarkan kenyataan kurang bijak, yelah kalau nak buat kursus latihan bagai kena keluar belanja lagi, kena upah konsultan lagi. Anda sebenarnya cuma perlu letakkan diri sendiri sebagai seorang rakyat dan guna common sense yang sudah ada pun dalam otak masing2 baru keluarkan kenyataan.
5. Latihan media yang dibuat sepatutnya bukan sahaja untuk mengelakkan kenyataan kurang bijak, malah kenyataan2 yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta merosakkan keharmonian masyarakat di negara kita. Masukkan sekali modul latihan agama dan moral.

6. Kursus ni aku sarankan dibuat bukan sahaja untuk menteri tapi juga kepada ahli parlimen dan DUN kerajaan BN sekali. Ajak sekali ahli politik dan pemimpin2 pembangkang ikuti kursus tu jugak sebab ada juga pemimping pembangkang yang bagi kenyataan macam bangang di media sosial mereka.

Sumber
Sumber
Sumber

7. Oh, jangan lupa ajak macai sekali. Pastikan kehadiran mereka wajib.




tags: elak kenyataan kurang bijak bodoh bangang menteri wajib jalani latihan media kursus kpi pm najib razak kata tengku adnan ku nan hasan malek memalukan bahan jenaka lawak lucu kerajaan sidang media ucapan sosial akaun facebook twitter instagram kangkung ahli politik pemimpin barisan nasional bn pembangkang pakatan rakyat pr ahli parlimen dun macai kehadiran wajib cukup 7 hari setahun

11 ulasan:

  1. Dulu masa saya kecil-kecil, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

    dulu saya dapat 5A dalam UPSR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

    dulu saya dapat tawaran masuk MRSM. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

    dulu saya dapat 8A dalam PMR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

    dulu saya dapat tawaran buat kursus medic di india. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

    tapi bila saya buang semua keduniaan dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan sunnah Rasulullah di badan saya..

    semua org mencemuh dan memandang rendah kepada saya.

    "ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh smpai afrika pulak tu?nanti nak makan apa? bodohnya.. memalukan mak bapak, peluang jadi orang besar dilepaskan pulak" kata mereka.

    tapi, pada suatu subuh. Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu. Saya bacakan surah Abasa. Dan sebak ketika sampai ayat:

    Yaumayafirrul mar'umin akhih
    wa ummihi..wa abih..

    Selesai solat, semasa perjalanan pulang..ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?.

    Saya jelaskan. Ayat itu menceritakan tentang huru hara padang mahsyar sehinggakan seorang insan itu lari daripada saudaranya..ibunya, ayahnya, isterinya, anak-anaknya. Saya katakan.

    Di dunia ini, bila kita kita jadi kaya, org puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk kejar akhirat, org akan kata kita gila.

    Sedangkan di padang mahsyar nanti, semua kata-kata orang itu lansung tak bernilai kerana ibu, bapa, isteri, anak, saudara yang di dunia ini sangat rapat dengan kita pun, kelak akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.

    Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di sana kelak.

    pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya. kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tidak bagi mudarat pada saya.

    lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

    ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.."sejuk perut mama dapat anak macam along"

    Maka itulah kali pertama dalam hidup saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku.

    Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dpat dulu, tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk dicium dan dipuji ibu.

    wahai hamba Allah, apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?. Mengapa masih mengejar pujian sia-sia manusia? Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian.

    wahai saudaraku,apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? sebelum lubang kubur akan digali?

    Apa yang saya dan kalian ada..untuk Allah dan Rasul menjadi bangga?


    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan post ni diambil daripada facebook Ibnu Batoota Owsem, kenapa tidak beri kredit kepada beliau?

      Padam
  2. We want young leader (30-45 tahun) yg lebih memahami rakyat terutama golongan muda, tau konsep media sosial yg sgt berpengaruh kpd rakyat. Pemimpin2 yg tua2 ingat komen dia kat FB/twitter just kwn2 je tgk & press statement just kuar kat utusan je (yg ditapis baik)..statement yg kuar dr mulut YB x smpi sejam dah masuk internet, x yah tunggu berita jam 8 atau suratkhabar esok.

    BalasPadam
  3. psl nak bagi kenyataan pun sampai kena berkursus bagai. hahahahahhh... pencen lah cepat org2 tua ni, semak jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

  4. bung mokhtar pnya tweet tu edit la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, sekarang ni fitnah dan kenytaan sebenar dah tak boleh bezakan..

      Padam
    2. oi macai. tu tweet betulla. ko macai xkan x follow twitter bung moktar ni - https://twitter.com/MyKinabatangan

      Padam
  5. menteri dan yang lain-lain kat atas tu mana pernah nak letakkan diri sendiri dalam kasut rakyat..bila dah macam tu memang takkan ada punya common sense..sebab tu bila bagi sidang media jadi merapu meraban..

    BalasPadam
  6. malam ni padang keramat...pukul 9..

    BalasPadam
  7. nak elak bagi statement bodoh kepada media pun perlu kursus ke? kalau macam tu punya teruk, tak payah la jadi menteri. Nampak sangat tak layaknya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.