Pada hari Jumaat minggu lalu Murni pulang ke kampung menjenguk ibunya, Mak Minah. Sebelum itu sudah beberapa kali Mak Minah menelefon dan membebel kerana Murni sudah lama tidak memunculkan diri kerana kesibukan berkerja. Bagi mengubat rajuk ibunya, Murni pun memohon cuti dan pulang ke kampung. Sampai di rumah semuanya biasa-biasa sahaja, Mak Minah memasak makanan untuk dimakan bersama dan mereka saling bertanya khabar antara satu sama lain. Semuanya berjalan dengan lancar pada hari itu.
Sampailah keesokan harinya sewaktu makan tengah hari. Mak Minah mula bertanyakan perkerjaan dan kehidupan Murni. Nasi di dalam mulut yang tadi dikunyah laju Murni sudah semakin perlahan. Terasa betul sebutir-butir nasi dalam mulutnya.
“ Kau ada tanya-tanya ke gaji orang sebilik kau berapa?” Mak Minah mula bertanya soalan penyiasatan.
“ Entah tak tau.” Dalam hati Murni, ‘ Tak kuasa aku nak tau gaji orang berapa. Lantak dioranglah berapa sekalipun.’
“ Kau suka ke kerja kat tempat kau ti? Selesa ke tak?“
“ Sukalah mak..“ Kalau aku tak selesa dah lama aku blah. Murni teringat bos lamanya di sebuah sekolah swasta di Johor Bahru yang bersikap diktator dan tidak mahu mendengar suara pekerja-pekerja bawahannya. Gaji Murni sebagai kerani sama banyak dengan gaji guru besar sekolah itu. Apa kejadah aku nak kerja kat sekolah tu lagi.
“ Kerja-kerja kerajaan yang kau mohon-mohon tu masih tak ada yang panggil interview ke?” Mak Minah terus menyoal.
“ Tak ada.“ Tekak Murni sudah kembang kuncup-kembang kuncup untuk terus menelan sebaik mendengar perkataan ‘kerja kerajaan‘.
“ Kalau ada interview esok kau ada ke barang-barang yang nak digunakan?“
‘ Barang apa pulak ni? Bukannya aku interview menebas rumput nak kena bawak mesin ke parang bagai.‘ Dahi Murni dah mula berkerut-kerut memikirkan soalan Mak Minah yang dah bertambah pelik. Malas memikir panjang-panjang Murni hanya menjawab, “ Ada.“
“ Yelah macam baju-baju, kasut tu ada ke?!“ suara Mak Minah mula meninggi. Murni tak faham mengapa maknya perlu terlalu risau hanya takutkan dia tidak ada baju atau kasut yang sesuai untuk menghadiri temuduga kerajaan. Bukannya dia bodoh sangat tidak tahu etika berpakaian ketika menghadiri temuduga apatah lagi temuduga kerja kerajaan. Bukannya selama ni dia pergi kerja pakai selipar dengan tshirt serebeh. Lainlah kalau dia kerja kedai makan atau warung tepi jalan. Dia berkerja di sebuah syarikat milik bangsa asing yang mementingkan adab dan etika berpakaian.
Dan yang lebih membuatkan Murni tak faham mengapa Mak Minah perlu berkata dengan suara yang tinggi. Adakah itu satu bentuk kerisauan atau kemarahan. Lama-lama fikir dia pulak yang mula terasa mahu marah. Cepat-cepat dia beralih tempat makan. Takut pulak kemarahan terlampias kepada wanita yang melahirkannya.
“ Tengok tu! Orang cakap dengan dia, dia buat macam tu!”
“ Yang mak risau sangat kenapa? Kalau tak ada tu belilah.“ Cuba ditahan-tahan nada suaranya. Mungkin sifat panas barannya itu menurun dari Mak Minah.
“ Ada pulak cakap macam tu!”
“ Habis tu nak cakap macam mana lagi? Dah mak tanya pasal baju.”
“ Yelah mak bukannya apa Cuma fikir kenapa kau ni kenapa masih tak dapat-dapat kerja kerajaan macam orang lain.”
‘ Macam orang lain?’ hati Murni sudah mula panas membara, emaknya memang suka membanding-bandingkan dirinya dengan anak orang lain.
“ Sapa orang lain tu? Biarlah orang lain tu. Yang mak nak sibuk-sibukkan sangat kenapa? Mak sibuk sangat cerita anak orang tu orang ni dapat kerajaanlah apalah. Mak tau tak kat Facebook diorang tu merempat cari kerja sana sini. Yang elok je mak canang-canang depan saya. Yang buruk-buruk mak tak nampak.”
“ Bukan macam gitu... mak cuma fikir kenapa anak mak belum berjaya macam orang lain lagi. Mak tak nak kau duduk flat tinggi-tinggi kat PPR. Kau kan pandai masuk universiti, kenapa masih belum dapat kerja kerajaan?! Orang lain tengok anak mak tak berjaya. Alin tu dah ada anak pun macam tu tak ada masa jaga anak.“
‘ Orang lain lagi, kerja kerajaan lagi.‘ hati Murni bertambah tercalar, dan bertambah galau hatinya mengapa kisah Alin sepupunya termasuk dalam pertengkaran mereka. Dua benda yang sangat kontra dalam satu benda yang ditengkarkan.
“ Abang Mizan dengan Kak Suzi dulu mula-mula hidup pun susah jugak. Bukannya saya tak usaha nak kerja kerajaan. Mak ingat kalau tak kerja kerajaan tu boleh mati ke? Anak Wak Halim tu masuk universiti kerja kilang jugak. Anak Mak Besah masuk universiti kerja swasta tak ada pulak mak nak sebut-sebut. Hidup bahagia je tak ada nak dikecoh-kecohkan. Alin tu dah berlaki biarlah laki dia jaga. Kita ni nak sibuk-sibuk kenapa. Dulu tak ada anak sibuk ditanya-tanya. Orang lain tu sapa nak tau sangat saya ni berjaya ke tak? Bukan diorang pun yang bagi saya makan!” kesabaran Murni sudah hilang.
“ Mak nak kau kerja kerajaan. Nanti hidup senang. Senang beli rumah senang beli kereta. Kalau sakit pun pergi sepital pree. Takyah bayor. Nanti pencen pun ada jugak duit nak ditunggu-tunggu tiap bulan!”
“ Hina sangat ke saya ni tak kerja kerajaan?! Mak ingat saya tak stress ke setiap kali saya balik mak tanya benda yang sama? Kenapa semua orang paksa saya kerja kerajaan. Saya dah usaha, bukannya tak usaha. Lagipun bukannya saya sorang yang mohon, beratus ribu lagi yang mohon. Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada, banyak lagi pekerjaan kat Malaysia ni saya boleh buat. Yang penting pandai-pandai urus hidup.
Abang Zaki tu kerja swasta mak tak pulak bising-bising. Boleh je dia bela anak-anak dia elok-elok. Tak ada pun hidup merempat terbiar bapak dia tak kerja kerajaan!” Murni sudah tidak tahan. Dia perlu meluahkan segala-galanya kepada Mak Minah. Kepalanya sudah pening setiap kali pulang ke kampung itulah perkara wajib yang ditanya Mak Minah kepadanya. Kerja kerajaan. Mak Minah diam tidak berkata apa-apa. Mungkin sudah kehilangan kata-kata.
Murni menyuap saki-baki makanan di pinggan. Hatinya juga terusik adakah dia sudah bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu. Adakah dia sudah menderhaka kepada emaknya. Murni mengemas meja dan membasuh pinggan. Masuk ke bilik dan cuba melupakan yang terjadi sebentar tadi walaupun sebenarnya mustahil.
Esoknya Murni pulang ke Kuala Lumpur bagi menyambung tugasnya. Pada waktu pagi dia sempat mengemas sedikit rumah yang terbantut dibuatnya kerana peristiwa semalam. Mak Minah pun memasak dan bercakap seperti biasa seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka sebelum itu. Sebelum pulang dia memberikan sedikit wang dari gajinya kepada Mak Minah. Mak Minah menerima dengan syukur dan sempat menitipkan kata-kata pesan sebelum Murni melangkah pergi.
“ Jangan lupa isi borang BR1M.“ Murni menepuk dahi tak tahu nak kata apa.
Hati Murni sayu meninggalkan emaknya. Dalam hatinya berkata, dengan duit bukan kerja kerajaan itulah dia dapat berkongsi rezeki dengan emaknya. Dengan duit inilah dia meneruskan kelangsungan hidupnya sehari-hari. Mengapa emaknya masih terus-terusan tidak boleh menerima keadaan itu. Lebih menyedihkannya emaknya mendefinisikan kejayaan anak-anaknya dengan beroleh kerja kerajaan. Kalau macam tu ramai betullah orang kat Malaysia ni tak berjaya sebab tak kerja kerajaan.
Tiba-tiba Murni teringatkan kawannya, Ita yang dulu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap peringkat temuduganya bagi jawatan Pegawai Kebudayaan gred B41, yang sememangnya Murni rasakan Ita begitu layak menduduki jawatan itu. Ita mempunyai kriteria bakat dan soft skill yang baik dengan semua peringkat golongan masyarakat disekelilingnya. Tapi sayang, bukan rezeki Ita. Ita sempat memberitahu Murni, seorang seniornya, Kak Maria yang terlebih confident ada kabel kuat pun tak lepas. Murni hanya mampu menarik nafas mengenang nasib fresh graduate yang berhempas pulas untuk menduduki pekerjaan dalan sektor awam. Dalam hati..
“ Syukurlah sapa yang kerja kerajaan tu tak payah nak bebel banyak-banyak. Buat kerja dengan ikhlas dan berkhidmat yang terbaik kepada Negara dan masyarakat. Ramai lagi yang senasib dengan aku ni duk perati je perangai korang. Sabarlah mak... Murni akan berjaya jugak suatu hari nanti dan berbakti kepada mak. Tak kisahlah kerja kerajaan ke tak kerajaan janji halal sudah..”
Esoknya Murni demam dan mohon half-day.
Pengarang,
Mutiara Hitam.
Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Mutiara Hitam.
Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.
tags:
pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar definisi berjaya anak-anak oleh ibu bapa kerja kerajaan gomen penjawat kakitangan awam tips temuduga interview etika pakaian cerita kisah cerpen
sunguh suci sungguh murni miahahaha2 1
BalasPadamInilah mentaliti biasa kan... kerja kerajaan= berjaya... yg tak kerja kerajaan?
BalasPadamIni pula nukilan saya, Perlu http://asyrafanisah.blogspot.com/2013/10/flowers-are-red-green-leaves-are-green.html
win la artikel ni.. superb...
BalasPadamape teruk sangat ke kalau tak keje kerajaan eyh?
kan rezeki tu jaminan dari Allah?
stendet la tu.. mentaliti meleissssss
BalasPadamMak dia beriman pada kerajaan kesian... semoga...sblum ajal tiba sempat bertaubat
BalasPadamHuh...ingat kn standard kerja bagus mcm kerje oil n gas...rupa2nya kerje kerajaan je benchmark skrg? X diragukn benefit kerajaan ada pencen n senang buat loan..tp still kerje swasta yg bonus besar n basic lebih besar dgn kenaikan cepat. Papepun semua org ada rezeki masing2..berjaya atau x diukur lebih kpd kebahagiaan, bukan kekayaan duit n harta
BalasPadamSalam boss... saya akan ikuti blog ni selalu tapi saya dah tak boleh follow sesiapa, kata blogger dah penuh 300+ dan... kecewa juga tapi dont worry, saya ada cara sendiri nak follow blog lain... thank you mengingatkan
BalasPadamaku rasa mak dia tak baca lg paper sinar harian hari ni... kalau dia baca, mesti dia xkasi anak dia keje gomen sbb org gomen berisiko jd gelandangan...
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-kerajaan-berisiko-jadi-gelandangan-1.335793
ha..aku pernah jumpe jugak. Bukan stakat makcik2 dan pakcik2..tapi dikalangan member sendiri.
BalasPadam"man, mu keje mane le ni?"
"aku keje kat damansara. company property...mu?"
"aloh..sian ngt ke mu..susoh ork keje swasta?dokplengkap ag idup mu, dop leh dok tenang.Aku keje kat putrajaya..kementerian pendidikan"
"sebab pe pulak idup aku tak lengkap, tak tenang?aku rilek je ni..kawin pun dah, kete, motor pun de jugak..biasa2 je aku rase..tak rse susah ati pun"
"ye r..keje kerajaan tu baru la pelengkap idup..baru la boleh kabo mu dah capai kerjaya seumur idup dan berjaye"
"mende ko merepek ni? ko tu yang tak lengkap idup...kawin pun tak ag..dah tua dah woi".
ada kawan yang anggap keje gomen tu la yang paling power,paling berjaya. aduiiii..aku tak kisah pun gomen ke swasta...asal gaji tinggi aku terima je. Mcm la aku tak pernah gi interview keje gomen..muke tak hepi je gi interview..tgk tangga gaji mcm berat semacam je. Masuk swasta kejap je gaji berkali ganda. mentaliti meleis.."kerja dengan gomen baru lah dikira berjaya"
kerja kt mana2pun samakan...yg penting ikhlas dan jujur serta kuat bekerja....kerja gomen ni xkaya sbnarnya...emmmmm
BalasPadamKerje gov terjamin masa depan...cuma xleh nak kaya...klau kaya pum tunggu masuk umur 40 ke atas dah pangkt besar sikit..masa 2 duit x penting lg, kesihatan lebih utama
Padamopppssss..lupa nk wish...TQSM sudi singgah blog akak dan follo....
BalasPadamBodo betul sesiapa yg ingat kerja kerajaan tu berjaya. Kl menteri tu lainlah. Kerja kerajaan tp tahap kuli baik kerja swasta
BalasPadamhahahaha orang kampung memang bangga kalau anak kerja kerajaan tapi bukan semua. Nasib baik watak mak minah ni even sama nama macam mak saya tapi mak saya tak macam tu. dia tak pernah pertikai @ bandingkan anak2 dia pun even ada yang kerja kerajaan & swasta. Yang penting cukup makan pakai.. hidup tak susah, ok la tu
BalasPadamPada aku keje gomen lagi berbaloi. Jika bergaji RM2000, sama dgn gaji swasta RM4500. Jika bergaji RM5000, keje swasta kene dpt RM9000. Baru equivalent. Bersara ditopup balik dgn duit pencen yg mans org swasta xdpt.
BalasPadamUntung keje gomen ni. Pemalas giler pun dpt gaji penuh. Tak gi ofis 3-4 bulan pun, xder kene buang kerja pun.
Aku xpikir sgt pasal master/degree
ye, berbaloi utk orang yg xreti reti nk mnyimpan duit atau buat pelaburan harta yg bijak.golongn org yg cmnie slalu xreti nk urus kwangan sndri,boros,hujung bln mkn meggi kosong je xpn ikat perut smentara nk tggu gaji bln dpn msuk.buat kje lembab,terlalu selesa n bgge dgn fakta habuan pencen dihari tua.hidup x kompetitif,malas,xde niat nk smbung belajar, otak statik,x brkembang,syok sndri dpn macikpacik kg bile balik beraye,rse idup dh lengkap gile2 n terjamin sumer dh sebb kje gomen je..kesian aku dgn golongn melayu yg mcm ni.oppsss,yg xmcm ni mohon jgn terase yer..lulz
Padamhakikatnya korg sebenarnye jelly dgn org yg keje gomen.. mmg la gaji kecik,tp kitorg ada pencen, keje xberat, leh wat loan senang, hospital gomen free.. kalau xdpt masuk keje gomen, jgnla kutuk mcm jelly dgn org yg keje gomen ye kihkihkih
BalasPadam- pekerja gomen gred 48
hukalohhh,ape barang bangge stakat sng nk wat loan?? aku beli rumah n kete cash je withdraw gold savings aku ckit.pikir kedepan ckit la brader, lahaiiii..gred 48 je dh kalut nk jaje kat b.o?..lulz
PadamRasanya takde rasa jeles pun dapat buat loan. Tak mungkin kami berbangga "buat loan" untuk kumpul harta-harta riba. Tuan boleh beli apa saja yg tuan inginkan, namun pembelian dgn berhutang dan mengumpul harta riba cukup menggerunkan hati orang yg masih ada iman. Mmg diakui ustaz ustazah gomen pun sudah serasi dengan sistem mengumpul harta dengan berbuat hutang riba. Tuan boleh kumpulkan harta riba tuan selagi tuan mahu. Tapi jangan pindahkan dosanya kpd kerajaan ye, tanggung sendiri bahana berperang dgn Allah dan rasulNya.
PadamSubhanallah, dgn makan gaji dari duit cukai drpd kutipan duit rakyat, tuntutan pekerja gomen ni tinggi sebenarnya. Kurang amanah menghilangkan keberkatan gaji. Janji dgn majikan amat sukar ditunai. Masuk jam 8 dan balik jam 5, tak boleh mengulat waktu kerja. Barang2 stationary kene kebas pekerja sendiri. Bukan kami tuduh.. ini amanah rakyat yg perlu dijaga disamping mengumpul harta riba untuk dibawa kehadapan Rabbul Jalil sebagai bukti bersungguh2 kita berperang dgn Allah dan RasulNya.
Seronok berhutang kumpul harta ribawi dan kutip duit pencen memang indah. Mungkin juga kami jelly. Tapi nikmat sementara ini, tak berbaloi pula utk hari kemudian.
Lebih baik kerje tanam sayur sendiri. Jadi majikan utk diri sendiri. Takde sapa jelly dgn kita.
Memang pun kerja kerajaan bagus. Kau tak nampak ke statement president angkasa dato fattah cakap kecualikan GST di atas pinjaman kakitangan kerajaan. Kau tak nampak lagi betapa hebat gagah dan perkasanya orang kerja kerajaan ni ? Kita pekerja swasta memang laa cap alas kaki je. Kuli batak dalam malaysia ni jatuh kepada pekerja swasta. Claps!
BalasPadamKerja kerajaan nak kaya xboleh, setakat nak idup selesa boleh .. Kalu masuk gomen nk kaya baik Jd lah mcm menteri. Xpyh result gempak 4.0 flat. Ckup dgn modal air liur keluar kenyataan bangang..
BalasPadamko buat la pe pun jib..ko berak guna mangkuk cangkuk pun ko salah, ko berak guna mangkuk duduk pun ko salah.
BalasPadam