Halaman

Selasa, 6 Januari 2015

Apabila manusia sudah menjadi zombi smartphone

Saya perasan, (sorry to say) orang Asian terutamanya agak ketagih dalam penggunaan mobile phone. Saya selalu nampak sekeluarga di meja menunggu order makanan tetapi masing2 memandang screen masing2. Begitu juga apabila mengunjungi sanak saudara, masing2 sibuk memandang telefon masing2. Bahkan ada yang nampak berdua-duaan (seolah2 dating) tapi sibuk dengan phone juga.

Perkara ini jarang kita nampak dengan omputeh. Kalau saya dengan kawan2 mat saleh saya, saya rasa malu nak keluarkan phone bila kita 'get together minum kopi'. Takde sapa yg keluarkan phone melainkan dia mendapat panggilan atau text, itupun mereka akan bertanya, "do you mind if I take this call?" ( awak kisah tak kalau saya ambil panggilan ini?).

Dalam keluarga kami, bila kami keluar makan, penggunaan mobile phone adalah terlarang (kecuali masa nak snap pic makanan yg cun tu je kejap). Phone semua kena letak dlm beg or poket (dulu mmg letak kumpul kat tengah meja tapi takut kena air tumpah atau kebas pulak)

Saya rasa orang yang sibuk memandang skrin telefon ketika dia bersama meluangkan masa bersama kita adalah satu tindakan yang sangat kurang sopan. Si ibu yg sibuk layan FB bila anaknya bercakap atau memerlukannya adalah seorang ibu yang biadap. Sama je macam orang yg setuju nak jumpa duduk dengan kita semeja tapi borak dengan orang meja di belakang. .

Perkara ini perlu diubah. Dunia di hadapan kita lebih wujud dari yang di alam cyber.

K bai..

Kredit FB Elies Elias.




Aku pun pernah tulis perkara yang sama suatu ketika dulu, boleh baca semula di entry berikut:



tags: elies elias facebook fb telefon smartphone adab biadap mobile phone bimbit keluarga restoran status kawan mat saleh beza budaya zombie zombi

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ibu Siti6 Januari 2015 8:11 PTG,
      Celaka betul! Syirik syeh!

      Padam
    2. Ape ke bangang sgt ibu siti nih ��

      Padam
  2. Biasanya anak muda yang sedang hangat bercinta memang ada masalah ni.Telefon tak boleh nak letak langsung sampai mak ayah bising.Tapi pelik juga kalau mak ayah yang tak boleh nak letak telefon, diorang ni kawan lebih dari keluarga atau macam mana?tak tercapai akalku.

    BalasPadam
  3. Luckily my family is not like that..
    But agree that manusia dah jadi zombie smartphone..
    Ada yg masuk toilet pun bawak lagi that smartphone , gadget bagai..
    Blogwalking sini. Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
  4. Start small. Buat rule dgn famili n kawan2 rapat, bila duduk di meja makan or pada waktu berbual, henfon dilarang sama sekali. Jadikan ia habit.
    Kalau semua org boleh buat, kita boleh sama-sama menentang gejala zombi ni...

    BalasPadam
  5. Shrek is love,Shrek is life6 Januari 2015 pada 9:40 PTG

    Isu lama diulang semula. Buang masa aku je baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarlah noob nk post apa pun. lgpun ayat akak elies tu sedap baca

      Padam
  6. biarla diorg nk main handphone ke buat apa pun xpyh dipertikai.. itu hak individu

    BalasPadam
  7. bukan setakat malaysia... ongputih pun ade gak...
    global problem... adab sendiri mau pikir and jaga leyhhhh

    BalasPadam
  8. Firtsly......dunia orang melayu sekarang adalah bersandarkan kepalsuan yang nyata...dikhayalkan dengan gajet bodoh dan app yamg merosakkan sifat dan budaya orang melayu itu sendiri. Sedih dan amat meyedihkan. Ini fakta....dan fakta ini yang menyebabkan melayu dah jadi fantasi. Seruis....aku sendiri pernah alami.
    Hari itu ada game bola kat mamak. Aku pergi mamak pun sebab LCD dia bapak terang...HD la katakan..Al kisah, dalam beberapa minit di hadapan meja aku ada sekeluarga datang makan, duduk depan meja bertentangan dengan meja aku.. Lelaki tu dalam lingkungan 45+....manakala isteri dia nampak tua...maybe dalam 50+...Ada dua orang anak mereka...umur dalam lingkungan 5 dan 7 tahun. Apa yang aku maki hamun dalam hati aku adalah sikap ketaksuban melampau dengan handphone..Makcik tu sibuk main candy crush...yang berkali-kali kalah...ulang again and again...pastu bukak FB, main wassup...wechat...dan ulang semula...candy crush, FB, wassup...wechat...wat the Fish....anak kau nak makan kot....ko langsung tak bercakap atau tanya anak kau nak makan apa...anak kau terkebil-kebil tengok menu...si bapak dia...pun dua kali lima...pegang handset macam dunia ni esok kiamat...5 minit duduk..tak berbual antara suami isteri dan anak-anak...then,,,,amik order,,,makan sambil main candy crush again...seriusly????????..makan bersama keluarga tapi kau buat macam kau single not avelable........aku yang nak tengok bola dapat dosa...ngumpat korang dalam hati.....wat the fuk...makan dalam 1 jam...tapi anak kau seminit pun tak sampai berbual ngan dorang....haram j....makcik tu mungkin zaman remaja takde gem kat public phone...sampai ketagih dengan candy crush......
    last...bila bapak dia nak bayar...dia suh anak dia umur 5+ tu...bayar...pakai wet 50..and dia sambung men hset......seriusly...depan mata aku.......GILElah........

    BalasPadam
    Balasan
    1. "anak kau nak makan kot" .....

      ni pulak.. contoh ayat yg merosakkan bahasa melayu... meletakkan sesuatu perkataan bukan pada tempatnya....

      Padam
  9. Ini memang maslaah serius. Ibubapa perlu kawal penggunaan hp anak mereka.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.