Halaman

Rabu, 8 April 2015

Cara menggunakan COMMON SENSE dengan betul

"Common sense" atau "akal/deria umum" adalah keupayaan asas seseorang untuk melihat, memahami, menyedari dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang kebiasaannya dipersetujui oleh ramai orang, malah mungkin hampir semua orang, sehingga tidak punyai alasan lain untuk menidakkannya. Kamus Cambridge mendefinasikan Common Sense sebagai tahap pengetahuan praktikal yang paling asas dan pertimbangan yang kita semua perlu untuk membantu kita hidup dengan cara yang paling munasabah dan selamat.

Sumber gambar

Common sense secara falsafahnya mempunyai 2 maksud:
  1. Keupayaan minda untuk melihat dan menafsir perkara2 seperti pergerakan dan saiz. Ini adalah logik akal.
  2. Rasa semulajadi manusia terhadap manusia yang lain dan masyarakat. Ini adalah cara dan keupayaan kita untuk hidup dalam sebuah masyarakat dengan harmoni.
Kebanyakan orang kebiasaannya berkongsi dan bersetuju dengan perkara2 ini secara semula jadi, walaupun mereka tidak dapat menjelaskan kenapa. Agak mustahil bagi sesuatu yang common sense itu salah dan tidak dipersetujui oleh ramai orang.

Namun begitu, walaupun common sense ini sebenarnya sudah wujud dalam diri setiap manusia, dan ia tak perlu diajar pun sebenarnya, namun hakikatnya masih ramai yang tak tahu nak gunakannya, dan mereka lebih gemar menggunakan kepala lutut berbanding common sense, contohnya lepas berak kat tandas awam tak flush, parking kat tempat letak kereta OKU, buang sampah tak tutup balik, parking kereta halang kereta orang lain, nampak orang kemalangan terus tolong bukan hanya ambil gambar dan sebagainya.

So 2 cara mudah untuk guna common sense ini seperti yang telah diterangkan di atas adalah guna logik akal dan fikir pasal orang lain.

1. Guna logik akal.

Ini cara guna common sense yang paling senang dan basic, sebab kita hanya perlu fikir suatu yang logik dan realistik untuk generate common sense. Kalau benda tu tak logik kita tahu yang ia bukan common sense. Seperti contoh perkara yang logik adalah hukum graviti. Bila kita melompat pasti akan turun ke tanah balik. Kalau terjun dari atas pasti akan jatuh ke bawah. So adalah menjadi suatu common sense kalau kita jatuh dari tempat yang tinggi pasti sakit dan boleh membawa kepada kecederaan parah dan kematian.

Common sense adalah suatu yang logik yang selalunya tak perlu diajar pun kerana ia hadir secara semulajadi:
  • Bila kita dipukul akan rasa sakit, itu common sense.
  • Bila kita dimarah akan rasa sedih, itu common sense.
  • Bila kita dipuji akan rasa gembira, itu common sense.
  • Bila orang buat kelakar kita ketawa, itu common sense.
  • Bila kita lama tak makan akan rasa lapar, itu common sense.
  • Bila kita bersukan akan rasa penat dan dahaga, itu common sense.
  • Bila malam mesti gelap, itu common sense.

2. Fikir pasal orang lain

Skill ini yang ramai orang takde sampai tak boleh nak generate common sense sebaliknya hanya generate stupidity. Kalau ikutkan caranya senang sahaja, iaitu tidak pentingkan diri sendiri dan fikirkan pasal orang lain, namun malangnya ramai yang memilih untuk pentingkan diri dan tidak peduli pasal orang lain.


Menggunakan apa2 benda yang bersifat gunasama dan berkongsi dengan orang lain seperti tandas awam, tempat letak kerata, jalanraya, lif, perpustakaan, kaunter dan lain2 lagi, seperti contoh;
  • Lepas berak kat tandas awam, flush tahi sendiri agar orang lain tidak muntah tengok tahi anda, itu common sense.
  • Tidak parking kereta di parking khas OKU agar warga OKU boleh gunakan pada bila2 masa, itu common sense.
  • Tidak buat double park dengan blok kereta orang lain agar tidak menyusahkan kereta yang diblok, itu common sense.
  • Masuk simpang bagi signal agar pemandu lain tahu ke mana anda nak pergi, itu common sense.
  • Nampak kemalangan terus tolong dan telefon talian kecemasan instead of berkumpul, rakam gambar dan upload gambar mayat kat FB, itu common sense.
  • Kalau memandu perlahan, jangan guna laluan kanan supaya orang lain boleh memotong, itu common sense.
  • Bila nak masuk lif, bagi orang dalam keluar dulu, itu common sense. 
  • Lepas habis baca buku di perpustakaan, letak balik di tempat asal so orang lain boleh cari, itu common sense.
  • Bila beratur menunggu giliran kat mana2, jangan potong barisan dan giliran orang lain, itu common sense.
  • Tidak merokok di tempat awam supaya orang lain tidak terhidu asap rokok bodoh anda, itu common sense.
  • Janji dengan orang pukul 10 pagi tidak datang pukul 10.30 pagi, itu common sense.
  • Lepas terima barang atau bantuan daripada orang lain, ucap terima kasih, itu common sense.


Jika tidak mampu membuat sesuatu yang menyenangkan orang lain, usah membuat sesuatu yang menyusahkan orang lain. Kalau anda tidak dapat guna skill common sense yang ini dengan betul, maaf cakap, anda memang asshole.




tags: common sense vs stupidity akal deria umum logik lojik sains pengetahuan realistic realistik pentingkan diri fikir peduli orang lain masyarakat gunasama kongsi barang

23 ulasan:

  1. edvededed tu azz olee~ ke? tu pun spesis tak guna common sense :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko dgn edddevveeddeerrr sama jenis. Otak perlukan rawatan segera utk mengelakkan kuman sewel menyerang ...

      ProooooOOoOttT d muka sirosli. Argh lega baqq ang !

      Padam
    2. whatever la asshole

      Padam
  2. Common sense ni xtau la nak cakap org2 kite ni.. Mgkin sebab empati xde dalam diri. Mgkn jge sbb xde rs tggungjwb dlm diri. Xpn sbb dia tgk mak bapak dia, cg2 dia, ustz2 dia dulu pun buat benda sme jd dia pn pk ok aku pn boleh la buat gitu.. Monkey see monkey do.

    Paling sng kite tgk bab sampah la, xyah la pegi jauh. Tgk smpah melambak2, sme pakat buang, xkira ust ke cg ke doktor ke.. Pastu budak sekolah pn tgk, kat sekolah diorang diajar xleh buang smpah merata2, tp bila kuar tgk mak bapak sendiri dan cg2 n ustz2 dia sndiri pn buang ikut sedap. Anak pening tgk cg, ust n mak bapak buat benda slh. Last2 dia pn akan wat jgk gitu sbb sme org wat gitu.

    Susah la mentaliti org kite, mundur nak mampus.. Yg dok kata perjuang agama sndiri pn wat mcm tu, yg lain pn lg la xleh nak kate ape.

    BalasPadam
  3. Hehe.. tula masalahnya kalau kita hormat org dgn expectation dia akan hormat kita balik... baling pisang dpt tahi...hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. baling tahi dapat laptop..

      Padam
    2. baling laptop dapat IPhone

      Padam
    3. whatever la asshole

      Padam
  4. hahahaha setuju sesangat dan sesungguh-sungguhnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai zyra.. nak ngorat boleh tak?

      Padam
    2. Hy zyra, nak anta rombongan meminang boleh tak?

      Padam
  5. Banyak kejadian Mrs. A alami jenis masuk simpang tak bagi signal ni. Kita duk puas la tunggu kat tepi simpang tu ingatkan dia nak jalan terus tengok tengok masuk simpang WTF betullah membazir masa ai.. dua ke tiga minit. Lebih baik beli signal keta/moto tu asing-asing. Beli sediada pun tak mau nak guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah skrg ni,yg bagi signal pon bukan tentu nak belok......

      -petai

      Padam
  6. maaf noob..isu2 ilmiah n kemasyarakatan camni aku tak berapa minat..aku minat isu artis n filem ja..
    -org melayu pure

    BalasPadam
  7. WTF is this shit....
    Kata ade 3GP video awek seksi..

    Seriously frustratingly disappointed... >=-(

    BalasPadam
  8. tiade common sense juge antara sbb terjebak skim cepat kaye..untung tak logik dek akal, tapi masih percaye.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Aku setuju dgn penyataan anon 2:12 kata tak ada empati dlm diri.
    Kalau common sense tu sgt rare, pd aku empati lagi rare zaman sekarang ni.
    Share gambar budak jatuh dr main eskalator,
    share gambar mayat rentung mangsa nahas heli,
    share gambar artis berhijab terselak tudung,
    share gambar mangsa kemalangan mintak tolong.
    Benda2 macam ni laa yg buatkan org lain tepuk dahi.

    BalasPadam
  11. Common sense xkn berlaku jika ada sikap pnting diri sendiri.....belum cite apa yg keluar dr otak dia semua betul lg la stupidity + high ego.

    Avoid these people at all cost. Ada statement terbaru, common sense mcm terlalu mainstream, so buat benda pelik sdkt supaya satu perkara je...nak dpt perhatian/LIKE

    BalasPadam
  12. Setuju okay, seriously aku memang menyampah dengan orang yang takde common sense ni. Rasa macam wth kepala otak kat lutut ke bro?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.