Halaman

Sabtu, 16 Mei 2015

Guru bukan sekadar mendidik tapi memahami muridnya

Hari ini 16 Mei 2015 merupakan Hari Guru. Walaupun aku tahu guru aku mungkin tak baca blog aku atau dah tak kenal pun aku, aku masih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Walaupun ada juga cikgu yang teruk, namun ia adalah masalah individu tersebut dan tidak menggambarkan tugas dan jasa jawatan guru dan pendidik itu sendiri. So sempena Hari Guru, aku ingin berkongsikan sebuah filem pendek bertajuk Kasut Buruk.



Filem Kasut Buruk ini dihasilkan oleh JKKN Sabah sempena Hari Raya 2013. Ia menunjukkan yang guru yang baik bukan sekadar mengajar, mendidik dan menghukum kesilapan murid mereka, malah memahami dan mengambil berat terhadap murid2nya. Guru yang hebat harus mengambil tahu masalah, kelemahan, kelebihan, kemampuan, minat dan kecenderungan pelajar2nya, barulah dapat melahirkan generasi baru yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Baca lagi entry Hari Guru untuk tahun2 lepas:



tags: hari guru 2015 guru cikgu bukan sekadar mendidik tapi memahami mengambil berat anak murid pelajar sifu filem pendek iklan hari raya kasut buruk jkkn sabah

16 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru

    Terkenang aku pada cikgu yang pernah mengajar aku secara formal atau x

    Terima Kasih Cikgu

    Btw x perlu tunggu hari cikgu pun klu nak hargai jasa dan pengorbanan guru sama macam nak hargai pengorbanan ibu dan bapa

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. rasa nk nangis tgk video tu... tq noob 4 sharing

    BalasPadam
  3. Guru bukan sahaja mendidik. Guru agama yang pervert akan cuba mencabul kehormatan anak muridnya yang suci lagi naive. Tak percaya cuba baca post Noob mengenai kanak2 yang kena molest atau dirogol. Dalam post sebelumnya lagi aku sudah komen yang Malay Muslims ni depan2 sahaja nampak baik. Tapi Malay Muslims ni lah syaitan terbesar di Malaysia. Bayangkan guru agama masukkan kemaluan ke dalam mulut anak 3 tahun! Malay Muslims, you are a tragedy to this nation. Hopeless. Oh ya Selamat Hari Guru!

    Tanpa Nama 12:37

    BalasPadam
    Balasan
    1. keranamu guru,

      aku d lahir tulis buku tapi hanya mampu tulis abc,

      aku d lahirkan masuk oxford tapi hanya mampu masuk kustem cabok,

      aku d lahirkan jadi engineer tapi hanya mampu jadi engineer poli cabok,

      Aku dilahirkan kuasai bm bi tapi hanya mampu ckp yes and no,

      semuanya kerana jasa guruku, dia sendiri setakat 2A spm 2A upsr dia p jadi guru, sbb nk hidup sng dia menyusahkan aku,

      sendiri x pndai cemane nk ajar org? Tggu d akhirat cikgu.

      Siapa buat dasar mcm ni.... bn
      Siapa buat dasar mcm ni.... bn
      Siapa buat dasar mcm ni.... bn

      Selamat hari guru.. :)

      Padam
    2. 11.27, apa masalah kamu dgn kustem dan politeknik? Utk pengetahuan kamu ye, 2 buah institusi pengajian tu telah bnyk memberi sumbangan kpd negara ni. Ramai tenaga kerja mahir yg lahir dari institusi2 ni yg ntah kenapa kamu suka sangat nak kutuk ni. Kalau kamu ada mslh personal dgn sesiapa secara peribadi, baik kamu pergi setel sendiri dgn org tu secara spesifik. Jgn jd bodoh tak bertempat mcm ni. Saya sarankan kamu kaji dulu sebarang institusi pengajian tu atau apa2 saja benda yg kamu nak utarakan sebelum nak label apa2. Pernah tengok rancangan TV pendidikan tempatan? Tak la kot, kan? UMT yg dulunya bergelar kustem, bnyk kali muncul dlm rancangan tv pendidikan sebab dah bnyk buat kajian dlm pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan laut dan pengurusan pantai. Banyak usaha saintifik, seminar antarabangsa, conference yg telah dijalankan oleh UMT. Kustem asalnya bergelar UPMT, kerana asalnya adalah dari UPM. UPM menubuhkan UPMT sebagai cawangannya di Terengganu utk memberi fokus kepada sains perikanan dan laut. UPMT kemudiannya semakin berkembang maju dan mendapat sokongan utk menjadi sebuah institusi sendiri dgn pelbagai fakulti dan meluaskan fokusnya selain sains perikanan dan marin, maka wujudlah kustem, dan kemudiannya dinaiktaraf menjadi UMT pada tahun 2008 atas bnyk kemajuan yg dicapainya, terutamanya dlm bidang fokusnya iaitu sains marin. Kustem adalah satu contoh kolej universiti awam yg bagus, yg mana ianya berasal dari UPM, sebuah ipta yg mempunyai reputasi yg baik. Sudah 7 tahun kustem bergelar UMT, dan telah banyak melahirkan pakar dlm bidang kajian laut. Saranan saya kepada kamu, buka minda dan luaskan pemikiran. Banyakkan membaca kajian ilmiah dan menonton rancangan pendidikan tempatan yg bnyk memberi info terkini berkenaan usaha yg dijalankan oleh institusi2 tempatan kita yg semakin maju. Jangan memilih utk terus menjadi katak di bawah tempurung yg berbahas menggunakan maklumat cabok yg sudah lama ketinggalan zaman. Sekian makluman.

      Padam
    3. Kustem? X pnh dgr pon. umt ada Dgr. Jgn samakan kustem dgn umt. Student kustem dan umt kelayakan berbeda ok. Please.

      Padam
    4. 7.27, kamu tak pernah dengar kerana ianya telah lama dinaiktaraf menjadi nama lain, iaitu UMT. Semasa ianya bergelar kustem lg, ramai pelajar india, cina dan melayu yg masuk kustem dan mengambil jurusan sains rata2 mempunyai kelayakan spm yg baik dan sangat baik, terutamanya mereka yg berminat dlm jurusan sains marin, perikanan dan akuakultur. Kebanyakan staf UMT sekarang adalah graduan kustem dan orang lama yg telah bertungkus-lumus membangunkan institusi ini menjadi apa yg anda lihat sekarang, iaitu UMT. Please, berhenti membuat andaian membabi-buta tanpa fakta dan pengetahuan yg kukuh berkenaan apa2 perkara, kerana ianya cuma akan menyerlahkan kebodohan diri kamu sendiri, dan juga kemalasan kamu untuk mengkaji. Jadilah insan yg berkualiti dan berguna di dalam pembangunan negara. Rajinkan diri untuk mengkaji, carilah ilmu selagi nyawa dikandung badan.

      Padam
    5. Tolong jgn samakan graduan u dgn graduan ku. Tolong ok. Kelayakan masuk u jauh sekali dgn ku. Ko kustem ko ckp kustem jgn sesekali ckp umt sbb kmi umt sesekali takkan ckp kmi graduan kustem ok. Please

      Padam
    6. Bukan menjadi sesuatu yg pelik sekiranya pelajar yg mempunyai keputusan spm yg bagus masuk ke kustem pd masa itu jika mereka berminat dlm bidang yg menjadi fokus dan kelebihan utamanya, iaitu sains marin dan perikanan. Setiap institusi pengajian itu mempunyai niche kepakaran mereka yg tersendiri. Lainlah kalau kamu masuk kustem atau sekarang ni UMT tu hanya kerana nak belajar jurusan ekonomi, bahasa, sastera atau akaun. Kalau mcm tu, baik jangan mengaku kamu masuk UMT langsung. Bidang2 tu bukan niche kepakaran tempat ni, result spm tak bagus pun boleh masuk kalau setakat nak belajar bidang selain yg berkaitan sains marin, perikanan, samudera dan akuakultur. Nilai sesuatu institusi pengajian itu sebenarnya terletak pd bidang kepakarannya, bukan hanya dinilai pada taraf KU atau U.

      Padam
    7. Minat tanpa kelayakan umpama org suara tak sedap tetapi minat menyanyi takkan hasilkan album yg baik punye. Ok. Tgk scroll ko klu kustem ko ckp kustem klu umt ko ckp umt jgn ko smakan graduan u dgn graduan ku. Kelayakan nak masuk jauh berbeza sgt ok. Please

      Padam
    8. 9.02, cantik betul lenggok bahasa budak2 zaman sekarang ya? Soal kelayakan minimun itu satu hal, soal kepakaran yg ada di sesebuah institusi pengajian yg menjadi tarikan itu juga satu hal. Cuba kamu fahamkan 2 benda utama ini. Bahasa yg saya gunakan ialah bahasa yg mudah utk difahami. Spm kamu berapa A ye? Zaman saya dulu diukur dgn gred dan agregat. Alhamdulillah gred 1, 13 agregat. Rata2 rakan kustem sama bidang yg saya kenal dulu juga mempunyai keputusan spm gred 1. Zaman spm kita berbeza ye dik, kamu tak boleh banding keputusan spm zaman dulu dan sekarang. Pelajar yg bagus masuk ke KU awam yg bagus dlm bidang kepakarannya adalah sesuatu yg tidak menghairankan, ianya sesuatu yg bagus utk menaikkan reputasi KU tersebut. Apa yg menghairankan ialah terdapat pelajar2 yg agak teruk keputusan spmnya tetapi mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti2 yg lebih dikenali ramai. Ini menyebabkan kualiti universiti2 itu jatuh dan terus jatuh disebabkan oleh pengambilan para pelajar yg sememangnya tidak berkemampuan dari segi akademik. Renung-renungkan.

      Padam
    9. Bahasa kite pun mudah. Klu ku ckp ku klu u ckp u. Sbb co ko tnye mne2 bdk umt atau ko tgk fb dorg. Xde dorg ltk kustem. Tpi bdk kustem x malu plak ltk umt. Ini menjatuhkan maruah umt sbb ku dan u kelayakan utk smbg belajar di situ berbeda amat. So stop generalizing.

      Padam
    10. 1.58, spm kamu berapa A? Kamu suka ketengahkan bab syarat kelayakan kemasukan semata-mata. Adakah kamu dapat masuk ke universiti cuma sekadar memenuhi syarat kelayakan minimum saja? Kasihan. Teruskan berusaha agar tidak keciciran nanti. All the best.

      Padam
    11. Jumlah A saya lebih drpd abg krn sya dpt masuk U. Sekian.

      Padam
    12. hahahaha....

      xde maknenyer korang nak kecoh sal ku ke u ke ipts ke ipta ke pondok ke maktab ke mahad ke sumer tue. ank ank jiran aku spm dpt 1a ngan 2a je pown, siap de subjek gagal lagik...dpt jek msk uitm...U gak tuh, ipta lagik...apdehal..??

      sembang lah korang...tin kosong jek...kting kting krik krik

      Padam
  4. Papepun..terima kasih kpd para guru yg mendidik kita semua menjadi insan yg berilmu dan terbaik.

    Cuma sy pelik..kenapa ada hari guru? Hari doktor, engineer, tukang masak, pilot? Penting gak tugas mereka..maybe guru ramai wanita. .n kebanyakan byk hari penghargaan utk mereka mcm hari ibu, hari wanita, hari guru sbb mereka suka dihargai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.