Halaman

Khamis, 9 Julai 2015

Subsidi dimansuh untuk perkukuh fiskal negara

Kerajaan merancang untuk memotong lebih banyak subsidi petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Langkah itu dilakukan sebagai mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan biarpun langkah tersebut adalah kurang popular terutama dalam situasi di mana imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang tercalar akibat skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berkata, turut akan dikurangkan ialah hutang perumahan kakitangan kerajaan yang jumlahnya berbilion ringgit.

Bagaimanapun katanya, kesemua langkah pengurangan itu akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang serta menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan  mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.

“Ini membantu kita untuk terus mengukuhkan serta meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan selama ini di sebalik segala cakap-cakap yang tidak senang dengan langkah tersebut. Saya sifatkan cakap-cakap belakang itu adalah sesuatu yang sementara,” katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Bloomberg.

Tambah beliau, keputusan Fitch Ratings untuk menyemak naik penarafan negara memberikan ruang kepada Malaysia untuk melaksanakan pengukuhan fiskal.

“Kita tidak mampu untuk memberikan subsidi selamanya. Pada satu peringkat, terdapat terlalu banyak subsidi sehingga sistem kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggungnya,” ujar beliau lagi.

Sumber Free Malaysia Today, Bloomberg dan Astro Awani.

Sementara itu sebuah berita lama pada tahun 2013 yang menyebut "Masalah defisit negara boleh selesai setahun jika semua subsidi dihapuskan" telah diviralkan semula di media sosial.

Kerajaan boleh menyelesaikan defisit negara dalam tempoh hanya setahun tanpa perlu menunggu hingga tahun 2020 sekiranya tidak memperuntukkan pemberian subsidi berjumlah RM44 bilion kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana mahu mensejahterakan kehidupan rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan dan subsidi yang telah dijanjikan.

"Sukar untuk kerajaan menarik balik subsidi kerana tujuannya untuk mensejahterakan rakyat.

"Jadi, sebarang rasionalisasi subsidi perlulah disokong, apabila kerajaan tarik sesuatu, kita akan beri sesuatu kepada rakyat yang memerlukan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) mengenai langkah kerajaan mengurangkan beban hutang negara selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sumber Utusan Malaysia.


Aku pernah mengulas mengenai tindakan kerajaan mahu kurangkan subsidi adalah demi ekonomi dan kebajikan rakyat melalui Program Rasionalisasi Subsidi yang mana subsidi akan diturunkan secara berperingkat agar perbelanjaan kerajaan terhadap subsidi dapat dikurangkan.

Aku pernah tulis dengan panjang lebar dulu yang sistem subsidi kita selama ini adalah salah dan tidak adil kerana orang kaya sebenarnya menikmati subsidi yang lebih besar berbanding orang miskin.

Aku pernah bagi penerangan mengenai subsidi pukal yang banyak kita gunakan sekarang dengan subsidi bersasar yang sepatutnya kita gunakan.

Malah subsidi minyak juga akhirnya telah dihapuskan dan harga minyak akan ditentukan mengikut harga pasaran minyak dunia pada setiap bulan.

Kini kerajaan merancang untuk memotong lebih banyak subsidi petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak pada masa akan datang demi mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan.

Pengurangan dan penghapusan subsidi ini adalah merupakan sebuah langkah untuk menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Juga dengan menghapuskan semua subsidi, menurut DS Ahmad Maslan, hutang negara boleh diselesaikan dalam masa setahun.

Ya, memang rakyat yang mahu berhutang. Memang rakyat yang meningkatkan hutang negara. Kerana itu kami kena tanggung untuk bayar balik hutang2 tersebut.

Subsidi dihapus. GST kena bayar juga. Tol pun terpaksa naik untuk jimatkan pampasan. Aku rasa dengan semua penjimatan dan pendapatan kerajaan yang banyak ini, jangankan setahun, setengah tahun pun hutang negara boleh habis bayar.

Jujur aku cakap, aku sekarang ini bukanlah orang yang terlalu susah mahupun terlalu senang, boleh kata di tengah2. Pendapatan bulanan aku cukuplah untuk menampung kehidupan aku sebulan dan membuat sedikit simpanan untuk hari tua.

Oleh sebab itu jika semua subsidi mahu dihapuskan dan aku kena bayar lebih untuk harga minyak dan barangan yang bersubsidi sebelum ini, ditambah lagi pula cukai GST, sejujurnya aku rela dan tak kisah malah sanggup berkorban andai penjimatan dan pendapatan yang diperolehi itu akhirnya memang benar2 digunakan untuk memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah dan yang lebih memerlukan subsidi tersebut.

Aku tak kisah membayar RM3 untuk harga seliter minyak petrol jika orang miskin hanya perlu membayar RM1 untuk seliter minyak petrol.

Aku rela membayar RM4 untuk harga sekilogram gula jika orang miskin hanya perlu membayar RM2 untuk sekilogram gula.

Aku sanggup membayar RM6 untuk harga sekilogram minyak masak jika ia membolehkan orang miskin hanya perlu membayar RM3 untuk membeli sekilogram minyak masak.

Aku sanggup bayar lebih jika itu dapat membuatkan orang yang lebih memerlukan mendapat subsidi dan hanya perlu bayar dengan harga yang lebih rendah.

Namun bukan itu yang berlaku.

Orang miskin terpaksa membayar dan membeli barang dengan nilai harga yang sama tanpa subsidi seperti aku dan orang lain yang berpendapatan lebih tinggi.

Orang miskin terpaksa membayar dan membeli barang dengan nilai harga yang sama dengan cukai GST seperti aku dan orang lain yang berpendapatan lebih tinggi.

Ya, mereka mungkin mendapat bantuan BR1M sebanyak RM950 setahun untuk seisi rumah, dengan purata lebih kurang RM80 sebulan, namun adakah RM80 itu cukup untuk menggantikan subsidi yang telah hilang itu untuk tempoh sebulan?

Hapus subsidi untuk menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, namun hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia yang pendapatannya masih di bawah paras purata pendapatan isi rumah yang dikatakan sebanyak RM5,900 sebulan.

Dalam pada masa yang sama, para pemimpin dan menteri terus diberi subsidi dalam bentuk elaun yang begitu banyak dan tiada perancangan pun untuk dimansuhkan.

Mungkin semua pakar2 ekonomi dalam kerajaan sudah mengkaji dengan sangat mendalam dan menyeluruh dan akhirnya memutuskan suatu dasar yang dirasakan akan menguntungkan kerajaan dan juga rakyat.

Aku bukanlah pakar ekonomi. Namun sekurang2nya aku masih seorang rakyat yang hanya tahu erti kecil kehidupan dan nilai kemanusiaan. Tidak semua orang yang mempunyai nasib seperti aku. Tidak semua orang mampu memiliki apa yang aku mampu miliki pada hari ini, apatah lagi apa yang para pemimpin dan menteri2 ini miliki.




tags: hapus kurang subsidi mansuh pinjaman perumahan penjawat kakitangan awam perbadanan lembaga minyak petrol masak cecair lpg gas hutang defisit selesai setahun ahmad maslan

11 ulasan:

  1. Bhai..jika subsidi minyak masak hapus..mintak kerajaan hapuskan juga levi terhadap pengusaha ladang sawit..baru ler adil..ini subsidi diambik tapi levi sawit pun tibai..ini nama double tax dah..ha ha ha...

    BalasPadam
  2. Sekarang keadaan ekonomi negative x stabil. Ditambah LG dgn kebangsatan system pimpinan. Gaji xcukup hidup umpama hnya utk kerja mencari sesuap nasi.. Byk ideologi basi. Akhirnya kemana hala Tuju Kita sbgai individu bkn LG sbgai komuniti.

    BalasPadam
  3. kenapa muka ahmad maslan pon di garis sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini betul2 menghina melayu..samannnnn

      Padam
  4. Kerajaan skrg dah tak betul. Byk membazir, bila duit tak cukup mintak rakyat berkorban.

    BalasPadam
  5. X fhm betul....nak buan subsidi supaya rakyat bayar lebih...tapi awal2 umum gai MP naik kaw2.....patutnya potong gaji atau kurang elaun MP utk jimat duit gov, baru la nampak komitmen

    Sbb kewangan malaysia teruk, rakyat kena cover...ketahian apa sy dpt ni??

    BalasPadam
  6. Sy rs subsidi tidak patut diberi sejak dari awal lg. Sistem percukaian patut GST sejak dari merdeka dengan kadar lebih rendah mungkin 1-2 peratus tetapi ke atas semua benda.

    Dari situ baru kita dapat ekonomi sebenar.

    Mentaliti subsidi jugak xwujud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu subsidi minyak mampu dibagi sebab x ramai bawak keta, lgpun kelulusan nak dpt kereta payah...bila zaman skrg kerani pun mampu beli kereta x kira baru atau terpakai, banyak kereta atas jalan...dulu highway buat 2 lane dah ok...skrg 5 lane pun still x cukup pada waktu puncak. Belum 5-10 years more. Lgpun even buat pelbagai pengangkutan awam, xkan mereka nak rendahkan status mereka dr bawak kereta kpd naik pengangkutan awam even jauh lagi murah.....so bilangan kereta yg semakin banyak menyebabkan lagi banyak subsidi kena bagi kpd rakyat...smpi tahap kerajaan x mampu bagi subsidi lagi especially harga minyak naik tinggi. So maybe benda yg sama utk benda subsidi lain.

      Sbnrnya x silap subsidi bermula masa untuk menaikkan taraf hidup rakyat masa zaman Razak...mmg bagus utk jangka masa pendek, tp jangka masa panjang rakyat akan lebih berharap subsidi n bila smpi kerajaan x byk duit n bilangan penduduk yg utilize subsidi semakin banyak, mula la rasa terbeban smpi nak tarik subsidi.

      Tp fikir2 balik...sbnrnya kalau kerajaan ada duit banyak xde masalah pasal isu subsidi..bila xde duit masa itu nak tarik subsidi pulak...isu utama yg sebenar ialah..KENAPA DUIT GOV SEMAKIN BERKURANG??? mcm sy ckp sebelum ni, samada PM atau gov skrg ada masalah urus takbir kewangan yg x bagus (or teruk). Sekian....

      Padam
  7. Hutang negara selesai setahun subsidi hapus. Masalahnya.. Sapa yg buat hutang negara? .. Geng2 najib yg berhutang rakyat kna baya? Bullshit fakoff.

    ..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.