Halaman

Khamis, 3 Julai 2014

Apa hukum merakam gambar sendiri atau Selfie?

"Sebelum apa-apa kita 'selfie' dulu", itu antara dialog yang sering didengar dan menjadi kebiasaan peminat 'selfie', fenomena baharu yang menjadi trend masa kini masyarakat, khususnya kalangan Gen Y dan Gen Z.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau kamera web yang dilengkapi aplikasi Internet, pengguna boleh 'selfie' dan terus memuat naik gambar ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

'Selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.


Sumber gambar

Perkataan 'selfie yang menjadi popular pada tahun lepas apabila dikaitkan dengan tokoh-tokoh dunia akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), demikian menurut Ketua Pengarahnya Datuk Dr Awang Sariyan.

APAKAH HUKUM 'SELFIE'

Dalam menempuhi Ramadan yang penuh barakah ini, melakukan 'selfie' dilihat semakin rancak dalam kalangan umat Islam sedangkan dalam Islam mengajar umatnya bersederhana dalam segala hal dan tidak menunjuk-nunjuk.

Timbul persoalan apakah hukum 'selfie' ketika umat Islam mengejar sebanyak-banyak pahala mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan meningkatkan amal ibadat di bulan mulia ini.

Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.

Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.


Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang 'selfie' mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

"Apabila 'selfie' sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak 'selfie' maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia," katanya kepada Bernama.

Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.

"Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.


Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.

NIAT IKHLAS

Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya 'selfie' perlu dilihat daripada sudut positif.

"Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika 'selfie' maka itu antara dia dengan Allah S.W.T., bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan.

"Mungkin dengan cara 'selfie' di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan," katanya.


Mengenai sikap segelintir mereka yang suka berkongsi gambar makanan di laman sosial, beliau berkata: "Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama 'friends' atau 'followers' itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik."

Mohd Izhar menasihatkan masyarakat memperbetulkan setiap niat mereka agar dapat mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Belia Masjid Batu Gajah, Perak Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 29, berkata budaya 'selfie' dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah S.W.T.

"Tidak dinafikan ada 'selfie' yang membawa ke arah kebaikan tetapi kadang kala bimbang jika gambar yang dikongsi akan menimbulkan fitnah," katanya mengingatkan.

Sumber Bernama.



Hmm selfie pun dah ada hukum sekarang, sedangkan selfie tu cuma istilah baru je, tapi ambil gambar diri sendiri tu dah lama dah sebenarnya, baru sekarang nak keluar hukum selfie. Cuma zaman dulu tiada media sosial untuk diupload gambar selfie tu. Sekali tu ada artikel cara2 dan panduan berselfie dengan betul, sekarang dah ada hukum berselfie pula.

Macam ni je lah, selain daripada perkara ibadah dan amalan, semuanya bergantung pada niat korang. Apa sebenarnya niat dan motif kau selfie dan upload kat FB dan Instagram? Untuk tunjukkan kecantikan korang? Untuk tunjukkan aurat korang? Untuk minta dipuji orang lain? Untuk menunjukkan kepada orang lain kebahagiaan korang? Untuk menunjuk2 sehingga tanpa disedari timbul rasa riak? Tiada niat menunjuk tapi tunjuk pada orang lain? Kenangan untuk simpanan diri sendiri? Untuk dikongsi bersama rakan2 atau ahli keluarga? Untuk tatapan orang yang tidak dikenali? Untuk berkenalan dan mencari kawan baru? Untuk berkongsi aktiviti dan pengalaman korang? Untuk mengajak orang lain membuat kebaikan?


Ia sebenarnya lebih kurang seperti apa hukumnya kau naik kenderaan? Semuanya berdasarkan niat. Kalau kau naik kenderaan semata2 kerana Tuhan untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan kau serta ahli keluarga kau, kau dapat pahala. Kalau kau naik kenderaan untuk berbuat maksiat dan pergi ke tempat2 yang tidak baik, kau dapat dosa.

So kembali kepada selfie tadi, bergantung kepada niat. Tapi aku masih tak dapat nak kaitkan lagi selfie ni dengan niat yang benar2 suci sampai memungkinkan ia mendatangkan pahala. Apa2pun, kepada perempuan yang cantik2 tu tak payah lah nak berselfie sangat dan kongsikan kepada public kat media sosial, kang tak pasal2 gambar korang masuk dalam group koleksi mengarut2 dan jadi hak milik internet.

Btw selfie tu merujuk kepada perbuatan ambil gambar sendiri seorang diri untuk diupload ke media sosial, tapi kalau ambil gambar sendiri beramai2, ia dah jadi group selfie atau ussie.




tags: hukum selfie harus bergantung pada niat buy beli monopod stick group ussie #selfie #ussie haram

15 ulasan:

  1. ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sayang~~~

      sayang nk bisjut?

      Padam
    2. Mengapa aku benci cina

      Padam
  2. Peringatan kepada yg suka selfie...

    BalasPadam
  3. perepmpuan dh sifat dia nak cantik, klu org puji dia cantik mencanak2 dia punya syok haha2 pompuan lawa la katakn lol

    BalasPadam
  4. macam2 sekarang ni... Yg penting, niat... Thanks ya sudi follow Blog ieta

    BalasPadam
  5. Aku setuju dengan perenggan yang last tu.pekejadahnya selfie ramai2.

    BalasPadam
  6. Skrg ni ada spesies yg duk update done solat terawih, done solat witir. Pastu siap upload gambar bersongkok, bertelekung dlm fb. Lanjiou Buat baik pyh tunjuk dkt org . mailaikat kiri kanan dh catat. sia2 je amalan kalu mharapkan pujian org..

    BalasPadam
  7. Hahaha..ada kawan aku nak balik johor. Dari kl..dari mula2 dia start naik kete nak balik, dia start selfie.jalan jem..selfie..isi minyak..selfie..kat perhentian..selfie..makan kat perhentian..selfie..mula gerak..selfie..smpi pekan kat johor..selfie..smpi rumah..selfie. Fuhhh, aku tulis 'ko korek idung takde selfie ke? Lepas kentut pun ko kne selfie..tulis " opsss, terkentut sudeyyy".'

    BalasPadam
  8. noob, ulas la pasal tunku adenan..memartabatkan kesucian putrajaya.

    BalasPadam
  9. noob,tlis lah entry psal felixia yeap msuk islam..

    BalasPadam
  10. Tulislah artikel pasal kenapa Manchester United tak dapat masuk World Cup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal tiger wood terlupa nak register.

      Padam
    2. Pasal ber******* pun tulis juga

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.