Halaman

Rabu, 21 Oktober 2015

100 Teknologi popular dari masa lalu - Bahagian 3

Berikut adalah himpunan 100 teknologi yang pernah popular suatu ketika dahulu (Tech From The Past) terutama di kalangan mereka yang lahir sekitar tahun 80/90-an (80/90s kids) namun kini sudah lagi tidak sepopular dahulu atau sudah pun menjadi bahan peninggalan sejarah yang semakin dilupakan.

* Entry ini dibahagikan kepada 4 bahagian untuk mengelakkan browser jadi berat akibat loading terlalu banyak gambar.


Tech From The Past #51: Starcraft

Game multiplayer yang paling best aku main dengan kawan2 masa belajar kat U dulu selain Warcraft 3. Bulan 11 nanti akan keluar expansion bagi Starcraft 2 yang terakhir iaitu Legacy of The Void.


Tech From The Past #52: Bliss, Windows XP default wallpaper

Gambar ini pasti semua orang tahu, at least orang yang berumur 20 dan ke atas.


Tech From The Past #53: OHP (Overhead Projector)

Dulu masa belajar buat slide atas kertas plastik lutsinar untuk dipancarkan dengan OHP. Sejak makin ramai orang mampu beli laptop, student buat slide pakai Powerpoint dan pancar guna LCD projector. Aku tak pasti OHP projector ini masih digunakan lagi di institusi pengajian tinggi dan sekolah2 atau tidak.


Tech From The Past #54: Kad ucapan LED berlagu

Apa benda ni? Dulu2 masa raya atau hari jadi mesti pernah dapat atau pernah bagi kad yang ada LED siap keluar muzik lagi bila dibuka. Apa point bagi kad mahal2 kat orang pun tak tau. Selepas kemunculan e-kad di Internet, kad ucapan seperti sudah hampir pupus. Kini e-kad juga sudah pupus setelah orang hanya mengirim ucapan melalui FB, SMS dan Whatsapp.


Tech From The Past #55: Nero Burning Rom

Software yang suatu ketika dulu wajib diinstall untuk burn data dalam CD/DVD, namun selepas Windows pun dah boleh burn CD/DVD tanpa install apa2 software, ditambah lagi dengan kewujudan thumb drive, pen drive, external hard disk yang bersaiz sangat besar serta cloud storage di Internet, masih ada lagi yang gunakan CD atau DVD?


Tech From The Past #56: Telco lama

Telco (Telecommunication Company) tempatan yang telah pupus kerana dibeli atau dimerge company lain iaitu TM Touch, Adam dan Timecel serta Telekom yang telah direbrand semula sebagai TM. Dahlah dulu nak beli sim card bapak mahal sampai beratus2, pastu ada pulak bila topup nak kena topup network la topup airtime la, apa punya complicated.


Tech From The Past #57: Intisari rancangan

Suatu ketika dulu benda ni lah yang pertama dicari dalam surat khabar. Namun sekarang ini, seriously, why bother? Nak tau rancangan klik je kat remote Astro.


Tech From The Past #58: Portable Pocket TV

Dulu kat asrama sekolah, ada murid yang bawak TV kecik ni, mesti anak orang kaya. Masa kat kolej universiti pun, ada student yang bawak TV kecik ni, mesti anak orang kaya. Lewat tahun 2000-an, orang dah tak peduli pun nak tengok TV pakai TV kecik ni.


Tech From The Past #59: Daytona USA

Percaya atau tidak, game ini adalah game lumba yang paling lejen di arked game, kerana setelah lebih 20 tahun, game ini masih wujud dan masih ada orang main di Pusat Hiburan Keluarga. Paling terkenal drift menggunakan gear 1-3-4 ketika mengambil selekoh di litar Advanced.


Tech From The Past #60: Mega TV

Sebelum lahirnya Astro, adanya Mega TV. Dipetik dari Wikipedia, Mega TV merupakan stesen televisyen Malaysia yang menawarkan khidmat langgan pelbagai saluran yang tersedia 24-jam pertama di Malaysia. Mega TV diperbadankan pada 18 Oktober 1994 dengan dioperasikan oleh TV3. Pemancaran penyiaran bermula pada 1 November 1995 menggunakan Sistem Penyiaran berdasarkan gelombang mikro. Menemui persaingan daripada saluran televisyen berbayar Astro, Mega TV telah menamatkan penyiarannya bermula 2001.


Tech From The Past #61: Virus Brontok @ Rontokbro

Virus komputer daripada Indonesia yang banyak menyerang komputer2 pada suatu ketika dulu. Komputer aku pernah terjangkit melalui pendrive yang digunakan dari makmal komputer fakulti.


Tech From The Past #62: Game gelung air

Nak beli Game Watch tak mampu sebab mak bapak tak kasi duit, akhirnya game yang dibeli dikedai runcit ini sahaja yang jadi peneman.


Tech From The Past #63: Linux OS

Budak IT mesti pernah pakai atau sekurang2nya tahu OS ni. Linux pertama yang aku pakai adalah Redhat 4. Walaupun end-user ramai pakai Windows, namun kebanyakan server dalam dunia ni running on Linux.


Tech From The Past #64: Condor

Satu2nya mainan dari siri kartun M.A.S.K yang pernah aku ada sebab paling murah untuk bapa aku belikan. Apa, apa kaitan mainan dengan teknologi? Mainan ini sendiri adalah teknologi, maksud aku, ingat mudah ke nak buat motor yang boleh bertukar jadi helikopter?


Tech From The Past #65: iMac PowerPC G3

Komputer iMac generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 1998 yang jarang2 orang ada. Siapa yang ada memang kaya, dan kaya.


Tech From The Past #66: Ragnarok Online

Game online ni mula terkenal tahun 2002/03, masa tu sanggup pergi cyber cafe tengah2 pagi nak main game ni sampailah aku berhenti main sebab kena tipu. Kena tipu apa, boleh baca di sini


Tech From The Past #67: Sega Game Gear

Kenangan aku dengan Sega Game Gear ni adalah masa kat hostel dulu ada sorang kawan aku bawak dan malam2 kami bermain game Sonic bersama2 di musolla.


 Tech From The Past #68: Trackpoint / Pointing stick

Soalan teka-teki, kat mana selalu nampak benda ni?


Tech From The Past #69: PATA/IDE Cable

Teknologi yang sudah ketinggalan zaman. Kita pasti tidak akan melupakannya. Siapa tahu kabel ini pakai untuk apa memang lejen.


Tech From The Past #70: Website Anipike

Bagi peminat anime/manga yang lahir sekitar akhir 70-an dan awal 80-an pasti kenal website Anime Web Turnpike atau Animepike ini. Website ini antara website direktori anime yang paling terkenal sekitar akhir tahun 90-an dan awal 2000-an sehingga akhirnya terkubur pada 2014. Bagi aku, serius nostalgik gila.


Tech From The Past #71: Mesin Taip

Ketak ketak ketak! Ini merupakan datuk nenek moyang kepada komputer. Dulu pernah ada pekerjaan tukang taip yang tugasnya khusus menaip guna mesin taip ni. Sekarang jawatan itu dah pupus kerana semua orang dah pun boleh taip dokumen mereka sendiri dengan komputer.





Tech From The Past #72: Ericsson T10

Walaupun aku pernah join Nokia 3310 bandwagon, tapi handphone pertama aku adalah Ericsson T10 yang dibeli dengan harga hampir RM900++ sekali dengan line TM Touch. Lepas flip dia patah, baru aku tahu yang flipnya hanya sekadar hiasan.



Tech From The Past #73: Yahoo Messenger

Yahoo Messenger atau YM suatu ketika dulu pernah menjadi messaging apps yang ramai orang pakai, sebelum smartphone mengubah segala2nya.


Tech From The Past #74: Tagged

Aku sendiri tak pernah join website media sosial Tagged ni, tapi member aku cakap kat sini dulu ramai awek huhu.


Tech From The Past #75: Digger

Antara game komputer terawal yang aku main sewaktu masih kanak2 sekolah rendah.



Kredit semua gambar: Google.


Siri 100 Tech From The Past:



tags: teknologi tech gadget gadjet dari masa lalu lampau dulu komputer ict it sains permainan game toys memori kenangan relic vintage throwback

6 ulasan:

  1. Sedih betul kisah noob kena troll dlm Ragnarok.

    BalasPadam
  2. Bila tgk gambar ni terasa cpt masa berlalu, tgk atas, tgk bwh, semua dah berbulu kahkah..dh dewasa, bermula fasa baru kehidupan, prooot dimuka sirosli

    BalasPadam
  3. Ko xnak ulas berkenaan teknologi dalam cote back to the future semperna arini ke noob?sepatutnye arini dh ade kereta terbang

    BalasPadam
  4. prooooOOOOOOOooooottttTTTTTtttt Pratttt Priitttt pRuuuutttTT prOOOttt CReeeEEEetTtTT d muka Sirosli. arghhh legaaaa baq aangg

    BalasPadam
  5. sempat dengan winamp, win xp pn sy msih gune...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.