Halaman

Selasa, 20 Oktober 2015

100 Teknologi popular dari masa lalu - Bahagian 2

Berikut adalah himpunan 100 teknologi yang pernah popular suatu ketika dahulu (Tech From The Past) terutama di kalangan mereka yang lahir sekitar tahun 80/90-an (80/90s kids) namun kini sudah lagi tidak sepopular dahulu atau sudah pun menjadi bahan peninggalan sejarah yang semakin dilupakan.

* Entry ini dibahagikan kepada 4 bahagian untuk mengelakkan browser jadi berat akibat loading terlalu banyak gambar.


Tech From The Past #26: Lotus 1-2-3

Kembali jauh sikit ke zaman akhir 80-an dan awal 90-an untuk menjenguk tok nenek Microsoft Excel iaitu Lotes 1-2-3. Pencapaian terbesar aku belajar guna benda alah ni adalah dengan buat graf dan carta pai.


Tech From The Past #27: Nokia 3310

Tak perlu bagitau apa lagi, ini memang lejen.


Tech From The Past #28: Katrij game Micro Genius

Nama je banyak game in 1 dalam catridge ni, tapi sebenarnya cuma ada 10 game je, yang lain tu semua ulang2 game yang sama cuma lain level je. Btw Micro Genius tu jenama klon China untuk konsol Famicom/Nintendo.


Tech From The Past #29: KaZaa

Kalau Napster dulu selalunya hanya untuk download MP3, KaZaa digunakan untuk download macam2 seperti movie, anime, software dan lain2 termasuk virus. Antara pesaing KaZaa adalah Limewire, Bearshare, Imesh dan lain2.


Tech From The Past #30: Clippy, Microsoft Office Assistant

Korang mesti kenal dia ni, korang mesti kenal punya...


Tech From The Past #31: Dial-up Internet

Sama ada anda pengguna 1515 atau 1511, tekan Connect dan bersedia untuk dengar bunyi dari modem yang sangat menjengkelkan.


Tech From The Past #32: Prince of Persia

Masa kecik aku main tak pernah habis sebab agak susah dan complicated, dah besar tengok kat Youtube je macam mana ending dia.


Tech From The Past #33: Joystick

Seriously, siapa yang masih main game pakai joystick macam ni sekarang?


Tech From The Past #34: HTML Frame

Membangunkan website menggunakan frame memang sangat popular suatu ketika dulu, namun menggunakan frame dalam website zaman sekarang seperti melihat website zaman batu.


Tech From The Past #35: Cyber/Digital/Virtual Pet/Tamagotchi

Walaupun trend membela haiwan digital ini pernah popular sekitar tahun 90-an namun aku tak berminat untuk main sebab masa zaman tu aku dah remaja, tambahan lagi sedangkan diri susah nak jaga apatah lagi nak jaga binatang tak wujud ni.


Tech From The Past #36: Game & Watch

Parents aku pernah belikan LCD game watch macam ni sebagai hadiah selepas bersunat. Game yang tiada tujuan melainkan mendapatkan score paling tinggi.


Tech From The Past #37: Microsoft Frontpage

Dulu gigih buat website pakai Frontpage, sekarang pakai Dreamweaver atau Notepad je.


Tech From The Past #38: Norton AntiVirus

Dulu kalau tak install Norton Antivirus memang tak sah, rasa tak selamat komputer. Sekarang masih ada yang setia menggunakan Norton Antivirus?


Tech From The Past #39: Dot-Matrix printer

Printer dot-matrix ni masih ada dipakai di pejabat dan kedai, namun kalau masih dipakai di rumah memang rare, dah la bunyi bising ya amat.


Tech From The Past #40: Y2K

Pengguna komputer tahun 1999-2000 mesti tahu pasal Y2K. Tahun 1999 ramai yang kelam kabut, bila masuk tahun 2000 macam takde apa2 pun yang berlaku.


Tech From The Past #41: Under Construction web page

Aku tak tahu kenapa orang dulu letak link dalam website tapi bila klik keluar page tengah Under Construction siap dengan gif animated pekerja tengah korek tanah, lepas tu tulis "Come back soon". Masalahnya soon tu bila? Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan?


Tech From The Past #42: Load Runner

Antara game PC yang aku sangat attach masa kecik dulu siap boleh buat map sendiri.


Tech From The Past #43: PDA

PDA atau Personal Digital Asisstant bagi aku agak tak relevan pada zamannya tanpa kewujudan Wifi, Mobile data dan Internet. Malah dengan stylus dan touch screen yang sangat tidak sensitif, tidak hairan mengapa gajet ini kurang mendapat sambutan dan cepat dilupakan.


Tech From The Past #44: Mouse

Sebelum tetikus menggunakan laser optical dan sambungan USB, mereka mempunyai bebola di dalam dan sambungan PS/2, dan bebola ini sangat sensitif, selalu tersangkut dan perlu selalu dibersihkan.


Tech From The Past #45: Virtualfriends.net (VF)

Antara laman dan forum komuniti mencari kenalan maya di Internet yang terawal di Malaysia yang pernah suatu ketika dulu sangat terkenal dan dipenuhi awek2. Ahli2nya juga selalu buat gathering. Laman ini masih wujud sehingga kini namun tidak banyak perubahan dari segi layout dan design serta masih mengekalkan web programming language zaman purba Cold Fusion.


Tech From The Past #46: Putera.com

Sebelum wujudnya portal Amanz dan lain2 website Malaysia berkaitan IT, Putera .com yang telah wujud seawal tahun 1998 lagi menjadi portal dan forum berkaitan IT yang paling popular dan sangat aktif di kalangan komuniti teknologi maklumat di Malaysia, namun kini ia masih wujud hanya sebagai sebuah blog IT yang sudah lama tidak diupdate.


Tech From The Past #47: MyJodoh.net

Siapa kata di Internet tidak boleh bertemu jodoh? Website MyJodoh .net adalah laman mencari jodoh Malaysia yang pertama wujud di dunia maya seawal tahun 2001 lagi dan masih lagi aktif sehingga kini. Siapa2 yang mahu mencari jodoh tu, mungkin anda akan bertemu jodoh di sini, mana tahu?


Tech From The Past #48: Jam tangan digital ada kalkulator

Budak2 sekolah yang ada jam tangan Casio ada kalkulator ni pasti akan dicop sebagai anak orang kaya. Zaman sekarang ni macam takde point je jam tangan ada kalkulator.


Tech From The Past #49: Telefon Awam

Telefon awam kuning, duit syiling tersangkut, kad uniphone, beratur panjang di pondok public phone, bergayut lama tak ingat orang belakang, teknik memanjangkan tempoh perbualan dan menghack telefon awam, semuanya sudah tinggal kenangan. Walaupun telefon awam ini masih wujud dalam bilangan yang sikit, namun aku hanya terpaksa guna bila bateri handphone dah habis.


Tech From The Past #50: Radio analog

Dulu nak tukar channel kena cari frekuensi secara manual guna tombol analog, sekarang ni tekan je button dia cari dan tukar channel sendiri. Paling penting, tunggu lagu kegemaran keluar kat radio untuk rekod dalam kaset.


Kredit semua gambar: Google.


Siri 100 Tech From The Past:



tags: teknologi tech gadget gadjet dari masa lalu lampau dulu komputer ict it sains permainan game toys memori kenangan relic vintage throwback

6 ulasan:

  1. noob ni just cadangan patut tech mengenangkan kembali ni patut buat masa tahun 2020 baru le best sebb time tu wawasan 2020 tun.M dan kenangan y2k and stuff rasa mcm awal sgt hurmm

    BalasPadam
  2. Oh..mana game tetris yg main sambung2 blok? Dulu mahal nak dpt..skrg bg free pun cmpk laut.

    BalasPadam
  3. kebanyakan yg ko tulis ni semua aku penah buat hahahah kecuali buat website la aku bkn budak it koh koh koh

    BalasPadam
  4. telefon awam : "Walaupun telefon awam ini masih wujud dalam bilangan yang sikit, namun aku hanya terpaksa guna bila bateri handphone dah habis."......mcm mana nak tgk no phone member dlm hphone yg dah abis bateri ?,,,,,,,,org sekarang jrg ingat no phone yg ada dlm hphone ...hatta no phone bini

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.