Halaman

Isnin, 5 Januari 2015

Perkahwinan Muslim Jepun lebih Islam dari Melayu

Sebuah perkahwinan pada 2 Januari 2015, di antara seorang lelaki Jepun yang baru menjadi Muslim dan seorang wanita Jepun Muslim di Masjid Niihama-Jepun. Perkahwinan Islam mestilah senang, selesa dan memudahcara seperti perkahwinan ini. Berdoalah untuk pasangan baru ini, semoga Allah memberkati mereka.

BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.

「アッラーが(あなたの結婚において)あなたに祝福を与え、降り注いでくれますように。そしてあなた方二人をよきものにおいて、縁結びして下さいますように。」

Semoga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu, dan semoga Dia menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

بارك الله لك ، وبارك عليك ، وجمع بينكما في خير

バーラカッラーフ ラカ、ワ バーラカ アライク。ワ ジャマア バイナクマー フィー ハイル。






Status dan gambar di atas diambil dari fanpage Islam in Japan 日本でのイスラム memperlihatkan betapa perkahwinan Islam itu mudah, ringkas dan simple, malah pakaian pun sempoi je.

Orang2 Muslim di Jepun, di sebuah negara yang mengamalkan kepercayaan animisme, yang tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mempunyai budaya yang sangat pelik2, lebih faham keindahan Islam itu sendiri berbanding orang yang lahir2 sudah Islam, di negara yang Islamnya agama rasmi namun lebih mengutamakan budaya kaum sendiri, budaya kaum sendiri yang dicedok dari kaum lain serta budaya barat berbanding agama Islam itu sendiri.

Ya, orang Muslim di Jepun ini sendiri lebih faham yang perkahwinan Islam itu mestilah senang, selesa dan memudahcara, tapi entah kenapa kebanyakan orang melayu Muslim di Malaysia ini tak faham perkara asas tu, malah ditambah pula dengan pelbagai unsur2 yang dicedok dari kaum Cina, agama Hindu dan budaya barat. Tak rasa malang ke kita sebagai seorang Muslim yang lahir2 dah jadi orang Muslim di sebuah negara Islam?

Tambah pula bila budaya2 barat seperti lelaki melamar kekasih dengan ungkapan "Will you marry me?" dibuat secara besar2an untuk tatapan orang awam sambil menghulur cincin ini telah disetkan dalam minda anak2 melayu sebagai suatu perbuatan yang romantik dan sweet kepala taik.

Di salin tampal dari FB Muhammad Rusydi:
Anak: "Mak, semalam tengok satu show LIVE di tv ni, ada artis lelaki melamar artis wanita. Heboh satu Malaysia. Dialong diorang:

H: Will u marry me?
Z: Insya-Allah, thank u.
H: Sorry?
Z: Yes.

Sweetnya. Sweetnya. Nak gini gak!'

Mak: "Melamar dalam rancangan maksiat. Di pentas maksiat. Dengan pakaian maksiat. Bersaksikan penonton yang redha dengan persembahan maksiat.

Perfect couple of maksiat.

Padahal baru je sambut Maulidurrasul. Masih lagi dalam situasi duka bencana banjir.
Biarlah mak bapak diorang izin anak-anak mereka buat macam tu, tapi mak tak redha dunia akhirat andai anak mak yang buat macam tu.

Kita ni orang Islam. Jangan sebab nak sweet kita belakangkan Allah."

Di copy pasta lagi dari FB:
Bercinta sakan masuk Galaksi TV9, berpeluk2an masuk Instagram, melamar masuk Gegar Vaganza, bertunang masuk Hlive, nikah kahwin masuk Raikan Cinta, majlis kenduri masuk Nona, honeymoon nak beromen masuk Romantika tajaan AirAsia, pregnant buat anak masuk Pureen Chak Chak, tayang anak sapa lagi comel dan pandai jaga anak masuk Baby Kiko, bergaduh laki bini masuk Meletop, bercerai masuk Melodi, kene tangkap khalwat duda/janda masuk Harian Metro, dah tua miskin mintak derma masuk Bersamamu, dah insaf masuk Hijrah Selebriti, nak mampos masuk Tanah Kubur! Tak lama lagi berjimak malam pertama pun boleh live telecast kt TV!

Realitinya, perkahwinan orang Melayu ni memang sangat kompleks, namun yang sebenarnya kahwin itu mudah kalau kita mudahkan.




tags: gimik tidak menjadi lamaran hairul azreen terhadap hanis zalikha jadi bahan kutukan keknis kejutan astro rancangan gegar vaganza perkahwinan orang islam muslim jepun pasangan melayu islam in japan facebook

22 ulasan:

  1. serius,sya nak sgt wt prnikahan mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yewlewtew dpt laki hang nak wat gempak2 xleh wat pape la, ikut jewlew sebb laki hang mampu keke2

      Padam
    2. talk is cheap!

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. im 2nd la macai bai la kamu penjilat politik!!!!!!!!!!!!! puihhhhhhhhhhhh!!!!
    ok back to topic dah budaya bukan semua orang boleh senang2 nak tepis budaya ni melainkan tuan empunya diri bertegas klu idak hurmmmmmmmmm jew lewwwwwwwwtewwwww

    BalasPadam
  3. Waaa bestnya kalau dapat buat macam ni.. fenomena orang kita takut kalau buat simple, ayat cliche yang akan keluar adalah:

    "Nanti apa orang cakap."

    "Nanti apa orang kata."

    Tapi, kalau buat meriah pun ada jugak yang akan mengata, mengumpat, menjampi serapah, hasad dengki dan lain2, haih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah..tak pa...buat apa yang Allah suka. Manusia memang tak sempurna macam saya jugak...

      Padam
    2. dah x pedulik sgt dh ape orng nk kata.
      aku pedulik ape kalo org nk cakap kalau aku buat simple. Ade dorang nk sponsor aku ke??? kalau tak, duduk diam2.

      Padam
  4. But really... Bila tiba masa kau actually nak kahwin nanti...

    Adakah benda simple2 aje yang kau nak persembahkan kat bakal bini anda yang akan jaga anak2 anda nanti???

    Overdoing is a bad thing... And being a minimalist is another...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau buat benda2 simple nanti bini tak ikhlas jaga anak ke apa? hbs tu ramai je yg kawin grand2 pn cerai jugak smpai anak xterbela? apa punya lojik daa

      Padam
  5. Reality nya majlis perkahwinan orang melayu, banyak pembaziran.
    Membazir dan boros tu,kerjaan setan kan...so, ..................................

    BalasPadam
  6. baca juga kat FB dialog Rusydi tu dan cerita perenggan akhir yang di copy paste dari fb tu paling win.. hehe..
    semoga boleh praktikkan bersederhana semasa majlis nanti.

    BalasPadam
  7. Haha.. melayu mana berani buat mcm ni.. aku berani bunuh diri jika ada 1% meleis berani buat gini.. anak2 ostat bersorban pun, kenduri mcm celaka..

    Kepala butuh la semua ni!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro..aku melayu yg buat kawin gini bro..bebetul kecilan je..adik ipar aku pun buat gini...tapi tahan la telinga bernanah kena perli..tapi aku duli ape..konsep aku daripada aku bazir kat budaya ni baik duit aku kumpul tu aku buat benda lain utk aku ngan bini..lagi syiok..so ko kena bunuh diri bro ...

      Padam
    2. Tahniah sy ucapkan....sy rasa bangga!

      Padam
  8. Melamar konon romantik itu mmg ramai la yg sentap.

    BalasPadam
  9. Ramai anak muda skrg nak beribadat jer cara islam..tapi carahidup mcm bukan tah hapa2

    BalasPadam
  10. Sbnrnya pihak lelaki selalu nak as simple as possible...janji nikah, selamat. Tp belah pihak ppuan selalu nak photoshot la, baju persalinan byk la, tempat bersanding glamer n grand la, mak andam yg bagus la...last sekali bagi keluarga kedua2 belah pengantin nak buat majlis yg grand la, paling byk khemah la, makanan paling sedap la, doorgift paling bagus la, karaoke la...

    Tp sy fikir2 balik..benda yg sama berlaku..iaitu memperdagangkan agama sebagai satu alat business...mcm jual air ada ayat suci al-quran sbgi pelaris, sama gak gunakan kahwin sbgi platform nak buat mcm2 business spy kahwin 2 sgt kompleks.

    Pasal jepun, maybe agak senang sbb xde kuat melibatkan adat sbb adat org melayu yg buat kahwin 2 kompleks. Lgpun nak jamu org kat jepun kpd kawan2 yg terdekat je..tp kat malaysia kena ajak jiran tetangga/sekampung, sahabat kawan sejak sekolah smpi uni, rakan sekerja..nanti byk kes kecik hati sbb x diajak n dijemput.

    Tp...jika anda dah ada anak yg sedia utk dikahwini..adakah anda nak anak anda kawin simple, ikut jepun mcm di atas atau ikut adat org melayu skrg ni? FIkir2kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam ayam... nak kawin simple ikut islam bkn ikut jepun

      Padam
    2. Sy fhm...sorry kalau tersalah maksud..Islam diutamakan..yg sy maksudkn ikut jepun senang nak ikut cara Islam sbb x berkait dgn adat melayu Islam. Tp sy ternanti2 benda yg serupa berlaku di malaysia dgn bilangan yg agak banyak...baru sy rasa bangga berlaku anjakan paradigma dan berani berubah beramai2

      Padam
  11. Nikah simple tu lg bagus cuma buat kenduri doa selamat,kehidupan lpas khwn tu lebih penting,tak perlu buat kenduri besar2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.