Pernah aku berbual dengan seorang kawan (atau kenalan) yang benar2 ultra melayu yang juga seorang penyokong kuat UMNO (atau boleh aku cakap macai). Dekat wall Facebook dia penuh dengan status dan link2 pasal politik, malah kadang2 benda yang fitnah dan tak betul pasal pembangkang pun dia main share je. Boleh kata setiap hari kalau tak cakap pasal politik memang tak sah.
So bila aku berbual dengan dia pasal pandangan aku mengenai perniagaan melayu dan bangsa lagi betapa aku mementingkan kualiti daripada bangsa seperti yang pernah aku tulis dalam artikel pasal Altel dulu, dia cukup melenting. Dia tetap dengan prinsip dia mengatakan yang walau ada produk melayu yang kurang berkualiti, atau lebih mahal, atau perkhidmatannya lebih lembab, atau servis dan hasilnya lebih teruk berbanding kaum lain terutama orang cina, tapi dia tetap kata yang kita kena tolong dan sokong orang melayu. Dengan menolong mereka, sekurang2nya mereka dapat memajukan diri mereka dan meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan mereka.
Kemudian aku cerita kat dia, dulu aku pernah renovate pagar rumah dan buat awning. Masa tu aku nak cepat, so aku pergi satu kedai renovation yang dimiliki orang cina. Aku pun cakap nak buat pagar dan awning, dia terus buat quoation based on apa yang aku nak. Harganya memang agak mahal, tapi aku proceed je. Dia cakap tempoh siap dalam 2 minggu. Lepas aku bayar deposit, keesokan harinya dia terus start kerja. Setiap hari datang sharp jam 8 pagi, petang balik jam 5 petang. Dan seperti yang dijanjikan, kerja2 memang siap 2 minggu, dan hasilnya pun agak memuaskan. Siap je semua, aku bayar baki harga yang diberikan.
Bila aku cerita pasal renovation aku kat beberapa member2 aku, diorang cakap, apsal ko tak buat dengan melayu je? Lagi murah ko boleh dapat. Tolong melayu satu hal. Tak pun ko cari je mana2 orang Indonesia yang tengah buat kerja kat mana2, ko upah je diorang. Barang ko carik sendiri.
Beberapa tahun lepas tu, aku nak pasang tile kat laman rumah, pasang plaster ceiling dan besarkan dapur. Teringatkan cerita member aku ni, aku cari sendiri pekerja Indon yang tengah buat kerja kat mana2, aku tanya dia boleh buat tile tak? Dia kata OK, upah dia mintak la beberapa ratus, tapi barang aku kena cari sendiri. So aku pun cari la barang kat kedai, lepas tu suruh dia buat. Mula2 dia kata nak datang esok jam 8. Dah pukul 8 tak datang2, aku pun call, dia cakap lambat sikit ada hal. Aku tunggu sampai ke tengahari tak datang2, lepas tu pukul 2 baru datang dengan macam2 alasan. So dia pun start buat kerja, lepas tu pukul 5 balik. Esok2 hari pun macam tu, datang lambat pukul 9 10 pagi, tapi time balik on-time je. Beberapa hari kemudian dia mintak duit upah sikit, aku pun bagi, dan itulah hari terakhir aku nampak dia. Telefon2 tak dapat.
Disebabkan tu, aku cari la kontraktor melayu untuk sambung kerja2 separuh jalan tu. Sebab aku takde contact dan takde kedai renovate rumah orang melayu kat yang berdekatan dengan kawasan rumah aku, aku pun cari je kat Internet. Cari punya cari jumpa lah satu kontraktor melayu kat satu website tu, dan kat website tu dia tunjukkan kerja2 ubahsuai rumah yang dia pernah buat sebelum ni. So aku pun contact dan jumpa. Bincang2 punya bincang, dan lepas dia bagi harga yang agak murah berbanding kontrator cina, aku pun setuju.
Beberapa hari kemudian datang pekerja dia orang Indonesia ke rumah aku untuk start buat kerja. Perangai diorang ni pun lebih kurang sama, suka2 datang lambat. Mula2 OK lagi, dah lama2 aku tegur kontraktor tu. Dia cakap OK OK, tapi beberapa minggu lepas tu, pekerja2 yang buat kerja tu bertukar ganti. Kejap orang ni, kejap orang lain. Bila aku tanya pekerja tu, dia cakap dia bukan kerja dengan mamat kontraktor melayu tu pun, dia pun sub-con je. Tu yang pekerja tukar2 tu.
Kerja janji 1 bulan, drag sampai 2 bulan lebih. Bila aku cari kat Internet nama mamat tu, rupa2nya dia pun kerja makan gaji kat gomen, projek2 renovation rumah ni dia sub-con2 kat orang Indon je. Cam sialkan? Ingat betul2 kontraktor full time.
Sama dulu aku pernah beli air-cond kat SenQ, technian yang datang pasang tu cina. Diorang datang 2 orang, pukul 4 diorang datang, tak sampai pukul 5 siap. Cepat gila dan sangat professional. Ada sekali aku beli air-cond second hand, aku call technician melayu datang pasang, janji pukul 10 pagi tapi datang lewat sejam. Yelah aku faham, sebab tu wujudnya istilah janji melayu, takde janji cina. Lepas tu nak pasang sikit punya lambat, pukul 12 berhenti hisap rokok lu sambil borak2 dengan aku. Aku pun layan je la, tapi dalam hati dah panas. Dia cerita la yang dia sebenarnya kerja makan gaji kat syarikat swasta, tapi hari weekend ambil upah pasang atau repair air-cond. Pastu dia cakap dia nak balik kejap makan nasi bini dia masak. Pukul 2 macam tu dia sambung pasang balik, dan siap jam 4 petang. Cepat sangat kan?
Panjang lebar aku cerita kat member (a.k.a kenalan ultra melayu) aku ni pasal kisah aku dengan sikap peniaga melayu. Aku cakap kat dia, mula2 memang aku nak tolong melayu, tapi lepas dah banyak kali kena la aku jadi serik nak guna perkhidmatan orang melayu lagi terutama dalam bab2 renovation atau installation peralatan rumah ni. Ya memang ada peniaga dan kontraktor melayu yang bagus, cuma maaf, aku dah banyak kali terkena dan aku serik. Kalau bukan orang yang aku kenal, aku takkan percaya lagi kontraktor melayu.
Kalau produk keluaran melayu tu, aku masih lagi boleh beli kalau ia memang berkualiti. Tapi bab2 renovation dan kerja pemasangan, minta maaf, aku dah tak percaya. Satu2nya peniaga melayu yang masih lagi aku boleh percaya dan pergi adalah kedai makan, sebab takkan nak makan kat restoran cina? Itupun masih banyak lagi kedai makanan melayu yang sangat teruk lalu membuatkan aku ban terus seumur hidup.
Member aku tu cakap kat aku, kau tak boleh macam tu. Memang mungkin kau banyak kali terkena dengan peniaga melayu, tapi masih ramai peniaga melayu yang bagus. Mungkin nasib ko je yang tak baik. Lagipun kalau bukan melayu nak tolong mereka, siapa lagi nak tolong? Orang cina dah tentu takkan tolong peniaga melayu. Aku tanya kaulah, kena tipu dengan melayu atau cina, mana lebih sakit?
Aku jawab, ya, dua2 sakit, tak kira la kena tipu dengan melayu atau cina. Siapa yang tak sakit kalau kena tipu? Kau tak sakit kena tipu dengan melayu? Kau hanya sakit kalau kena tipu dengan cina?
Dia cakap, kalau aku aku lagi sakit kena tipu dengan cina. Orang melayu tipu kita, at least dia tu orang melayu. Duit kita kalau kena tipu pun masih pergi ke orang melayu. Tapi kalau kau kena tipu dengan orang cina, dahlah dia ambil duit kau, ko mengkayakan lagi orang cina, orang melayu jugak semakin miskin. Lagipun ini adalah salah satu bentuk Jihad Ekonomi untuk membantu peniaga melayu.
Dan aku jawab buat kali terakhirnya sebelum aku meninggalkannya, ok kalau kau nak tanya mana lagi sakit, bagi aku kena tipu dengan melayu lagi sakit. Kalau kau kena tipu dengan cina, hanya ada elemen tipu saja, thats it. Tapi kalau kena tipu dengan melayu, bukan sahaja kau akan sakit sebab kena tipu, tapi kau juga akan sakit sebab mengenangkan kau tolong mereka sebab mereka melayu, dan dengan harapan mereka akan tolong kau jugak sebab sama2 melayu, tapi at the end, kau ditipu dan dikhianati oleh bangsa kau sendiri.
Orang melayu ni ramai yang nak berniaga macam orang cina, tapi tak ramai yang pandai berniaga dan punya sikap macam peniaga cina. Kalau korang rasa tak boleh nak berniaga, beri komitmen dan pentingkan kualiti serta kepuasan pelanggan, korang kerja makan gaji jelah, itu yang lebih baik untuk kau dan orang lain. Sekurang2nya kau tak tipu orang lain, orang lain pun tak sakit hati dan tak membusukkan nama peniaga2 melayu yang lain. Selagi sikap kebanyakan peniaga melayu tak diubah, sampai bila2 la persepsi masyarakat dan pengguna tetap sama terhadap peniaga melayu.
Aku terus menamatkan perbualan yang tidak bermakna ini dan terus berlalu pergi tanpa menoleh belakang lagi.
tags: mana lebih sakit kena tipu ditipu melayu atau cina kontraktor renovation renovate rumah dapur kabinet dapur kitchen cabinet
entri yg bangang!
BalasPadamSamsul ni terasa lebih plak.kne kat batang idung sendiri ke? Hahaha..
Padamentri bodo!
PadamDie la kontraktor yg dimaksudkan tu..hehe
PadamBukan begitu bang !Hanya org yg pernah terkena sahaja yg akan menghargai enntri ini !
PadamSlm... Samsul apsal pulak entri bangang.. Dia citer pengalaman dia. Ko citer le pengalaman ko. Ke ko kontraktor melayu Noob yg keje gomen tu.
BalasPadamnama dia bukan samsul la ngok.
PadamBagi aku apa yg noob ckap tu ada betulnya. Aku percaya..mamat2 yg dok ckp trus gunakan kontraktor melayu walaupun ditipu tu memang tak pernah guna pun kontraktor melayu. Kalau guna pun mmg member atau kenalan yg dah biasa jumpa. Lau keje tak memuaskan..boleh sound trus.
BalasPadamAku pun pernah buat tile kat ruang depan rumah. Guna syarikat melayu. Dia buat punya la cincai. Dengan semen lebih2 sini sana. Tile tak rata. Tak smpi 2 tahun..tile aku dah buruk dan tercabut2. Aku amik syarikat cina pulak. Harga lebih kurang sebab aku dah biasa sembang jugak dgn tauke tu. Diorang buat kemas. Takde comot2. Kalau de yg tak kena..aku report kit je kat tauke..tauke dtg mengamuk marah pekerja dia. Aku teringt dia ckp kat pekerja dia ' kau jgn buat muka dgn aku. Dia bayar kita, buat betul2, jgn kasi malu..kalau dia suka..dia dtg lagi kedai kita. Jgn kasi aku malu kau buat tak cntik'
Pengalaman aku lak bab kereta. Menyakitkan hati betul bila berurusan dengan workshop melayu. Ya ramai yang bagus. Tapi susah nak jumpa yang tak ambil kesempatan. Kalau workshop cina, aku tak ralat sangat kalau dieorg nak markup kaw-kaw. Tapi sekali payment dah puas hati, kalau tak puas hati semua ditanggung oleh dieorg.
BalasPadamIni salah satu contoh yang family aku sendiri alami. Kereta adik ipar aku alami kerosakkan agak teruk akibat kemalangan dek kesilapan dia sendiri. Mujur mak mertua aku poket tebal. Ditanggungnya tanpa usik insurance. Aku dah rekemen kedai member aku sendiri iaitu workshop cina tapi mak mertua aku berkeras nak hantar ke workshop melayu atas cadangan member dia. Nak tolong melayu berniaga kononnya
Cakap 3 minggu siap tapi 2 bulan duk dalam workshop lagi. Duit dah bayar abis. Bila mak mertua aku tanya macam mana kereta. Alasan tengah buat lah, spare part tak sampai lagi la. Mak mertua aku pun leh tahan biul gak. Bukan nak gi tengok kereta keadaan macam mana. Sampai la adik ipar aku dah bising baru mak mertua aku mintak aku pergi tengok.
Layanan? Tak yah cakap la macam mana punya teruk. Bila aku tanya keadaan kereta, alasan yang sama diberi. Bila aku cakap nak tengok kereta. Ditanya aku sapa dan aku jawab abg kepada owner kereta. Dijawap hanya owner sahaja boleh tengok kereta. WTF?? Law mana ko guna? Aku buat bodoh terus merayap sekitar workshop tu dan hasilnya aku nampak kereta adik ipar aku tiada sebarang proses repair dijalankan. Hanya bahagian rosak dikeluarkan dan dibiarkan bogel macam tu saja.
Bila aku bising, aku pulak dimarah sebab berada dikawasan larangan kononnya jika berlaku apa-apa pada aku, dieorg akan ditimpa pelbagai masalah. Aku sound bab keadaan kereta yang tak siap-siap dan tiada sebarang perubahan. Alasan staff tak cukup dan spare part susah tak sampai lagi. Wehhh 2 bulan staff still tak cukup dan spare part x sampai lagi? Aku ugut mintak duit semula dan nak hantar workshop lain, baru terhegeh tuan workshop cakap lagi 2 minggu siap.
Tiap-tiap hari aku turun tengok, tu pun proses kerja macam siput babi. Tukar lampu depan saja ambik 2 hari. Terus menerus bising siap gak kereta tu. Tak sampai 2 minggu adik ipar aku bawak. Ada problem lain. Gi balik kat workshop tu dan suruh repair bagi elok. Workshop mintak tambah lagi duit sebab tu bukan salah dieorg kerana aku bising suruh siap cepat dan dieorg tak tukar, just repair part tu.
Wehhh korang dah ambik duit tuk tukar then korang repair je? Duit bahagian tu korang telan? Bising punya bising siap ugut nak lapor kat pihak berkuasa. Baru lah dieorg buat gak free. Tu pun kerja cincai. Saja aku bawak kereta tu gi workshop member cina aku, mintak tolong tengok. Dia cakap hampir 60% spare part yang dah diguna or dari kedai potong.
Aku cakap dan tunjuk kat mak mertua aku. Dia diam saja. Dalam hati aku, lantak korang lah, aku dah nasihat tak nak dengar.
aku berurusan dgn bumiputra xde masalah setakat ni...mungkin nasib korang x baik dapat yg x bagus...tp aku setuju bab berniaga ni cina lebih bagus dari melayu...
BalasPadamaku mmg dah xkan guna khidmat peniaga melayu lagi. kalau ada 10 peniaga melayu, 9 tak boleh pakai... kualiti teruk dan menipu. kalau peniaga cina, 10 peniaga cina, 1 je yg xboleh pakai. so drpd ko ambil risiko dpt peniaga yg xleh pakai, baik kau ambik je dgn org cina. duit aku hak aku.
BalasPadamKalu abg nk renovate lg blh berurusan dgn sy.. sy kontraktor melayu..tahu buat keja.. tak tipu org punya.. byran alaa blh nego la... masa bekeja sy tentukan yg penting kalu kata 1 week siap maka sy ikuti masa itu... kalu lebih masa maka x perlu byr apa2... beminat??? Oooo alangkah sabarnya bila d tipu...
BalasPadampeniaga melayu ni tau guna dasar ' kau melayu, kau kena tolong aku '
BalasPadamkalau peniaga melayu, mesti orang melayu kaw kaw nak mintak murah.
BalasPadamtapi kalau peniaga cina or bangsa lain,main terima je plak harga dia kasi tak mntak murah pun...
sape penah pegi KFC lepas tu minta harga lagi murah?
tapi kalau membe melayu baru start nak meniaga,mesti minta murah murah
cam pundek
Fakta mana ni der? Aku tgk selama ni org kalau beli kat cina pun kaw tim harga kurang. Dpt je. Sama je mcm bli kat melayu pun. Kita mintak harga murah bukan sebab bangsa.kita mintak harga murah sebab nak dapat benefit harga murah tu kepada diri kita sendiri. Aku selama ni pun bli brg kat cina..dpt je mintak kurang harga. Xde hal pun. Tu ko je kot yg terima bulat2 harga tu.
PadamHahaha.siot giler kfc tu cina punya. Mintak kurang harga pulak tu mkn kfc.hahahaha.boleh masuk raja lawak la kau ni
Padamkah kah!
PadamMakanan mana bole tawar menawar.. Haram la hukumnya.. Pandai nya la kau ni..
PadamTak kisah melayu ke cina, aku mintak jugak diskaun. kalau die bagi bagus la. kalau dah tak bagi takpe je. janji servis ok, tak barai, tak menipu.
PadamSiapa yang taknak murah? Mintak harga murah ni semua kaum ada. Apa masalah?
Pernah tulis pasal ni...cara org cina meniaga..kelebihan mereka ialah servis dan quality kerja...
BalasPadamAku sekadar cerita pengalamn aku je. Aku ni pemancing tegar. Ada kedai2 pancing melayu dan cina yg mmg hotspot aku utk bli barang. Kedai pncing melayu ni..aku dah pergi beratus kali..tp tak pernah nak bg hadiah ke..diskaun special ke. Tetap jual harga yg sama walaupun aku customer tetap dia. Kedai cina pulak kalau dah asyik nmpk muka aku je memanjang pergi situ..mst aku dpt diskaun atau ganjaran lain. Aku pernah dpt joran anyfish yg limited.ada berapa batang je model tu smpai kat malaysia. Tauke cina tu siap call aku ckp dia nak tunjuk aku sesuatu dan dah save utk aku siap2. Sebab ramai org bli. Aku gi beli siap dpt 2 joran xpuyu percuma. Kalau bli matakail atau ladung tu lagi la setakat mintak kurang singgit dua tu takde hal. Tp aku still gi kedai melayu sebab ada brand atau equipment yg xde kat kedai cina tu. Mintak kurang sikit ' xleh la bro, ni pun dah kira balik modal je ni'. Tp aku rilek je bli jugak sbb dah kat situ je jual. Come on la..kata nak tolong bangsa sendiri. Xkan aku je nak tolong dia..dia tak tolong aku.
BalasPadamHahaha.sama la kita. Tp aku pergi beli kat kedai melayu sebab kesian.,tgk sunyi je. Nnt takut org cakap tak tolong bangsa pulak. Lagipun berapa bnyak sangat org melayu buka kedai pancing. Biar la harga mahal dah aku rugi berbanding kawan2 aku dpt harga murah bila beli di kedai cina. Tolong bangsa.diorang taknak tolong aku balik pun takpe la.huhuhuhu.konsep jaga customer tu lemah..sebaliknya konsep tolong bangsa sendiri yg lebih.
Padampasal bab2 mintak kurang harga ni aku x amek port sngt. kalo peniaga xnak kasik, aku paham, sbb die pn nk hidup. ntah2 dia pn amek barang dgn cina so mmg dh x leh nk kasik murah. sbg pembeli pn, kalu dh peniaga beri harga cmtu, ko nak beli, beli je, kalau xnak, xpayah, jgn membebel kalo xdpt tawar menawar. bapak aku buat kontraktor melayu, x tawar menawar pn tp kontraktor tu sndiri yg tawar harga murah, so bapak aku stuju je la. tp last2 keje mcm hampeh. pstu last2 kontraktor cakap sbb die bg harga murah walhal bapak aku x mintak pn. mmg angin la ingatkan keje smpai habis bersihkan sisa2 binaan.
PadamNixon yang mengaku gmbr di web USM tu budak cina... belagak.. sikit2 nak saman org.. bangangla
BalasPadamKunci kejayaan sesuatu bisnes adalah
BalasPadamMengenal pasti kehendak dan memenuhi kehendak tersebut.
Anda boleh memiliki apa sahaja di dunia ini jika anda bantu ramai orang untuk memiliki apa yang mereka mahu.
Inilah perkara yang sering terlepas pandang oleh peniaga Melayu, mahupun Cina. Tetapi Melayu lebih ramai lagi yang tidak melihat perkara ini dengan lebih serius.
Jadi, Anda mahu berikan lebih lagi kepada pelanggan atau pekerja anda dengan mengembangkan lagi bisnes anda?
UMNO boleh bantu anda. Daftarlah dicawangan terdekat. Kami yakin kita akan sama-sama membangun.